Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Selasa, 29 Disember 2009

Jawapan kepada tulisan Greenboc, Jawatankuasa Dispilin PAS Jawatankuasa Haram

Tulisan terbaru Greenboc atau nama sebenarnya ialah Zulkifli Harun bertajuk "Jawatankuasa Dispilin PAS Jawatankuasa Haram" sudah melampaui batas dan bersifat kurang ajar. Tulisan ini adalah urutan daripada 3 tulisan sebelum ini yang mempertingkaikan keputusan Keputusan Dewan Harian PAS Pusat dalam menyelesaikan beberapa masalah dan salah faham dalam parti.

Kebiadapannya makin jelas apabila dia cuba mengelirukan pembaca dengan membuat salah tafsir kepada pelembangaan PAS sendiri, sedang apa yang dirujuk (Perlembangaan PAS 2001) sudah ketinggalan sebagaimana dia ketinggalan dalam PAS (Golongan tercicir).

Baca petikan tulisan Greenboc yang menunjukkan dialah paling mengetahui dalam PAS berbanding semua Ahli Jawatankuasa. Makna yang paling mudah difahami Jawatankuasa PAS bodoh semuanya.

Saya telah membuat pendedahan ini berkali-kali tetapi semua Jawatankuasa PAS Pusat seperti terkunci mulut, meredhakan salahlaku berlaku di dalam parti di peringkat tertinggi parti.

Rujuk di sini - http://greenboc.blogspot.com/2009/12/jawatankuasa-disiplin-pas-jawatankuasa.html

Greenboc menempelak Tuan Ibrahim Tuan Man, seolah-olah Tuan Ibrahim tak tahu harga diri. Baca petikan ini :-

Tuan Ibrahim sepatutnya SEDAR DIRI, bahawa beliau tidak ada kuasa lansung untuk bertindak "menghakimi" apa-apa kes masalah disiplin parti malaha beliau sepatutnya malu memegang jawatan yang tidak disahkan oleh Perlembagaan.

Saya sedih melihat kesombongan manusia bernama Greenboc, yang berada dipinggirann parti tetapi merasai dirinya seperti mereka dalam parti atau lebih daripada itu.

Ahli Jawatankuasa Dewan Harian PAS tidak melayan tulisan-tulisan 'orang sakit' ini seperti mana tidak layan kita dengan Demostrasi UMNO/BN untuk Penyokong PAS Selangor. Melihat gelagat sudah tahu tahap mana para pendemonya samlah melihat tulisan ini sudah tahu sejauh mana Greenboc berada dalam parti. Ada yang mengatakan zaman Pak Kaduk!!

1. Pindaan Pelembangaan PAS sudah ada. Draf pindaan ini telah diberikan kepada semua PAS Kawasan sebanyak 132 Kawasan yang mendaftar. (Sepatutnya satu salinan diberikan kepada Greenboc supaya cerah sedikit akalnya untuk menghentam PAS)

Draf ini telah dibincangkan dalam Muktamar Shah Alam baru-baru ini dan ada beberapa perkara sedang dalam semakan sebelum dikeluarkan secara berbuku seperti yang ada sekarang.

Jika merujuk perlembangaan pindaan baru ini Greenboc boleh dikatakan ketinggalan bas, atau kalau nak mudah cakap UMNO berdemo untuk PAS, raut muka pun orang tahu bahawa banyak sangat silapnya. Ini saya akan bincang kemudian.

2. Jika mengikut perlembangaan Pindaan 2001 pun saya boleh kata Greenboc menyalah tafsir perlembangaan demi untuk mengaibkan Tuan Ibrahim Tuan Man. Ini satu sikap kurang ajar.

Ok

Oleh kerana Greenboc menulis mengikut zaman Pak Kaduk, maka saya akan berhujah mengikut zaman Pak Kaduk.

Rujuk perlembagaan Pindaan 2001. Covernya seperti ini dan kalau tak ada salinan sila ke laman ini untuk rujukan http://perlembagaan-pas.blogspot.com/

Rujuk kepada FASAL23: 7 (e)

(e) Membentuk Jawatankuasa-jawatankuasa atau lajnah-lajnah yang diperlukan bagi menjalan dan melicinkan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS serta melantik ahli-ahlinya dan menyediakan peraturan-peraturannya, kecuali Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Fasal 75 Perlembagaan ini.

Dalam perlembangan dulu Jawatankuasa Pusat boleh lantik semua Jawatankuasa kecuali Fasal 75 berkaitan dengan Tatatertib. Mari kita lihat Fasal 75 ini pula.

FASAL75: (3) dan (4)
(3) Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah terdiri dari :
(a) Seorang Pengerusi
(b) Seorang Setiausaha, dan
(c) Tiga orang ahli Jawatankuasa

(4) ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’, menurut kuasa yang diperuntukan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa.

Yang ini Greenboc tidak faham, Majlis Syura Ulamak diperuntukkan dalam Fasal 7(3)(c) sahaja, bukan melibatkan (a) dan (b). Oleh itu Perlantikan Pengerusi Tuan Ibrahim Tuan Man adalah sah mengikut perlembangaan PAS zaman Pak Kaduk yang dirujuk oleh Greenboc.

Kenapa Greenboc nak putar belit perlembagaan ini dan nak mengaibkan Tuan Ibrahim Tuan Man itu semuanya ada dalam hati Greemboc. Saya tak berani nak tegur, Greenboc ini warak dan berjuang siang dan malam untuk Islam!!!!

Habis di situ untuk perlembangaan Pak Kaduk pindaan 2001. Kita lihat pula pindaan baru pula dan apa resional dalam pindaan ini.

1. Rasional pindaan ini

Sudah elok Jawatankuasa Tatatertib berada di bawah Majlis Syura Ulamak, tetapi jika kena hukuman, dimana proses rayuan akan dibuat. Siapa yang akan mendengar rayuan. Oleh itu pindaan ini ditukar bagi memberikan kuasa rayuan berada pada Majlis Syura Ulama.

2. Pindaan pada FASAL 23 (c) (d) dan (e) telah memberikan kuasa kepada Jawatankuasa Pusat untuk memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS.

3. Pindaan ini juga memberikan kuasa mempertimbangkan rayuan tatatertib mengikut FASAL 75(A) (2) (Ini fasal tambahan berkaiatan Rayuan Tatatertib)



4. Pindaan kepada Fasal 75 (3A) ini paling penting yang mengesahkan apa yang dibuat adalah betul. Saya perturunkan fasal ini :-

75 (3) Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah terdiri dari :
(a) Seorang Pengerusi
(b) Seorang Setiausaha, dan
(c) Tiga orang ahli Jawatankuasa

(3A) Ahli-Ahli jawatankuasa Tatatertib yang disebut dalam Ceraian 3 (b) dan (c) Fasal ini hendaklah dari kalangan ahli-ahli PAS yang berkelayakan pada pandangan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Seorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hendaklah mempengerusikan Jawatankuasa Tatatertib ini.

Saya rasa sudah memadai saya menulis setakat ini, harap mereka yang berada dipinggiran PAS balik ke pangkal jalan, betulkan niat jangan merasa diri kita sahaja yang betul sehingga kita memperbodohkan semua orang termasuk Presiden dan Ahli Jawatankuasa Harian PAS.

Rendah diri adalah sifat mulia, sombong dah bongkak amalan syaitan daripada api riak tan takabur. Sebenarnya Greenboclah ahli PAS HARAM!!

8 ulasan:

  1. lepas ni mesti greenbox makin panas kerana ada blog yg menyanggah fakta beliau, beliau ni sezaman dengan asri cuma ketinggalan kapal kot masa asri pindah masuk ke umno, heheheh

    BalasPadam
  2. Saya rasa GB ada kebenaran.

    1) bukankah pindaan itu masih dalam bentuk "deraf" yang baru dibincangkan tetapi belum disahkan?

    2) Rujuk kepada FASAL23: 7 (e)

    (e) Membentuk Jawatankuasa-jawatankuasa atau lajnah-lajnah yang diperlukan bagi menjalan dan melicinkan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS serta melantik ahli-ahlinya dan menyediakan peraturan-peraturannya, kecuali Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Fasal 75 Perlembagaan ini.

    Pasal di atas menjelaskan bahawa Lajnah2 lain boleh diwujudkan, tetapi Jawatankuasa Tatatertib tidak boleh dibentuk di bawah pasal itu sebab ia adalah kuasa Majlis Syura Ulamak.

    3) Tafsiran kepada 75 (3) Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah terdiri dari :
    (a) Seorang Pengerusi
    (b) Seorang Setiausaha, dan
    (c) Tiga orang ahli Jawatankuasa

    dan 75 (4) adalah jelas pula menyatakan ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’, menurut kuasa yang diperuntukan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa.

    Yang dipinda itu belum boleh digunakan sebab belum ada pengesahan.

    Betul macamtu?

    BalasPadam
  3. Saudara qurtubyy baca tulisan saya sampai habis. Kalau rujuk pada perlembangaan lama pun Fasal 7(3)(c) bermakna Majlis syura hanya melantik AJK Tatatertib sahaja (semua sekali 3 orang). (a) dan (b) bukan dalam bidang Majlis Syura. Jadi perlantikan TITM masih sah kalau ikut perlembangaan lama.

    Apa komen qurtubyy?

    BalasPadam
  4. yg sdra rujuk tu bukan 7(3)(c) tetapi 75(3)(c)

    Fasal 7(3)(c) menyentuh bidang kuasa Majlis Syura Ulamak berbunyi:

    7(3(c) Memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa tataertib PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 75 Perlembagaan ini.

    http://perlembagaan-pas.blogspot.com/2009/05/bab-yang-ketiga-tujuan-usaha-hukum-dan_5344.html

    Sementara 75(3)(c) barulah yg sdra paste kan tu.

    Satu lagi, setakat yg saya dimaklumkan pindaan perlembagaan itu baru dibincangkan dan terpulang nanti kepada muktamar untuk meluluskan. Dan semua pindaan perlu mendapat kelulusan muktamar, kemudian ROS.

    Mengikut Perlembagaan PAS, (3) Sebarang pindaan, perubahan dan sebarang perkara yang berkait dengan Perlembagaan ini hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh hari dari tarikh ia diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS, dan tidak boleh dijalankan melainkan sesudah mendapat pengakuan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan..

    http://perlembagaan-pas.blogspot.com/2009/05/bab-yang-kedua-belas-lain-lain-hal-samb.html

    Saya rasa kalau ya pun peserta muktamar dah setuju (saya rasa tidak), tidak mungkin secapat itu ianya telah diluluskan oleh ROS.

    wallahu'alam.

    BalasPadam
  5. Jadi kalau mengikut perlembagaan yang belum dipinda pun, berat hati saya menyatakan hujjah GB adalah betul.

    cuma saya kurang selesa cara dia mengulas isu berkenaan secara terbuka. beliau sepatutnya telah menulis surat kepada pucuk pimpinan parti dan bukan menulis di blog sehingga boleh nanti dijadikan peluru kpd musuh.

    BalasPadam
  6. Saya tunggu reaksi GB malas lagi nak berhujah dengan qurtubyy.

    1. Pelembangaan baru telah diluluskan oleh ROS dah dimaklumkan pada Muktanmar Shah Alam - Fakta, rujuk Pejabat Agung PAS Pusat kalau tak pasti jangan main tembak-tembak aje.

    2. Berkaitan MTD dan Jentera PilihanRaya.

    3. dll

    Ini saya akan bincang selepas GB menjawab

    BalasPadam
  7. isk artikel ini lansung tak berkuali. auta melebihi fakta.

    Rujuk fakta pun salah.

    Dah jelas

    "(4) ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’, menurut kuasa yang diperuntukan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa."

    BalasPadam
  8. BatuApi @ FireStone berkata...
    Saya tunggu reaksi GB malas lagi nak berhujah dengan qurtubyy. - Macam mana nak berhujah, memang betul qurtubyy dan mung batu-api2 main tembok je....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog