Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 27 Mac 2010

Mengulas Tulisan Profesor di laman Tranungkite.net, Ada Penulis Blog Sensitif

Saya dah banyak kali baca tulisan yang bernama profesor, ulitmayang, teluk? dan banyak lagilah nama dia ini sepesis sama seperti PENDEKAR_KLETE, yang mana hujahnya berbalik-balik dan tidak tetap. Dulu penyokong kuat SP di TKO tapi sekarang dan tukar angin agaknya.

Saya tak nak tegur TKO pasal lulus artikel yang mengarut, kerana SP pun ada komen pada artikel saya yang diluluskan sebelum ini. Kalau tidak terpaksa saya guna batu-api3. Sekadar cerita untuk yang faham, tapi TB tak akan faham sebab darjat dan makamnya masih mengatakan SP dua dalam satu.

1. Dia (penulis) tak faham masalah sebenar mengenai UG, Kerajaan Pakatan dan suasana politik dalam PAS kerana mungkin dia bukan ahli PAS dan tak pernah berada dalam program PAS secara khusus (ini tak termasuk ceramah, takkan hadir ceramah dah kata hadir program PAS)

2. Dia ini pembaca yang ektream, suka membuat "spekulasi", melontar saraf bagi mendapatkan sesuatu hasil. Sebab itu tidak hairan di TKO artikel yang dihantarnya tiba mendapat hits yang tinggi berbanding artikel lain sedangkan semua artikel dikeluarkan oleh TKO pada masa yang sama. Ini menunjukan dia rajin membuka artikelnya berkali-kali supaya nampak ramai pembaca dan meningkatkan hits. Syabas anda memang cekap!!

3. Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan maklumat yang dibaca pada blog sahaja tanpa mendapat penjelasan secara khusus daripada individu-individu yang terfitnah. Dia juga bukannya blogger yang sama naik dalam mana-mana perjumpaan blogger di serata Malaysia.

Ulitmayang (profesor) anda boleh menafikan maklumat di atas jika anda rasa saya membuat andaian yang salah terhadap anda.


Dalam sejarah perjuangan PAS, tidak ada aib yang lebih besar semenjak 55 tahun penubuhannya ,ialah bilamana DITENDANG KELUAR DARI KERAJAAN BARISAN NASIONAL TAHUN 1978. Ketika itu ,PAS adalah kerabat dan ahli keluarga BN. Cuba Tanya Cik Gu Pa bagaimana perasaannya ketika terpaksa melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri. Walaubagaimanapun diharap beliau iklhas melepaskan jawatan ketika itu.
Maklumat ini tak tepat. Tanya penulis ibnu hasyim (saya pun hentam juga dia dalam blog ini, tapi bab ini dia ok). Cikgu Pa kalau nak masuk UMNO pada masa itu dah boleh masuk UMNO. Profesor engkau tanya Cikgu Pa berapa offer UMNO kepada dia? Sebab itu aku kata engkau bodoh dan buta fakta PAS!!! Engkau tak tahu zaman dulu berapa orang di culik, belum jadi calon, baru ura-ura nak jadi calon telah diculik. Ada yang dibunuh. Engkau tahu apa pada masa itu engkau baru kenal "pampers" (umur profesor masih muda lagi.. terlalu muda berbanding Tulang Besi)
Bilamana UG [ walaupun apa tafsirannya , samada bermaksud PAS dan UMNO bergabung dengan MELUPUSKAN PAS dan mengekalkan UMNO , PAS masuk menjadi anggota terbaru BN , dan sebagainya ] berjaya diumpan oleh UMNO dan dimakan penuh lahap oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS [ seperti kata TGNA , tiga , empat orang yang bermasaalah ] bocor , terdedah dan tidak menjadi rahsia umum , ini sudah dan telah menyebabkan parut tahun 1978 pecah , terbuka dan koyak kembali.
Satu lagi betapa bodohnya profesor dalam tulisannya tak boleh nak bezakan antara Kerajaan Campuran dan UG. Oleh kerana otak dia celaru dan dia banyak sangat terpengaruh dengan 'blogger celaka' maka dia sekali sekala menjadi celaka dengan membuat tuduhan yang tak betul. Apakah ini awak ingat tak berdosa?

UG dilontarkan oleh Tok Guru DS Abdul Hadi setahun selepas isu perjumpaan dengan UMNO dan kerajaan campuran yang disebut oleh Mufti Perak. UG dilontarkan zaman Pak Lah kerana ada perkembangan politik semasa memerlukan satu tindakan segera. Ini ada sedikit perbezaan pandangan antara TGNA dengan TGHH.

Kerajaan campuran dengan UMNO dan perjumpaan dengan UMNO tiada perbezaan yang ketara, sebab TGHH pun tak setuju. Cerita 3 hari selepas pilihanraya di Selangor dan Perak perlu difahami betul. Saya ada maklumat siapa sebenarnya yang dihubungi oleh Dr Khir Toyo untuk perjumpaan awal Lajnah Politik tanpa pengetahuan Dewan Harian PAS. Saya tak nak ulas pasal Perak sebab semua dah tahu siapa!!! Tapi Selangor masih kabur termasuk melibatkan Sultan Selangor.

Dan mesyuarat selepas itu bersetuju menghantar wakil PAS untuk mendengar apa yang UMNO nak bagi. Awak tahu tak kenapa harakah boleh terbit 2X seminggu semula. Pasal UMNO nak jumpa PASlah UMNO tunjuk baik. PAS bijak ambil kesempatan minta 4 perkara. Satunya ialah harakah diterbitkan semula, baru nak berunding!! Ulang semula baru nak beruunding bukan berpakat lagi. Jangan dengar cerita blogger celaka sahaja!!!

Puak-puak blogger celaka mana tahu politik, dia fikir dia aje betul. Dia nak berhujjah dengan TGHH yang master dalam Siasah Syariah dan antara yang berada di Tanzim dunia Islam.


Ketika isu UG meletup , malah hingga kini , Imej pimpinan tertinggi PAS benar – benar tercemar , begitu buruk , hodoh dan jelik di semua peringkat pimpinan PAS , juga dikalangan ahli – ahli. Tapi perkara telah dan sudah terjadi. Memang benar – benar berlaku. Ada perundingan. Ada perbincangan. Ada pertemuan. Cuma yang terkilan sikit , ia sudah ditutup oleh PAS dan tidak oleh UMNO.
Tercemar kerana ada pimpinan PAS yang tamak haloba untuk jawatan menggunakan blogger celaka untuk menghuru-harakan PAS. Mereka ada kepentingan dan Allah pasti menyelamat Jamaah Islam. Mereka akan ditempelak oleh Allah sebagaimana ayatNya.
Ali Imran 3:53:
"..Mereka merancang dan Allah juga merancang, dan Allahlah sebaik-baik perancang"
Profesor menulis lagi

Dan antara yang paling terasa juga , dan tidak terkecuali ialah dikalangan pengunjung – pengunjung dan penulis web , atau blogger’s samada di TKO ini atau lain – lain. Ini kerana ia masih diluahkan dalam bentuk tulisan di laman – laman blog , termasuklah TKO ini.
Engaku ingat aku suka menulis perkara seperti ini. Engkau ingat aku suka sangat nak jawab tulisan engkau. Tapi lihat tulisan yang bodoh dengan fakta yang salah. PAS sendiri pun engkau tak kenal. Aku terpaksa menjawab. Masuklah PAS dalaminya IsnyaAllah engkau akan mendapat apa yang sebenar engkau tak dapat.

Ianya menjadi begitu sensitif kepada penulis – penulis ini , pantang ada yang menyentuh nya , dituduh cuba membuka semula cerita lama , atau cuba memecahbelahkan parti. Barangkali pedih hati penulis - penulis ini kerana kesilapan pemimpin - pemimpin pujaan mereka , walaupun tidak sampai kepada mengutuk , menghina dan mengherdik pemimpin – pemimpin ini.



Satu aje aku nak minta engkau fikir, bila ada mesyuarat dimana yang hadir adalah mereka yang berkelayakkan mereka berbincang dan bermuhasabah TGNA akan cool dan boleh menerima. Bila keluar TGNA beberapa minggu dia melenting semula. Bila bertemu sesama rakan dan mesyuarat dia cool semula.

Engkau tak faham ke? Engkau boleh tak fikir dalam Majlis Syura ada 15 orang 2 yang bercakap sama seperti blogger celaka laungkan engkau nak ikut yang mana?

Begitu juga seorang pemuda buat laporan tak setuju dia adalah 1 daripada 16 ahli Jawatankuasa Pemuda, engkau nak ikut yang mana. Engkau pandai sifir tak?

Begitu juga dengan Dewan Ulama, seorang AJK Ustaz Zol Perlis tak setuju sedangkan yang lain setuju, engkau nak ikut yang mana?

Engkaukah pakar saraf. Kalau ini pun engkau tak tahu nak bezakan, setelah baca ini engkau letak aje jawatan engkau di kampung engkau di Teluk....??? tu!!

Bagaimana mungkin pemimpin – pemimpin utama PAS , dalam keadaan parti begitu gah dan berprestij ketika ini , boleh diperangkap dan terperangkap oleh Bahagian Perangsaraf dan Perisikan UMNO ?


Ini lagi bengong. Hoii UG PAS yang cadang bukan saraf UMNO!!!

16 ulasan:

  1. UG..idea bodoh dan org yg sokong UG pun sama-sama bodoh..asabiyyah...

    BalasPadam
  2. cucu mamak kutty ori punya bukan jadi2an punya tau27 Mac 2010 4:37 PTG

    batu api yg api nya ada percikan dari api neraka jahanam....kah kah kah...selalu nya org suka jadi batu api ni dari kalangan org2 munafikin....pewaris abdullah bin ubai bin salul....jaga2 jgn sampai diri sendiri yg terbakar dari percikan batu api tu...kah kah kah....tentu kau tak pernah mandi sebab tu batu api kau tu sentiasa aktif saja....

    BalasPadam
  3. UG asabiyyah?
    Kitab mana engkau pakai?
    Bodoh tak boleh berhujah rupanya engkau.

    cucu mamat kutty?
    engkau sarapan tak lagi?

    BalasPadam
  4. Tahniah Batu Api!
    Ko Layan budak bodoh ni dengan bahasa depa..baru depa boleh paham...
    Aku tak gamak dah... nyampah betul...
    Apa pun...teruskan menjelaskan kekaburan...

    BalasPadam
  5. kahkahkah

    songkokputih cuba nak memperbodohkan org lain...
    batu api ini tidak lain songkokputih jugak

    si melaun yang hatinya berulat menyangkakan orang lain bodoh semacamnya.

    blogger celaka? inilah blognya.. blog batu api a.k.a songkokputih.

    BalasPadam
  6. Habis kalau aku songkok putih
    UG akan jadi sama dengan Kerjaan Perpaduan
    Tulang Besi daripada tak bayar yuran jadi dah bayaran yuran.

    Rasionallah SP ke hantu ke
    yang penting engkau hujah dengan fakta jangan jadi syaitan.

    Stupid Agrument!!!

    BalasPadam
  7. cucu mamak kutty ori punya tau27 Mac 2010 8:50 PTG

    aku cucu mamak ahli pas seumur hidup[sekali gus],kau pula ahli pas ke...atau bloger upahan yg nak melingkupkan pas....kau penyokong kuat golongan UG...kau bukan nak kuatkan pas...sebenarnya kau nak melingkupkan pas dgn konon2 menyokong pimpinan[wala konon] tapi menjadi batu api dalam pas...klu kau ahli pas...kau ada bayar yuran tahunan pas ke....kah kah kah biar tulang dari besi...asalkan jgn tulang dari batu api....klu belum bayar yuran keahlian...jgn nak buruk2kan org lain....daripada kau jadi penyokong kuat UG ...lebih baik kau jadi ahli umno aje....entah2 le ye engko ni org umno juga takkkkkkk?

    BalasPadam
  8. cucu mamak kutty
    tak ada yang tanya engkau ahli pas atau tidak.
    kenapa engkau ingat blog ini untuk ahli pas sahaja.

    tak ada yang nak buruk,
    saja nak tolong TB sahaja, kita geng TB juga
    bukan apa nanti di mahkamah nanti
    susah TB nak jawab
    pasal yuran tak bayar
    ahli tak aktif

    nanti puak ug gelak!!
    butul kan!! cucu mamat
    ahli seumur hidup berapa bayarannya.
    nank tahu juga berminat nak jadi ahli seumur hidup.

    BalasPadam
  9. teruskan batuapi....puak2 blogger celaka ni memang patut ko hentam habis2an!!!!! moga Allah selamatkan PAS!

    BalasPadam
  10. cucu mamak kutty ori punya tau27 Mac 2010 10:26 PTG

    RM100.OO UNTUK YURAN SEKALI GUS[SEUMUR HIDUP] RM 40.00 UNTUK KAWASAN,RM60.00 UNTUK PUSAT....KAU SAJA NAK TAHU KAN,SEBAB KAU TAK CAYA AKU AHLI PAS,ATAU KAU MEMANG BUKAN AHLI PAS ATAU KAU NI BLOGER PECACAI UMNO....KAH KAH KAH KAU KUTUK2 TULANG BESI KONON DIA TAK BAYAR YURAN AHLI...RUPA2NYA KAU NI....BETUL2 BATU API.....API PUNYA BATU....ITU BATU PUNYA API....

    BalasPadam
  11. cucu mamak kutty,
    aku tak nak kata engkau penipu.
    tapi engkau adalah manusia gopoh dan tak berhati-hati. kalau berhujah dengan umno engkau dah masuk longkang!!

    soalan aku ahli seumur hidup berapa bayarannya? Jawapannya ialah RM102.00 pasal RM2 adalah pendaftaran.

    Kalau ada macam engkau ramai dalam PAS boleh membebankan kerana tahap IQ rendah!!

    BalasPadam
  12. ha..ha.,.ha... cucu mamak dah kena.... dasar gopoh nak pekena orang....
    Tahniah Batu Api... kepanasan batu ko dah buat geng geng 13 ni lingkup...rahsia dah didedahkan...

    Aku cadangkan ko dedahkan setiap orang pendokong geng depa ni... penakut semua tu..

    Kalau orang tau sapa depa dalam PAS tentu orang makin meluat... sorang kat Ipoh aku kenal...

    kerja untuk jamaah tak buat...ngocah ajeee.

    BalasPadam
  13. cucu mamak kutty ori punya bukan jadi2an punya tau28 Mac 2010 4:55 PTG

    kah kah kah aku sangkakan kau pandai,rupa2nya kau bodoh...batu api bodoh...aku jadi ahli pas tahun 1983,sijil ahli aku hj yusuf rawa yg sain,masa tu entah2 mak bapak kau pun bel;um kawin lagi agaknya....jadi aku dah jadfi ahli pas dah lama dah,tiap2 tahun bayar yuran,jadi bila aku bayar yuran seumur hidup,tak perlu le aku bayar yuran pendaftaran lagi,....sebab aku dah lama jadi ahli pas....aii batu api aku sangkakan kau pandai....rupa2nya kau bodoh....kah kah kah...klu nak jadi batu api pun biar le batu api pandai klu tidak.....sekali aku lempangkang....betul2 kau ni firestone....adik2 beradik2 dgn mr flintstone...kah kah kah kecik2 taknak mampos....klu engko dah mampos dulu takde le erngko jadi batu api...kah kah kah

    BalasPadam
  14. Salam, anda mungkin seorang yang pakar dalam bidang politik tetapi perlulah juga menghaormati kepakaran orang lain dalam bidang mereka masing masing. Mungkin tuan menganggap tuan serba pakar, kalau begitu biarlah saya ceritakan sedikit apa yang kami telah berjaya buat. Kami bukan dari kalangan orang politik tetapi hanya menjalankan perancangan dan gerakan geraksaraf keatas sasaran yang di pilih dalam mencapai objektif yang telah ditentukan. Mission ini akan melalui satu putaran perisikan yang dikenali sebagai "Intelligence Cycle". Dengan perancangan pengutipan "Collation" yang tepat dan kemas, kami meletakkan keutamaan mengikut keperluan keperluan perisikan yang di perolehi untuk diproses dan penganalisaan sebelum perancangan yang mudah, cepat dan berkesan dilaksanakan. Mohon maaf kalau ianya sukar difahami pihak tuan kerana kami melaksanakan penugasan ini sejak lebih 30 tahun. Dengan sedikit pengalaman itu dapat kami mengenali kelemahan dan kekuatan sasaran. Seterusnya akan disediakan penuh teliti dengan menyediakan kemungkinan lain dari feedback yang di perolehi dan jangkaan kemungkinan tindakbalas. Biarlah setakat itu dahulu kerana kami ingin mengulas sedikit tentang penulisan Batuapi.... boleh? ianya amat mudah diamati kerana ianya tulisan yang tepu sebelah pihak tanpa mahu mengambil perkiraan keperluan setiap individu dalam organisasinya sendiri. Kami berpendapat batu api perlu terbuka menerima apa jua keritikan yang di analisa secara positif tanpa prejudis kerana kesimpulan yang akan dibuat akan tidak jelas dan boleh menimbulkan keraguan berbagai pihak yang membawa maksud gagal menepati sasaran. Sekian untuk kali ini.

    BalasPadam
  15. sudah 30 thn melaksanakan tugasan, so lani dah pencen? boleh tunjukkan kat sini geraf peningkatan keberkesanan selama 30 tahun tugasan tu? secara umum la , rasanya bukan confidential pun.

    BalasPadam
  16. KaptShiqaqi,
    Saya bekas pekerja untuk rakyat juga untuk Kerajaan Malaysia, sesiapa yang memerintah Malaysia pun penugasn ini diteruskan tak kira Kerajaan BN atau Pakatan Rakyat.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog