Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Khamis, 24 Jun 2010

Masih menegak benang basah untuk memburukkan Ustaz Fadzil Noor

Bila saya menerangkan kepada pembaca dengan hujah bahawa persoalan wala` selalu dibicarakan dalam mana-mana perjumpaan dengan almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, budak-budak baru yang yang masih mentah dengan PAS akan mengatakan tidak dengan tulisan-tulisan yang hambar tanpa sebarang hujah.

Mereka tidak pernah hadir dalam mana-mana muktamar, malah kalau hadir pun sekadar menjadi pelobi yang nak menaikan seseorang dan menjatuh seseorang demi nafsu fikiran yang sempit dalam politik kelompok.

Saya telah mengemukan beberapa siri ucapan dasar Presiden PAS semenjak daripada almarhum Tuan Haji Yusof Rawa sehingga sekarang. Saya sebenarnya mengajak mereka ini berfikir, berhujah dengan fakta membaca dan membuat komen dengan ilmu bukan dengan nafsu. Tapi nampak mereka lebih suka mengulang-ulangi kesilapan untuk menunjukkan kebebalannya.

Tulang Besi @ Sluaq Dalam masih lagi membuat fitnah kepada TGHH dengan persoalan wala'. Ayat Tulang Besi ialah PAS Terengganu, Kerajaan Perpaduan, UG. Itulah ayat yang selalu diulang. (Dalam hati pula kenapa hangpa singkirkan aku, kenapa hangpa tak bagi aku CEO)

Hujah?? Fakta??

Kemudian siapa Blogger BatuApi? Siapa Ali Zaidan? Hantarlah konco dan dia sendiri menyamar untuk menyerang blog ini.

Engkau nak tahu siapa aku ya?



Aku pernah jadi juru catat (dulu jurucatit) Sidang Muktamar Pemuda. Kad ini dah hampir 20 tahun aku simpan dan ditakdirkan Allah rupa-rupanya simpanan ini sekadar nak ditujukkan kepada sibebal keras kepala Tulang Besi @ Sluaq Dalam and the gengs.

Siapa yang layak bercakap pasal muktamar yang lalu?

Tulang Besi @ Sluaq Dalam yang tak bayar yuran, sekadar minta derma untuk datang muktamar hanya sekadar mampu membantu menyelia PAS mungkin boleh jadi AJK bahagian P.A. System tolong Mat Zain, atau persiapan tempat. Atau bantu Unit Amal mengawal lalu lintas. TB juga boleh minta diserapkan dalam unit IT dengan bantuan Roslan.

Nak minta jadi juru catat sidang. Orr minta maaf ahli tak bayar yuran tak boleh. Juru catat adalah orang yang benar-benar dipercayai barulah diberikan tugas ini. Tahu tak????

Fikirlah!!
Kalau kad sekecil ini saya boleh simpan dengan baik, apatah lagi maklumat-maklumat parti yang lebih berharga. Kertas kerja, kajian dan pelbagai modul termasuk modul tarbiyaah semuanya ada dalam simpanan saya dijaga dengan baik. Ada sebahagiannya bukan untuk dipaparkan di sini.

Kerja jahat anda Tulang Besi @ Sluaq Dalam belum saya dedahkan keseluruhannya. Permainan masih panjang. Insaflah sebelum aib menimpa anda. Yang jahat pasti terserlah. Bangkai tak boleh ditutup lagi. Apa salahnya mengaku silap dan bertaubat. Sebaik-baik hamba yang melakukan kesilapan ialah yang bertaubat.

Bagaimana anda nak berhadapan dengan Allah dengan fitnah yang disebarkan. Bagaimana anda nak betulkan persepsi buruk sesetengah blogger yang terpesong dengan maklumat palsu anda?

Bagaimana anda nak betul kefahaman salah pembaca terhadap pemimpin PAS. Ulama mengajar kita untuk berbuat baik sesama mukmin. Kenapa anda mengambil sikap memburukan sesama mukmin?

4 ulasan:

  1. salam tuan firestone..

    boleh tolong ulas pasal isu kerajaan nak mansuhkan UPSR PMR x??

    apa pendapat tuan??

    terima kasih..

    may ALLAH bless..

    BalasPadam
  2. Huhuhu...

    Tak macam 1G ulama 'otak udang'! Dapat sekeping kertas kerja nak buat budu, (itupun dapat pasal owang tersalah email kat dia...) dah kecoh satu Malaya!

    Lepas tuh duk wirid pagi petang siang malam sambil tengok citer P. Ramlee...

    "UG..UG..UG..UG..UG..UG...UG...UG..." 100x sehari...

    Bingai punya budak..huhuuu

    BalasPadam
  3. izzatghazali, nak ulas isu banyak tapi masa saya yang tak banyak.

    saya akan cuba jika sekiranya ada masa

    BalasPadam
  4. tahu sket.. hurai berjela-jela.. jadi macam tulang besi laa..

    hehe..
    wa kesian blogger2 kejar glamer ni..

    blogger perasan glamer macam MSK dan TPU..
    wakaka..
    mengaku tak kejar glamer tapi manipulate fakta separuh benar.. huhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog