Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 20 November 2010

Kekalahan PAS di Galas kerana terlalu guna IT?

Bila PAS kalah di Galas, ada cubaan daripada kumpulan terpencil nak salahkan orang tertentu dalam PAS bagi memenuhi agenda tertentu. Saya terbaca artikel di blog Firdaus Mohd "Menggalas kekalahan di Galas...." yang menggunakan blog Kopitiam Bang Nan. Malas nak layan pada masa tu kerana saya lebih suka menunggu post mortem daripada PAS Kelantan.

Sampai hari ini post mortem masih belum "siap sepenuhnya". Cuba juga tinjau Kicdefella, mana tahu mamak ni dah dapat 'original copy'.

BN telah bermesyuarat dan bincang post mortem untuk pilihanraya kecil baru-baru ini. Mereka berbincang dengan beberapa unjuran daripada beberapa pilihanraya kecil sebelum ini. BN sebenarnya telah bersedia untuk memulakan pilihanraya ke-13. Mereka serius dalam hal ini.

Kopitiam Bang Nan adalah lidah suara Tulang Besi, telah membuat ulasan kononnya kekalahan di Galas dia dah jangka. Kenyataan dia adalah suntikan racun kepada pembaca terutamanya ahli PAS "rakaman audio video yang bakal didedahkan oleh Malaysian Waves tidak lama lagi akan mendatangkan devastated effect kepada Pakatan Rakyat."

Nak tahu lanjut pasal fitnah memfitnah ni baca lagi di laman Malaysia Waves, Tulang Besi lebih laju telah buat post mortem dengan artikel tajuk "GALAS: PAS Kalah Kerana Propaganda UMNO Turut DIsebarkan oleh Kepimpinan PAS Sendiri"

Tulang Besi yang berada di luar tak tahu apa pun, sekadar "papet" yang dilayan-layan oleh 'master'nya. DAP telah membuat ulasan lebih kemas dalam hal kurangnya sokongan bukan Islam. Antara lain menyebut kaedah kempen yang dibuat oleh UMNO/BN dalam pilihanraya kecil Dun Galas amat berbeza dengan sebelum ini. NGO pula digunakan dalam memperkenalkan 1Malaysia dan MCA hanya berada dibelakang barisan NGO. Beberapa isu tempatan yang mana banyak membantu bukan Islam lebih memihak kepada UMNO/BN kerana kempen mereka lebih menjurus kepada sasaran pengundi.

Saya rasa puak ni kena banyak membaca!

Puak anai-anai dalam PAS akan sentiasa mencari perluang untuk melaga-laga kepimpinan dengan pelbagai isu dan kadang kala isu itu sengaja direka-reka bagi tujuan kepentingan mereka.

Isu-isu perbincangan dalaman seperti dalam usrah, tamrin, liqa, seminar, konvesyen didedahkan oleh puak-puak ini, sedangkan itu adalah perbincangan dalaman. Mereka 'tolol' dalam strategi walaupun ada sebahagiannya kelulusan akademik!

Satu perkara yang agak jelas, mereka ini bukannya bersama di Galas membantu PAS Kelantan tetapi sekadar mengadap komputer dan membuat ulasan. Kadang kala ulasan mereka lebih kuah daripada sudu. Jika mereka ke sana mereka tahu sebenarnya apa yang berlaku di Galas.

Kesimpulan paling tepat, walaupun saya belum baca post mortem adalah kerana terlalu menggunakan IT. Pada mulanya saya cukup keliru, hairan, kenapa ya? Jawapan seorang kawan ialah PAS Kelantan menggunakan kaedah IT (IKUT TERLINTAS). Kami tergelak.

Tiada ada persediaan yang kemas, tiada strategi yang mantap, persiapan tidak disediakan dengan baik. Mereka yang datang daripada luar tak tahu nak buat apa kerana tiada perancangan kerja yang rapi.

Mesyuarat juga tidak diadakan mengikut ketetapan yang diputuskan, malah setiap peti undi dengan cara "boss" masing-masing. Pertukaran gerakerja dan susun atur tugas pada saat akhir amat kerap dan ini melemahkan gerakerja utama.

Paling malang Galas dah terbiar 20 tahun... salah siapa?

5 ulasan:

  1. muak aku nak mengomen blog ni, tapi bila hantu bungkus masih membuka nasi basi mengenai Galas, aku rasa nak jawab, lebih-lebih aku adalah ahli Galas sejak beranak.
    Setelah selesai PRK Galas, keputusannya tiada siapa yg kalah :
    1- UMNO menang di Galas, namun gagal menarik orang melayu Kelantan berpaling daripada PAS.
    2- PAS kalah di Galas, namun telah membuktikan sokongan orang melayu Kelantan kepada PAS tidak terjejas.
    3- KU LI telah membuktikan bahwa Mahyuddin dan UMNO Kelantan bukannya cerdik. Mereka ditipu apabila bodoh data dan tolol metametik.
    4- UMNO Gua Musang berhak untuk tersengih, kerana AJK mereka bukannya cerdik.

    Undi Melayu 51% PAS dan 49 % UMNO. Angka ini adalah suatu bukti bahawa pengundi Melayu tidak lari drpd PAS, walaupun mereka cuba dijinakkan dgn pelbagai tawaran kebendaan.
    Pilihanraya ini adalah PRK, pada kebiasaan pengundi PAS akan melompat ke dalam bakul UMNO (lihat PRK M.Urai dan P.Pasir) untuk sementara.
    Suatu lagi fakta yang tidak boleh dilupakan, bahawa DUN Galas merupakan kubu paling gagah untuk UMNO di Kelantan. PAS tidak pernah menang di DUN Galas, kecuali 2008, dan PAS hanya bertapak dlm masa 2 tahun sahaja (ini terbukti dgn kiraan metametik).
    Undi cina 51% untuk UMNO dan 49% untuk PAS, terdapat kemorosotan undi kepada PAS, namun dalam PRK, org cina terpaksa bermain silap mata, sekejap ke hulu sekejap ke hilir. Keadaan ini adalah dibawah kawalan manusia, PAS hanya mengharapkan pertolongan dari langit untuk mengubahnya, sepertimana berlaku PRU 2008.
    Undi org Asal, PAS semestinya kalah sebelum wisel ditiup SPR. Bahkan kekalahan PAS lebih jelas bila secara tiba-tiba peratusan undi org asal bertambah dan naik secara mendadak.
    Setelah dicampur undi org asal, undi cina, undi India dan undi pos, UMNO telah memiliki kelebihan 3000 undi sebelum masuk padang.
    Inilah yg gagal dikesan oleh UMNO Kelantan, dimana mereka hanya meletakkan 50/50 untuk PRK DUN Galas. Setelah jawatan pengarah pilihanraya BN ditawar kepada KU LI, beliau terus menyambarnya. AJK UMNO G.Musang tersengeh dan UMNO Kelantan terpaksa menjadi ekor kpd KU LI. "terima kasih PAS" itu ucapan KU LI kpd PAS, kerana menyambung nyawanya dlm UMNO nyawa-nyawa ikan.
    Mereka yg mencipta dalih untuk dijadikan sebab kenapa PAS kalah dlm PRK DUN Galas merupakan ayam daging pondan. Sebab itu mereka mengaitkan sesuatu yg tiada kaitan langsung dgn PRK Galas, seperti terlalu guna IT dan tiada pembangunan di Galas (Galas kawasan yg paling cepat maju di Kelantan).

    BalasPadam
  2. Ulasan cukup menarik. Saya tidak menolak semuanya. Sebab fakta saudara sebut semuanya difahami bagi mereka yang berada di "Bilik Gerakan Parti"

    Satu faktor yang kena ambil kira juga, Dr Zul menang di Galas sebelum ini (PRU-12) pada posisi Parlimen lawan Ku Li. Tapi tewas kali ini. Setuju pilihanraya kecil ada pembolehubah yang berubah tak boleh dijadikan asas.

    Artikel saya sebenarnya bukan nak ulas sampai situ. Kalau saya nak tulis saya akan perincikan sehingga setiap saluran. TAPI BENCI PENULAS YANG SUKA NAK KAMBING HITAM PIMPINAN YANG TAK DISETUJUI DENAGN AUDIO YANG TAK BERKAITAN.

    BalasPadam
  3. Ini semua macam pasal calon Dr.zul gemok gedempol macam taklarat nak buat kerja untuk rakyat Galas KALAU CALON HANDSOM MACAM HUSAM LAINLAH dan duit ZAKAT diSEDEKAHKAN dengan BANGGANYA.

    BalasPadam
  4. "Satu faktor yang kena ambil kira juga, Dr Zul menang di Galas sebelum ini (PRU-12) pada posisi Parlimen lawan Ku Li. Tapi tewas kali ini. Setuju pilihanraya kecil ada pembolehubah yang berubah tak boleh dijadikan asas".

    Seperti yang sebutkan sebelum ini, bukan dr.Zul menyekat kemenangan PAS di Galas, dan bukan che' Hashim Sulaiman yang menjadi ikon kemenangan PAS di Galas.
    Dr. Zul menang di Galas dalam PRU12 disebabkan undi Cina yg lebih cenderong kepada PR, keadaan ini dapat mengimbangi undi orang asli, tambahan pula peratusan orang asli yg keluar mengundi adalah lebih rendah berbanding dgn PRK 2008.
    Dengan sebab itu aku selalu berkata :"lebih baik kita mengkaji bagaimana PAS boleh menang di DUN Galas pada PRU 12, dari mengkaji kenapa PAS kalah di DUN Galas dalam PRK 2010"

    BalasPadam
  5. tanpa nama kata :
    "Ini semua macam pasal calon Dr.zul gemok gedempol ..."

    menate ni bodoh, lebih baik ore gemuk gedempol daripada ore kurus bodoh seperti kura-kura.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog