Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Jumaat, 29 Oktober 2010

Aduka Taruna yang terbiar

[Kemaskini Semula] Aduka Taruna atau Khairulizam Abdul Ghani, 29 tahun, pemilik blog yang pernah mengempar masyarakat Malaysia dengan isu menghina institusi kesultanan Johor menerusi laman blognya telah dibicarakan pada 21 Oktober 2010.

Pembicaraannya yang berlansung dua hari dan bersambung pada 30 November, 1 dan 2 Disember ini.

Sepanjang pembicaraannya, tiada satu laman pun menyiarkan berita mengenai Aduka Taruna ini melainkan Kelab Greenboc yang mengambil petikan daripada Sinar Harian.

Saya merasa pelik laman yang pernah mengalahkan hits Tranungkite (TKO) untuk beberapa minggu dan nama Aduka begitu terkenal akhirnya menjadi hilang dan seolah-olah terbiar oleh rakan-rakan blogger.

Saya pun bukan suka dengan "remaja" ini yang banyak mencetus isu-isu yang sensetif dan kadang kala menghina Islam. Sikap dengan PAS dan ahli-ahli PAS terutama Ulama sangat biadab. Tapi sebagai golongan blogger yang pernah bersama dengan Aduka sepatutnya berita-berita tersebut hendaklah dipaparkan.

Soal suka tak suka itu cerita lain. Saya melihat rakan bloggernya sendiri tidak mengambil prihatin tentang Aduka dan cerita sensasi UMNO lebih diutamakan.

Laman Tranungkite sendiri juga tidak menyiarkan tentang Aduka, seolah-olah Aduka sudah tiada dalam kamus TKO. Aduka difahamkan pernah menjadi moderator TKO sebelum melepaskan jawatan tersebut.

Terkini, di blog Aduka Taruna anak seorang blogger, Amin 'ul Haqeem kini sedang dirawat di ICU Hospital Kuala Terengganu kerana Jangkitan Paru-Paru.  Aduka Taruna dalam blognya merayu untuk sedikit belas ihsan kepada semua yang mengenali sama ada musuh atau kawan untuk mendoakan kesejahteraan ke atas anak bongsunya itu.



Sebagai manusia, kita kena bersifat ihsan mendoakan walaupun musuh kita. Saladin pernah menunjukkan iktibar bila merawat musuh dalam peperangan. Apatah lagi kepada blogger yang banyak membantu dalam dunia siber.

Ini rasanya Aduka Taruna tidak memahami bagaimana Presiden PAS yang dikecam olehnya banyak mengungkapkan beberapa gergasan dalam isu-isu yang sebut sebagai perpaduan oleh pihak yang menyerang saraf cara dan gaya yang diolek oleh Presiden PAS. Saya tak nak panjang isu ini kerana ada suara-suara bodoh tanpa ilmu akan menyebut PAS nak bergabung dengan UMNO. Biarlah mereka akan menyedarinya sendiri.

(Seluaq dalam ini sesuai untuk diserkup di kepala Tulang Besi @ Abdul Rahman Talib kerana suka berbohong)

Apa yang menimpa diri kita sebenar adalah semuanya kekuasaan Tuhan yang Maha Ego Aduka!!! Hangpa akan rasa kegoaan Tuhan, Hang juga akan rasa bertapa hinanya diri hangpa disisi Tuhan. Jangan jadikan diri kita bodoh kerana ke egoaan kita, banyak ilmu Tuhan perlukan cerdik pandai bukan pentafsiran sendiri.

8 ulasan:

  1. Salam saudara,

    Kalau boleh baca posting Aduka secara cermat. Tuan dalam kes anak sakit , tuan telah tidak membaca dan periksa secara cermat. Kalau pun bermusuh dengan Aduka, jangan buat kesilapan. Anak yang sakit , jangkitan paru-paru adalah anak orang lain. Aduka sekadar memohon kawan-kawan dan musuhnya tolong mendoakan anak kecil tersebut.

    Akan kesalahan Aduka , kita sudah tegur dia. Harap-harap dia insaf.

    Sekian. Salam.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Terima kasih Tanpa Nama, saya juga mendapat e-mail daripada webmaster TKO yang telah membuang artikel ini kerana ada kesilapan fakta pasal anak Aduka yang baru kahwin itu.

    TKO juga memaklumkan tidak akan menyiarkan semula artikel itu walaupun dibetulkan. Saya menerima keputusan TKO.

    Saya minta maaf kepada semua pembaca.

    BalasPadam
  4. Ialah tuan batu api, bukan anak aduka..tapi anak kawan dia... buang yang keruh ambil yang jernih..

    BalasPadam
  5. salam tuan..
    utk pengetahuan tuan,anak yg sakit itu ialah anakanda bro cipan++
    ttg tulisan aduka,tuan harus membacanya dgn fikiran yg terbuka..pd saya tulisannya penuh dgn makna yg tersirat yg tak ramai org dapat memahaminya,aduka adalah insan yg istimewa yg punya daya kreativiti yg tinggi..cuma bahasa yg digunakan tidak menyenangi sesetengah pihak..dan saya percaya beliau dan geng pas reform punyai niat yg ikhlas dan berada di jalan yg betul demi utk kebaikan pas.

    BalasPadam
  6. Betullah hang ni BatuApi. Peringatan kepada semua dalam memilih nama, pilihlah nama yang baik baik agar dapat jadi baik. Kalau pilih yang jahat takut takut jadi jahat pula.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama, BaattuApi itu sesuai dengan watak. Sahabat nabi ada dipanggil bapa anjing, kucing dan sebagainya.

    Kena banyak membaca!!

    BalasPadam
  8. Setahu aku sahabat Nabi dipanggil bapa kucing, (Abu Hurairah)...bapa anjing dalam bahasa Arabnya apa..sapa dia tu..pelik pulak aku..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog