Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Jumaat, 25 Disember 2009

Saari Sungib tidak faham apa yang dimaksud oleh Presiden PAS?

Hari ini Saari Sungib Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang berkata "realiti politik dalam pilihan raya umum ke-12 menunjukkan majoriti pengundi Melayu di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Selangor tidak berpihak sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat (PR)
Mana-mana kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu, lebih 83 peratus, dikuasai oleh Umno dan Barisan Nasional (BN), kata beliau ketika ditemui di sini.

“Oleh itu, ADUN PAS dan PKR daripada kalangan Melayu tidak perlu menjadikan agenda Melayu sebagai keutamaan dan keterlaluan kerana mereka masih lagi berpihak kepada Umno,” kata beliau lagi.

Kenyataan balas ini adalah menjawab pertanyaan wartawan berhubung dengan saranan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkenaan dengan penambahan kerusi Melayu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat gesaan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah kerusi Parlimen di kawasan-kawasan majoriti masyarakat Melayu seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Hadi menegaskan beliau kecewa kerana sudah lama keadaan di ketiga-tiga tidak mengalami perubahan, malah tiada penambahan kerusi Parlimen.

Oleh itu, kata beliau, sudah sampai masanya SPR membuat kajian mendalam di ketiga-tiga negeri tersebut supaya kerusi Dewan Rakyat dapat ditambah dengan mengambil kira perubahan keadaan semasa dan penduduk.

Menjadi persoalan kepada saya adakah Saari Sungip tahu apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS dalam hal ini.

Saari Sungip seolah-olah tidak pernah melihat dan mengatahui kajian peratus pengundi PAS dan UMNO di ketiga-tiga negeri yang disebut oleh Presiden.

Peratus bilangan mengundi PAS di ketiga-tiga negeri tersebut berbeza sekitar 6-15% sahaja sedangkan kerusi PAS yang diperolehi tidak lebih daripada 30-38% sahaja. Perbezaan ini kerana persempanan yang dibuat dan bilangan kerusi Melayu yang kurang.

Oleh itu wajarlah Presiden mengemukan cadangan ini. Tapi malangnya ada pemimpin PAS tidak faham dan sengaja menyangah Presiden sendiri.

Saya tidak hairan jika blogger yang menulis perkara konon memperjuangkan Melayu bukan asas perjuangan PAS dan Islam. Ini kerja gila kata Greenboc dalam blognya, kerana dia memahami jika bilangan kerusi Melayu banyak UMNO yang memang sedangkan dia tidak pernah melihat dan mengkaji statistik pengundi PAS, 5 tahun pilihan raya terkemudian. Kita boleh maaf blogger kerana kelemahan dan kecetakan ilmu serta pengetahuan parti kerana mereka terpencil dengan parti.

Tapi kita cukup hairan dengan pemimpin atasan PAS yang tidak memahami Presidennya sendiri.

1 ulasan:

  1. oleh kerana terlalu pandai la .. tu yg PAS ganu mentadbir negerii sampai ke hari ini.

    org lain semua bodok kahkah kah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog