Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Isnin, 22 Mac 2010

Terima Kasih kepada Al Husseyn atas tulisan "Kunjungan Presiden mengharukan keluarga mendiang Siva"

Sebelum saya lanjutkan penulisan saya, suka saya nyatakan saya memang berminat dengan penulisan Cikgu Husseyn di awal zaman reformasi. Penulisan cikgu Husseyn juga terdapat di laman TKO yang mana saya dilahirkan di alam internet bermula di laman tersebut dan mendapat banyak pengalaman bersama dengan moderator TKO yang kini sebahagiannya telah hilang. TKO "mencair" dari keilmuan jika dibandingkan dengan TKO zaman-zaman dahulu.

Saya sedih dan keliru apabila cikgu Husseyn mulai biadap dan kurang ajar dalam Jamaah PAS. Tulisan-tulisannya mulai tidak menentu dan sikapnya pula tidak tentu hala. Apabila cikgu Husseyn memampar bendera PAS setengah tiang atas bantahan keputusan Lembaga Disiplin PAS tidak boleh saya terima sama sekali.

Ini bukan bermakna saya mengiya apa sahaja yang dibuat oleh pimpinan PAS tapi Islam mengajar, saya tegas sekali lagi Islam mengajar kita beradab bila berjamaah sebagai Islam mengajar kita adab dan kaedah bersolat.

Tulisan cikgu Hussyn mengenai Tok Guru Abdul Hadi membuatkan saya menulis mengecam cikgu Hussyn di blog saya dengan artikel Antara Al Husseyn dengan Ibnu Hasyim. (anda boleh baca selebihnya di sini http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/02/antara-al-husseyn-dengan-ibnu-hasyim.html )

Saya mengambil pendekatan dalam tulisan tersebut mengikut rentak apa yang ditulis oleh cikgu Hussyn.

Hari ini saya terbaca artikel terbaru cikgu Husseyn dalam blognya membuatkan saya terlintas untuk menulis sekali lagi. Tulisan Al-Husseyn dipetik sepenuhnya adalah seperti berikut;

Kunjungan Presiden mengharukan keluarga mendiang Siva




21 Mac, Langkap : Dalam ucapan menyampaikan takziah dan rasa simpatinya kepada keluarga mendiang Siva yang telah dibunuh beberapa hari yang lalu, Presiden Pas Tuan Guru Hadi Awang berkata bahawa peristiwa tersebut lebih memberi semangat kepada PAS untuk terus berjuang membuat perubahan didalam negara ini
"Tiada kehebatan undang-undang ; cuma yang ada ialah kehebatan penguatkuasaan undang-undang sehingga banyaknya berlaku jenayah – jenayah yang berat-berat ; makin hari makin parah," katanya.


Beliau telah berkunjung ke rumah balu mendiang Siva di sini tengahari tadi untuk menyampaikan sedikit sumbangan dari PAS Pusat selain mengucapkan takziah kepada keluarga yang malang itu.


Balu mendiang Siva(baju merah) bersama 3 anak lelakinya


Balu mendiang Siva bersama 3 anak-anaknya berasa sungguh terharu menerima kunjungan TGHA bersama isteri beliau.Turut hadir menyambut ketibaan Tuan Guru disitu ialah Pesuruhjaya Negeri Ust Abu Bakar Hussin bersama Timbalannya, Ust Mustafa Shaari dan beberapa wakil rakyat PAS dan pemimpin-pemimpin lain.


Toh Puan Zainab bersama Muslimat tempatan
turut menyatakan rasa simpati kepada keluarga mendiang Siva



Tuan Guru menyatakan, “Pemimpin yang adil akan mempunyai sikap yang berani dan menyebabkan penjenayah takut.Tetapi pemimpin-pemimpin sekarang ini zalim kerana itu, ia takut dan penjenayah-penjenayah berani.Kerana inilah perlunya kita perlu memilih kerajaan yang adil.”


Kenangan bersama TGHA


Beliau menyeru supaya meneruskan perjuangan mendiang Siva dengan bersungguh-sungguh sebagai menghargai dan mengenang jasa beliau yang telah begitu berjasa berjuang bersama jemaah. / end

(Bacaan sepenuhnya adalah di sini
http://alhusseyn51.blogspot.com/2010/03/kunjungan-presiden-mengharukan-keluarga.html )

Kenapa saya puji tulisan ini? Kalau blogger celaka, akan menulis TGHH hadir untuk mendiang Siva tetapi TGNA tidak hadir pun! Atau jika TGNA yang hadir, akan terpapar TGNA hadir walaupun sakit tapi TGHH hilang ke mana?

Ini adalah kerja-kerja jahat mengapi-apikan barisan kepimpinan PAS. Perlu kita ingat tidak ada mereka yang sempurna dalam kepimpinan PAS baik TGNA atau TGHH. Mereka perlu diperkukuhkan dengan barisan kepimpinan lain. Jika kita memberi saham dalam merobek musnah barisan ini kita adalah blogger celaka!!

Cikgu Husseyn, hati-hati mukmin itu bertaut antara satu sama lain. Saya tidak pernah mengenali saudara sebagaimana saudara tidak mengenali saya. Artikel ini adalah cetusan hati naluri saya akan difahami jika hati-hati itu benar-benar "berhubung antara sesama mukmin".

Kembalilah seperti dahulu. PAS tidak pernah sempurna, orang seperti saudara amat diperlukan untuk membetulkan mereka (pimpinan) yang ter"lara" akibat dunia meterialistik.

Maaf jika tulisan ini terlalu peribadi buat cikgu!

5 ulasan:

  1. KEHKEHEKH...CIK HUSIN DAH DAPT HIDAYAH KOT...MUNGKIN MIMPI NAK MASUK UMNO CEPAT2 TERSEDAR DARI MIMPI TERUS ISTIQFAR...KAHKAHKAH TAK LAMA UMNO LA LU HUSIN

    BalasPadam
  2. Salam berjuang.... jangan terlalu yakin sangat dengan tulisan beliau. Jika anda tidak percaya, anda lihatlah nanti. Tidak dinafikan yang beliau memang penyokong kuat PAS, kurang suka dengan PKR, sangat anti dengan Umno dan cool dengan DAP. Beliau kurang sebulu dengan puak UG dan puak Terengganu, bila ada aje isu yang berkaitan dengan puak-puak ini pasti beliau akan balun cukup-cukup kerana beliau satu aliran dengan Tulang Besi. Kerana itulah bila TB ada kat Indo, beliau adalah wakil untuk sebaran bagi TB. Ini tidak bermakna beliau musuh dalam selimut, jika hendak dibandingkan dengan TB, beliau 10 kali lebih baik. Tentang kesetiaan beliau kepada PAS, usah pertikaikan walau pun beliau bekas orang ABUYA. Pemimpin PAS yang paling beliau WALA ialah TGNA. Mana ada tulisan beliau yang menghentam TGNA... tunggulah nanti bila taring beliau keluar, baru anda tahu siapa sebenarnya Alhusseyn.. Itulah serba sedikit yang dapat saya tulis tentang beliau. Jangan kata saya kutuk beliau pulak kerana apa yang saya katakan ini adalah daripada pandangan saya sendiri, berpandukan gaya penulisan beliau

    BalasPadam
  3. baru2 ni mungkin hilang ingatan, sebab terlampau pakatan, haram barisan, dapat perintah perak, nak perintah mesia pulak! duk ingat pas = pakatan, pakatan = pas, pkr+dap+pas =pas, pkr+dap=pas, pkr=pas....... kena putar oleh blogger2 celaka yg mereka pasUG =umNO ! dah ansur2 pulih...alhamdulillah!

    BalasPadam
  4. Terima kasih di atas pandangan yang diberikan. Saya masih bersangka baik dengan beliau. Detik hati ini merasai "kasih sayang" dengan beliau tetapi tertutup rapat untuk blogger Tulang Besi.

    Jika tulisan beliau tidak betul mengikut pandangan kita, pasti saya akan membuat teguran lagi.

    Hayatilah maksud surah Al Asr

    BalasPadam
  5. maksud tanpa nama suruh suapaya berhati-hati berpandukan tulisan alhuseyn yg lePAS2, lagi pun dia tak tarik balik ketelanjuran tulisan dia yg dulu (tak tau la kut dia rasa tulisan dia sama taraf dgn hadith hasan huhu).

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog