Hampir nak genab enam bulan telah meninggalkan blog ini, hari ini entah apa gatal tangan nak menulis. Tapi sekadar nak ucapkan selamat menyambut ramadhan kepada rakan-rakan seperjuangan. Diharap bulan ramadhan ini mengajar kita erti perjuangan, erti persahabatan dan erti keikhlasan dalam beramal. Jangan sampai kita sekadar menjadi unta yang berada dalam persekitar ilmu tapi hati kita masih kotor dengan sifat 'kehaiwanan'.
Saya tak akan menulis lagi di blog ini, itulah tekad saya. Nick batuapi @ firestone sekadar nick yang tak memberikan apa-apa makna dan imfak kepada sesiapapun. Oleh itu saya tak akan membalas sebarang emel. Mana-mana yang masih lagi cuba berhubung dan memberikan maklumat, maaflah saya tak akan memanjangkan perkara tersebut.
Sebab dan akibat terjadinya batuapi @ firestone rasanya sudahpun mencapai hasrat, walaupun taklah sebaik yang diharapkan tapi sekurang-kurang ada juga 'hasil'nya. Selain daripada itu banyak juga pembelajaran yang diperolehi daripada beberapa pengalaman 'perang besar' yang tercetus. Itu semua Allah s.w.t. perencanaan yang kita makhluk tak tahu.
Terima kasihlah kepada semua pembaca dan maaf kepada mana-mana yang tak puas hati dengan saya. Insya Allah kita sudah pasti akan dihadapkan dihadapan Allah dan kita akan dibicara sekali lagi tentang apa yang kita pertingkaian. Di sana nanti kita tidak boleh berdusta untuk menguatkan hujah kita kerana kita adalah insan kerdil. Allah akan membelas apa yang kita lakukan sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Saya kalau 'gian' sangat nak menjiwai watak batuapi @ firestone ini saya hanya sekadar menulis di facebook.
http://www.facebook.com/batuapi.firestone
Minta maaf kepada semua. Baca semua apa yang saya tulis, renunglah sesungguhnya saya menulis di blog ini dengan jiwa dan raga saya. Jika ada apa-apa kesilipan itu adalah kelemahan nafsu saya.
Selamat berpuasa....
Berpuasa dengan badan dan jiwa Lillahi taala.
Kalau Bas Tak Angkut, Ceramah Hassan Ali Lengang
10 min yang lalu


Dear tuan, saya mengaitkan laman web anda.Saya berharap anda tidak keberatan untuk menghubungkan saya kembali.
BalasPadamini laman web sayahttp://malaysiannewstoday.blogspot.com/
Malysiannewstoday: Terima kasih..