Terbaca satu artikel di laman Tranungkite (TKO) bertajuk YB muda PKR belajar menipu rakyat. Apakah Ini Yang Anwar Ajar? yang ditulis oleh setisab dan diluluskan oleh pembantu webmaster laman berkenaan bernick teori dengan gambar ustaz Nasha di lobi parlimen seperti disebelah yang diambil rujukan daripada Utusan Malaysia "lidah rasmi UMNO".
Beberapa kali teguran telah dibuat oleh forumer dan ini membuatkan saya kecewa dengan sikap tidak ambil perduli webmaster laman berkenaan dengan artikel-artikel yang diluluskan yang sering kali memberikan persepsi yang tidak baik kepada kepimpinan utama Parti Islam.
Penulis di laman TKO bernick setisab ada menulis dengan beserta gambar di atas yang sangat jahat maksudnya;
kamu lah hero pewaris perjuangan.... kamu lah hero penentang umno..!!! Tapi di belakang tabir... di cafe parlimen kamu bersendaloka.... dua tahun dari sekarang rasanya budaya budak Yusmadi ni lebih songsang daripada Nazri Aziz, lebih terpesong daripada Nasharuddin Mat Isa, lebih haprak daripada Zulkifli Noordin, lebih pekong daripada anjing ini, lebih busuk daripada bangkai ini...!!! Macamanalah PKR tidak berkeladak. Banyak sangat malaon dan firaun bermaharajalela...!!!Penulis artikel ini seperti tidak mengenali siapa Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Apa dia ingat Ustaz Nasha tukang tampal poster dalam PAS?
Sering kali serangan kepada Ustaz Nasha dibuat apabila Ustaz Nasha bersama dengan pimpinan UMNO, MCA, MIC di lobi parlimen. Ustaz Nerangan kepada Ustaz Nasha dibuat apabila Ustaz Nasha bersama dengan pimpinan UMNO, MCA, MIC di lobi parlimen. Ustaz Nasha adalah Timbalan Presiden PAS, yang merupakan simbol keterbukaan PAS kepada masyarakat umum.
Apakah ustaz Nasha perlu mendapat izin dulu nak duduk jika ada MP UMNO di situ atau Ustaz Nasha mesti membuat laporan kepada YB Khalid bahawa dia nak bersembang dengan MP UMNO dan katak-katak yang lari daripada PKR. Pakailah otak untuk menulis dan mengkritik.
Rasanya selepas ini akan ada yang akan ambil gambar membuat laporan di internet Ustaz Nasha di dapati ada di tandas Parlimen bersama dengan YB Nazri dan Zulkifli Noordin. Bertapa gila dan bodohnya fikiran mereka yang yang ta'asud.
Saya pernah mencabar, penulis Penarik Beca untuk membukti di mana ada pertemuan sulit antara Ustaz Nasha dengan UMNO sehingga terbit artikel nak cium UMNO di blognya. Sampai hari ini belum ada satu respon pun daripada Penarik Beca a.k.a. Abu Bakar Mohd Rashid (Pak Bakaq). Apakah pertemuan antara Ustaz Nasha dengan Pak Lah di lobi Perlimen itu dikatakan pertemuan sulit?
Rasionallah sedikit dalam hal ini.
Nazri engkau ada sama ya!, Dengan Nasha pun ada.. orang tengah ke?
Saya sertakan gambar ini untuk tatapan semua. Apa komen si setisab? Anwar nak beli Najib atau Najib nak beli Anwar. Pasti ada yang marah. Saya bukan marahkan DS Anwar, tapi geram melihat orang "bodoh daya inteleknya" cuba membuat persepsi jahat!
Saya sokong tulisan sdra, ramai sangat yg sering berburuk sangka tanpa usul periksa, kadang kali menyebabkan tak tersengaja mereka menjadi agen perosak PR
BalasPadam