Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 1 Januari 2011

Wan Ji @ Al Bakistani munafik, penyebar fitnah

Cuti saya hari ini sudah tidak bermaksud "cuti sepenuhnya lagi". Mula-mula saya gatal tangan menulis pasal Zainulfaqar. Kemudian terpaksa menjawab cabaran Aduka Taruna.

Kini nak tulis pula pasal Wan Ji @ AlBakistani. Saya terbaca satu artikel Wan Ji Al-Bakistani yang pada asasnya seperti membaca kitab karang ulama muktabar yang penuh dengan nasihat dan tunjuk ajar tapi bila dihalusi tulisan-tulisan penuh dengan dengki dan fitnah.

Artikel mana tu BatuApi @ FireStone?

Bacalah artikel "Apa Yang Tak Kena Pada Zaharuddin Muhammad?"


Kenapa? Dia serang menantu Tuan Guru Haji Abdul Hadi ke, yang hangpa marah sangat ni?

Tak, saya tak kisah dia nak bergaduh dengan Ustaz Zaharuddin. Kalau saya rasa saya perlu tulis atau ulas saya akan menulis dan mengulasnya.

Habis?

Pasal petikan ini.

Aku menghormati dan memandang tinggi keilmuan yang ada pada diri Zaharuddin. Jika mahu dibuat perbandingan, ilmu yang ada pada zaharuddin terlalu jauh dan tinggi jika mahu dibandingkan dengan ilmu yang aku ada. Memandangkan atas keilmuan itu, Aku rasa, Zaharuddin perlu mengambil sikap yang lebih bermaruah dan tidak perlu mengambil sikap “playself”, seperti yang dilakukan sebelum ini. Dia tidak perlu melakukan komen dalam blog dengan menggunakan “tanpanama” atau mempergunakan blog-blog hantu, sepertimana yang dilakukan oleh Saudara Suhaimi Embong. Malahan, jika Zaharuddin tidak bersedia pun, aku cadangkan Suhaimi embong datang berdebat atau berbincang denganku dalam isu yang dikemukakan, sepertimana yang dia sering berhujjah atas nama blog Batuapi @firestone.

Dia kata aku Suhaimi bin Embong Ketua Jabatan IT PAS Pusat. Bodoh betul ustaz ini!!! Bodoh tak apa, tapi fitnah orang itu bukan kerja orang mukmin. Mengajar di masjid dan surau suruh orang berbuat baik tapi dia sendiri buat kerja suka fitnah orang lain. Bukan sekali banyak kali nanti akan ku tunjukkan satu persatu.

Pasal tu Abdullah Ubai yang dikatakan munafik tu boleh bersama dengan Rasulullah, rupanya ada orang macam tu sekarang ini.

Marah engkau BatuApi @ FireStone?

Taklah! Sebelum ini, saya diserang oleh seorang pembaca dengan nick husin kononnya saya Suhaimi. Saya tanya dia, jika saya boleh buktikan saya bukan Suhaimi adakah dia akan meminta maaf kepada Suhaimi. Dia mengelak dengan mengatakan dia bukan menuduh. (Baca komen pada artikel ini)

Ok saya kira isu ini tamat. Tiba-tiba pada hari ini, Aduka Taruna mencabar saya pula dan meletakkan gambar Suhaimi Embong dengan membuat anggapan bahawa itu adalah saya (baca di sini). Saya menafikannya dan alhamdulillah nampaknya Aduka Taruna lebih rasional dia meminta maaf (baca di sini). Akhlak Aduka adalah akhlak mulia seorang mukmin. Soal kalau dia solat lewat, tertinggal, itu soal dia dengan Allah s.w.t. tapi dia dengan manusia sudah selesai. (Penafian saya boleh di baca di sini)

Saya ini sebenarnya dikaitkan dengan ramai orang antaranya yang agak menarik ialah dengan Songkok Putih, webmaster Tranungkite, Meor (SU Ustaz Nasha), Rosli (wartawan harakahdaily) dan lain-lain lagi. Terakhir dikaitkan sebagai Suhaimi Embong bila saya membuat pendedahan yang eksklusif pasal penyelewengan wang iklan harakahdaily yang melibatkan lebih kurang 0.72 juta ringgit.

Tulisan pendedahan saya berkenaan iklan harakahdaily melalui beberapa tahap (layer). Saya lempar dahulu masalah itu dalam bentuk umum. Tujuan untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan umum terhadap struktur organasasi harakah. Saya serang secara rambang. Tuduhan dan kelam kabut berlaku.

Artikel seterusnya menjurus dan banyak menjelas supaya umum mengetahui bentuk dan struktur organasasi harakah itu sendiri. Tuduh menuduh antara pekerja harakah, siasat dan harakahdaily berlaku kerana maklumat makin mendalam. Masing-masing sedang membuat persiapan menyelamat diri. Saya buat pencerahan secara detail, siapa penyangat dengan harapan ada penyelesaian (anda boleh baca di sini). Tapi dapati tiada.

Oleh kerana tulisan terakhir saya sebut semua nama dan tertinggal nama Suhaimi yang juga ada kepincangan dalam tugasnya di harakah (semua orang kritik dia, Dato' KJ langsung tak boleh ngam) jadi Suhaimi menjadi mangsa keadaan. Saya minta maaf saya tak pernah berniat begitu.

Saya dihubungi oleh ramai dikalangan "orang-orang" harakah, termasuk saya menerima e-mel Awang Ismail yang dipercayai penyamaran Zulkifli Sulong. Bila saya komen pasal IT di harakah dia menjadi pening, pasal dia juga menginggatkan saya adalah Suhaimi atau geng Suhaimi.

Iklan harakahdaily masih tak ada penyelesaian Dewan Harian akan menerima laporan daripada Dato' KJ. Cikgu Pa macam lepas tangan. Apa yang saya boleh sebut laporan itu adalah laporan mem'perbodoh'kan DEWAN HARIAN PAS PUSAT sahaja. Syabas Dato KJ!!

Saya akan tulis lagi jika Allah tak matikan saya pada tahap layer yang lebih tinggi. Amir dan Mokhtar jangan ingat awak boleh merompak wang harakah dengan kertas kerja awak itu.

BatuApi @ FireStone awaq melaluk ning!

Melaluk itu dipanggil tulisan serampang dua mata, tikam mana yang sempat!!

Berbalik kepada Wan Ji @ Al-Bakistani, saya kesan gambar Suhaimi Embong yang dipaparkan Aduka Taruna dengan menggunakan kemahiran dan tawakal.

Saya mendapat maklumat gambar itu adalah gambar yang diberikan oleh Wan Ji melalui link kepada Aduka Taruna dalam FB kononya inilah BatuApi @ FireStone. Rupaya Aduka pun hampir dibodohkan oleh ustaz Wan Ji @ Al-Bakistani yang bercakap ana dan enta dengan Aduka melalui telefon, tak adalah gua dan lu, hebat lu Aduka!!

Saya rasa Aduka boleh betulkan maklumat risikan saya, kalau salah saya akan minta maaf dan tak malu untuk bertandang ke blog Aduka untuk minta maaf.



Saya pernah menulis bahawa Wan Ji membuat fitnah berkaitan perjumpaan gelap antara Ustaz Nasharudin Mat Isa, Dr Hassan Ali, Roslan SMS dengan Blogger UMNO. Sebenarnya tiada perjumpaan gelap atau sulit pasal saya juga terbaca jemputan untuk perjumpaan berkenaan. Semasa saya menulis artikel ini "Al Bakistani (Ustaz Wan Ji) menunjukkan diri sebagai perosak PAS" isteri saya marahkan saya pasal menulis tulisan ini.

Saya berkata kepada isteri saya jika Wan Ji minta maaf, saya tak akan menulis lagi mengkritik dia. Tapi malangnya Wan Ji bukan manusia yang bersifat mengaku kesilapan dia pandai bercakap tapi terlkalu sukar untuk mengaku kesilapan.

Saya dah tulis panjang, ok hujah saya dengan FAKTA jika ada yang rasa tulisan saya silap. Saya mengakui tidak semua yang kita tulis itu benar. Kadang kala kita membuat kesilapan. Sebab itu Allah Maha pengampun.

Saya cabar Wan Ji @ Al-Bakistani, jika saya boleh buktikan saya bukan Suhaimi Embong adakah dia akan minta maaf secara terbuka?

Sebelum saya tamatkan tulisan saya, saya nak bawa peringatan Allah dan Rasul untuk kita renung bersama agar agama boleh menghalusi hati kita agar kita jadi orang yang beriman.

Tapi ingatlah mengandu-domba, menyebar fitnah menyebabkan permusuhan adalah suatu dosa besar yang boleh menghapuskan amalan baik.

Justeru, Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Hadis riwayat Muslim)

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

18 ulasan:

  1. Yer la, bro.. yer lah. Lu bukan Suhaimi Embong. Suhaimi Embong bukan lu. Gua wala' nih. Gua wala'. Lu maybe Brad Pit.

    Tapi, bila nak jumpa dan debat ni? Tajuk UG.

    BalasPadam
    Balasan
    1. daripada bergaduh sesama sendiri, marilah kita sama-sama mengkaji Al-Quran http://kajian-quran@blogspot.com/ kita debat pula ayat2 Al-Quran utk mengeluarkan ilmu2 baru utk kembali manjadi umat terbaik khaira ummatin.

      Padam
  2. Lu datang bawak awak. Lu cakap baik sama wa. awak lu serang wa!!

    Lu jangan jadi bodoh Aduka! Lu belum kenal BAlah

    BalasPadam
  3. 5 kali gua ulang baca nak paham komen lu nih. Awak? Rupa2nya orang atau pengikut. Ceh!

    Pundek lu. Gua sorang jer la. Kat mahkamah pun gua kena tempeleng. Gua mana ada jemaah. Lu yang berjemaah. Tidak akan dimakan serigala. Gua pula persendirian.

    Yang datang pun, MUNGKIN rakan2 blogger. Apa pulak alasan lu, yang gua nak pukul lu ni? Adusss.... camni la bro..

    Lu report polis dulu, sebelum berdebat dengan gua. Ntah apa2 la lu nih.

    BalasPadam
  4. Orang dok main teka teki siapa Batu Api dan saya kenal beliau tetapi beliau tak kenal saya. Mungkin beliau rapat dengan abang saya jika betul beliau ke Segamat baru-baru ini.

    BalasPadam
  5. batuapi, Lu tangguh debat dgn mamat ni dulu, cukup Lu bubuh no ac bank Lu dan kutip dulu "derma debat" nanti untung 50/50 la dgn mamak ni hahahaha...dan dgn terteranya no a/c bank Lu secara tak langsung semua org leh kenai Lu..mcm En. khairul Nizam bin Ghani lakukan dulu-dulu hahaha........

    BalasPadam
  6. weh...jgn lupa bikin baju t-shirt debat...wa nak tempah...tp batuapi ler yg buat, kalau aduka tak taruna wa xmau...byk problem ma.....wakakakkk

    BalasPadam
  7. mcm mana Lu boleh kata byk problem? Lu pon kena kecing ka dulu huhuhu

    BalasPadam
  8. idak ler kena kencing lg...wa baca juga blog aduka...byk problem maa...wa takut wa kena kencing...wakakakakkkk

    batuapi, lu len kali jgn letak title "ustaz" la kat 1G tu...mamat ni tak layak! diorg ni melalak je lebih dalam blog. ahli jemaah akar umbi tak termakan pun dakyah fitnah tu. tapi perlu juga org seperti batuapi utk menjawab di dunia siber ni sbb ramai juga ahli PAS yg spesis xikut usrah (bukan usrah barbican ye) byk dapat info ttg PAS melalui blog2 dialam siber...

    oleh itu wa ucap tahniah batuapi. smg terus istiqamah membela jamaah dan pemimpin jamaah yg ikhlas berjuang utk Islam! TAKBIR!

    BalasPadam
  9. Salam setuju?
    hek hek.. jgn la kata munafik.. cakap la kurang sopan@tidak beretika@salah tanggapan@ kurang cerdik@otak melayu pd pahaman aduka@ lain2 yang lebih lunak..
    Lagipun mustahil dia yang dah mengajar tafsir bertahun-tahun bertindak sedemikian rupa tanpa mengkaji dan menilai secara teliti dan penuh disiplin ilmu. Tentu banyak bahan rujukan yang dia rujuk sebelum mengatakan sedemikian rupa?

    Bagi aku, alangkah baiknya adakan dialog dengan dia macam yang dia buat dengan ulama muda dari perlis tu..
    setuju?

    BalasPadam
  10. cmk sudah mari..tadak lari juga2 Januari 2011 pada 3:36 PG

    kau ckp bakistani munafik.....kahkahkah....klu ilmu kau sejengkal jgn le nak munafik kat org....kau tu batuapi yg tempatnya di neraka jahanam....kau dgn geng ug kau tu ibarat setan yg menyamar alim.....daripada kau jadi batuapi...aku pikir kau jadi batu jalan lebih baik dan akan beri menafaat kat org ramai.....tu le kecik2 kau taknak mampos ...bila dah tua nak mampos....kau jadi batuapi yg tukang memfitnah org pulak....

    BalasPadam
  11. Ta berani berhujah, boleh datang maki blog ini. Takkan 5 lawan 1 pun takut???

    BalasPadam
  12. sudahla batuapi,baru tadi ketua cawangan ana(veteran pas dan ajk kawasan/mtd dll) bagitau kat ana,kalau puak terenganu ni,memang hampas,suka syok sendiri and berfikiran pelik.

    BalasPadam
  13. Batu Api, Aduka dah cabar kau debat, apa lagi sambutlah cabaran.. kalau lu betul lu jgn takut laa ceritakan identiti lu then terima cabaran tu.. Berdebat bukan bermakna kita nak bertumbuk tapi berlawan hujah dan fakta,, itu jer

    BalasPadam
  14. lu manyak silotok tp habuk... Wan Ji @ Al Bakistani munafik, penyebar fitnah... adeehh. cuba ko hati ko tu..

    BalasPadam
  15. Yang sini kata yang sana fitnah dan yang sana kata yang sini fitnah. Masing2 siap guna ayat2 Quran lagi.

    Siapa yang benar ini? Teringat plak kisah doa Rasullah (saw) untuk Umar ...

    *Aku lebih yakin pada TGNA yang x nak pada UG. Yang lain tu aku dah meluat. Tak pernah aku mengundi melainkan PAS sebab Islamnya, bukan sebab Melayunya. Jadi aku tak akan nak pada sesiapa yang mau UG, walaupun TGHA.

    BalasPadam
  16. hmmm...mcm mn nak berjuang untuk agama,keja dok maki-memaki antara satu sama lain... ni semua islam tak ajar,tak taulah ajaran sesat dari mana yg kata dlm islam ni boleh maki hamun... Allah s.w.t perintah Nabi musa & Nabi harun alaihimassalam pergi jumpa dgn firaun pun supaya guna bahasa yang "LAYYIN" (lemah lembut).. firaun yg laknatullah pun Allah s.w.t tak benarkan Nabinya maki hamun... YA ALLAH! SELAMATKANLAH UMAT INI DARI BERPECAH BELAH...

    BalasPadam
  17. Bahalol!! sama2 Melayu takde muafakat.. caci mencaci. Ni Islam ape ni.. Islam Kulit ka hampa.. BAHALOL!.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog