Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Jumaat, 5 November 2010

Calon PAS Galas mesti berjiwa besar

Ada ramalan-ramalan awal PAS tertekan di Galas dalam pilihan raya kecil kali ini. Faktor kedudukan Gua Musang di pendalaman yang sebahagian besar di kalangan pengundi adalah golongan miskin dan kurang pendidikan adalah kelebihan kepada UMNO/BN kerana UMNO/BN mempunyai talian hayat yang baik di kawasan-kawasan pendalaman.

Tambah pula Ku Li menjadi pengerusi pilihan raya kecil UMNO/BN juga merupakan satu lagi penyebab, selain daripada isu tanah di situ satu lagi pemangkin kepada kekuatan UMNO/BN.

Tulisan kali ini bukan untuk mengulas faktor-faktor  kekalahan PAS, biar PAS Kelantan buat post-mortem, tapi jangan sampai post-mortem ini bocor kepada musuh sehingga Kickdefella boleh menyebar luas sekali lagi kepada umum dalam blognya.

Kalau kita boleh berikan strategi kita, kekuatan dan kelemahan kepada musuh memang kita adalah bodoh untuk selama-lamanya kerana sesungguhnya perang itu muslihat (pilihan raya). Nabi kita pernah mengajar kita bagaimana seorang sahabat yang cuba menulis surat untuk menghantarnya kepada warisnya tentang strategi nabi. Saya tak akan ulas panjang dalam isu ini. PAS Kelantan lebih arif pasal Tok Guru Nik Abdul Aziz bersama dengan mereka.

Saya kecewa dan ingin menegur. Saya juga berpendapat PAS perlu teguran yang lebih keras kerana banyak kali PAS nampak macam alpa dengan "kemewahan" yang ada.

Tulisan kali ini lebih berfokus kepada masa pengumuman keputusan pilihan raya kecil, di mana calon bertanding mewakili PAS, Dr Zulkefli tidak ada di dewan. Pengerusi SPR bagi pilihan raya kecil di Dun berkenaan beberapa kali memanggil calon PAS untuk hadir ke hadapan bagi diistiharkan keputusan. Tapi malang calon kita sudah tidak ada. Saya lebih suka menulis 'lari sebelum berakhir'.

Saya tak tahu apa sebab, tapi saya lebih suka kita mesti bersikap 'gah' walaupun kalah kita mesti tunjukkan jiwa yang besar. Sebab kita adalah perjuang Islam. Benar kata Hj Mahfuz Omar dengan sajak, kita kalah di dalam pilihan raya tetapi kita memang di sisi Allah s.w.t.

Kita sepatutnya hadir kehadapan untuk menunjukkan gah sebagai seorang pejuang Islam!! Saya lebih suka calon kita bersalam dengan lawan mengucap tahniah sambil memesan amanah Allah. Pergi sekali bersalam dengan pimpinan  UMNO yang ramai pada masa itu. Tunjukkan kekuatan kita... walaupun hati kita remuk binasa!!!

Malu yang amat sangat dengan kejadian semalam!!

Kesempatan ini saya nak ungkit kembali apa yang pernah berlaku sebelum ini di Kelantan dan Terengganu terutama bagi kawasan-kawasan yang panas; yang menang tipis.

Pada kawasan Parlimen Marang sendiri contoh, kawasan Presiden kita, PAS pernah kalah dengan undian yang kecil, tapi oleh kerana semuanya dah lari sebelum habis pertandingan sebenar. Tiada bantahan kiraan undi buat. UMNO memang di situ dengan hanya 167 undi!!

Kenapa penyokong dan pencadang calon hanya nampak muka semasa PAS menang tapi lari dari tugas dan tanggungjawab kerana malu ajekan UMNO/BN? Sanggup biarkan tanpa sebarang bantahan kiraan?

PAS perlu teguran untuk membuang busuk!!

14 ulasan:

  1. Sekadar berkongsi pengalaman.Semasa diumumkan keputusan PRU 12 Parlimen Bukit Gantang.Mereka yang tahu kalah tak datang.Tetapi apabila tahu bentuk kerajaan Perak.Mereka orang yang pertama sampai di Pejabat Pas.

    BalasPadam
  2. Saya ada banyak maklumat eksklusif tentang perangai orang dikeliling "pembesar pas" yang amat buruk dan menjauhkan "kemenangan sebenar" dalam perjuangan pas ini.

    BalasPadam
  3. Saya masih ingat ketika kemenangan PAS di Terengganu dahulu yang berjaya membentuk kerajaan Terengganu, penyokong-penyokong PAS berkumpul di Wisma Darul Iman dan menutup laluan ke situ. Mereka menghina dan mengejek orang-orang UMNO. Keesokan harinya, mereka menghalau orang-orang UMNO dari Wisma Darul Iman dengan ejekan-ejekan dan kata-kata nista. Kemudian pemerintahan PAS bermula di Terengganu dan apa yang selama ini dituduh kerajaan UMNO lakukan turut dilakukan oleh PAS seperti kronisme, bermewah-mewah dan sebagainya. Dan masjid-masjid yang dahulunya diharamkan pengikut-pengikut PAS menjejak kaki menjadi penuh dengan penyokong-penyokong PAS. Selepas kalah diTerengganu, PAS meninggalkan Wisma darul Iman dengan banyak kerosakkan dan masjid-masjid kembali sunyi dari orang-orang PAS. Adakah penyokong-penyokong UMNO mengepung Wisma Darul Iman dan mengejek-ngejek orang-orang PAS semasa pertukaran kuasa berlaku? Saudara jawab sendiri.

    Saudara, manusia dilabelkan mengikut perlakuan dan perlakuan penyokong-penyokong PAS dan sesetengah pemimpin-pemimpinnya tidak menunjukkan nilai-nilai yang boleh dibanggakan dan kata-kata mereka kadangkala menunjjukkan pertentangan kepentingan bahkan setengah-setengahnya boleh dikatakan sebagai hipokrit.

    BalasPadam
  4. aliasonar ..
    betul ke apa yg anda tulis.. atau hanya fitnah .. saudari/saudara ada ke malam itu di wisma darul iman. ada ke penyokong pas mengepung wisma darul iman malam tu, kalau saudara tak ada malam dan pagi hari pas terengganu mengambil alih pemerintahan cakap cakap. dan betul ke pas meninggalkan banyak kerosakan dalam wisma daruliman? atau hanya fitnah. cuba saudara/saudari aliasonar cakap betul betul. cuba saudara/saudari aliasonar sebut masjid yang penuh dengan penyokong pas selepas pas menang diterengganu. ramai benor ke penyokong solat sampai penuh masjid. masjid seluruh terengganu kira kira dalam 400 lebih semua penuh ke... cakap kalau nak fitnah boleh saja.sila sebutkan kat mana orang pas mengejek orang umno, sebut nama orang yng orang pas halau dari wisma daruliman pagi tu, kamu igt orang pas ni bodoh mcm kamu ke. tak tahu peraturan pakai undang rimba. kalau tak ada bukti jgn cakap buat malu sonar je. j

    BalasPadam
  5. utk batuapi.
    pas dah buat bantahan disitu semasa pengiraan dimalam tok guru haji hadi tewas ditangan man bakar. jgn cakap pas kawasan marang tak buat bantahan. pas dah berusaha dan akhirnya barulah menyerah kalah. jangan kata pas tak buat apa apa. apakah kita nak menurut jejak langkah umno yang mahu dikira berulang kali sampai hitam lidah pertugas spr membilang undi kerana tak puashati. ayah wan muda dah kembali kerahmatullah janganlah kita siksa dia dengan tuduhan ini. apa yg termampu dah dilakukan. apakah kita tak boleh berlapang dada menerima kekalahan itu. islam tak ajar kita macam tu kan. siapa cakap pas terengganu lari dari medan perang sebelum tamat pertandingan sebenar. batuapi tahu ke siapa yang menyusun peti undi malam tu.. walaupun tewas pertugas pas masih ada disitu. sampai habis sampai pukul 3 pagi. apakah tak cukup lagi selepas berhari hari meninggalkan amanah dirumah, apakah kita sendiri sanggup berbuat demikian.

    BalasPadam
  6. Oleh kerna KK mempertingkaikan, sepatutnya KK terliti apa yang saya tulis. Kalah 167 undi ini bermakna PRU 2004 bukan 2008. 2004 tiada batahan di Parlimen Marang dan Dungun.

    KK dapat maklumat tepat baru kita berhujah.

    BalasPadam
  7. Dah berapa lama Batu Api berjuang dalam PAS atau sekadar pengulas dan penyokong dari jauh.Orang seperti KK ialah yang berpengalaman jatuh bangun bersama PAS jadi Tuan Batu Api tulislah secara berhemah dan beradab keraana PAS jemaah Islam.

    BalasPadam
  8. saudara ku batuapi,
    saya rasa saya tulis manbakar kan.. saya rasa saya tak silap dalam menulis, setahu sayalah tahun 2008 tok guru haji hadi melawan dr ramzi setiausaha deris. manbakar tak bertanding tahun 2008 akibat angkara deris jusoh yang pantas mencatas siapa saja yang melawannya. saya rasa malam 2004 malam hujan tu pas marang membuat bantahan dalam keadaan ribut petir yang melanda malam kekalahan pas terengganu. 167 tok guru kalah ditangan manbakar. jadi saya tak nampak dimana silapnya fakta saya, kalau salah sila betulkan

    BalasPadam
  9. KK terima kasih. Saya kurang arif politik Trg, mungkin angka silap dan kurang tepat. Tapi maklumat tak buat bantahan pada 2004 di Marang dan Dungun iaitu melibat Haji Abdul Hadi dan Wan Hassan Ramli adalah benar, kerana kedua-dua tempat pencadang calon tidak ada.

    Saya akan dapat maklumat terperinci nanti.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama, pasal PAS Jamaah Islamlah yang saya tulis ini nak peringatkan kita. Kita jadi calon bukan kerana peribadi kita. Kita jadi pencadang calon bukan kerana peribadi kita.

    Kita bekerja dalam saf. Yang buruk tetap ditegur. Zaman nabi orang boleh tegur nabi dalam khutbah!!

    Baca sifat jamaah Islam baru kita boleh bercakap pasal beradap!

    BalasPadam
  11. saudaraku batuapi
    kita mencari kebenaran dan titik persamaan bukan mencari titik pemisah antara satu sama lain, berdasarkan fakta yg batuapi ketahui mungkin saya tak ketahui, apa yang dikatakan pas marang dan pas dungun tak membuat bantahan berdasarkan tiada sebab untuk membuat bantahan. spr menerima bantahan pembangkang jika ada fakta yang boleh membuat undi dikira semula. jika hanya berpandukan fakta kekalahan tipis, spr tak akan membenarkan pengiraan semula pengundian. fakta yang sah dan sahih perlu dikemukakan untuk menentukan bantahan diterima atau ditolak, jika kita suka suka membuat bantahan tanpa ada fakta yg kukuh apakah spr akan menerimanya. jika terlampau banyak sangat kertas undi rosak, mungkin ini boleh dijadikan fakta kes untuk menuntut pengiraan semula, saya rasa batuapi lebih arif dari saya dalam pengiraan pengundiaan dan proses perjalanan pengundian. saya pertahankan tindakan pas marang dan dungun bukan kerana saya orang ganu yang wala' dan thiqah rukuk dan sujud walaupun salah. mungkin saya tiada maklumat sebagaimana maklumat yg ba ada. terima kasih

    BalasPadam
  12. KK saya hormat saudara saya tak nak berbalah juga dengan saudara. Di sini saya anggap saudara betul, sebab saya tak berhasart mendedahkan individu berkaitan.

    Insya-ALlah saya akan e-mel kepada saudara.
    Terima kasih atas semua komen sdr saya akan berhati-hati dalam penulisan saya akan datang.

    BalasPadam
  13. saudara ku ba,
    saya bukan nak berbalah dgn saudara cuma hanya mencari titik persamaan dalam satu jemaah yang sama, kita mendokong satu jemaah yang sama, satu sakit kita semua akan merasainya, terima kasih saudara ba, saya tak minta saudara ba kata saya betul dan ba salah, saya bukan mencari kemenangan kerana semua tak penting bg saya, saya rasa kita bercakap dalam satu bahasa yang sama bahasa jemaah pas. maafkan saya kalau komen saya menyinggung hati.

    BalasPadam
  14. eh-eh manjanya batuapi dengan kk

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog