Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Jumaat, 25 Disember 2009

Al Bakistani (Ustaz Wan Ji) menunjukkan diri sebagai perosak PAS

Oleh BatuApi

"Saya membaca artikel Percaya Blogger UMNO? yang ditulis oleh Al Bakistani yang nama sebenarnya ustaz Wan Ji (Sila lihat di sini) dalam satu laman MindaRakyat.Saya menjadi keliru dan makin tak tahu apa nak jadi dengan Ustaz Penulis Muda ini yang juga menjinak-jinak untuk menjadi penulis buku.Tulisannya penuh dengan emosi, bersifat prajudis dan tidak ada fakta yang benar (atau memang penulis ini suka memutar belitkan fakta untuk mencapai sesuatu objektif tertentu)

Petikan pertama dalam penulisan budak ini.

Meletup di alam maya, apabila wujud pertemuan sulit antara beberapa orang blogger-termasuk blogger UMNO- dan pimpinan PAS; Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali dan Roslan SMS

Saya pelik datang daripada mana pertemuan sulit yang dimaksudkan oleh budak penulis ini? Setahu saya makluman untuk pertemuan ini dihebohkan dan tawaran untuk menyertainya telah dibuat beberapa hari sebelum itu. Saya terbacanya mengenai perkara ini.

Petikan penulisan Al Bakistani

Dari rangkap ini, ada beberapa persoalan yang perlu dijawab, iaitu; (1) kenapa diadakan secara sulit?, (2) kenapa menjemput Blogger UMNO?, (3) kenapa diadakan berhampiran dengan mesyuarat Khas?, (4) kenapa melibatkan 3 orang pimpinan PAS ini, yang sudah diketahui umum adalah pimpinan PAS yang bermasalah dari sudut hubungan mereka dengan pakatan Rakyat, ekoran kecenderongan mereka kepada UMNO.
Saya tidak mahu jawab, bodoh sangat soalan ini. Nak ulas sedikit pasal kenapa bloger UMNO turut serta.

Seorang sahaja setahu saya, itu pun mereka adalah hadir atas dasar sebagai ahli Muslim Blogger yang dipenerusikan oleh Mahaguru98

Baca di sini (Nak baca panjang klik di sini)

Pemimpin yang hadir selain tuan rumah adalah YB Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Jurublog yang hadir taklah ramai mana, kira-kira kuranglah dari 20 orang, tetapi ada juga yang dikatakan cukup berpengaruh, terutama sekali di kalangan pembaca mirip PAS serta Pakatan Rakyat. Saya seorang rasanya yang mengaku blogger UMNO manakala penjemput saya, Mahaguru58, terkenal dengan 'berkecualinya' dalam segala hal kecuali yang dipercayai BENAR!
Saya tidak mahu mengulas panjang tetapi nampak sangat si Al Bakistani cetek ilmu atau berniat jahat untuk memburuk-buruk sesetengah pemimpin dalam PAS kerana sesuatu sebab tertentu.

Anda boleh baca petikan tulisan Polis Pencen berkaitan si Al Bakistani di sini. (Klik Di sini)

Penarik Beca juga mengulas dan anda patut baca Blogger-blogger Umno tu tak salah la!

Ini satu petikan dalam tulisan Al Bakistani yang tidak mengambar akhlak sebagaimana Rasulullah s.a.w. berdakwah. Saya menunggu komen Ustaz Muda ini mengenai tulisan saya ini. Kalau boleh berikan nas sekali yang membenarkan kata-kata di bawah.

Kenapa blogger ini dijemput? Bukankah ‘mangkuk hayun wa mangkuk tandas' ini adalah blogger UMNO.
Hujah-hujah nas yang diberikan oleh Al Bakistani semuanya tak berkaitan seolah-olah nas itu permainan kata-kata penulisan sahaja, penyeri penyebaran fitnah, memburukan sesama muslim.

Saya berpendapat (pendapat saya semata-mata) usaha untuk mengelirukan media internet dijalankan secara halus didalangi oleh beberapa orang penulis yang cuba menyembunyikan maklumat sebenar. Jika ada blogger yang cuba ke arah untuk mencari kebenaran serta kepastiaan. Mereka akan dikecam dan dihujani dengan pelbagai gelaran agar maklumat sebenar akan tertutup. Blogger yang ikhlas akan dipinggirkan.

Saya percaya apabila kekeruhan dalam isu ini reda, kebenaran terserlah maka akan nampak siapa sebenar dalang yang mendalangi isu-isu ini, melebelkan pemimpin PAS dengan pelbagai gelaran demi untuk mencari sesuatu.

Mereka yang terbabit sebenarnya diam senyap tidak mengulas sekadar melihat permainan-permainan ini dijalankan oleh blogger upahan.

Benarlah kata-kata anak Tok Guru Nik Abdul Aziz

Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar. (Kalau nak baca sepenuhnya klik di sini)

1 ulasan:

  1. Pada ana Al-Bakistani terlalu ghairah dgn apa saja maklumat yang dia perolehi... kerana ghairah terhadap semangat Pakatan Rakyat sehingga dia dengan jahilnya menjadi duri dalam daging kpd Pakatan Rakyat.. orang lain pun sokong PR jgk... tetapi dengan bijaksana...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog