Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 14 Februari 2026

Aduka Taruna dah ada akal rupanya

 


Aduka Taruna atau Khairulizam Abdul Ghani, masuk 45 tahun dah nampak ada akal sekarang. Maklumlah umur dah 45 tahun kan.Saya dengar dia ada buat video minta maaf dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. 


Dulu, Semasa dia langgar Masjid Rusila kena luku dengan budak2 pasti di Rusila menangis buat report polis kata orang Rusila pukul dia. Abdul Hadi tak tahu pun citer pasal dia ada datang langgar masjid. Terangguk-angguk orang tua tu bila tanya pasal Aduka. "Pia Aduka" tanya TGHA. 


 Aku tunggu cipan & tenuk pula menangis minta maaf.

BYE BYE
masih di mentari 
Negeri jajahan DAP

 






Khamis, 6 Februari 2014

PRK Kajang dan Konsensus Nasional

Saya difahamkan beberapa hari lalu beberapa orang kepimpinan daripada Pakatan Rakyat (macam tak ada dikalangan PAS) telah berjumpa dengan TGNA untuk melobi TGNA bagi memberikan persetujuan mengenai satu idea yang dinamakan sebagai "Konsensus Nasional".

Daripada maklumat yang disampaikan konsensus nasional ini semacam kerajaan campuran???

Saya juga diberi maklumat bahawa ada beberapa pimpinan PAS telah berusaha lebih awal dalam 'projek' ini. Adakah mereka telah mendapat keizinan kepimpinan tertinggi? Jangan sampai perkara ini adalah perkara yang sama seperti UG dulu?

Ahad, 2 Februari 2014

PRK Kajang

Lama tak buka citer di sini...
Tak dengar citer Aduka, Wan Ji, Penarik Beca, AlHuseysn, Tulang Besi Seluar Dalam... pasal PRK Kajang..

Sebak seketika dengan mata kemerah-merahan sehingga ucapannya tersekat-sekat, Rafizi berkata ia adalah satu keputusan yang menyakitkannya tetapi perlu dilakukan demi tanggungjawab kepada orang ramai.

"Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah.

Isnin, 20 Ogos 2012

Sekarang jual monyet pula?

Bila tua, sukar untuk bergerak, malas untuk berjalan-jalan. Paling senang tinggal aje di rumah. Kalau ada yang datang layan. Raya Kedua dah mulai rasa merindui keyboard dan skrin monitor.

Bila lihat skrin monitor teringat dan terkenang dengan 'geng-geng blogger celaka', apa cerita dia orang sekarang. Bala tuhan akibat daripada fitnah dah kena ke belum?

Nanti orang kata kasar Batu Api?

Selasa, 24 Julai 2012

Salam Ramadhan 1433H

Ini kira dah setahun setengah blog ini sudah berkulat. Hari ini mimpi ngeri tiba-tiba nak buka dan update untuk menghilangkan laba-laba.

Bulan Ramadhan adalah kesempatan untuk kita beramal dengan amalan yang baik. Amalan yang baik datang daripada hati yang baik. Menegakkan Islam (ada sesetegah blogger kata menegakkan kebenaran) mestilah mengikut cara dan kaedah yang betul, bukan seborono mengikut selera dan nafsu.

Fahamilah orang tua dalam perjuangan, hormatilah mereka dan bersamalah mereka. Jangan sempai membuat terlahan yang sebarangan tanpa memahami hakikat perjuangan yang telah lama digarap oleh mereka ini.

Khamis, 2 Februari 2012

Kampung Matahari Naik

[Kemaskini Semula] Kampung Matahari Naik, Tasek Gelugor, Pulau Pinang adalah kampung yang terpencil daripada kesibukkan bandar. Zaman dahulu anak-anak dididik dengan budaya dan adab kampung, hormat menghormati antara satu sama lain. Didikan agama telah tersemat disanubari dan menjadi darah daging. Anak-anak ini ada yang melanjut pelajaran mendapat pendidikan moden, walaupun boleh dibilang dengan jari tapi bila pulang mereka ini tidak meninggi hidung.

Memang melihat matahari naik di kg, Matahari Naik, Teluk Kumbar benar-benar "ori" daripada mana-mana tempat lain, walaupun di Rusila, Marang bersama dengan 'Ayah Chik'.

Kg ini bukan kg. terpencil pada arus perdana. Kg ini pun masuk akhbar. Baru-baru ini 54 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang menyertai program Kembara Hikmah di Kampung ini. Keluar dalam akhbar KOSMO! (Mesti nak masuk UMno ni.. kata puak blogger celaka!!)

Isnin, 30 Januari 2012

Ke Ureka MSK

Hari ini cukuplah genap setahun segaimana yang dijanjikan; aku kena berdebat dengan budak Aduka Taruna. Pagi ini aku bangun awal, sempat juga ber'chat' dengan seseorang rakan di FB yang berada di luar negara. Debat mengikut jadual akan berlangsung pada pukul 8.30 malam ini... kena tepat. Bukan macam budak tu yang mana tahu janji.. suruh datang pukul 3 dia datang awal... he he

Tajuk debat juga entah apa punya hel!! Macam UMNO nak berdebat dengan dengan PAS dia yang reka tajuk... dia paksa PAS berdebat. Tapi PAS tetap berdebat dengan alasan nabi Musa ajak lawan sihir pun dilawannya.

Aku pun sebelum minta doa, minta lindungi samseng 'blogger celaka' dan geng 'usrah barbican' mana tahu nak balas dendam di'penyek-penyek' aku di sana... bukan debat lagi.. nanti jadi gusti pula.


Sabtu, 14 Januari 2012

Pak Syed, sahabat yang dikasihi

Pukul 8.30 pagi tadi saya dikejutkan dengan satu SMS ringkas, "Pak Syed Sudah tidak ada". Entah kenapa hati menjadi hiba dan tidak menentu. Saya cukup terkilan dengan permegiaan Pak Syed. Rasanya macam sebentar tadi bersama beliau.

Pak Syed panggilan mesra atas nama sebenarnya Drs Syed Muhamad Syed Hasan pertugas veteran PAS yang cukup komited dan mempunyai pandangan yang amat jauh. Selain Ustaz Hassan Shukri beliau adalah rujukan dalaman parti yang cukup baik. Mempunyai pendapat sendiri dalam banyak hal terutama mengenai cara penyeleaian masalah dalaman parti. Dulu masa Arwah Ustaz Fadzil Mohd Nor, Pak Syed selalu menjadi rujukkan. Ayat egoisnya kepada saya "Itu Ustaz Fadzil terima pendapat ana".

Nak kata saya sangat rapat, taklah. Hanya kami boleh pergi kemari. Seingat saya Pak Syed dua kali telah makan nasi di rumah saya. Dia peramah dan mudah di bawa berbincang. Boleh terima perbezaan pendapat dengan baik.

Selasa, 2 Ogos 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1432

Hampir nak genab enam bulan telah meninggalkan blog ini, hari ini entah apa gatal tangan nak menulis. Tapi sekadar nak ucapkan selamat menyambut ramadhan kepada rakan-rakan seperjuangan. Diharap bulan ramadhan ini mengajar kita erti perjuangan, erti persahabatan dan erti keikhlasan dalam beramal. Jangan sampai kita sekadar menjadi unta yang berada dalam persekitar ilmu tapi hati kita masih kotor dengan sifat 'kehaiwanan'.

Saya tak akan menulis lagi di blog ini, itulah tekad saya. Nick batuapi @ firestone sekadar nick yang tak memberikan apa-apa makna dan imfak kepada sesiapapun. Oleh itu saya tak akan membalas sebarang emel. Mana-mana yang masih lagi cuba berhubung dan memberikan maklumat, maaflah saya tak akan memanjangkan perkara tersebut.

Selasa, 8 Februari 2011

Nota-nota ringkas di sebalik cahaya matahari

Setahun yang lalu (Feb 2010) ada berita dalam akhbar Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Harun Taib, 67, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir kini dinasihatkan ‘berehat’ di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Manakala baru-baru ini, Maarof Abd Mutalib, suami calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman dinasihat 'berehat' di rumah, jika beliau benar-benar sakit kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Banyak makna tersirat jika difahmi bagi yang mengerti.

Selasa, 25 Januari 2011

Hanya exploit keadaan..

Bila terdesak kita exploit keadaan untuk dapat simpati. memburukkan orang lain.
kawan-kawan kita menambah cerita, walau tak tahu cerita sebenar,
Tak ada di tempat kejadian tapi macam bersama di situ.
sebab memang blog kita bertujuan menjatuhkan "Pimpinan Itu"
Jangan kasi dia memimpin, sebab dia nak Islam!
Burukkan perangai pimpinan itu, biar orang nampak cakap Islam tapi jahat, bodoh, primitif dan macam-macam istilah gua tu tak reti nak sebut!

Menjatuhkan kepimpinan mengikuti rancangan geng blogger kawan baik kita misalnya, kerana dia boleh berkawan dengan syiah, komunis atau geng hina nabi atau isteri nabi......

Sabtu, 8 Januari 2011

Rehat sambil melihat suasana "Matahari Naik"

Balik kampung sukar untuk mencari suasana kampung. Sekali-kala berjalan-jalan sambil melihat "matahari naik" membuka minda mengibau kenangan dan menginsafi diri dengan "pertenglikahan" fakta dan hujah. Masing-masing mencari kesempatan untuk menyalahkan orang lain atas perbuatan bodoh dan kedurjanaan yang dilakukan.

Ilmu sedikit nafsu lebih kadang kala tidak memberikan manafaat kepada diri sendiri. Aku akan berehat sehari dua melihat matahari naik yang pasti tidak akan turun di sini.

Adakah aku nak call Zainulfaqar untuk bual diskusi seperti yang dijanjikan oleh dia dengan aku dalam FB?

Aduka Taruna: Lateral Thinking dan Vetical Thinking

Pada tahun 1967 Dr. Edward De Bono menulis bukunya yang terkenal, “New Think : The Use of Lateral Thinking”. Dalam buku itu De Bono memperkenalkan cara berfikir yang sama sekali baru dan berlawanan dengan cara berpikir yang sedia ada, konvensional yang disebutnya sebagai cara berfikir vertikal dan konsekuensial.

Pemikiran lateral (lateral thinking) yang telah diperkenalkan oleh Edward de Bono ini merupakan penyelesaian masalah melalui pendekatan kreativiti dan tindak langsung. Pemikiran lateral ialah tentang pemikiran yang tidak jelas dan idea-idea yang tidak mungkin diperolehi dengan menggunakan langkah logik secara tradisional. Pemikiran lateral ataupun pemikiran kritikal adalah kemahiran berfikir yang lebih menekankan kepada nilai kenyataan dan idea-idea baru.

Saya bagi satu contoh permasalahan untuk membezakan antara pemikiran lateral dan pemikiran vertikal.

Jumaat, 7 Januari 2011

Tarikh debat dipinda...

Episod Langgar Hadi, sepatutnya berlaku pukul 3.00 petang seperti yang diwar-war telah berlaku lebih awal daripada itu kerana Aduka pergi langgar sendiri tanpa berjumpa dengan BatuApi di tingkat 1 sebagaimana perjanjian persefahaman antara dua blog.

Oleh kerana dia langgar dulu, dia tanggung akibatnya. Saya pun tak nak ulas biar kita lihat dan baca versi Aduka yang seronok untuk menaikan hits lamannya nanti. Banyaklah cerita-cerita sensasi nanti anda akan baca.

Ini juga diberitakan menglibatkan polis, askar dan bomba. Projek ini sekejap sahaja dan Aduka keluar seorang diri menaiki keretanya sebelum pukul 3.00 petang. Tak sempat aku nak perkenalkan diri. Celaka kor Aduka tinggalkan aku di tingkat 1. Engkor orang percaya tak? TAK PERCAYA SAYA CAKAP. Tunggulah!!

Khamis, 6 Januari 2011

Saya akan ada di Rusila 7 Jan 2011

Saya telah membaca artikel yang diposting oleh Aduka Taruna dalam blognya bertajuk "Update 3 : Projek Langgar Hadi 7 Januari 2011." dan komennya pada artikel terkemudian daripada itu seolah-olah ada kebimbangan daripada pihaknya saya mungkin tidak ada kerana saya tak memberi respon segera.

Saya telah memberikan komitmen Insyaallah (ini bukan Insyaallah Melayu) akan hadir ke Rusila pada 7 Jan 2011. Saya belum membuat kepastian bila saya akan bertolak tapi rasanya saya sempat bersolat Jumaat di Masjid Rusila dan sebaik-baiknya kita bertemu pada tingkat atas masjid (tingkat 1) agak mudah dan tidak bersesakan.

Mana-mana yang kenal Suhaimi Embong sila awasi beliau mungkin dia boleh berada di dua kawasan dalam satu masa. Saya masih menjemput Wan Ji, Zainulfaqar and the geng's untuk berkenalan dengan Suhaimi serentak dengan itu boleh "bertaubat Nasuha" di masjid Rusila.


Rabu, 5 Januari 2011

Presiden hadir atau tidak di Istana - Pertemuan yang difitnah sebagai UG?

Orang ramai dan blogger membuat 'macam-macam hal' dalam isu ini. Ada yang membuat analisis secara jujur dan mencari kepastian tapi tidak kurang juga mengambil kesempatan untuk memburuk, menambah menambah nokok bagi sesuatu niat yang kita tidak pasti apa tujuannya.

Tapi yang jelas hanya semata-mata menyerang satu pihak yang tak disenangi. Penulisan yang tidak ada tanpa maklumat yang benar telah menjadikan kita bergelumang dengan fitnah & dosa.

Saya juga banyak kali menyebut dalam hal ini agar kita jangan terburu dan biar kita dengar sendiri daripada mulut Tuan Guru Nik Abdul Aziz  (TGNA) untuk penjelasan yang penting.  Tindak tanduk kepimpinan tidak semestinya dimaklumkan terus kepada kita. Saya ada menulis; (links)


Wan Ji @ Al Bakistani - Hujah bodoh lawan hujah bodoh

Setelah tak terjawab akibat dia fitnah Ustaz Zaharudin bersama Zainulfaqar, Wan Ji mula berhujah merapu dengan artikel terbarunya "Keluhan Pengundi Pas Yang Patut Pimpinan Pas Lihat".

Anda patut baca bagamaina Ustaz Zaharudin menantu Presiden memberikan penjelasan akhirnya telah menunjukkan fitnah yang ditaburkan oleh Wan Ji. "Penjelasan dan Nasihat terbukan kepada Ustaz Wan Ji"

Ustaz Zaharudin mencabar Wan Ji mengemukan hujahnya (debat) hatta di rumah Wan Ji sendiri sebelum 1 Februari ini. Kita lihat bagaimana Wan Ji ada kejantanan atau tidak!!


Selasa, 4 Januari 2011

Projek Langgar Hadi Jumaat, 7 Januari 2011, jam 3.00 petang

Saya dengan Aduka Taruna telah bersetuju untuk berdebat pada 30 Januari 2011 8.30 malam di UREKA MSK atas tajuk "Perpecahan akibat UG dari kebodohan Hadi Awang". Tajuk ini saya ingat sepuluh kali tukar kerana Aduka tak buat persiapan.

Lagipun dulu nak berdebat pasal "Sokong UG" dan kebetulan kami berdua tak setuju dengan UG. Mana boleh berdebat.

Tapi sebagai orang tua saya biarkan dia buat pertukaran. Saya harap tajuk ini tak bertukar lagi bila hampir kepada tarikh debat.

Anda boleh baca pengumuman yang sama telah dibuat pada laman Aduka Taruna. (Sila baca di sini)


Tamat, jika memahami hasrat hati kecil TGNA

TGNA membuat kenyataan ringkas dan padat hanya difahami orang yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan Islam yang dinamakan PAS yang mempunyai uslud tersendiri. Kenyataan adalah seperti berikut;

Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.


Ustaz Nazri Din Berani, Batuapi Penakut, Wan Ji Dayus?

Saya mendapat e-mel daripada pembaca yang menyebut nick saya dan nama Suhaimi Embong telah menjadi wirid di blog Wan Ji Al Bakistani. Sekadar saya lihat, tak berhasrat pun nak komen pasal budak tu tak pernah berani berhujah dengan saya. Setiap kali tulisan saya mengkritik, dia akan terhenti dan tulisan kemudiannya akan menjadi carca merba.

Untuk pengetahuan pembaca, untuk mengelak dia 'sawan' dengan ulasan saya, ayat yang diletakkan di blognya setiap kali habis menulis iaitu "Mungkin artikle ini tidak disenangi oleh Batuapi@suhaimi embong" adalah tangkal nak halang gangguan. Maybe masa kecil dulu mak dia ada lilit benang hitam dipinggang (budaya orang Kelantan lama)


test

Video Malaysiakini.com

test

Komentar Blog