Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Khamis, 18 November 2010

Jangan mudah sangat mengkafirkan orang-orang umno

Saya tak pasti apa sikap pembaca bila saya memilih tajuk di atas sebagai lontaran pendapat dalam blog ini. Idea untuk menulis berkaitan dengan tajuk di atas mulai meng'awani' benak kepala saya semenjak saya melihat video Mohd Nor Deris (orang kata Ustaz) tak nak bersalam dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz (Digelar Dato').

Rasanya lebih baik kita lihat sekali lagi video berkenaan dan video ini adalah saya ambil daripada sumber UMNO/BN dan memang perangai UMNO/BN dia orang akan kerat mana-mana yang tak berkenan. Jadi masa antara video 1 dengan video 2, Tok Guru Nik Aziz nak bersalam dengan Mohd Nor Deris ini telah dipotong oleh "lembaga penapis video blogger bacul UMNO/BN."

Video pertama.



Video Kedua.



Video Ketiga



Video Keempat



UMNO/BN menggunakan video di atas untuk menyerang batang tubuh Tok Guru Nik Abdul Aziz. Soal betul atau salah UMNO/BN tak kira, yang diorang fikir jika ada orang boleh maki Tok Guru itu dikira satu kemenangan.

Jika ada "orang gila" nak maki atau mengacau Tok Guru pun UMNO sanggup bayar. Tapi oleh kerana orang gila bukan mudah nak berurusan dengannya UMNO terpaksa lupakan hasratnya.

Versi video di atas tak banyak membantu Tok Guru, tapi UMNO/BN secara tak sengaja telah tolong mengeluarkan satu lagi video tambahan bagi membuka mata anda jika melihat dan mendengarnya.



Video ini telah jelas menunjukkan si Mohd Nor Deris ini terpesong jauh daripada agamanya. (Ada orang menulis dalam harakah kassyafnya telah sesat)

Sebelum itu ada video Tok Guru menjelaskan soal kenapa PAS tolak UMNO



Suka juga saya ingin membawa beberapa petikan video Mohd Nor Deris dalam ceramahnya berkaitan dengan isu di atas kepada pembaca untuk menjernihkan lagi perbincangan kita kali ini. Ceramah Mohd Nor Deris dulunya adalah pensyarah Akedemik tau!!

Ceramah 1



Ceramah 2



Ceramah 3



Saya tak nak ulas ceramah si Mohd Nor Deris ini, anda boleh nilai bagaiaman seorang pensyarah akedemi boleh jadi begitu "sesat".

Mohd Nor Deris ini dulunya adalah ahli PAS. Penceramah PAS yang suka sangat mengkafirkan orang-orang UMNO. Bila dia berceramah dia terus menghukum.

Ada seorang lagi (sebenarnya ramai, berbakul juga) Haji Wan Ismail Jerat Cina, salah seorang peserta Debat olok-olok antara UMNO-PAS.

Diberitakan secara mulut ke mulut dia ini mendapat gelaran Jerat Cina (pangkat jugalah) kerana semasa dalam PAS dia berceramah di pentas dia menyebut. "Jika ahli UMNO mati, ditanam dikubur Islam, malam nanti, mayat ahli UMNO ini akan merangkap ke Jerat Cina".

Nak tegok juga video Wan Ismail ini, ada... Sebelah dia tu pun spesis yang sama. Tapi kita tak boleh bagi banyak contoh.. sebakul spesis yang suka dan mudah sangat kafirkan orang!!



Saya ambil peringatan kepada blogger yang suka menulis, termasuk saya jugalah. Jangan kita mudah menghukum seseorang dengan pelbagai istilah. Kafir, nak masuk UMNO, pembelot dan sebagainya. Dalam banyak krisis kita suka menghukum pimpinan kita sebagai orang yang tak berakhlak kerana beberapa pendekatan politiknya nampak semacam tak serasi dengan pendapat dan pandangan kita.

Tulisan dan pendapat kita yang kadang kala silap, sukar untuk kita nak tarik balik kerana dia telah mencemarkan diri mereka yang kadang kala adalah terdiri daripada manusia yang sentiasa menangis di hadapan Allah s.w.t.

Efeknya kita juga akan terkena. Siapa tak kenal Mohd Nor Deris dulu, Siapa tak kenal dengan Wan Ismail Jerat Cina?

Allah boleh membalik-balik hati sekejap aje, sebagai pengajaran agar kita lebih berhati-hati dalam membuat tuduhan terutamanya kepada rakan seperjuangan kita sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog