Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Ahad, 21 Mac 2010

Pelancaran Buku "Polemik Isu Kalimah Allah"

Ada yang bertanya saya, 27 Mac 2010 nanti, Tuan Guru Haji Abdul Hadi akan melancarkan buku "Polemik Isu Kalimah Allah Antara Targhib dan Tarhib" karangan Dr Mohd Nur Manuti dan Wan Ji bin Wan Hussin, bertempat di bilik Kedah & Johor, PWTC pada pukul 5.00 petang.

Saya rasa tak perlu ulas panjang, sekadar mengambil petikan ulasan ali bagan, walaupun kurang benarnya tapi sinakalnya menghampir isu;

Jangan lupo datang maso hari perasmian nanti. Kito akan lihat bertapa indah dan harmoninya Jemaah Islam yang berlabel PAS ini. Pendiri UG merasmikan buku yang penulisnya anti-UG. Oh , senario ini tidak akan berlaku dalam Parti lain. Ini lah dinamakan perpaduan antara UG dan anti-UG. Wow !!!

Sabtu, 20 Mac 2010

Mengulas artikel Barangkali Mursyidul Am terlupa

Menarik membaca artikel pembentuk persepsi minda pembaca di internet dan memburuk-buruk pimpinan yang tidak disukai. Artikel terbaru Penarik Beca Barangkali Mursyidul Am terlupa adalah rujuk untuk menulis artikel ini.

Penarik Beca adalah penyambung lidah Misal Merah, yang menulis di blognya bertajuk Murshidul Am Tak Sebut Nama Ustaz Nasa?

Sengaja membina persepsi negatif

Terbaca satu artikel di laman Tranungkite (TKO) bertajuk YB muda PKR belajar menipu rakyat. Apakah Ini Yang Anwar Ajar? yang ditulis oleh setisab dan diluluskan oleh pembantu webmaster laman berkenaan bernick teori dengan gambar ustaz Nasha di lobi parlimen seperti disebelah yang diambil rujukan daripada Utusan Malaysia "lidah rasmi UMNO".

Beberapa kali teguran telah dibuat oleh forumer dan ini membuatkan saya kecewa dengan sikap tidak ambil perduli webmaster laman berkenaan dengan artikel-artikel yang diluluskan yang sering kali memberikan persepsi yang tidak baik kepada kepimpinan utama Parti Islam.

Khamis, 18 Mac 2010

Beer Halal atau Arak tanpa Alkohol

Saya dihujani dengan pertanyaan dan terkejut pasal ada blogger yang "minum" dengan penyiaran gambar "usrah blogger". Saya akui saya sendiri, macam terkejut juga melihat gambar untuk kali pertama dan ini memberikan pengajaran agar kita berhati-hati menyiarkan gambar orang lain dalam blog kerana orang ramai atau pembaca boleh mentafsir dengan pelbagai maksud.

Untuk mengelak salah tafsir ini, saya menulis mengenai perkara ini sejelas-jelasnya agar kekeliruan boleh dihilangkan.

Sekarang ini banyak di restauran Arab mahupun restoran biasa, menjual beer tanpa akohol ini. Rupa bentuk botolnya dan pelekatnya adalah sama dengan beer berakohol. Namun apa hukumnya minum beer tanpa akohol ini? Umumnya orang melayu akan mempertikaikan nama beer itu digunakan, jika begitu bgaimana dengan root beer dan ginger beer yang biasa kita minum. (Gambar, cilok daripada laman Penembak Babi tanpa izin - maaf)

Awas laman-laman ciptaan Task Force 13

Baru bercerita pasal Task Force 13, metting dia orang dah sampai kepada kita orang, kita orang juga nak tergelak bila nama kita orang macam menjadi agenda utama dalam metting dia orang. Lagi nak tergelak metting dia orang tak cukup korum.

Apapal saya pula dicari-cari, siapa batuapi firestone? Tanyalah Tulang Besi, diakan pakar tudung menuduh. Songkok Putihlah tu, lagipun saya tak pernah bersumpah menafikannya, buat apa cari lagi!!! Tergolek aku, pakar motivasi menulis TF13, Zainulfaqar pun tergaru kepala! (Selepas ini setiap orang kena tukar kupiah dengan songkok, tapi pastikan yang putih!!)

Rabu, 17 Mac 2010

Mengulas Isu Natrah tidak satukan rakyat Melayu, kenyataan Khalid Samad

Membaca kenyataan Khalid Samad mengenai isu dan tajuk di atas membuatkan saya rimas dan celaru dengan sikap Khalid ini. Ya memang celaru bila Khalid membuat teguran umum dan mengunakan Malaysiakini sebagai saluran untuk menujukkan rasa tak faham beliau terhadap kehadarin Ustaz Nasharuddin Mat Isa ke Majlis Akademik UTM.

Lagi celaru apabila Zainulfaqar Yaakob menggunakan Harakahdaily sebagai saluran menyampaikan berita ini bagi suara Khalid. Apakah perlu berita-berita "sensasi bodoh" dalam harakahdaily? Maaf sekiranya saya katakan Zulkifli Sulong sekadar "pak pancak" dalam Harakahdaily sehingga mutu dan cara persembahan harakahdaily hambar!!

Isnin, 15 Mac 2010

PAS, Islam dan Perpaduan

Malam ini saya ingin bersantai, juga bersantai dalam menjawab kata-kata blogger yang tersemat pada blognya kononnya terdapat banyak SMS yang marah-marah berita Utusan yang selalu dilenyek-lenyek dalam kempen boikot dengan kata-kata "Jahaman Utusan" tapi isinya dtelam sehingga ke usus.

Blogger itu memberitahu, pimpinan PAS kawasan yang juga wakil rakyat menelefon beliau bahawa dia tak tahan ditanya oleh ahli dikawasannya.

(Semua ini ada pada petikan ini, baca betul-betul samada saya tongkok tambah atau tidak Suara musang berbulu ayamkah ini? (3) http://penarikbeca.blogspot.com/2010/03/suara-musang-berbulu-ayamkah-ini-3.html)

Saya berfikir dengan akal yang waras, hebat blogger ini. Masalah parti PAS kawasan, YB pula tu!! dirujuk kepada si blogger ini!! OOwwii!

Ahad, 14 Mac 2010

Ulas Nasharuddin Mat Isa hadir dalam program pelancaran buku Natrah

Ada yang hantar email minta saya ulas mengenai Ustaz Nasharuddin hadir dalam Perlancaran Buku Natrah. Saya rasa macam nak tergelak juga. Puak-puak "sakit jiwa" ni (SP Ali Zaidan kata puak PAS Recond, SP TKO kata puak-puak anai-anai, SP OrgMengila kata PAS Reform, tapi semuanya menjurus kepada puak-puak blogger celaka seperti yang diucapkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz)

Terfikir saya jika terlihat puak-puak sakit jiwa, Presiden PAS berhenti di Pump Station untuk buang air kecil. Pump Station itu pula milik penyokong UMNO maka terus dipersoalkan kenapa Presiden masih lagi meneruskan agenda UG, sedangkan Presiden kata UG sudah tutup buku.

Puak sakit jiwa ini akan berhujah, lihat Dato' Seri Anwar Ibrahim bila nak buang air dia berhenti di rumah Dato' Fauzi. Dato' Fauzi yang nak masuk PAS terus masuk PKR. Tuan Ibrahim Tuan Man apa dia buat?? Jadi Pengerusi Lembaga Disipilin pun tak reti. Sepatutnya bagi aje jawatan Lembaga Disiplin kepada Greenboc kerana dia lebih arif tentang Perlembagan PAS. (Ahli PAS kantoi dan pernah hadir program PAS mana tahu ada perubahan perlembagaan).

Sabtu, 13 Mac 2010

Rupa-rupanya tak boleh jawatan CEO parti dikhianati

Petikkan berita daripada Malaysiakini.com adalah dirujuk. Berita berkenaan mengatakan;
Pejabat menteri besar Selangor mengesahkan bahawa bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim pernah mengemukakan permohonan untuk mengisi jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat menteri besar juga mengesahkan KPS telah menerima permohonan Salehudin dan beliau pernah ditemuduga oleh jawatankuasa pemilihan.

Bagaimanapun, menurutnya, jawatankuasa pemilihan memutuskan supaya calon lain yang lebih layak dan sesuai dipilih bagi menjawat jawatan itu.

Jumaat, 12 Mac 2010

Cuit Pak Bakaq, Penarik Beca Pasal Perpaduan Islam

Sebelum saya menulis lebih panjang soal Perpaduan Islam suka saya nyatakan penulisan khusus kepada Pak Bakaq adalah penulisan sebagai seorang sahabat. Pak Bakaq tidak suka berhujah sesama blogger PAS apatah lagi berbalah hujah di alam maya ini.

Pak Bakaq adalah seorang ahli PAS yang komited, dulu masa kita orang buat pertemuan nak tubuh komunity blogger. Pak Bakaq tidak sependapat dengan Mahaguru58. Pak Bakaq nak komunity itu jelas mengambarkan blogger PAS.

Khamis, 11 Mac 2010

Mohsin dan Solat Hajat

Saya menulis mengenai perkara ini dalam artikel Pengundi PAS Bagan Serai dikhianati? dengan maklumat terhad mencerita bagaimana pada PR12 dulu banyak pertelingkahan mengenai calon dan akhir semua akur dengan keputusan kepimpinan (memang itu sifat terpuji PAS dan saya setuju sangat dengan komen oleh AwanBiru dalam forum di laman TranungKite)

Ada maksud tersirat yang saya cuba untuk tidak mendedahkan secara umum supaya orang yang mengulas mengerti lebih mendalam dalam hal ini yang saya lebih tumpukan kepada Solat Hajat yang dimaksudkan.
test

Video Malaysiakini.com

test

Komentar Blog