Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 13 Mac 2010

Rupa-rupanya tak boleh jawatan CEO parti dikhianati

Petikkan berita daripada Malaysiakini.com adalah dirujuk. Berita berkenaan mengatakan;
Pejabat menteri besar Selangor mengesahkan bahawa bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim pernah mengemukakan permohonan untuk mengisi jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat menteri besar juga mengesahkan KPS telah menerima permohonan Salehudin dan beliau pernah ditemuduga oleh jawatankuasa pemilihan.

Bagaimanapun, menurutnya, jawatankuasa pemilihan memutuskan supaya calon lain yang lebih layak dan sesuai dipilih bagi menjawat jawatan itu.

Jumaat, 12 Mac 2010

Cuit Pak Bakaq, Penarik Beca Pasal Perpaduan Islam

Sebelum saya menulis lebih panjang soal Perpaduan Islam suka saya nyatakan penulisan khusus kepada Pak Bakaq adalah penulisan sebagai seorang sahabat. Pak Bakaq tidak suka berhujah sesama blogger PAS apatah lagi berbalah hujah di alam maya ini.

Pak Bakaq adalah seorang ahli PAS yang komited, dulu masa kita orang buat pertemuan nak tubuh komunity blogger. Pak Bakaq tidak sependapat dengan Mahaguru58. Pak Bakaq nak komunity itu jelas mengambarkan blogger PAS.

Khamis, 11 Mac 2010

Mohsin dan Solat Hajat

Saya menulis mengenai perkara ini dalam artikel Pengundi PAS Bagan Serai dikhianati? dengan maklumat terhad mencerita bagaimana pada PR12 dulu banyak pertelingkahan mengenai calon dan akhir semua akur dengan keputusan kepimpinan (memang itu sifat terpuji PAS dan saya setuju sangat dengan komen oleh AwanBiru dalam forum di laman TranungKite)

Ada maksud tersirat yang saya cuba untuk tidak mendedahkan secara umum supaya orang yang mengulas mengerti lebih mendalam dalam hal ini yang saya lebih tumpukan kepada Solat Hajat yang dimaksudkan.

Perjanjian Pangkor, Betul ke ni??

Menarik untuk diulas lebih terperinci mengenai isu Perjanjian Pangkok. Saya menulis artikel dengan beberapa maklumat asas bagi pembaca mencari maklumat yang lebih terperinci dengan sumber maklumat yang sah. Jangan ambil maklumat ditepi jalan atau maklumat internet (macam juga artikel saya ini) yang kadang kala adalah saraf untuk membentuk persepsi rakyat atau pembaca oleh "mastermind" blogger.

Maklumat awal pada artikel ini Pengundi PAS Bagan Serai dikhianati? adalah untuk mendapat komen dan respon untuk saya lanjutkan lebih detail lagi.

Rabu, 10 Mac 2010

Mengulas Artikel Pemimpin PAS Yang Bangang laman Sokong Pakatan Rakyat

Terbaca secara tak sengaja satu artikel yang dilinkkan ke laman Sokong Pakatan Rakyat yang bertajuk Pemimpin PAS Yang Bangang yang diterbitkan hari ini. Tulisan ini sekadar mencari kesalahan Pimpinan PAS terpilih yang tak disukai untuk dipecahkan-pecahkan bagi melemahkan barisan kepimpinan PAS.

Anda boleh baca tulisan berkaitan di bawah ini (Petikan penuh).

Songkok Putih, webmaster TKO buat games Fitnah?

Saya dapat satu email mengenai games Tukang Fitnah yang mana games ini dipercayai telah dibuat oleh Songkok Putih, webmaster TKO. Kenapa saya kata Songkok Putih yang buat games ini?

Dalil dan hujah saya kata Songkok Putih yang buat games ini adalah;

1. Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman Talib selalu menyebut Songkok Putih adalah dalang semua tulisan-tulisan internet yang menyerang kumpulan PAS reform. Kata-kata Tulang Besi adalah kata-kata yang benar dan dia hampir maksum (dalam proses nak capai maksum). Hujah-hujahnya juga adalah bernas dan cukup bijaksana.

Pengundi PAS Bagan Serai dikhianati?

Apabila Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas telah membuktikan apa yang di putusakan sebelum ini dan rasa tidak puas hati ahli PAS Perak terhadap Persuruhjaya PAS Perak dulu berkaitan mudahnya PAS memberikan kawasan hak milik PAS kepada rakan PKR tanpa mengira kekuatan parti masing-masing adalah benar.

Ini soal bukan nak mempertikaikan pakatan atau kerjasama yang dibuat tetapi keadilan dalam pembahagian kerusi serta kekuatan parti masing-masing dalam mengagihkan kerusi selepas kemengang Dalam pengagihan perlu juga diambil kira jentera parti mana yang sebenarnya bekerja bukannya siapa yang mewakili parti mana.

Sabtu, 6 Mac 2010

Kedudukan DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang tak akan tergugat!

Apabila makin ramai MP Keadilan keluar parti samada menyertai UMNO atau menjadi MP bebas bicara-bicara internet menjadi makin panas membuat analisis soal kedudukan DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bicara mengenai mempertahankan agar kuasa 2/3 BN tidak dicapai.

Saya tertarik mengulas mungkin dalam bentuk yang bersantai mengenai kenyataan Dato' Khairy Jamaluddin dan ulasan kenyataan KJ ini telah disanggah oleh Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC) Mohamad Sukri Md Saad.

Bagi saya kedudukan DS Anwar tidak akan tergugat selagi kerjasama dengan PAS masih wujud dan selagi sebahagian pimpinan PAS masih walaq kepada DS Anwar lebih daripada Presidennya sendiri. Mungkin kenyataan ini nampak prajudis tapi kita diberikan akal boleh berhujah dengan akal yang ada melainkan kita sudah tidak mampu untuk berfikir jauh.

Jumaat, 5 Mac 2010

Pimpinan Atasan PAS berbaik sangka antara satu sama lain, tapi..?

Usaha melagakan TGNA dengan TGHH masih berjalan, dulu terbuka sekarang dalam senyap. Nampak benar perancangan propaganda UMNO telah berjaya menjadi darah daging mereka yang suka mengadu domba.

Internet menjadi media yang paling mudah untuk sebaran maklumat fitnah ini. Saya tertarik dengan petikan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Bukan nak bincang pasal UG yang dibicarakannya kerana UG dah tutup buku. Melainkan Tulang Besi sahaja kata masih ada dan dia dengan lucunya memberikan contoh lihat isu Kalimah Allah, kenyataan Ustaz Nasaruddin sama dengan kenyataan media UMNO. Itulah bukti UG masih ada, dengan bersungguh-sungguh sehingga terpusing biji mata simamak Tulang Besi berhujah. Hujah anak tadikayan.. saya malas nak ulas panjang, fikir sendirilah.

Habis kenyataan Zul Nordin pula mengenai kalimah Allah macam mana?

Khamis, 4 Mac 2010

Zulkefli Berpotensi Untuk Keluar PKR?

Zulkifli Noordin antara MP Keadilan yang paling tops namanya di alam internet, alam blogger. Dulu dia dah terkenal kerana menjadi salah seorang peguan DS Anwar Ibrahim dalam Kes Liwat I. Dia jadi MP Keadilan dan beberapa tindakannya menjadi pujian hebat oleh semua blogger yang menulis mengikut perangai lalang, kerana Zul berbasikal dan bermotorsikal ke parlimen.

Kini Zul nampak tidak serasa dengan suara pengerak atau "mastermind" blogger-blogger. Dia dikecam hebat pula.

Zul sebenarnya YDP PAS Bandar Tun Razak, nak bertanding tak boleh kerana Majlis Syura PAS tak lulus. Kenapa tak lulus saya tak perlu panjang, engkau orang boleh cari sendiri. Dulu pernah bertanding atas tiket PAS kerana dia memang ahli PAS yang sah.

Oleh kerana tak boleh bertanding atas tiket PAS, dia bertanding atas tiket Keadilan kerana dia sahabat baik DS Anwar (Ambil ayat Zukri Aksah - Warkah buat Saudara Anwar). DS Anwar tawar dia tanding di Kulim. 

Ibrahim Ali dapat Akhbar Baru

KDN melulus sesuatu permit akhbar mengikut mood dan situasi, ramai di kalangan mereka yang keluar parti terumatanya pembangkang akan dapat permit akhbar jika dia memohon. Dulu Ahmad Lutfi bertungkus lumus memperjuangkan kebebasan akhbar bersama Fathi Aris. Hasilnya kekecewaan kerana mereka berdua ini adalah golongan degil dan keras kepala.

Haji Abdul Wahab Yunus, pernah memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat pernah keluar PAS dan menubuhkan HAMIM, dia bukan sahaja dapat permit tapi dia menjadi Pengerusi Satu Yayasan yang dinamakan YADIM. (Gambar: Hj Wahab Kanan)

Haji Nakhaie Ahmad, juga dapat permit akhbar kerana keluar PAS.

test

Video Malaysiakini.com

test

Komentar Blog