Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Rabu, 17 November 2010

Kena fikir juga kenapa Zaid Ibrahim keluar PKR?

Pagi Raya Kurban saya ambil kesempatan untuk menulis sedikit pasal isu pimpinan PKR keluar parti. Saya nak tulis sedikit sahaja dan tak nak campur tangan dalam urusan parti PKR nanti susah saya nak menjawab dengan W. Fauzdin NS.

Saya tak kata tindakan Zaid tak salah, tapi tak pula saya nak menyalahkan 100% kepada Zaid dengan menuduh dia adalah agen UMNO atau "trojan house" yang akan memporak perandakan PKR.

Dulu Ezam pun keluar parti kerana tidak setuju dibandingkan dengan Azmin pasal mengurus DS Anwar di luar negara. Terasa hati "members tu" pasal DS Anwar tersempit lift salahkan dia dengan kata-kata "Kalau Azmin tak jadi begini". Kecil sahaja kan sebabnya!

Tapi bila saya renung dan lihat gelagat serta peristiwa yang berlaku dalam PKR selama tertubuhnya Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999 dan seterusnya bergabung dengan PRM membentuk Parti Keadilan Rakyat pada 3 Ogos 2003 saya sungguh jengkal.

Kalau saya sewa bas, sudah hampir nak penuh dua buah bas untuk mengisi pimpinan tinggi (pimpinan tinggi sahaja tau!!) PKR yang keluar parti dengan pelbagai alasan.

Terus terang kadang kala malas nak baca ulasan blogger yang mencerca mereka yang keluar parti. Bukan apa sebelum ini blogger yang sama menjilat pimpinan ini sehingga melanggit. Saya ada bukti yang cukup kemas dalam hal ini, tapi tak payah dipanjangkan lah habis beras aje!!

Kalau satu dua boleh kata yang keluar salah, tapi dah berbilang-bilang mesti ada "something wrong" kata orang putih pada yang tak keluar parti. Maknanya dua-dua ada silap!!

Raya Korban banyak ertinya kalau anda faham, korban diri anda carilah dahan yang teguh, buat bakti dan mula perjuangan pada asas yang betul.

2 ulasan:

  1. Saya melihat satu trend berlaku dalam PKR jika ada ahli atau pimpinan mereka keluar parti. Lalu mereka dimaki hamum.

    Tidak ada yang menoleh diri sendiri melihat kesilapan yang berlaku

    BalasPadam
  2. Memang yang buat teguran dan kritikan semuanya melihat kesalahan pimpinan. Yang buat ulasan dan yang mengkritik, mereka yang betul. Jika mereka sendiri menjadi pemimpin, sudah pasti mereka juga akan di kritik. Tidak ada pemimpin atau penulis yang 100 peratus perfect. Mereka menulis diatas kehendak naluri mereka. Samada yang mereka sendiri tulis belum tentu betul atau tidak

    Kebanyakan blogger pulak yang marah terhadap YB-YB yang keluar parti, ada lojiknya kerana puak-puak ni ketika menjadi calun bertanding diatas lambang PKR bukan diatas lambang kunci atau payung. Macamana mereka boleh jadi calun bebas? Setelah mereka keluar berkokok macam ayam bapak dan menuduh pimpinan yang tidak betul.Pada hal mereka juga yang tidak betul dan mengkhianati rakyat yang memberi undi terhadap mereka.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog