Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Khamis, 11 Mac 2010

Perjanjian Pangkor, Betul ke ni??

Menarik untuk diulas lebih terperinci mengenai isu Perjanjian Pangkok. Saya menulis artikel dengan beberapa maklumat asas bagi pembaca mencari maklumat yang lebih terperinci dengan sumber maklumat yang sah. Jangan ambil maklumat ditepi jalan atau maklumat internet (macam juga artikel saya ini) yang kadang kala adalah saraf untuk membentuk persepsi rakyat atau pembaca oleh "mastermind" blogger.

Maklumat awal pada artikel ini Pengundi PAS Bagan Serai dikhianati? adalah untuk mendapat komen dan respon untuk saya lanjutkan lebih detail lagi.

Oleh kerana di internet ada juga maklumat dan rashia parti tidak boleh didedahkan secara umum, maka saya akan menulis secara kiasan. Kalau anda semua boleh faham anda akan fahamlah. Kalau tak, itu sudah suratan nasib.

Seperti juga mengenai Perjanjian Pangkor pada artikel berkenaan. Kalau anda tanya orang tertentu, memang jawapan paling mudah tak adapun. Anda kena tanya orang yang rapat kepada sumber. Kalau tanya Ustaz Ahmad Awang, dengar betul-betul jawapan beliau sebab beliau bukan orang yang terbabit, mungkin tahu sebab beliau adalah Persuruhjaya pada ketika itu. Presiden PAS pun masih merujuk kepada beliau dalam isu-isu Perak. Baca di sini Pimpinan Atasan PAS berbaik sangka antara satu sama lain, tapi..?

Dengar betul-betul bermaksud kadang kala pemimpin akan berhelah dalam memberikan jawapan sebagaimana nabi berhelah (bila orang bertanya ada tak nampak orang yang dikejar lalu dihadapan beliau) kepada jawapan orang bawah bagi keselamatan parti atau strategi parti. Kalau susah nak jumpa Ustaz Ahmad Awang, anda boleh cuba-cuba tanya Cikgu Husseyn, dia adalah "Suara Ustaz Ahmad Awang"

Jangan tanya Tulang Besi, dia itu ada di luar negara. Dia menulis jika ada "Mastermind" Blogger nak menyerang seseorang sahaja. Dia bergantung maklumat dan rashia yang diberikan oleh "Mastermind" Blogger sahaja. Orang ambil upah biasa begitu.

Jangan tanya Greenboc. Dia tu hanya berada didalam dunia internet (maya) sahaja. Dialah ahli PAS bernombor 2***** yang tak pernah hadir mana-mana program PAS tapi bercakap lebih PAS daripada Presiden PAS.

Jangan tanya Presiden PAS, sebab dah ada orang bertanya kepada beliau, beliau tak tahupun. Kesian Presiden yang mana banyak orang buat melebihi dia. Kalau anda teliti dan mengkaji, anda akan dapati Abdul Hadi adalah Presiden PAS paling malang! Muryidur Am nahkoda kapal, zaman Tuan Haji Yusof Rawa tak pernah kita dengar. Ahli Dewan Harian (bukan kelulusan agama) berhujah lawan tafsir Al Quran dengan beliau. Jika dia buat sesuatu mesti ada akan orang mengkritiknya. Setiap inci pergerakannya, setiap inci percakapanya pasti ada Blogger akan mengkritik bagi suara "mastermind" blogger.

Saya suka sekiranya anda berkesempatan bertanya sendiri dengan DS Nizar. Itulah pilihan terbaik untuk bertanyakkan mengenai Perjanjian Pangkor. Tanya pun kenalah tahu masa dan waktu untuk mendapatkan maklumat.

Susah juga nak tulis sesuatu dalam internet ini, pasal tak mahu banyak sangat maklumat terdedah. Dulu saya tulis mengenai Tulang Besi saya tulis dengan samar-samar saya minta tanyalah si Abdul Razak, saya serta gambarnya sekali, saya kata si Abdul Razak inilah yang hantar Tulang Besi ke Konsyensen Blogger PAS. Itu sahaja. Baca artikel saya di sini Mengapa Tulang Besi Menjadi Pengemis untuk Tabung Guaman?


Siapa sebenarnya Abdul Razak? Dia adalah adik beradik dengan Tulang Besi. Ada peribahasa menyebut "air yang dicincang tak akan putus", itulah eratnya adik beradik. Adik beradik adalah sumber maklumat yang hampir seperti saya sebut diatas.

Orang yang tak guna akal, emosi, bodoh dan bangang kerja hari-hari menyerang saya dengan pelbagai tuduhan dalam blog saya. Saya tak marah kerana perasaan marah adalah bersumberkan syaitan. Hanya saya kesal kononnya bercakap tentang Islam tetapi perbuatan dan sikapnya adalah perosak Jamaah Islam.

Kalau dah faham, carilah sumber maklumat yang sah tanya dengan hati yang ikhlas, pasti Allah akan memberikan kita sinaran dalam hati ini sehingga ada dan wujud perasaan kasih sayang kita sesama kita dalam Jamaah kita.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog