Tapi biasalah nick batuapi @ firestone dengan watak itu tidak akan mudah diam diri apabila ada manusia durjana cuba memporak-perandakan jamaah dengan memutar belit isu-isu dan maklumat bagi membentuk 'character assasination'.
Tertarik dengan pendedahan Penarik Beca @ Bakaq alhaq! dengan artikelnya "TGNA diperdaya hadiri majlis mempakyetkan PAS?" Saya tak nafikan isu ini benar tetapi saya cukup kecewa dengan sikap menokok-nambah sehingga cerita menjadi fitnah kepada beberapa orang ulama secara amnya di'persepsi'kan sebagai kumpulan UG atau geng perpaduan.
Saya tak tahu atas dasar apa, 'mungkin' nasihat Wan Jo? Mungkin? tapi ini kena tanya Wan Jo sendiri. Wan Jo pula jangan mengamuklah, "demo jange wak gitu wan jo weeh!"
Bakaq kita tahu dia dalam kesedihan, kematian anak kesayangan dan permintaannya kepada Allah s.w.t. juga tidak termakbur 'mungkin' memberikan kesan kepada penulisannya. Anda boleh baca artikel Bakaq "Berilah saya peluang, ya Allah!" untuk menghalusi kesedihan ini.
Tambahan pula Bakaq makin keliru apabila diburu dengan geng JAIS seperti 'anjing'. Anda boleh baca artikel ini "Apa salahnya diburu? Saya seperti binatang" untuk mendalami maksud anjing!
Bakaq sepatutnya mendapat nasihat daripada YB Haji Mahfuz Omar atau YB Salahuddin dalam hal ini. Sebagai orang rapat kepada kedua-dua pimpinan tersebut, dan juga sebagai penulisan 'hidden shadows' untuk kenyataan di harakahdaily Bakaq patut lebih berhati-hati.
Dulu pernah Bakaq tulis pertemuan antara Ustaz Nasarudin Mat Isa dengan Ikhwan di London untuk peluk UMNO. Artikel ini ditulis pada 21 Jun 2008 dan saya mencabarnya membuktikan perkara ini dalam tulisan saya yang sampai hari ini Bakaq membisu. Anda boleh baca artikel ini "Cuit Pak Bakaq, Penarik Beca Pasal Perpaduan Islam"
Sebagai penulis di internet kita bercakap tentang amanah dalam menyampaikan maklumat. Kita boleh berbeza pandangan tetapi bukan kita memutar belit maklumat untuk membentuk persepsi buruk kepada seseorang. Isu pertemuan antara kepimpinan UMNO dan PAS perlu diperjelaskan secara jujur. Saya ulang sekali lagi secara jujur!
YB demo bukan Ketua Cawangan, sepatutnya bersikap matang. Post Mortem kekalahan di Galas harus dihadam, sebaik-baiknya diletakkan di bawah bantai bila tidur. Koreksi diri apa yang kita buat 20 tahun memerintah. Bolehkah kita bertahan untuk PRU ke-13. Agenda diri dan kumpulan kita bukan suatu yang mutlak untuk dijadikan isu untuk sekarang ini. Lagipun Muktamar PAS lambat lagi!! Di mana laungan kita bekerja untuk Allah kenapa itu pula menjadi seolah-olah matlamat utama kita?
Saya tak nak ulas tulisan Tulang Besi @ Rahman seluaq buat masa sekarang.
Sekadar nak buat penegasan sedikit kepada Aduka Taruna yang menyebut tarikh perjumpaan itu adalah 24 Disember 2010. Tarikh itu jika dikira secara logik pergerakan Presiden "macam tak betul" kerana pada 19 Disember, Presiden dan Timbalan sibuk dengan Konvesyen PR, 20 Disember ke Syria hantar anak dan terus ke UK dan masih ada di luar negara sehingga sekarang. Dipercayai akan balik esok (mungkin sampai lusa). Tapi kalau dikira secara sirah bagaimana helah dan strategi ada penyelsaian pada tarikh itu. Kita biar dulu penjelasan TGNA.
Orang lebih menghormati siapa sebenarnya boleh memberikan fakta yang benar dan tepat. Saya ulangi fakta yang benar dan tepat. Tak kisah soal pendapat kita setuju atau tidak kerana memang manusia biasalah berbeza pandangan. Tapi orang akan benci jika kita suka membuat persepsi buruk kepada orang lain.
Isu pertemuan UMNO-PAS sebelum ini tidak dihadiri oleh TGNA dan banyak mesyuarat kadang-kala tidak dihadiri oleh Mursyidur Am. Akhirnya Mursyidur Am mendapat maklumat yang salah. Orang-orang macam Fatahlah yang menyebabkan TGNA terpaksa mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kita baca selama ini.
Tonton video ini, fahami isi kandungannya. Kenyataan yang di baca oleh TGNA sendiri mewakili kepimpinan PAS keseluruhannya. Buka hati dan minda anda dalam hal ini. Lapangkan fikiran tanpa emosi.
Tidak wujud atau berbangkit lagi soal UG atau disebut Geng Perpaduan. TGNA terima dan menarik balik atas apa yang disebut kepada Ustaz Nasha setelah berbincang dan bermesyuarat.
Pertemuan kali ini adalah dihadiri sendiri oleh TGNA adalah lebih baik kita dengar daripada mulut TGNA. Siapa yang anda nak percaya? Penarik Beca bukan ahli PAS atau Tulang Besi @ Rahman Seluaq dalam yang tak bayar yuran ahli?
Kenapa UG masih dilaung-laungkan oleh kumpulan tertentu? Agenda siapa sebenarnya? Anda yang berfikiran waras dan tenang sahaja boleh menjawabnya. Kenapa ada golongan cuba mengaitkjan apa yang berlaku seolah-olah ianya UG dan melaungkannya sebagai UG. Ada kumpulan tertentu nak dan mahu UG itu "HIDUP" sedangkan mesyuarat kepimpinan sebulat suara telah menutupnya.
Siapa sebenar yang membuka FITNAH INI?
Habis kenapa ada pertemuan yang disebut YDP Agong, Najib, Muhyidin, TGNA, TGHA dan Ustaz Nasa?
Saya ada maklumat dalam hal ini. Tapi sebaik-baiknya anda mendapat maklumat yang lebih auliya. Esok selepas Kuliah Jumaat Insya-Allah TGNA akan membuat kenyataan. Insya-Allah harap begitulah. Tapi kejadian esok tidak boleh dijanjikan, dalam politik banyak perkara boleh berlaku.
Esok menagislah "geng-geng pemecah belah parti". Dan pasti anda akan mendapat banyak perkara lagi yang akan diletupkan oleh geng-geng ini sebelum menjelang Muktamar Tahunan PAS, kerana muktamar kali ini adalah muktamar pemilihan.
Tulang Besi nampaknya antara yang bekerja keras!!
sepatutnya Hadi kena letak jawatan la.. habis cerita..
BalasPadamrakyat tranung sendiri bagi satu musim shaja dah tau dah layak ker tak layak..
inikan pula rakyat seluruh negara yang tau dia tak pandai jaga negeri.. nak bagi jaga negara.... bai bai laa.
nak amik pula payah....
Sepatutnya Nabi Nuh minta pada Tuhan gugurkan dia sebagai Nabi & Rasul!!
BalasPadamHujahlah dengan fakta, baru sedap sedikit aku nak menjawab! Logik pun tak kena.
batuapi@sp pun bukan berhujah secara fakta selama ini.
BalasPadamsemua auta. alahai sp, mngu gi jaga molek tko lah tak payah nak salin2 baju nyamar wat kerja munafiqun.
nabi muhamad pun kena letak jawatan sebab kalah dalam perang uhud. hehehhe bangangnya kenyataan tanpanama, orang tahu tanpa nama mana ada fakta auta boleh pakai apa. tak payah salin baju jadi barua kat sini, bogel lagi baik kan tanpa nama
BalasPadamGiler korang nie...
BalasPadamTak kan nak sama kan lantikan Allah dengan lantikan manusia.
Samada Hadi Awang, atau Anwar Ibrahim, Najib semuanya manusia yang angkat jadi pemimpin. Perwakilan PAS adalah manusia biasa. Perwakilan parti mana pun juga manusia biasa.
Suruh Hadi Awang letak jawatan = suruh Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang maksum letak jawatan. Masya Allah!
Nak sokong sangat Hadi Awang pun, sokonglah. Tapi kalau nak samakan taraf dia dgn taraf mana-mana Nabi pun, dosa nya korang tanggung lah sendiri. Tak kira lah sama kan taraf secara langsung atau tidak.
Masya Allah.
BalasPadamBatu Api dah sampai ke peringkat menyamakan TGHH dgn Nabi. Aku rasa hang baik insaf dan bertaubat. Aku rasa TGHH pun jijik tengok pengampu macam hang ni. Orang lain sayang juga kat TG, tapi tak le mengampu.
bg analogi cmtu pn korang dah putar belit.ok la,nk bg analogi yang sepadan.arwah ustaz fadzil dulu x pernah menang pun kedah dan dalam banyak2 dia bertanding parlimen,sekali je menang time 1999
BalasPadamMasya Allah, analogi sesat korang bagi ni.
BalasPadamPerwakilan PAS angkat Hadi Awang jadi pemimpin. Perwakilan PAS itu manusia, boleh berbuat silap. Kalau silap pilih, tak pelik sebab manusia sifatnya lemah & selalu buat silap.
Apakah lantikan Allah, yang maha suci dari kesilapan & kekurangan, boleh menjadi silap?
Masya Allah. Tolonglah tarik balik kata-kata "Sepatutnya Nabi Nuh minta pada Tuhan gugurkan dia sebagai Nabi & Rasul!!" dan "nabi muhamad pun kena letak jawatan sebab kalah dalam perang uhud."
Seolah-olah mengatakan bahawa Allah yang Maha Suci mempunyai kelemahan seperti perwakilan parti politik, iaitu salah memilih pemimpin/Nabi.
Taubat lah.
Fakta : Nabi Muhammad Utusan Allah.
BalasPadamNabi berdakwah menyeru manusia menyembah Allah dan meninggalkan Tharut.
Sekiranya Hadi Awang menyeru manusia supaya Ikut syariat Islam dan meninggalkan jahiliyah.
Soalannya adakah Hadi Awang sama macam nabi?
dapat jawapan? tepuk kepala tanpanama tu..
Nabi berjuang dulu jenuh berhadapan dengan tentangan dan rintangan.
kena Pulau, dihina dan dituduh gila dan pemecahbelah.
Itu nabi...
yang maksum dan mendapat wahyu dari Allah pun berhadapan dengan mehnah.
Inikan pula Hadi Awang yang cuma umat nabi muhammad yang barang pasti tidak boleh tidak akan berhadapan dengan sedikit rintangan.Kalah, kena keji, kena kutuk, difitnah dan sebagainya..itu adalah perkara biasa bagi yang nak berjuang.
Adakah dengan kepayahan, kekalahan yang dihadapi itu memerlukannya letak jawatan atau tinggalkan perjuangan?
Bagi yang cerdik, tentu ia akan ingat pada kisah nabi Nuh yang berjuang selama hampir 1000 tahun tapi yang menjadi pengikutnya tak sampai 100 orang.
Bila ingatannya baik, tentu ia jadi lebih cekal nak berjuang. bukan nak letak jawatan. samada dengan desakan atau hasrat yang lahir dari bisikan syaitan.
Bukan nak samakan Hadi awang sama macam Nabi Nuh...
Mengambil iktibar dari kisah nabi Nuh dan nabi-nabi yang lain sebagai pembakar semangat.
tak nak Hadi Awang?
Ok ambil contoh Nik Aziz pulak.
Nik Aziz seorang pemimpin yang zuhud.
Nabi Muhammad Seorang pemimpin yang zuhud.
Saidina Omar adalah seorang pemimpin yang zuhud.
Adakah ini menyamakan antara mereka ini?
Nabi Muhammad pada makamnya sebagai Nabi dan Rasul.
Saidina Omar pada makam (kedudukan ) sebagai seorang sahabat.
Nik Aziz pada kedudukannya sebagai pejuang dan penerus perjuangan Nabi dan Salaful soleh,
Contoh lagi :
Nik Aziz dikhabarkan telah meninggal dunia baru-baru ini.
Dulu-dulu pada zaman Nabi, masa perang, dah berlaku penyebaran peristiwa Nabi terbunuh.
Bila yang belajar ia akan tahu bahawa apa yg berlaku kini dah pernah belaku sejak dulu lagi.
Maka tidak berlakulah rasa putus asa dan tension bila difitnah dan sebagainya.
Peristiwa yg berlaku dulu menjadikan para pemimpin lebih cekal.
Bolehkah tanpamana berfikir tentang kisah nabi dan ambilnya sebagai susur keluar dari sikap putus asa dan asyik fikir nak menang selamanya?
Sesungguhnya berkata baik itu pun ada ganjarannya disisi Allah.
Inikan pula bersabar dengan kekalahan dan sedikit ujian?
ana betul2 fed up dengan perpaduang team,letih buat kerja di bawah,geng UG ashik nak melemahkan semagat ahli di bawah.
BalasPadambuat perpaduang di terengganu sudahla jangan kacau negeri lain,suruh ust nasa bertanding di trg,
Bila ingatannya baik, tentu ia jadi lebih cekal nak berjuang. bukan nak letak jawatan. samada dengan desakan atau hasrat yang lahir dari bisikan syaitan.
BalasPadamBukan nak samakan Hadi awang sama macam Nabi Nuh...
------
Tepuk kepala diri sendiri dulu.
Orang suruh letak jawatan bukan bermakna suruh berhenti berjuang.
Ahli-ahli biasa PAS tak berjuang untuk Islam? Cuma yang pegang jawatan saja yang dikira berjuang?
Jadi ahli biasa pun boleh berjuang.
Siapa yang suruh berhenti berjuang ni? Suruh berhenti jadi Presiden PAS ajer la bang. Beza tu.
Nak tambah sikit.
BalasPadamTak heran aku bila korang tak boleh bezakan berjuang dengan memimpin.
Macam la kena ada jawatan baru dikira berjuang.
Sedangkan perihal perlantikan Nabi2 dan Rasul2 oleh Allah yang maha suci dari kesilapan, yang langsung tak boleh disamakan dengan pemilihan oleh manusia pun korang tak boleh bezakan.
Bab akidah pun dah celaru.
woit barua2 yg kalut suruh tok guru letak jawatan...tahun depan pemilihan muktamar sila lah calonkan husam tanding jawatan presiden ye...nak tengok berapa ramai pencalonan agaknya...
BalasPadamtok guru tak pernah suruh org lantik dia jawatan presiden, tapi ahli PAS sepakat mencalonkan tok guru hj hadi sebagai presiden...
korang yg menyalak ni memang patut digelar celaka aka munafik! taraf abdullah ubai pememecah belah jemaah ISLAM! celaka2 puak2 munafik ni...lebih celaka dari umnoapco!
Tanpa Nama..hang tu jangan bercelaru dengan aqidah...Bukan Menyamakan TGHH dengan Nabi Nuh dari sudut Kenabian dan Kerasulan...tu budak fardhu ain pun dah tahu.....
BalasPadamtetapi menyamakan Perjuangan...apa yang di perjuangkan oleh TGHH dan semua ahli PAS ini sama sebagaimana yang di perjuangkan oleh Nabi-Nabi dan Rasul-rasul...di samakan soal kalah dan menang...Nabi Nuh berjuangan lama dan di katakan tak menang sebab ada pengikut 80++ orang sahaja, beerti walaupun tak menang bukan makna kena berenti, kerana kalah dan menang tu bukan beerti benar atau salah.
TGHH tak pernah minta dia jadi presiden...dia jugak berjuang semada belum pegang apa-apa jawatan dalam parti...sejak sekolah menengan lagi dia berceramah di atas pentas PAS...tu kau jangan cakap banyak.
Kalau tanpa nama rasa tak puas hati sangat....tanding la jadi presiden..tak ada orang marah pun...atau taja la sapa-sapa yang rasa pandai sangat...cuma kalau hanya hangat tahi ayam tak payah la...kalau baca fatihah pun tak betul tak payah la...kalau sirah nabi pun tak khatam tak payah la...kalau hadis hanya 2-3 je yang ingat, tak payah la....atau tengok balak pun dah kelabu mata pun tak payah la...ni PARTI ISLAM..presiden dia kena reti Islam dari sumber betul..bukan Islam reka-reka baca dari buku orang putih
mereka2 yg mau presiden pas letak jawatan bukan apa, mereka tak mampu nak lawan secara berhadapan, akai mereka lemah, keupayaan mereka lembik, hati mereka dayus, adala 2-3 ekog blogger yg buat projek langgar dah jadi projek ziarah la plak hahahaha... la dah diam.. agaknya juai t-shirts tak laku kut, [pengikut Lu pon Lu sanggup kencing kah kah]
BalasPadamNampaknya Blogger Pondan dah bersuara semula. Pusing sana pusing sini, tak berani NAFI pun maklumat YB Fatah.
BalasPadamSendiri pondan, jangan lah nak maki orang lain. Buat malu je.
takkan tak tau kot. Puak2 blogger pondan ni anggap kepimpinan ulama ni kepinpinan maksum.
BalasPadamSama macam Syiah.
Hakikatnya puak2 terengganu bergantung pada Presiden. Kalau Presiden takda, mereka ni takda sapa kesah.
sekmenengah,
BalasPadam1 adalah nombor
2 juga nombor
maka 1 dan 2 adalah sama
rid kata:
"yg menyalak ni memang patut digelar celaka aka munafik!"
ustaz yahya osman kata:
"ulama kita pun ada yang ‘belawok’ (menipu)."
fikir2kan.
aku kata:
"presiden dia kena reti Islam dari sumber betul..bukan Islam reka-reka baca dari buku orang putih"
ustaz aris awang kata:
"“aku juga hairan mana nak letak buku karangan presiden iaitu “hadharah islamiyah bukan islam hadhari” selepas ini? lagi dahsyat kalau aku tanya……nak letak mana ucapan tg presiden ketika tahun 1981 di banggul pradong terengganu. maaf cakap……aku rasa ditipu oleh kepimpinan selama ini, jika hasrat tersebut diteruskan.”
ustaz yahya osman mempunyai hujah untuk berkata:
"ulama kita pun ada yang ‘belawok’ (menipu)."
rid kata:
"tok guru tak pernah suruh org lantik dia jawatan presiden, tapi ahli PAS sepakat mencalonkan tok guru hj hadi sebagai presiden...
"
sms seorang ahli pas berbunyi:
"selepa apa dilalui tgna sendiri maka jelaslah yang benar dan yang ikhlas berjuang bukannya pada hartabenda. namun kita manusia biasa yang pasti terguris juga hati kita. selamat tinggal pres dan timb pres serta juak2nya."
Tulang Besi @ Seluaq Dalam datang bertandang ke blog ini. Kenyang hangpa makan duit tabung guaman?
BalasPadamSuka sangat tuduh orang, soalan aku tak jawab. Berani menuduh tapi tak berani berhujah.
Jawab dulu mana pergi duit RM 10 ribu tu? Jangan berdalih.
Duit RM400 derma tu kor jumpa dah siapa hantar. Kalau duit aku, aku redha aje hangpa nak kedarah pasal kira itu sedekah kepada fakir miskin yang gajinya 6X gaji exco.
Orang buta bolehlah hangpa tipu!!
Syiah2 pun geng ko jugak satu usrah...
BalasPadampuak2 blogger bodo rupenye.....baru aku tahu....
BalasPadamkalu suruh najib berhenti mau ke dia....bodo sgt puak ni....kalu menang pilihanraya baru boleh singkir...ni mcm anjing salak bukit...jawatan tgna dilantik bodo....presiden dan lain dipilih....kalu anak jantan lawan le bodo2 sunggoh..patut..patut le tuhan xbagi menang bodo sgt rupanya puak ni......
BalasPadam