Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Jumaat, 26 Mac 2010

Menjawab tulisan Zainulfaqar Ustaz Ahmad Awang dalam ingatan!

Nampaknya kumpulan Task Force 13 tak senang hati dengan perkembangan mutakhir ini dimana rancangan kumpulan mereka sudah terdedah dan kepala-kepala perosak PAS mula terserlah. Kebusukkan mereka satu persatu telah terlodeh.

Untuk kembali perasaan marah masyarakat kepada sesetengah pimpinan PAS dan cubaan untuk melaga-laga antara satu sama lain dihidupkan semula. Mereka mengungkit kisah-kisah lama bagi melukakan kembali parut muda. Kerja jahat Zainulfaqar terbaru dalam blognya membuatkan imbasan supaya orang mengingatkan kembali bagaimana Ustaz Ahmad Awang yang menolak percalonan dan mula tidak mahu aktif dalam PAS atas beberapa sebab tertentu.

Tulisan Zainulfaqar boleh di baca di http://zainulfaqar.wordpress.com/2010/03/25/ustaz-ahmad-awang-dalam-ingatan/

Pada pagi hening ini, saya terfikir kenapa tulisan dikeluarkan semula. Melihat pada satu persepsi nampak macam bertujuan menyokong Ustaz Ahmad Awang tetapi diteliti secara halus selepas Zanuifaqar menyerang Presiden. Zainulfaqar menyerang pula Setiausaha Presiden PAS, Dr Shamsuri.

Tulisan mengenai Ustaz Ahmad Awang dalam ingatan bertujuan untuk apa? Untuk menambah luka Ustaz Ahmad Awang dengan memberikan tekanan lagi, setelah peristiwa keluarnya YB Mohsin yang baik berkait rapat dengan beliau? Sebelum ini dengan isu Mufti Perak. Kenapa nak dibabitkan orang yang dah pencen?

Sebelum saya meneruskan hujah ini, saya minta maaf jika apa-apa yang ditulis menguris perasaan Ustaz dan anggaplah ini adalah teguran daripada seorang sahabat yang mengenali Ustaz.

Peristiwa kenyataan Ustaz Ahmad Awang dalam Muktamar PAS ke-55 yang selalu dimainkan oleh puak-puak yang ingin melaga-laga PAS telah dijawab oleh Polis Pencen. Sila baca tulisan Polis Pencen bertajuk Membuka fitnah kepada pemimpin dalam PAS. bagi memahami apa isu yang sedang dan cuba saya bawa.

Saya tertarik dengan tulisan Polis Pencen kerana cara hujah Ustaz Awang sendiri telah menyebabkan sebahagian besar pimpinan PAS, rakan beliau sendiri menjadi mangsa.

Sepatut Ustaz Ahmad Awang memberikan nama siapa yang dimaksudkan bukan main teka teka sehingga fitnah sentiasa terbuka.

Saya bagi contoh paling mudah bila ada teguran kepada Ustaz Ahmad Awang pasal beliau boleh berkereta besar berserta orang gaji selepas PAS bersama Pakatan Rakyat memerintah Perak. Teguran sebegini dijawab oleh Ustaz Ahmad Awang dan orang yang mendengar penjelasan beliau boleh memahami isu berkenaan. Kalau tiada penjelasan, sudah tentu orang akan buruk sangka kepada Ustaz dan Ustaz pasti akan sentiasa berada dikalangan berduka.

Tapi main-main kata-kata ada pimpinan utama. Seorang sahaja, tidak disebut secara jelas sehingga beberapa orang lain disyak sama. Apakah ini bukan fitnah. Tolong hujahkan saya dengan dalil nas yang membolehkan berbuat demikian supaya hati saya senang. Adakah Ustaz Ahmad Awang rasa gembira ada pimpinan PAS yang tak terbabit dituduh sama oleh blogger celaka? Apakah Ustaz Ahmad Awang tak rasa bersalah?

Saya ahli PAS biasa, berpendapat sama dengan Polis Pencen bahawa itu adalah fitnah Ustaz (Ahmad Awang) kepada rakan-rakan Ustaz dalam jamaah PAS. Kalau ada hujah dan dalil nas serta al Quran menolak pendapat saya, hujahhkan saya. Anda pembaca boleh maki saya (ambil perkataan zainulFaqar) jika ada dalil!!

Blog-blog celaka yang ingin pecah belahkan PAS, menjadikan ucapan ini sebagai dinding perhiasan blog-blog mereka. Apakah mereka fikir mereka tidak ada saham dalam penyebaran maklumat yang tak jelas boleh mengikatkan salah faham dan salah sangka kita terhadap pimpinan PAS yang tak terbabit.

Hayati dan faham tulisan Polis Pencen (http://polispencen.blogspot.com/2009/06/membuka-fitnah-kepada-pemimpin-dalam.html), agar kita tidak dicelakakan Allah di akhirat nanti. Adalah lebih baik kita berbaik sangka sesama mukmin daripada kita menjadi “syaitan” dalam gerakan Islam.

4 ulasan:

  1. bila lah pakaq nak berhenti daripada terus menjahanamkan pas. umno duk gelak sakan no lihat puak puak taskforce13 menghentam pas, kerja mereka jadi terlampau senang nak memusnahkan pas. cakap nak betulkan jemaah dengan niat dan tambah ayat ayat alquran demi kepentingan peribadi aje

    BalasPadam
  2. zaiFakap ni mmg jenis fakap tahap dewa la huhuhu

    BalasPadam
  3. baqa' tu bukan ahli PAS pun. Zainul Faqar pula adalah orang yang selalu membocorkan rahsia syarikat terutama perjalanan Harakah, Harakah Daily dan Siasah kepada Wan Ji atau al-Bakistani lalu dialah yang memaparkan perkara itu kedalam web mereka. Tapi sayangnya ia telah dicampur dengan fitnah. Semoga Allah melaknak mereka

    BalasPadam
  4. Kononnyanya siasah akan tutup ternyata pembohongan dari mereka. Adakah kita mahu menerima berita dari orang munafik ini.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog