Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 20 Mac 2010

Mengulas artikel Barangkali Mursyidul Am terlupa

Menarik membaca artikel pembentuk persepsi minda pembaca di internet dan memburuk-buruk pimpinan yang tidak disukai. Artikel terbaru Penarik Beca Barangkali Mursyidul Am terlupa adalah rujuk untuk menulis artikel ini.

Penarik Beca adalah penyambung lidah Misal Merah, yang menulis di blognya bertajuk Murshidul Am Tak Sebut Nama Ustaz Nasa?
Misal Merah menulis;

Menurut sumber-sumber yang dipercayai sewaktu Murshidul Am Pas berucap dalam ucaputama majlis tersebut tidak menyebut langsung nama Ustaz Nasa dalam muqaddimah ucapannya sedangkan nama-nama lain Tok Guru sebut. Hadirin di barisan hadapan majlis merasa terkejut dan masing-masing memandang antara satu sama lain. Mereka 'sut sit sut sit' antara satu sama lain.
Untuk menambah jahat persepsi masyarkat pembaca kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Misal Merah pun menambah lagi "api kebencian";
Mungkinkah Tok Guru terlupa? Mungkin juga Tok Guru nak cepat habiskan ucapan jadi tak sempat nak sebut nama Ustaz Nasa atau mungkin juga Tok Guru dah ...hang pa pikiaq sendiri la..sendiri mau ingat.
Berita asal yang baik untuk dipaparkan ialah bagaimana Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa telah bersatu hati dalam menjayakan program untuk Parlimen Bachok bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya ke-13.

Tapi manusia jahat dalam PAS, seperti Tulang Besi, Task Force 13 dan blogger celaka seperti kata Tok Guru Nik Abdul Aziz, tidak akan senang dengan perkara ini. Mereka akan mencari jalan untuk merosakkan imej mereka yang tidak disukai dengan menokok tambah apa yang perlu bagi mencetus rasa benci pada diri pembaca. Perkara ini cukup bertentangan dengan apa yang diajar oleh Islam.

Berita sebenar apa yang berlaku pada Majlis tersebut yang patut di baca ialah;
Majlis Makan Malam PAS Bachok Di Putrajaya

20 Mac (Putrajaya)- PAS kawasan Bachok telah berjaya menganjurkan 'Majlis Makan Malam Amal'untuk mengumpul Dana Komplek Pendidika Islam (KPI) Bachok bersama tiga pimpinan tertinggi PAS iaitu Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Presiden PAS malam tadi di Hotel Marriot Putrajaya. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 malam dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB ustaz Nasaruddin Mat Isa selaku ahli Parlimen Bachok yang juga Pengarah Program, diikuti dengan upacara kemuncak ucapan Tok Guru Nik Aziz sejurus selepas jamuan.



Kehadiran lebih 1000 tetamu ke majlis ini, telah mencapai objektif program bagi mengumpul dana untuk menyiapkan baki 30% pembinaan komplek yang telah dimulakan pembinaannya pada tahun 2007. Projek yang rasmikan oleh tuan Guru Nik Abd Aziz pada tahun 2007 itu telah diasaskan oleh 3 pimpinan utama PAS kawasan iaitu YB Dato hj Omar Mohamad YB Ustaz Hassan Mahmud serta Almarhum Ustaz Buni Amin Yaakob bakal mengubah lanskap pendidikan di Bachok apabila ia bakal disiapkan kelak dengan perbelanjaan 3.7juta lagi.




Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran beberapa kumpulan nasyid popular tanahair termasuk kumpulan Brothers.Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah YDP, TYDP dan Setiausaha Pas Putrajaya, juga kelihatan Dr Manuty dari PKR.

Baca disini untuk maklumat lebih jelas
http://ydppasputrajaya.blogspot.com/2010/03/majlis-makan-malam-pas-bachok-di.html
Cukup bagus program seperti ini, TGNA, TGHH, Ustaz Nasha, Dr Manuty (PKR) pun ada. Tapi mereka yang menjadi pengkhianat parti tidak akan senang hati untuk penyatuan ini. Blogger celaka akan menyerang. Satu blog akan menyerang Ustaz Nasha di Parlimen yang duduk dengan MP UMNO dan yang lain akan memesong berita baik untuk tidak memberikan ruang kepada Ustaz Nasha di pandang baik.

Misalnya semalam YB Husam Musa ada berjumpa dengan Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu. Nasib baik yang bertemu YB Husam kalau Ustaz Nasha bayangkan seluruh blogger celaka akan menyerang Ustaz Nasha kerana nak cium buntut UMNO!!

Fikir apa yang saya tulis, jika saya salah tolong tegurkan. Teguran anda menolong saya berhadapang dengan Allah s.w.t.. Jika benar ludah blogger celaka jika anda jumpa mereka!!

2 ulasan:

  1. cucu mamak kutty ori punya tau21 Mac 2010 pada 7:56 PTG

    batu api ..batu api....batu api....bahaya ni

    BalasPadam
  2. batu api ok juga
    daripada air batu

    Zaman dulu kala orang nak batu api pasal, nak nyalakan api. Sekarang orang nak air batu pasal nak minum - tak ada ais tak boleh jadi.

    Nampak macam bagus air batu ni! tapi akibatnya macam-macam penyakit. Cepat mampuihh kata orang kampung saya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog