Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Jumaat, 25 Disember 2009

Siapa "Orang Itu" yang dimaksudkan oleh Faisal dalam Krisis PAS?

Oleh BatuApi

"Faisal Tehrani seorang penulis muda yang selalu menulis kontraversi telah menulis satu artikel bertajuk Takkanlah Kerana Sayangkan 'Orang Itu' Sanggup Halau 'Anak Sendir yang banyak kali mengulang ayat "orang itu". seolah-olah memberikan satu gambaran ada sesuatu yang tersirat yang mempengaruhi tindakan luar biasa Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Tulisan beliau telah dikuatkan lagi dengan seorang Penulis terkenal Haji Azizi Abdullah novelis agung dengan memberikan satu signal semacam cuba mendedah siapa dibelakang Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam arikalnya (klik di sini).

Aliran yang menunjukkan wujud satu "permaianan" dibelakang Tuan Guru Nik Abdul Aziz dikuatkan lagi dengan Temuramah Ketua Dewan Ulama PAS, Datok Harun Taib.

Temuramahnya boleh diikuti di sini (ISU EGM PAS: Harun Taib suspek bukan Nik Aziz yang tulis), semacam satu kenyataan sinis oleh Dato' Harun seolah-olah tidak mempercayai itu adalah tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Dato Harun menegaskan bahawa Kenyataan yang ditulis di Blog Tuan Guru Nik Abdul Aziz bukan tulisan beliau kerana hujah-hujah dalam tulisan tidak menepatidisipin ilmu Islam sebagaimana yang diamalkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri.

Kalau di kaitkan dengan tulisan anak beliau sendiri Nik Abdul Nik Abdul Aziz yang bertanjuk kerja - kerja bodoh dalam pas boleh dipercayai ada usaha-usaha jahat untuk memberikan gambaran salah tentang banyak perkara dalam PAS yang didalangi oleh orang yang berkepentingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog