Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Selasa, 23 November 2010

Azmin orang Mahathir dalam PKR?

Saya kurang berminat untuk menulis Politik PKR. Tapi bila saya terbaca satu tulisan Marhain Tua, seorang penulis di alam siber yang amat berpengaruh di awal zaman reformasi berkenaan tajuk  Antara Azmin Ali, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim. semacam terpanggil untuk mengulasnya.

Saya juga membaca artikel Marhain Tua berkaitan dengan tajuk PKR Ciptaan Siapa?

Marhain Tua, seorang penulis yang sudah berusia. Penglihatannya agak kurang baik dan penulisannya agak tidak teratur perlu seseorang yang membuat editing setiap kali dia menulis. Saya mempercayai webmaster M@rhain menjalankan tugas mengedit.

Belum sempat saya nak mula menulis Marhain Tua telah menulis satu lagi artikel yang bertajuk Ke Mana PKR Selepas Ini? Dan memang Marhain Tua suka menulis artikel yang bersiri. Beliau adalah seorang yang tekun dan banyak menghabiskan masa dalam kerja-kerja ini, walaupun tak dibayar gaji.

Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan tulisan Marhain Tua berkaitan dengan Azmin. Saya tidak menyokong mana-mana pihak, sekadar sempati kepada nasib Zaid Ibrahim daripada seorang brutal yang ingin mencari "cahaya" tetapi tidak kesampaian dan tersilap memilih jalan.

Saya tak tahu bagaimana Marhain Tua boleh mendapat idea bahawa Azmin adalah Trojan Horse? Setahu saya daripada pembaca lalu, jika Marhain Tua menginggati tulisan-tulisan beliau yang lalu, bahawa dia tidak pernah menyebut dan mengkritik Azmin.

Cara penulisannya beliau tentang penubuhan Parti Keadilan cukup berbeza dengan tulisannya sekarang. Saya ambil petikan tulisan beliau pada 31 Disember 1999 yang bertajuk "Bermulanya Revolusi Rakyat IV" (Artikel ini ada 5 siri)


Ketika Anwar baru sahaja ditangkap, tidak ada sesiapa yang berani menelah secara jujur bahawa rakyat akan bangkit untuk memerangi penindasan yang dirancang oleh Mahathir terhadap Anwar dan para penyokongnya. Parti KeADILan belum wujud ketika itu. Hanya GERAK yang dipelopori oleh parti PAS yang menonjol bersama Datin Seri Wan Azizah untuk memperjuangkan nasib Anwar.
Kemunculan parti KeADILan dan permuafakatan di kalangan semua parti pembangkang dalam bentuk yang disebut Barisan Alternatif telah membawa satu gelombang kesedaran yang memukul pantai pemikiran rakyat jelata seluruh negara. Ia tidak berkisar di kalangan rakyat yang mempunyai kecenderungan kepada perjuangan parti PAS ataupun DAP sahaja. Gelombang ini telah menaklukki pemikiran segenap lapisan masyarakat yang cintakan kedamaian dan harmoni di negara ini.

Saya tak nak linkkan artikel ini, saya rasa Marhain Tua ada koleksi tulisan beliau.

Saya berpendapat tulisan Marhain meleset daripada fakta sebenar seperti juga beliau mengulas isu Sauk yang berbeza dengan maklumat yang saya ada kerana saya ada maklumat polis yang tidak dipolitikkan berkenaan dengan kejadian di Sauk.

Hishamuddin Rais ada menulis pada 3 Ogos 2010 mengisahkan bagaimana terbentuknya Parti Keadilan. Antara lain beliau menulis;

Pada awalnya – saya terdengar – apabila Anwar ditangkap pada 20 September 1998, ramai juak-juak Anwar termasuk Ezam  telah melarikan diri ke Indonesia. Ada yang lari membawa duit dan ada yang lari membawa harapan. Apa yang mereka lakukan di Indonesia, tidak pula ingin saya ketahui.
Gerakan Reformasi muncul sesudah penangkapan Anwar. Gerakan ini menobatkan jalan raya sebagai wadah politik. Kami tidak ambil peduli tentang juak-juak Anwar yang lari dan yang tidak lari. Malah juak-juak Anwar ini tidak pernah masuk dalam perhitungan politik jalan raya kami. Kami juga langsung tidak ambil peduli terhadap ‘polong-polong’ peliharaan Anwar yang saku mereka telah penuh dengan ‘darah saham’ dan ‘pink form‘.
Gerakan politik jalan raya hanya bercita-cita untuk menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Untuk saya jenayah besar United Malays National Organisation hanya satu: membodohkan orang Melayu selama 50 tahun.

Secara jelasnya Gerakan Reformasi ini sebenarnya adalah di cetuskan oleh PAS melalui Presidennya Dato' Fadzil Mohd Noor. Jika Dato' Fadzil Mohd Noor mengambil sikap tidak peduli Anwar kerana Anwar terlalu banyak menganiyai PAS sudah tentu, cetusan kebangkitan rakyat tidak mendadak. Tapi politik bijak Ustaz Fadzil telah membuat perjumpaan di Taman Melawar hampir 20,000 orang yang hadir pelbagai golongan masyarakat, cerdik pandai telah membawa idea GERAK dan seterusnya tercipta Parti KeAdilan.

Oleh itu kenyataan Marhain Tua di bawah ini amat meleset sekali;

Sebagai kesimpulannya, peranan Azmin Ali untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim daripada tampuk kuasa dalam UMNO dalam kabinet Malaysia adalah amat besar. Ini disedari sendiri oleh Wan Azizah. Yang amat penting lagi, segala gelagat Azmin Ali sejak dahulu sehingga sekarang amat disedari oleh Nurul Izzah.

Kerana itu kita tahu, Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak merestui tindak-tanduk Azmin Ali terhadap Anwar Ibrahim. Adalah tidak menghairankan kenapa Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak memberikan sokongan terbuka kepada Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden PKR. - Marhain Tua

# Anda juga patut membaca artikel ini "Kepimpinan Anwar Yang Kucar-kacir" bagi mendapatkan gambaran keseluruhan tulisan Marhain Tua.

10 ulasan:

  1. Memang hebatlah anak Pak Syed ni. Anak lelaki pun sekarang dah ikut jejak langkah ayahnya. Dah popular. Baguslah... Semoga teruskan pembongkaran tetapi biarlah yang benar

    BalasPadam
  2. Batuapi sokong Anwar?
    Bila pula dah berpaling tadah?

    BalasPadam
  3. Anwar tidak dianiaya oleh sesapa..tapi oleh dirinya sendiri.
    Jika benar ia dianiaya, apakah Allah swt biarkan ia tanpa bantuanNya sedangkan Allah swt telah bersumpah akan membantu sesapa yg dianiaya walaupun ianya kapir.
    Kita org Islam, apakah tidak percaya akan sumpah Allah swt?

    Kita nampak ngan jelas..malang menimpa Anwar silih berganti..ianya akan berhenti jika Anwar brtaubat. Apakah kita terlalu buta hati kerana tidak dapat melihatnya?

    BalasPadam
  4. Firestone... Cek tumpang lalu
    Article menarik
    Izin copy !

    BalasPadam
  5. marhin tua ni adalah ejen dr madey al-Kutty keh keh keh

    BalasPadam
  6. Oleh kerana artikel ini sudah ditulis secara terbuka, biar saya sebutkan sesuatu.

    Azmin adalah time-bomb Mahathir! Dia ditanam oleh Mahathir dalam team Anwar selepas Anwar masuk UMNO tahun 83.

    Azmin adalah anak angkat Mahathir ketika dia belajar di USA dulu di awal tahun 80an. Sekembalinya dari USA, Azmin telah diserap untuk bekerja dengan Anwar melalui UMNO sehingga Anwar menjadikannya antara orang yang paling Anwar percaya.

    Ada banyak rahsia Anwar yang Azmin tahu dan Wan Azizah hanya baru tahu sedikit sahaja dari Azmin mengenai Anwar dan itu sudah cukup untuk membimbang Wan Azizah kalau-kalau Azmin akan buka mulut kepada awam. Oleh itu Wan Azizah sentiasa tertekan dalam membuat banyak kuputusan dalam PKR.

    Cuba tanya kenapa Prof Chandra Muzaffar keluar PKR? sebab bertembung dengan Azmin

    Kenapa Prof Syed Hussin Ali tidak minat bertaning jawatan tinggi dalam PKR?

    Kenapa Zaid juga keluar?

    Kenapa beberapa muka pimpinan tertingi ABIM juga keluar dan tidak aktif lagi dalam PKR?

    Kenapa banyak keputusan mesyuarat dalam MT PKR berubah-ubah selepas mesyuarat?

    Tanyalah Azmin, dia yang menentukan hitam putih dalam PKR. Anwar tidak mampu mematahkannya. Wan Azizah cukup takut jika apa yang Azmin akan katakan kepada awam memusnahkan keluarganya dan reputasi Anwar dan PKR seluruhnya. Oleh itu keputusan PKR banyak berubah mengikut kehendak Amin.

    Azmin adalah time-bom Mahathir. Tidak bijak kalau Mahathir hanya meninggalkan UMNO dan kerajaan Malaysia tanpa meninggalkan bom jangkanya agar dirinya terselamat dari pembongkaran kejahatan Mahathir ke atas Anwar.

    Tidak bijak kalau Mahathir yang menjadi master mind bawa Anwar masuk UMNO melalui Prof Ismail Faruqi melalui komunikasinya 1981, membiarkan Anwar dalam UMNO dengan "wajah Islamnya". Maka sebelum Mahathir bersara dan tinggalkan UMNO, elok Anwar dikeluarkan dulu. Maka Azmin menjadi jembalang penunggu dalam PKR.

    Ramai peminat Anwar dan penyokong Anwar tidak faham hal ini kerana sebahagian besarnya taksub kepada Anwar. Sebahagiannya tidak ada pilihan kerana mereka tidak mahu bersama PAS atau DAP atau UMNO. Maka PKR menjadi pilihan. Menubuhkan parti baru adalah mustahil kerana mereka tidak pimpinan yang boleh menggerakkan parti baru.

    Selagi Azmin ada dalam PKR selagi itu suasana PKR seperti api dalam sekam, dan selagi itu Mahathir dan pimpinan tertinggi UMNO rasa selamat.

    Cukup setakat itu untuk kali ini. Saya tidak berhasyrat untuk menyatakan segala yang saya tahu. Cuma saya igin ingatkan bahawa Anwar adalah liabliti dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Jangan biarkan kekuatan Pakatan Rakyat pada individu tetapi kekuatan parti secara menyeluruh. Apa pun jadi, Najib akan sumbat Anwar ke dalam penjara menjelang PRU 13 dan Azmin akan menjadi penentu untuk terus halang Anwar naik semula untuk menjadi PM kerana itulah yang tuannya arahkan kepadanya.

    Selamat berpolitik

    BalasPadam
  7. Maaf saya bukang Tulang Besi. Tapi saya ada tulis pasal Tulang Besi dan siapa Tulang Besi dan apa peranang Tulang Besi dalamg UMNO serta peranang TB terhadap PKR. Tulang Besi adalah pemilik Malaysiawaves.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama mengatakan marhin tua ni adalah ejen dr madey al-Kutty keh keh keh

    Saya rasa tuduhan itu amat berat, Marhaintua adalah pejuang reformasi sebnar dibelakang tabir.

    Saya hormat dia, tapi hanya mungkin saya tak sependapat sahaja.

    Tuduhan sebarangan tidak elok.

    BalasPadam
  9. Saya kenal Tulang, sebelum ini saya letak link laman sdr diatas blog ini. Saya rasa isu TB sudah tak banyak. Jadi saya ubah sikit penampilan blog ini.

    Panjang tulisan Tulang pasal Azmin.
    Teori itu masih boleh dibahaskan. Maaf saya sebut teori sebab tak ada fakta yang kukuh untuk membuktikannya. Macam teori Darwin juga.

    BalasPadam
  10. Saya sama belajar dengan Azmin di USA. Insya Allah saya lebih tahu. Pelajar Malaysia mana yang mampu pakai Cardillac di USA kalau tak dibiaya oleh Mahathir?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog