Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Ahad, 14 November 2010

Lagi pasal Najib Tun Razak

Bila saya menulis pasal Dato' Seri Najib Tun Razak dengan tajuk "Kalau Najib Mati, Adakah Rosmah akan menjadi PM?" bukan main marahnya gerombongan UMNO/BN. Maki hamum nista dilemparkan. Blog saya menjadi sasaran komen-komen nakal.

Saya tambah api kemarahan mereka dengan artikel "Najib sakit perut atau pecah perut?"

Blogger UMNO/BN kalau menulis pun bukannya pakai otak. Tulis ikut sedang mulut sahaja berpandukan nafsu. Ini contoh satu daripada beberapa blog yang kondem tulisan saya.
Mc sebenarnya malas nak gaduh atau maki2 orang ni, tapi bila baca entry dari seorang blogger pencacai pakatan yang memang terkenal dengan buta hati (sebab ada kes belot kawan sendiri) Mc rasa terpanggil untuk buat satu post untuk kecam dan balas balik apa yang si tiga suku tu katakan. Satu topik kurang ajar ditujukan pada DS Najib yang sedang sakit, "Kalau Najib mati adakah Rosmah akan menjadi PM" tengok topik pun kita dah tahu betapa sengal dan bodohnya si penulis blog tersebut.


Engkau orang boleh baca lagi di sini. Paling sesuai baca bila hati sedang hiba dan duka kerana rasanya boleh membuatkan anda tergelak lucu aksi kebodohan penulis.

Saya berpendapat blogger ini bukan suka menonton TV atau membaca surat khabar (Surat khabar taik UMNO pun dia tak baca) pasal tu jahil sangat pengetahuan semasanya. Ada dia kata "Selama Najib sakit, pernah Rosmah gantikan tempat Najib untuk bekerja ke?"


Saya tak suka bertengkar dengan manusia "IQ kurang paras lutut". Gambar daipada akhbar taik juga boleh diberikan info supaya dia kenal dunia fakta. Tolong terjemahkan mana tahu BI dia pun kantoi juga!!


Berhujah dengan budak-budak hingusan UMNO/BN dan blogger akal sekerat perlu maklumat yang lengkap. Ni aku bagi lagi terjemahannya.
Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.



Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.


Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor.


Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najib juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu.


Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

Nak beritahu kepada blogger UMNO/BN, Perdana Menteri tu jawatan tertinggi dalam kerajaan. Penjawatan perlu dihormati tak kira dia daripada parti mana. Pasal hormatlah kita tak mahu UMNO mengucar kacirkan pentadbiran kerajaan. UMNO daripada dulu, masa mak bapak dia sampai kepada anak-anak cucu cicit termasuk blogger masih bodoh, berfikir kerajaan itu harta mak bapak dia boleh buat sesuka hati!!

Ni yang aku tulis nak habaq hang!!

Bila Tok Guru Nik Aziz sakit, Najib sebagai PM datang ziarah. Elok tu PM lawat MB. Tapi bila PM sakit Tok Guru Nik Aziz tak boleh nak melawat Najib. Apa jadi pada PM kita semua orang tak tahu. Beritahu rakyat dah nak baik tapi tiba-tiba masuk hospital. Sakit PM pun nak main sorok-sorok, main teka teki pula tu...

Zaman P. Ramlee bolehlah tapi sekarang zaman Saiful Apik, macam-macam ade!!




Lagi satu Najib ni banyak sangat "main kroni", bukan fikirkan masalah rakyat. Najib sedang membina ekonomi kroni yang terancang... aku rasa aku pun perlu tulis secara detail pasal perkara ini.

Tak macam Pak Lah. Orang kata Pak Lah lembik, tapi bagi aku Pak Lah jauh lebih baik daripada Najib. Kalau engkau orang ada otak yang boleh berfikir, zaman Pak Lahlah gaji kakitangan dinaikkan. Aku bukan cakap kosong tapi 7, 8 ratus setiap bulan boleh disimpan dalam Tabung Haji kerana kenaikan gaji zaman Pak Lah.

Apa Najib buat, "Bajet Seluaq Dalam" (Ni mesti geng Tulang Besi.. kah kah)

Engkau kalau nak menulis pun biarlah guna akal dan berfakta, kalau nak tegurpun biar tahu maklumat. Jangan stupid sangat!!

Aku tergelak sampai sakit perut (nampaknya penyakit Najib dah datang) bila terbaca hangpa kata aku kawan baik Aduka. Ok aku tunggu apa komen hangpa, nak tahu juga hangpa ada tak kejantanan..

** Gambar DS Najib di atas dipercaya adalah super impose

4 ulasan:

  1. BA panas artikel kali ini. Kalau serang umno baru bagus. macam ini kira ook tu

    BalasPadam
  2. Salam.... Kamu tak apalah kena serang dalam blog. Aku lagi teruk..... kena serang kat rumah oleh karat Umno....... lagi naya.

    BalasPadam
  3. nasib baik najib idup balik....

    kalau tak ..muiyidin dapat jadi PM secara hussin onn...
    sory tanseri...
    sabarrr..belum rezki....

    kah kah kah kah kah kah ...

    BalasPadam
  4. Memang berapi-rapi. Lebih baik buat tajuk "Kalau Najib Mati..Adakah Dia juga Akan Jadi Puaka ? ". Try tengok setakat mana panas entry bro..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog