Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 19 Jun 2010

Mana perginya wang puluhan ribu Tabung Guaman?

Dulu kita diminta untuk menderma dan memberikan sumbangan kononnya untuk memastikan setiap aduan salahlaku yang dilakukan terhadap pimpinan PAS tidak mudah dipandang remeh oleh mereka yang bertanggungjawab dalam parti.

Kita dimomok wujud ketidakadilan dalam pengendalian disiplin parti. Beberapa-beberapa tokoh hebat dan berwibawa terheret sama di kecam kerana momokan ini. Tanpa sebarang peluang pemimpin yang diberikan amanah telah dinistakan dalam blog-blog yang disebut sebagai blog pro Pakatan Rakyat dan tidak terkecuali dengan kumpulan yang dikenali sebagai PAS-Reform.

Abdul Rahman Talib @ Tulang Besi @ Sluaq Dalam telah menerajui kempen membuat persepsi ini dan satu aduan salah laku telah dibuat. Kita diminta untuk menderma bagi menjayakan versi dan misinya.


Antara lain Abdul Rahman Sluaq Dalam menyebut bagi memastikan aduannya dapat dipantau perkembangannya oleh seorang peguam yang terlatih dalam bidang undang-undang maka satu Tabung Guaman telah ditubuhkan atas nama individunya sendiri.

Atas momokkan ini, ada hamba Allah telah menderma RM10,000.00 demi memastikan kerjayaan tabung guaman ini. Itu belum lagi masuk derma-derma orang  yang mungkin sekarang mencecah puluhan ribu ringgit. Suatu jumlah yang amat besar.

Saya secara peribadi khuatir tujuan sebenar penubuhan Tabung Guaman ini. Buka nak meragukan pembaca tetapi beberapa siri pengalaman dengan Rahman Talib @ Sluaq Dalam ini telah menunjukkan bahawa banyak sangat tipu muslihat disebaliknya.

Kita masih ingat lagi bagaimana si Sluaq Dalam ini telah menyatakan bahawa gajinya 6 X Gaji Exco YB Husam, tetapi tak lama selepas ini Allah telah menunjukkan si Sluaq Dalam memohon bantuan kewangan untuk pulang dalam perjumpaan blogger. Permohonan ini nampak semacam pengemis yang menadah mencari simpati. Sedaif-daif pekerja Mat Indon pun boleh pulang 3 x setahun. Saya ada menulis dan pembaca boleh membuat komen pada tulisan saya. (sila baca di http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/02/mengapa-tulang-besi-menjadi-pengemis.html )

Tulang Besi @ Sluaq dalam masih tercari-cari siapakah yang pernah menghulur derma simpati sebanyak RM400 ringgit untuk dia pulang. Mungkin dia dapat cari orang yang menderma RM1000 ringgit.

Ya bila kita telah menderma kita tak boleh mengungkit, kerana dibimbangi keikhlasan kita akan luput. Wang yang kita derma jika diselewengpun itu adalah urusan dia dengan Allah s.w.t. Saya sendiri masih berpengang bahawa derma kita yang sudah itu akan pasti mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Tapi bila kita bercakap soal perjuangan kita dalam parti terutama parti PAS, kita tak mahu begitu mudah orang menggunakan PAS ini sebagai saluran untuk mencari sesuatu. Bersifat berwaspada itu adalah lebih baik.

Jangan nanti wang puluhan ribu derma orang ramai menjadi isi perut kita kerana kesempitan kewangan akibat keceluparan kita terhadap rezeki Allah s.w.t. yang pasti Allah mengajar manusia yang ego dan ingkar kerana sesungguhnya Allahlah pemberi rezeki kepada hambaNya. 

3 ulasan:

  1. banyak duit hang batuapi, sampai derma kat tulangbesi, derma tak boleh mengungkit hehehe tapi banyak derma masuk tabung guaman tulangbesi dah senyap sepi

    BalasPadam
  2. Orang susah patut di bantu. Kita kena ikut nabi. Nabi kata jika ada orang minta sedekah, dipergelangan tangannya penuh dengan gelang. kita kena bagi.

    Walaupun gaji 6 X gaji Exco?? RM30 ribu sebulan. Minta derma. Bagi jangan tak bagi.

    BalasPadam
  3. kutty punya cucu jugak le21 Jun 2010 pada 9:33 PTG

    klu tulang besi banyak duit sebab dapat gaji...kau pulak banyak duit......mana ambik ....apco sponser ke......dollar usa le tu...kahkahkah......batuapi apcoumno blogspot.company.munafiqin alputaralamshah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog