Sebelum ini saya sudah buat keputusan untuk berhenti menulis berkenaan Harakahdaily, kerana pendedahannya "tidak sihat" untuk Jamaah Islam dan bila didedah di internet, bermakna jalan lain sudah tertutup dan ini merupakan satu yang mengaibkan Jamaah Islam.
Saya terima e-mail yang agak banyak juga pasal tulisan saya berkaitan dengan isu iklan di Harakahdaily. Ada yang sokong dan tak kurang juga yang menyerang malah macam nak maki saya. Saya terima semuanya kerana saya sudah berfikir 'terlalu panjang' untuk membuat pendedahan perkara ini.
Saya juga fikir siapa yang akan menjadi mangsa, dan akan di'mangsa'kan kerana banyak maklumat eksklusif yang akan didedahkan. Saya juga redha sekiranya indentiti BaruApi @ FireStone terdedah, malah Insyaallah saya sanggup berjumpa dengan kepimpinan PAS Pusat untuk maklumat ini.
Keputusan saya untuk berhenti sebenarnya tidak membantu menyelesaikan masalah. Kita sahaja rasa bersalah kepada Jamaah Islam atas pendedahan kepada umum, tetapi orang yang membuat onar menyeleweng harta Jamaah Islam tidak sedikit nampak perubahan. Malah kita pula dituduh utuk menjatuhkan mereka.
Saya mengambil keputusan, biarlah kecaman apa pun yang nak dikatakan, selagi saya mampu menulis saya akan menulis.
Kali ini saya tak tulis panjang kali ini cukup satu e-mail daripada seorang pembaca untuk dikongsikan bersama. Ini pun adalah e-mailnya yang ketiga daripada beliau.
Aslm.
Terima kasih atas respon saudara.
Anggaran 35 ribu itu sebenarnya konservatif iaitu jumlah minimum cetak setiap keluaran. Isunya jika return tinggi mengapa terus mencetak jumlah 35 ribu itu. Mustahil jumlah cetak tidak boleh diselaraskan ke tahap minimum setelah 6 tahun beroperasi.
Katakan jumlah terjual 30 ribu X empat keluaran sebulan = 120 ribu
Harga jualan 2.50 X 120 ribu = 300 ribu.
Editorial & Pemasaran ada 17 orang. Katakan gaji seorang 4 ribu (anggaran tinggi) maka 17 X 4,000 = 68 ribu.
Kos cetak katakan 30% daripada harga 2.50 = 75 sen X 120 ribu = 90 ribu
Kos permit, sewa, upah MSO, upah penulis dan lain-lain katakan 100 ribu (anggaran terlalu tinggi)
Jumlah Besar 68 + 90 + 100 = 258 ribu
Masih ada untung 42 ribu setiap bulan (dan masih belum kira pendapatan iklan)
Kalau laku 30 ribu setiap keluaran, mengapa cetak sampai 35 ribu??? Lebih 5 ribu tu subsidi ke???? Kalau korporat lebih 50 keping pun boleh kena buang kerja.
Sekarang Zul Sulung nak cover line dengan cadangkan semua pekerja Siasah diserap ke sebuah jabatan buku baru di Harakah. Semua pekerja asal Siasah tolak mentah-mentah kerana Harakah memang dah ada unit buku sendiri - yang menurut maklumat ibu pejabat Harakah - walau pun ada masalah antara lain hanya diurus oleh seorang pekerja - masih mampu mengeluarkan buku-buku berkualiti secara berkadarannya.
Pekerja asal Siasah secara kolektif bertegas mahu kekal bernaung di bawah Harakah. KJ selaku Pengarah Urusan cuba lepas tangan dengan berkata Harakah cuma perlu kekalkan hanya 2 orang pekerja lantikan Harakah; selebihnya lantikan Media Ikon jadi Harakah boleh lepas tangan. KJ lupa dia tandatangan surat perlantikan semua pekerja Siasah. Tanyalah semua pekerja Harakah cara KJ bekerja guna proksi iaitu PA dia. Minah PA ni dikatakan sangat berkuasa sehingga boleh membuat keputusan-keputusan eksekutif yang membinggungkan.
Seperti biasa - yang terlepas ialah Zul Sulung. Dia hanya kata dia jaga HarakahDaily.
Maka terkedu KJ dan Cikgu Pa.
Alih-alih Zul Sulung cadang buat syarikat baru nama Ikon Buku terbit buku 5 judul sebulan tanpa perlu fikir soal kualiti - janji duit masukks. Dia kata dah buat research di PTS dan nak duplicate model PTS yang berjaya-raya-kaya tu.
Isunya Pengarah Urusan dan Ahli Lembaga Pengarah (hampir semua) tak berminat, tak kisah, tak peduli apa jadi di Harakah. Cikgu Pa hanya dengar dan terima bulat-bulat cakap Zul Sulung walau dah berkali-kali terbukti hanya umpama tikus baiki labu. Mereka dilantik oleh parti kerana jawatan dalam parti. Hati mereka kekal politik.
Ahmad Lutfi pulak satu hal lagi. Dia dah tak larat maka sepatutnya direhatkan. Tak mengapa gajinya dikekalkan tapi cukuplah dia menulis kolum atau buat temuramah dengan tokoh-tokoh atau tugas-tugas khas yang tidak membebankan fizikalnya. Untuk urus harian - dah berapa lama dia tak larat.
Dia pulak lantik geng-geng sakit perut untuk bantu di Harakah. Geng Lutfi ni masa dia buat suratkabar sendiri pun dia tak ambil kerja dengan dia. Sebab? Tanya Lutfi sendiri. Akhirnya semua main politik ala-ala Husam Musa. Kesian Mat Sabu kena tipu. Haji Hadi terkulat-kulat. Orang keliling Presiden jadi tukang angguk sahaja dan cakap bende bagus belaka.
2011 Muktamar. Timbalan Presiden nampaknya tetap lawan 3 penjuru antara Nasha-Mat Sabu-Husam. Kali ni peluang Husam lebih cerah. Mat Sabu corot juga macam dulu sedangkan berapa kerat pemimpin PAS yang istiqamah macam dia. Dia pulak dah tak pandang jawatan Naib Presiden.
Bila PKR cacamarba dan Anwar sesak nafas - PAS gagal tonjol kualiti kepimpinan untuk pimpim PR. Lebih dasyhat bila 4 orang pemimpin kanan PAS iaitu Hatta, Dr Zul, Mujahid dan tentunya Husam (apa nama ... Erdogans) kata PAS mahu Anwar kekal ketua PR. Ustaz Hadi macam mereka tak kenal.
PAS pecah tanah awal 2010 untuk Jalan Menuju Putrajaya. La ni jadi apa?? Husam punya projek tu.
Piraaah .., kalu macam ni jangan kata Putrajaya - Kelantan tu pun boleh terlepas.
Saya kira saudara anak jati PAS macam Mat Sabu. Mungkin saudara boleh lakukan sesuatu terhadap jemaah yang kita sama-sama sayangi ini.
Insyallah.
+++
Pertama saya merahkan yang agak boleh diperbahaskan, walau bagaimanapun yang tak merah pun ada maklumat penting.
Artikel kali ini saya nak fokus kepada Zul Sulong. Zul Sulong orang yang paling mahal gajinya di Harakah dan orang yang paling banyak menghabiskan duit Harakah. Ya orang kepercayaan Cikgu Pa.
Dulu buat dan lancar WebTV Harakah. Perlancarannya di Hotel Vistana belanja perlancaran sahaja RM12 ribu. Nak Gah kononnya. Projek webTV lingkup!
Unit IT Pas buat juga webTV sampai hari berjalan dengan baik. Yang buat webTV di Unit IT PAS Pusat tak ada siapa pun kenal tapi dia boleh berjaya pasal dia tawaduk, nawatul dia "sihat".
Si Zul Sulong buat pula radio, Radio harakah pun lingkup!!
Buat buku (dulu punya) pun lingkup! Nak buat buku baru seperti e-mail di atas, tergelak aku!! Memang kerja engkau menghabiskan duit Harakah!!
Zul Sulong fail!! Aku baru sebut dua tiga, ada banyak lagi. Kalau zaman dulu ini dikira mengulang banyak kali tapi tak lulus juga SPM. Memang tak boleh dipakai!!
Kedua saya ucapkan terima kasih yang menghantar e-mail ini, rupanya saya tak keseorangan dalam isu Harakah. Saya memperingatkan kepada yang telah diberikan amanah menjaga Harakah bagi pihak Jamaah Islam, jika sekiranya isu iklan Harakahdaily tak diselesaikan saya membimbangi "emosi saya" tak terkawal sehingga saya akan mendedahkan pula penyelewengan iklan HARAKAH CETAK yang memang tak ada audit langsung!!
Saya juga bimbang saya akan mendedahkan pula bagaimana lemah dan menyelewengnya urusan di Harakah. Saya rasa internet bukan tempat terbaik untuk pendedahan ini. Oleh itu tolonglah betulkan mana yang silap!! Kepimpinan PAS ambillah prihatin sedikit!!
Pembela Kebenaran
PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis. MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah.... | | Home | BatuApi @ FireStone, Shadow of Death batuapi.firestone@gmail.com http://batuapi-firestone.blogspot.com |
BatuApi @ FireStone FB
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Video Malaysiakini.com
Berita Media Internet
-
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Kelantan pertama lancar kelab Jaringan IT Prihatin8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
Komentar Blog
-
7 warga asing antara ditahan jual kad PR palsuSejam yang lalu
-
Limatogel Terpercaya Memilih Situs yang Aman Menguntungkan2 minggu yang lalu
-
-
Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dan Kesihatan PahangSebulan yang lalu
-
KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...7 bulan yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im8 bulan yang lalu
-
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat2 tahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 tahun yang lalu
-
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI2 tahun yang lalu
-
Tiket ke Terengganu dan Langkawi dapat permintaan tinggi3 tahun yang lalu
-
Luka Rakyat3 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
BAB 4 - MENDEKATI ORANG BUKAN ISLAM3 tahun yang lalu
-
JANGAN TEMPELAK ORANG BACA SEBARIS AYAT AL-QURAN3 tahun yang lalu
-
-
-
Menteri balik dari Turki tak payah kuarantin.Dia kebal.4 tahun yang lalu
-
Bicara Tasawwuf Asas4 tahun yang lalu
-
YANG MENDAPAT MANDAT RAKYAT?4 tahun yang lalu
-
MN sokong Muhyideen Yasin4 tahun yang lalu
-
Domain untuk dijual5 tahun yang lalu
-
Membongkar sejarah pendatang5 tahun yang lalu
-
Sebenarnya begini Nashruddin Tontowi...5 tahun yang lalu
-
Polis: Berlian merah jambu dibeli guna wang 1MDB5 tahun yang lalu
-
-
Pegawai Imigresen Yang Biadab6 tahun yang lalu
-
FENOMINA "JANJI PILIHAN RAYA"6 tahun yang lalu
-
Datin gets jail, but what about Suyanti?6 tahun yang lalu
-
Siapa pengacau dalam pembangkang7 tahun yang lalu
-
Berehat sementara ...8 tahun yang lalu
-
Cara Hapus Carbon Fiber Decals Dari Kendaraan8 tahun yang lalu
-
-
MyCen News RSS feed address has changed!8 tahun yang lalu
-
Sama tapi serupa!!!8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
Cara Tukar Blogspot Dot My Kembali ke Blogspot Dot Com9 tahun yang lalu
-
-
Ambil kira ‘malang tak berbau’ ketika percutian..9 tahun yang lalu
-
Mission Impossible Rogue Nation 2015 HDTS Subtitle Indonesia9 tahun yang lalu
-
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
AHLI PAS BERKASTA9 tahun yang lalu
-
AWAT TAK SEDIA AWAL2 CALON alternatif?10 tahun yang lalu
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 tahun yang lalu
-
Sekolah Rendah Islam Al Hasanah beroperasi Januari 2015.10 tahun yang lalu
-
Lelaki ini terselamat dari keduadua nahas MH370 dan MH1710 tahun yang lalu
-
Desain Ruang Keluarga Out Door10 tahun yang lalu
-
-
MANA UCAPAN TAKZIAH DAP ?????? !!!!!10 tahun yang lalu
-
Keistimewaan MH370 boleh terbang rendah.10 tahun yang lalu
-
-
Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah10 tahun yang lalu
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran10 tahun yang lalu
-
Facebook patut disekat atau tidak?10 tahun yang lalu
-
Jom ambil peluang .. Niaga secara online11 tahun yang lalu
-
GEMPAR!! MAT SABU CALON TAJAAN UTUSAN-UMNO PULAK??11 tahun yang lalu
-
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera11 tahun yang lalu
-
cartoon sex11 tahun yang lalu
-
Keistimewaan Stokin Ajaib jenama Vken11 tahun yang lalu
-
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai11 tahun yang lalu
-
Tok Wan ucap tahniah Ustaz Azhar Idrus Kahwin Kali Ketiga11 tahun yang lalu
-
-
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Selamat pengantin baru, sahabat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
janji ditepati.. (kerajaan vs rakyat)12 tahun yang lalu
-
akan datang12 tahun yang lalu
-
Pesan Tuan Guru.12 tahun yang lalu
-
Amanat Khas Presiden PAS : Munajat Dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya12 tahun yang lalu
-
SERONOKNYA JADI USTAZ12 tahun yang lalu
-
Andrea Lie and Friends Indonesian Model13 tahun yang lalu
-
(Gambar) Demo didepan rumah Haji Mohamad Sabu..13 tahun yang lalu
-
Sila ke Kalamruncing.wordpress.com13 tahun yang lalu
-
Try13 tahun yang lalu
-
11 Syarat Saksi Dalam Tuduhan Zina13 tahun yang lalu
-
Bintang All Black peluk Islam13 tahun yang lalu
-
Hebaha-Demontrasi Aman Bantah Apco14 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
aku suka kalau artikel ni untuk membetulkan harakah akhbar cetak pas , tapi bila email ini melaluk kepada kepimpinan pas aku mula tak rasa sedap hati, jangan kita pakai satu peluru nak jatuhkan banyak musuh, kita hadap musuh satu satu bukan pakai satu peluru je. oleh itu ba aku rasa perlu jugak tapis dulu email sebelum keluar semua, mungkin atas dasar keterbukaan perlu juga dilakukan penapisan.
BalasPadamKK saya sebenarnya berpendapat macam saudara juga. Nak buang bahagian bawah tu (tak berkaitan dan mungkin spoil)
BalasPadamTapi saya masuk semua, pasal pembaca boleh menilai siapa sebenarnya penghantar email. Sekurang-kurangnya penilaian tersebut boleh membantu pembaca nak terima atau tidak.
Dan penilaian juga tak lari daripada kelompok yang "berkelahi" sebelum ini.
Isu yang menarik sebenarnya ialah Siasah sepatutnya tak rugi (kiraan terakhir) sebanyak 0.75 juta.
Yang boleh untung boleh jadi rugi. Kenapa? Itu sepetutnya ahli PAS berfikir.
bersetuju dengan KK
BalasPadamsaya setuju dengan kk juga..
BalasPadamHarga siasah RM 2.00 per copy aje sebelum ini.
BalasPadamFakta simple ini pun tak leh betul, nak percaya macam mana?
RM 2 X RM 240 ribu - tolak kos RM 258 ribu, rugi RM 18 ribu sebulan.
Tak check fakta, tembak meluru buat malu Tranaungkite aje.
Sebab itu nama blog ini batu api. Bagi org yg baca tanpa analisa fakta.
BalasPadamTanpa Nama,
BalasPadamitu e-mail pembaca kepada saya. Saya tak perlu betulkan jika ada kesilapan. Itu adalah e-mail ketiga ini bermakna saya berhujah dengan penghantar e-mail.
Kalau diperhati ayatnya terus "Anggaran 35 ribu itu sebenarnya konservatif..." menunjukkan dia menjawab tulisan saya.
Isu pokok iklan harakahdaily ada penyelewengan dan isu siasah itu sekadar pecahan pada masalah pokok.
Terpulang kepada ahli PAS, sebab harta itu harta PAS. Biarlah siapa nak curi nak songlap!!
Sekarang bila harga turun RM 2.50 ke RM 2, ko pula nak highlight Anggaran 35 ribu itu konservatif?
BalasPadamJadi mati-mati nak naikkan revenue ke tahap RM 300K.
Emel kawan enta tu bodoh... kos pengedar ialah kos paling mahal... tapi dia tak sebut langsung.
Tulah masalahnya... macam kata Dato Tuan Ibrahim, blog macam entalah yang menyusahkan jamaah.
Dengar cerita separuh jalan, dah lah tak check fakta, lepas itu nak maintain fitnah.
Storyline seteruk Saifool di mahkamah. Ana tak tahu cerita sebenar, yang ana tahu, emel kawan enta tu fakta banyak salah, dan tak buat research.
Jadi automatically patutnya macam kes Saifool, dah kena buang kes.
Jazakallah. Kalau tak boleh membantu jamaah, jangan rosakkan jamaah. Duduk diam sahaja.
Kesimpulan ana senang... sebagai pengelola blog, enta juga tak boleh check fakta dan verify semula dengan penghantar emel.
BalasPadamEnta terima bulat-bulat dan membuat kesimpulan daripada fakta yang salah dan maintain lagi bahawa kesimpulan enta adalah betul.
Inilah yang Dato Tuan Ibrahim kata sebagai penulis blog yang tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan tidak beretika... jika ada 100 orang yang terambil fakta yang salah dari blog enta, itulah jumlah dosanya.
Kita tengah berperang dengan UMNO, enta pula sajikan fakta salah kepada pembaca blog enta.
Renungkanlah.
Sakit hati tengok apabila melihat ketidakmampuan enta untuk membuat sedikit research terhadap fakta yang diterima.
Takkanlah semua emel yang kita terima, kita terima bulat-bulat tanpa kajian dan terus sajikan pada pembaca blog enta yang memberi kepercayaan penuh pd enta untuk memberikan maklumat yang betul?
Renungkanlah.
Susah kalau nak jadi loyar sekadar cari kesilapan. Tapi tak baca ma'duk isi sebenar artikel sebelumnya. Kalau masuk pertengahan memang kadang kala kita tersilap tafsir.
BalasPadamKedua oleh kerana pihak yang bertanggungjawab telah menghubungi saya. Saya dah bagi maklumat yang dikehendaki, saya tak nak panjangkan sehingga suatu masa tempoh yang sesuai untuk pihak berkenaan membuat keputusan dengan aduan kepada perkara yang telah berlaku lebih daripada setahun. Dalam aduan tidak timbul masalah jualan untung rugi siasah.
Saya sendiri berpendapat penutupan siasah adalah penyelesaian yang terbaik. Saya juga berhujah berbeza pendapat berkaiatan jualan Siasah dengan penghantar email ini. Sebab itu kena faham artikel.
Hanya saya sebut harta parti, harta jamaah adalah amanah Allah sesiapa sahaja akan pasti dipersoalkan oleh Allah melainkan kita tak rasa apa-apa yang berlaku pada pengurusan parti.
Saya tahu apa yang saya buat, dan kenapa saya gunakan medium ini. Baca keseluruhan 4 artikel saya. Buruk bagi anda kerana didedah umum tetapi setahun telah berulat lebih keburukannya daripada keburukan sekarang.
InsyaAllah Allah lebih mengetahui niat seseorang dan sebab itu AlNawawi telah letakkan hadis itu hadis pertama dalam kitabnya.
Tapi terima kasih atas komen, saya terbuka. Jika kita boleh komen orang kenapa saya perlu marah kepada sesiapa nak komen saya.
Semoga perbincangan ini dimanafaat oleh Allah.
Enta bukan berhujah. Enta tengah buat 'character assasination' pada seseorang dengan fakta yang salah.
BalasPadamJika itupun enta rasa betul, teruskan usaha enta.
Selamat menjadi medium pembunuh kepada personaliti atas pihak orang yang menghantar emel pada enta.
Satu nasihat utk enta, jangan masuk politik. Dengan sikap enta sebegini, mati pun tak tahu apa pasal.
Salam.
Ana ikhlas bagi nasihat sebagai pengunjung mingguan blog enta.
BalasPadamHarap dimanfaatkan.
Fikirkanlah baik-baik - PAS selepas 50 tahun masih tidak memerintah negara, adakah PAS sebuah organisasi yang fail?
Ustaz Fadhil Noor atau Tuan Guru Hadi yang disayangi yang fail?
Semua benda ini tidak boleh sekadar lihat dari suatu-suatu penjuru.
Banyak faktor yang perlu dilihat, dan kebanyakannya tidak dapat dilihat dengan mata.
Emel kawan enta dah 'bias' since the start. Aim dia hanya nak 'character assasination' ... tapi tak cukup bahan, jadi dia cuba reka persepsi dengan andaian silap dia.
Itulah kejahatan yang kita semua tentang pada UMNO dan BN. Mereka-reka sesuatu untuk memburukkan PAS.
Artikel ini setaraf tahap itu sahaja. Renungkanlah.
Jazakallah.
Setuju dengan 'character assasination'
BalasPadamTapi e-mail itu sekadar persepsi penghantar e-mail.
Ana menulis sebelum ini pun sekadar berhujjah membela beberapa pimpinan di serang dengan persepsi salah.
Isu iklan harakahdaily ana membantu untuk menyelesaikannya. Masalah rumit, kronik dan sukar. Membantu dengan cara sendiri. Bunga-bunga yang enta tak suka itu sebenarnya ditakuti oleh pihak yang bermasalah. Pasal tu ana dihubungi. Orang politik tak suka 'character assasination'
InsyaAllah ana ada cara tersendiri dalam hal ini. Ana pun sebenar tak tahu mereka hubungi ana sekadar nak "menyejukkan" laman ini.
Tapi kita berharap mereka benar-benar ikhlas untuk menyelsaikan masalah yang berlaku.
Nice, see you.....
Jazakallah.
BalasPadamUtk pengetahuan, Zul Sulong yang ana kenal dari jauh ialah org yang meletakkan PAS, Harakah, Harakahdaily, Siasah dan semua staf di bawahnya jauh melebihi kepentingan diri sendiri.
Daripada cerita di atas, jika betul, dia nak jaga mangkuk sendiri, buat apa peduli nasib staf Siasah? Bagi VSS kan senang, buat apa nak susah-susah fikir unit buku?
Entahlah apa dendam kawan enta terhadapnya, yang ana yakni dia cuba guna tangan enta untuk bunuh personaliti Zul Sulong dengan bukti yang salah.
Enta kena jaga-jaga. Orang yang paling menyusahkan jamaah PAS ialah orang yg suka mendengki.
Dengki ialah punca utama manusia menyeleweng dan terbabas. Nasihatlah kawan enta untuk banyakkan berzikir dan bertaubat.
Dan pada pendapat ana, enta patut at least mohon maaf pd Zul Sulong, atau dapat cerita dia pulak bagi menunjukkan enta ini adil dalam mengendalikan blog enta.
Sekurang-kurangnya pun buatlah sesuatu 'to undone the damage' - bayangkanlah jika enta ialah Zul Sulong, apakah perasaan enta?
Adakah itu caranya melayan saudara seagama, se-parti kita? Sudah berapa lama Zul Sulong berkhidmat utk Harakah dan PAS?
Betul ke dia ada hasrat jahat sebagaimana dakwaan kawan enta?
Masa Datuk Tuan Ibrahim bagitahu berwaspada dgn blog tidak beretika, ana terus delete blog-blog lain, tapi blog enta ana keep... itulah sebabnya ana sedih dengan posting sebegini, terlalu UMNO dan menyeleweng.
Salam perjuangan. Amin. Mohon maaf jika tersilap kata.
Terima kasih,
BalasPadamAna ada banyak versi tentang Zul Sulong.
Tapi ana tak nak panjangkan di sini.
Enta tak kenal mendalam Zul Sulong, itu sahaja pendapat ana.
Isunya bukan nak serang Zul, dia gagal. Gagal bukannya bersalah. Enta kena faham konsep pengurusan.
Sama juga kita tak setuju dgn Cikgu Pa. Bukan cikgu Pa tak smart, tapi masa dan situasi sudah berlalu.
Ana ada sebut mengenai Harakah Cetak pada artikel akhir. Maknanya bukan ana benci Ahmad Lutfi. Tapi ana tak nak dedahkan secara perinci, masih menghormati Ahmad Lutfi yang masih sakit dan tak nak pening kepala dia.
Enta kena faham, isu iklan harakahdaily tidak membabitkan Zul, tetapi Zul haruslah bertanggungjawab.
Akhie, ana masih bertegas, jika nak baiki harakahdaily jadi maju macam Malaysiakini atau MalaysiaInsider Zul mesti dikeluarkan sebagai pengedaliannya.
Itu pendapat ana. Ana ada hujah dan fakta. Tapi rasa tak elok dibincangkan di sini. Email sahaja kepada ana boleh ana bagi "screat velue"
Akhie ana boleh cerita harakah dengan tandasnya sekali. Tandasnya bersih (kalau enta plus, air warna biru) ada ubat gigi dan berus gigi yang terselit maybe ada yang mandi di situ.
Susunan pejabat yang kuranng teratur berbanding dengan pejabat Malaysiani. Dulu Fathi Aris selalu tidur juga dipejabat Malaysiakini.
Tak boleh banyak sangat nanti indentiti ana dikenali.
Maaf. Rasanya baik kita fokus kepada penyelewengan iklan harakahdaily.
Salam, enta boleh email ana di awang.ismail.pas@gmail.com
BalasPadamTapi atas research ana, TMI take off sebab bantuan dan idea Zul Sulong... sblm dia dilantik balik jadi editor Harakahdaily.... tapi tak sure.
Matlumat ana ialah masalah utama Harakahdaily ialah unit IT yg terlampau lemah, dan peliknya unit IT bukan di bawah editorial... dua-dua report pada boss yg sama.
Zul tak der kuasa suruh IT buat kerja, kalau tak silap.
Harap enta dapat enlighten ana dalam hal ini.
Salam perjuangan.
Data tentang Siasah memang tak betul, byk yang salah. Siasah sebenarnya rugi besar. Dah tak boleh jalan, nasib baik MSO ambik balik.
BalasPadamJika operasi Siasah untung, maka takkan bertambah hutangnya daripada RM300 ribu bulan Dis 2009 kepada RM600 pada Ogos 2010 dan naik lagi kepada RM750,000 (tiga suku juta ringgit) bila ditutup baru2 ini.
Pengurusan perniagaan Siasah cukup teruk. Sistem kutipan hutang berterabur. Print ikut suka saja, tak kira berapa yang laku. Memang staf Siasah senang hati sebab gaji dapat bulan2 kerana tak pernah bayar hutang dengan pencetak.
Saya sokong Batu Api dedahkan salahtadbir dan sikap syok sendiri dalam Siasah. Sudah tahu tak laku, masih seronok dan tak ada usaha baiki Siasah.
Sedangkan duit Siasah itu duit jamaah PAS. Yang kena bayar hutang RM750,00 itu adalah Harakah, adalah duit PAS, duit gerakan Islam. Patutnya duit banyk tu boleh buat banyak lagi benda terutama utk praya.
Sudahlah. Mengaku sajalah Harakah gagal buat Siasah. Mengakulah, jangan cari alasan yang bukan2.
Isu besar di Harakah adalah IKLAN HARAKAHDAILY YANG DISERAHKAN BULAT2 PADA REDREBANA.
BalasPadamWARTAWAN KERJA MACAM NAK MATI, YANG UNTUNG BESAR SAMPAI TUKAR KERETA MEWAH DAN BUAT MACAM2 BISNESS ADALAH ORANG LUAR.
Zulkifli Sulong selesaikan hal ini dulu
Mengapalah semua orang rasa ana ini bodoh sangat?
BalasPadamBodoh sangat ke ana ini sebagai SUA?
Bodoh sangat ke Tuan Presiden yang lantik ana sebagai SUA?
Bodoh sangat ke ana tak tahu menilai segala apa yang Zul Sulong cakap sehingga semua kena terima bulat-bulat?
Bodoh sangat ke ana tak tahu siapa yang ledakkan semua matlumat ini?
Bodoh sangat ke ana tak tahu unit IT tak berguna, tapi disebabkan orang sendiri, ana tutup sebelah mata?
Tak apalah, masa akhirat nanti semua akan terbongkar jua.
Salam,
BalasPadamTetiba ada komen dari luar selepas ana berbahas dengan enta walaupun posting ini dah 5 hari. Rasanya ada orang terasa pedas.
Kemungkinan besar daripada posting komen, orang dalam pejabat Harakah dan Cikgu Pa pun dah kenal siapa penulisnya.
Ana percaya pada kecerdikan Cikgu Pa, sebab Tuan Guru Hadi bagi kepercayaan penuh pada Cikgu Pa.
Ana dah email enta, harap enta kota janji.
Jazakallah.
Awang Ismail
Memang hebatlah anak Pak Syed ni. Anak lelaki pun sekarang dah ikut jejak langkah ayahnya. Dah popular. Baguslah... Semoga teruskan pembongkaran tetapi biarlah yang benar
BalasPadamTak ada bezanya dgn blogger UMNO. Bila janji nak bagi bukti, terus diam menyepi.
BalasPadamNampaknya ana telah membuang masa kat sini.
Salam.
Awang Ismail
Salam semua,
BalasPadamBatu api dah email ana. Ana tarik balik komen di atas.
Jazakallah.
Awang
even pemimpin terbaek kat dunia memimpin siasah tuu pon saye tak rase siasah akn berjaya..bila mana team siasah tu sendiri terdiri drpd; si gunting dlm lipatan,si talam dua muke, si pandir, byk lg laa...patot buang jer org mcm nie..klu tak smpai ble tk maju organisasi jemaah kite..bkn ker tu tugas pembantu(staf) utk menegur boss ble ade sbrang kekurangan atu ksalahan...bkn nyer terus hentam mcm nie..nk buat buku??sy tk rase pon akn bjaye jgk..bkn sbb
BalasPadampemimpin tuu sendiri tp bile mana ade sebuah team yg tk bersatu hati..tikam dr belakang..no way laa nk bjaye..boss dan staf slg bgantungan antara satu sama laen..klu boss tak kena staff kene tegur (depan2..)klu staff tk kena..boss yg kene tegur (depan2 jgk..)
empunya blog ckp psl mkn duit jemaah..tp tk fiker ker si gunting dlm lipatn n mcm2 lg si kt ats nie jgk mkn duit tk berkat bila menabur fitnah, tak amanah pada pemimpin..duit gaji amek..tp dgn pemimpin tk amanah..igt berkat ker duit gaji tuu??pastu bg anak bini mkn..bagus sgt lah tuu..superb!!
Kepincangan pengurusan organisasi keseluruhan Harakah sebenarnya bukan perkara baru malah sejak lama sudah berbangkit.
BalasPadamAnehnya apabila ada usul agar laporan lengkap terutama aspek kewangan dibincang di peringkat Muktamar ia tidak berlaku atas sebab-sebab yang tidak pernah mahu dibincangkan juga.
Kita (baca PAS) sangat menentang amalan "tutup pintu" kerajaan UMNO/BN terhadap Petronas contohnya tetapi kita sendiri turut mengamalkan dasar sama walau apa pun alasan kita.
Kita lupa banyak perkara. Kita lupa Kohilal dan banyak lagi kegagalan-kegagalan kita yang sebenarnya boleh kita elak sekiranya kita rela dengan kejujuran.
Akhirnya kita lupa kita pun manusia. Pimpinan kita bukan nabi - malah turut memiliki kepentingan peribadi seperi orang lain.
Maka bai'ah kita; baik sangka kita - kita biar jadi buta sehingga kita mahu juga jadi bisu.
Dan demi memudahkan; demi menghadir rasa kita okey-okey saja; demi kekal berasa kita pejuang kebenaran & pintu syurga sentiasa terbuka luas untuk kita - yang salah, yang dengki, yang jahat selamanya orang lain .., terutamanya UMNO termasuklah dari kalangan kita sendiri yang berani menyoal dan banyak bertanya.
Beginilah kita selepas lebih 50 tahun dan sebenarnya makin merundum.
Nampak ada yang cenderung menyalahkan staf siasah kesemuanya...betul ke staf siasah buat kerja tak betul? kalau teruk kenapa terus dibiar bekerja? macam mana pula dengan tanggungjawab ketua pengarang? tanggungjawab pengurusan dan pentadbiran? ketua penerangan? lembaga pengarah? sebagai ahli gerakan islam, kita semua bertanggungjawab dalam jamaah kita...jalankanlah amanah dengan baik.
BalasPadam"team siasah tu sendiri terdiri drpd; si gunting dlm lipatan,si talam dua muke, si pandir, byk lg laa...patot buang jer org mcm nie" Kalau benar, namakanlah siapa, dengan bukti-bukti dan hujah yang nyata. Ingatlah, setiap yng kita tulis dipertanggungjawabkan. Tambah pulak ramai yang baca disini.
BalasPadamapa pun berbalik lah pada islam..jgn lah tuduh menuduh..fitnah menfitnah..berbincang lah dengan baek..apa yg saya dapat baca,masing2 ade kesilapan masing2..baek boss mahupun staff..jadi perbaikilah diri masing2 dan saling perbetulkan dgn aman=)
BalasPadamperkara yg betul pon jika diperkatakan jadi mengumpat
apatah lagi perkara yg tdk betul diperkatakan jadilah fitnah
sebagai perkongsian bersama, sy selitkan hadith riwayat Imam Ahmad dari Abu Malik al-Asy'ari;
pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda maksudnya;
"Apakah belum aku terang kepadamu tentang orang yang paling jahat di antara kamu?"Para sahabat menjawab; "Belum." Kemudian Rasulullah SAW bersabda maksudnya;" merekalah yang berjalan ke sana ke mari utk membawa fitnah, mereka yang membuat kerusakan di antara sesama teman dan mereka yang mencari kekurangan terhadap orang yang tidak bersalah."
(HR: Imam Ahmad dari Abu Malik al-Asyari)
Sahabat Abu Zar al- Ghifari ra. berkata; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; Barangsiapa yang menyiarkan terhadap org muslim satu perkataan, untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya ia akan diberi malu oleh Allah di dalam neraka pada hari kiamat kelak."
(HR; Ibnu Abi Dunya dari Abi Zar)
jadi sama2 lah kita mengambil iktibar=)
cakap kosong bukti takda. nak fitnah baling batu sembunyi tangan.
BalasPadambetullah apa org kata, geng-geng tranaungkite ini songkok putih, batu api semua pondan. Tak berani letak nama sendiri.
At least org macam Tulang Besi letak nama dia besar-besar supaya org boleh saman jika dia buat benda tak betul.
Ini diam sahaja. Tahap UMNO gaban.
POLITIK HARAKAH CARCA MERBA KERANA NAK BAGI ZUL SULONG KERJA. KALAU TAK KESIANLAH DIA.
BalasPadamDULU BOSS HARAKAH, KEMUDIAN KENA BUANG (BAHASA LEMBUTNYA TUKAR PORT FOLIO)
BOSS HARAKAHDAILY PULA SEKEJAP, BUANG LAGI.
AMBIL SEMULA SETELAH BODEK CIKGU PA. CIKGU PA DAHLAH BUTA IT, KESIAN SUA PAS TU KENA TIPU BULAT-BULAT SI ZUL.
SEKARANG DENGAR CITE NAK BUAT PROJEK BUKU. HANCUR DUIT HARAKAH.
ZUL SULONG IBARAT 'LEMBU YANG KENA PENYAKIT KUKU DAN MULUT' WALAUPUN SIHAT TAPI TAK DIPERLUKAN. KALAU NAK SELAMAT HARAKAH, IA PERLU DIKORBANKAN WALAUPUN DAGINGNYA TAK BOLEH DIMAKAN.
SAYA BERPENDAPAT SELAGI CIKGU PA DENGAR CAKAP ZUL, SELAGI ITU IMEJ CIKGU PA JUGA TERJEJAS SEDANGKAN CIKGU PA PERLU MASA LEBIH UNTUK PEMBAHAGIAN KERUSI DIDALAM PAKATAN RAKYAT.
MELAINKAN HARAKAH PERLU PASUKAN YANG TAK MANTAP MENGGUNAKAN ORANG SAKIT DALAM TEAMNYA MENGHADAPI PILIHANRAYA KETIGABELAS.
Setuju
BalasPadamZul Solong ibarat askar perang tua
Kalau dulu ok
Sekarang rasanya banyak kerja diharakah menghabiskan duit parti sahaja
Tak bagus bincang perkara ini terbuka
BalasPadamtapi saya setuju beberapa pendapat diatas Zul Sulung memang kira dah gagal di harakah
Saya masih fokus kepada masalah penyelewengan iklan harakahdaily. Nampaknya Zul Sulong macam tak puas hati, merosakkan thread ini. Kata perpatah seperti menupuk air di dulang dia akan terpencik.
BalasPadamKalau dia tak besarkan, dia berlapang dada dengan apa yang berlaku dan serah kepada kebijaksanaan pengurusan seperti yang ditulisnya saya berpendapat masalah iklan harakahdaily boleh diselesaikan.
Kenapa dia ambil jalan tak bijak ini?
Jangan pandai sgt fitnah. Enta ada bukti Zul Sulung buat semua tu? Kenapa semua tuju pada Zul? Orang lain buat apa? Enta jgn sampai batu api jadi batu neraka!!!
BalasPadamAna sebagai pembaca siasah, walaupun tak tetap setiap keluaran rasa tak patut difitnah staf2 siasah tu. Cuma ana dengar Zul Sulong jaga harakahdaily.net, dan jaga juga siasah? Yang mana satu ni?
BalasPadamdok tak beres lagi hal iklan hrkhdaily ni.
BalasPadamRedrebana yg dulunya sengkek kini kaya raya dengan duit jamaah, sapa pun tak kacau dia, senang lenang atas air mata org.
Taukeh dia, amir ramadan buat pekak badak, hantam la apa orang nak hantam, yang penting aku boleh tukar mercedez, beli rumah baru, dan tak byr apa2 pada harakah
inilah agaknya kepimpinan Islam yang orang umno nampak dalam PAS. Walhal, kalau betul ikut Islam, tentu semuanya beres. Tapi ini sentiasa tak beres. Macam Pak Lah jadi PM lah. Laih jer nampaknya.
BalasPadammemang banyak isu "rahsia" di Harakah yang patut semua AJK PAS tahu. Pemuda, Muslimat dan DHPP juga patut ambik tahu. Sebelum nasi jadi bubur, elok selesaikan. Kalu tak jumpa cara nak selesaikan, ambik Islam sebagai jalan penyelesaiannya. Jangan pandai dan bijak sebut jer. Tapi takut nak gunakan Islam. Semua ALP jangan peluk tubuh dan jadi setan bisu. Ramai ALP yang tahu hal "rahsia" ini tapi buat pekak badak. Inikah contoh kepimpinan Islam yang nak diturunkan dalam pentadbiran negara nanti?
BalasPadamramai yer nak jatuhkan pas..hati-hati dengan anasir dan agenda mereka..jangan ingat semua dalam pas orang yang nak perjuangankan pas dengan ikhlas..sepatutnya perkara ini tidak boleh bincang dengan cara open seperti artikel ini..entah2 enta ni ada masalah dalam harakahdaily sebab itu enta dedah semua ini..cuma pemimpin pas x nak dedah tentang kesalahan enta..memang patut la enta kuar agar pas selamat dari tangan2 kotor dan x b'tangungjawab seperti anda.
BalasPadam