Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Khamis, 18 Mac 2010

Awas laman-laman ciptaan Task Force 13

Baru bercerita pasal Task Force 13, metting dia orang dah sampai kepada kita orang, kita orang juga nak tergelak bila nama kita orang macam menjadi agenda utama dalam metting dia orang. Lagi nak tergelak metting dia orang tak cukup korum.

Apapal saya pula dicari-cari, siapa batuapi firestone? Tanyalah Tulang Besi, diakan pakar tudung menuduh. Songkok Putihlah tu, lagipun saya tak pernah bersumpah menafikannya, buat apa cari lagi!!! Tergolek aku, pakar motivasi menulis TF13, Zainulfaqar pun tergaru kepala! (Selepas ini setiap orang kena tukar kupiah dengan songkok, tapi pastikan yang putih!!)

Ok, itu selingan sahaja, pokok yang nak dibincangkan ialah ada usaha-usaha memburukkan laman-laman dan blog yang membela kepimpinan ulama. Blog yang berhujah dengan dengan fakta menepikan fitnah yang disebarkan, akan diburuk-buruk imejnya. Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan boleh memberikan manafaat dan natijah dalam usaha jahat mereka.

Saya tertarik dengan tulisan webmaster TranungKite (TKO) yang ada menyebut bagaimana kenyataan-kenyataan lama Presiden PAS dimanipulasikan. (Sila baca di sini untuk maksud penuh penulisan Songkok Putih, webmaster TKO http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3258 )

Bayangkan TKO adalah portal yang sudah pasti setiap artikel perlukan penapisan oleh webmaster barulah boleh keluar, tapi mereka ini sanggup melakukan mungkin mereka berfikir, jika songkok putih keletihan dan alfa artikel itu boleh keluar dan boleh mengaibkan Songkok Putih sendiri.

Saya juga diberikan links satu blog baru iaitu Anti-Bakistani (http://anti-bakistani.blogspot.com/) yang mana nampak perancangan Task Force 13 serentak menyerang laman atau blog-blog yang mengganggu gugat kerja-kerja jahat mereka.

Satu prinsip yang perlu kita kenalpasti laman-laman pembela ulama PAS tidak sekali menghukum seseorang kerana pendakwah bukan penghukum. Jauh sekali menghina dan mencerca.

Kita berhujah dengan mereka mengikut rentak dan cara mereka. Kita sekadar memperbetulkan matlamat mereka. Senjata mereka sepatut diajukan kepada musuh bukan kepada rakan seperjuangan. Jangan basirkan masa dengan kerja-kerja bodoh ini.

Mencipta laman (Anti-Bakistani), mengkafirkan Wan Ji bin Wan Hussin, meletakkan beberapa orang kepimpinan ulama PAS, misal Tuan Guru Haji Abdul, Dr Haron Din, Dato' Haruin Taib dan Ustaz Nasha bagi mengambar kononnya geng ulama (geng UGlah tu) adalah golongan taksud satu kerja jahat Task Force 13.








7 ulasan:

  1. blog antibakitani sengaja diwujudkan untuk dilink kepada blog blog pembela ulamak, task force 13 bangang juga rupanya, mabuk ke banyak sangat barbican, tak apa kita yamseng air tebu je, usrah dalam surau bawah kipas. minum tea o biskut kering penyedap tekak, selepas usrah basuh sendiri pinggan dan cawan, ini lah tarbiyah pas bukannya tarbiyah tulang besi

    BalasPadam
  2. gaya bahasa blogger anti-bakistani dengan songkokputih adalah sama.
    sama dengan batu putih, kayukelat, vsonic, besut_pas, FFF, KK.

    songkok putih! Allah tidak boleh ditipu, begitu juga terhadap hamba-hambaNya yang ikhlas...

    BalasPadam
  3. Aku juga rasa begitu kepada anti-bakistani. Tapi aku tak berani lagi tuduh dia Task Force 13. Mungkin juga pro-ulamak yang belum cukup ilmu dan terlalu emosi dlm mempertahankan kepimpinan tuan guru.

    Jadi aku nak tunggu dan lihat. Heh heh

    BalasPadam
  4. tindakan menyerang dan menghentam sesama rakan blogger ini adalah satu kesempatan kepada golongan sana untuk mengambil kesempatan bagi mengkucar-kacirkan barisan perjuangan yang telah lama dibina.

    Tindakan tidak cerdik dan ilmiah ini dilihat sabagai pembuka jalan kehancuran kepada perjuangan PAS dalam menegakkan islam. Islam bukan di corakkan mengikut rentak lidah kita sendiri atau mengikut kemahuan politik kita sendiri.

    Yang penting satukan perjuangan dan ukkhwah bagi memartabatkan islam bukannya menghentam rakan2 yang lain dan juga perjuangan ulama yang sekian lama dibawa oleh PAS.

    Ramai manusia sering kali tertipu dengan diri sendiri , ilmu sendiri dan tanpa disedari kita menjadi tunggangan syaitan dalam diam .

    sampaikan maklumat dengan amanah walaupun dipandang remeh tapi akan ditanya nanti.

    islam menyuruh musyawarah dengan penuh hikmat dan dalam suasana ilmu yang diliputi dengan kelazatan iman bukan dengan emosi rasa tak puas hati tuding menuding jari tuduh menuduh dengan kenyataan mendabik dada seolah2 diri sarat dengan ilmu . ilmu yang dipinjamkan ALLAH SWT digunakan untuk perjuangan islam dan memartabatkan sunnah Nabi ALLAH Muhammad.

    Ulama adalah contoh terbaik insan yang mempunyai barakah ilmu dan cahaya .

    BalasPadam
  5. Task Force 13 tu ape?...mananyer geng ni...geng umno ke? pas ke? pas reform ke? erdogen ke? yahudi ke?

    BalasPadam
  6. Aku pun dikatenye SP, bangga siottt..lepas ni bole lah tukar ke SP-FFF, mantap...hehe.

    Aku rase la, si bakistani bukan salah sorg geng TF13, kalu ye pun, die just melukut ditepi gantang maksudnye tak samapai ketaraf yg lebih dalam. bakistani just sbg kambing hitam yg diguna pakai oleh geng2 dlm TF13.

    contoh isu si bakistani kata Dr. Harun Din ulama kepala lutut,ade YB 'syaitan' yg call die scr personal & puji mlangit tindakan yg dibuat oleh bakistani,tambh dgn dicucuk2 lg bakistani yang berdarah panas oleh YB syaitan spy bakistani lg bengang dgn m'fitnah DHD. Maka lg 'syok' la bakistani mnghentam DHD krn dirasakn tindakannye betul sebb dipuji mlngit oleh YB syaitan. Budak2 kalu buat satu prangai,pastu dipuji + dgn bg 20sen,makin budak tu nak buat lg prangainye. & knp si YB syaitan taknak hentam sendiri? besa la, perangai Yahudi kalu nak serang sesebuah negara,die akan mengkambing hitamkan PBB,spy tindakan diorg adlh 'halal'.

    bakistani adalh 'aset' bg geng lahabau TF13,sbb mgkn dikalngn diorg si bakistani palng cekap berhujjah. maka diambil peluang perngai bakistani yg jenis tak pk panjang, rasa hujah aku je yg betul, pantang di puji oleh YB syaitan, & cekap berhujjah, maka dicipta blog anti Bakistani yg mnghentam wan ji dgn mngambil statemnt pimpinn yg mmg bakistani 'berbulu mata' dgn hasrat wan ji akan mnyerang balas artikel tersebut beserta mnghentam lbh keras lg pimpinn2 yg die berbulu mata, jd hangat lg la agenda TF13 yang makin nak mampus. maka berkali2 lg si bakistani diperbodohkn oleh geng2 ni.

    Ni pandngn aku la…kalu ye aku harap bakistani keluar la dr geng bangang ni.

    w/pun aku pun tak berkenan dgn wanji, takdela sampai mngkafir kn die, tersilap kafir, kafir pulak aku jdnye...masak beb

    BalasPadam
  7. Pro kepimpinan ulama TIDAK AKAN menyerang mana2 figur ulama di dalam PAS dengan memakai sumber musuh.

    Pro Pas Recond suka menyerang dan mencetus fitnah ke atas figur ulama dalam PAS dengan memakai sumber musuh (cth Utusan)

    Terbaru, Anti Bakistani menyerang TGNA dengan menggunakan sumber musuh (Agenda Daily).

    Now, you do the math.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog