Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Rabu, 1 Disember 2010

Tak Perlu bincanglah siapa nak jadi Menteri!

Saya nampak akhir-akhir ini satu trend berlaku dalam blog-blog geng PR yang lebih tertumpu kepada isu-isu remeh temeh yang nak menonjolkan siapa sebenarnya menerajui PR. Siapa yang layak bertanding. Siapa yang akan memegang jawatan bila PR memang.

Mereka sudah lari dan khayal dengan tanggungjawab sebenar sebagai penulis blog. Mereka telah menjadi "zombie" musuh yang berada di dalam PR.

Saya membaca tulisan jawapan oleh W. Fauzdin NS kepada tulisan Salmanalbustaniy berkaitan siapa menjadi leader untuk memimpin PR jika DS Anwar dipenjarakan semula. Semuanya adalah merupakan 'anak-anak' api dalam serkam untuk membakar PR.

Isu Shamsul Iskandar di Dungun sepatutnya tidak besarkan. Dungun adalah satu pekan istimewa bagi PKR semenjak daripada mulai zaman reformasi. Tidak ada pimpinan PKR tak berceramah di sana. Nurul Izzah masih anak dara remaja lantang berceramah di sana.

Sepatutnya apa yang perlu difikirkan bagaimana kekuatan PAS, PKR atau DAP pada sesuatu kawasan untuk digembelingkan. Bukan berebut siapa banyak bertanding dan masing-masing nak menjadi dominan dalam PR.

Abdul Raman Yusof dan Fariz Musa memahami apa yang saya tulis. PKR belum memperkukuhkan parti di Terengganu. Isu di Dungun juga semasa DS Anwar Ibrahim datang berceramah, bila jentera PAS tak turun, PKR Terengganu gagal nak mengendalikan ceramah. Terpaksa guna P.A. Sistem daripada Kuantan. Itu pun tak sebaik P.A. sistem 'kekampungan PAS' di situ.

Kita kena faham, pilihanraya kecil yang berlansung sekarang, jentera pilihan raya yang hadir adalah seluruh negara. Bagaimana jika semua tempat ada pilihanraya? Siapa nak bantu di setiap kawasan? Asyik nak bermegah siapa sepatutnya bertanding sedangkan kekuatan jentera pilihanraya tak dibaiki. Tak mahu nanti semua bangsal PR kosong!

Saya amat setuju dengan kenyataan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man dalam blognya. Antara petikan menarik yang perlu saya ketengahkan di sini ialah;

Media kini cuba melaga-lagakan PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa menerajui kepimpinan negara, ‘line up’ kabinet dan soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara. Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR. Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya. Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekor pun belum ada. (baca lagi di sini )

Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS cukup bimbang dengan persiapan parti menghadapi pilihanraya kali ke-13.

Saya juga tertarik semalam bila menonton berita tengah malam melihat Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Ustaz Nasarudin Mat Isa menghadiri MAHA International & HPPNK 2010 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, Selangor.

Kehadiran Presiden dan Timbalan Presiden adalah 'political advantage' untuk mendapatkan 'massa value' kerana di situ hampir semua golongan masyarakat turun menyaksikan pameran. Di sinilah kita boleh bertemu dengan masyarakat daripada pekerja pameran sehingga kepada pelawat yang hadir.

Tapi dulu, bila Presiden dan Timbalan Presiden hadir dalam acara-acara umum dan bersama dalam "mediun kepunyaan UMNO", blogger celakalah yang menyerang dan merosakkan imej Presiden dan Timbalan Presiden dan kata-kata "Nak masuk UMNO", Nak Cium UMNO, Nak peluk UMNO, UG dan pelbagai ungkapan semuanya senjata yang merobek tubuh kepimpinan yang ada.

Akhirnya kita sendiri menyediakan kepimpinan yang robek cedera akibat ditikam sendiri untuk berdapan dengan UMNO/BN. Memang bodoh!!!

Harapan sekarang kuranglah perselisihan dan perteguhkan parti. Jika kita ditakdirkan memang barulah kita bincang siapa yang layak menjadi Menteri!

BatuApi @ FireStone,
batuapi.firestone@gmail.com,
http://batuapi-firestone.blogspot.com/

6 ulasan:

  1. Perlu berbincang siapa nak jadi menteri.
    Rakyat perlu tahu kesinambungan pemerintahan negara. Sebelum saya pangkah PR, saya ingin tahu siapa PM dari PR, saya juga perlu tahu dari parti mana. PR bukan parti politik. Kalau orang PAS jadi PM, takkan sama kalau orang DAP jadi PM atau orang PKR jadi PM. Kalau PR menang saya tak rela Kit Sial atau Anwar jadi PM.

    BalasPadam
  2. setuju juga dengan dino.yp@gmail.com
    tapi takkan nak bincang siapa jadi PM ni UMNO/BN yang jadi pengerusi. Akhbar UMNO/BN tukang war-warkan. TV UMNO/BN mainkan gendangnya.

    kita kena banyak rasional dalam hal ini.

    BalasPadam
  3. Perjuangan PAS lebih bermaruah tanpa PKR dan DAP.
    Keujudan PAS dalam PR hanya sebagai Babi tunggangan sahaja.
    Tak percaya? Tanyalah sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

    BalasPadam
  4. kalau nak dibahagikan padi biarlah terlebih dahulu dibuat huma @ kalau nak kahwin empat biarlah terlebih dahulu anu disunat.
    bertempur belum lagi, bahkan pedang pun belum ditempah, sedangkan musuh masih segar bugar, kota musuh masih belum digigit anai-anai, kita hampir bertumbuk nak bahagikan harta ghanimah.
    Bukankah ini dinamakan oleh orang kampung sebagai manusia bangang@bengong.
    Kenapa PAS mesti jadi ketua memimpin PR?, kerana PAS kuat. Kenapa PKR tak layak jadi ketua PR, kerana PKR lemah. Bagaimana pula DAP?, hati-hati mereka anti melayu/Islam.
    Inilah kata-kata dan khayalan orang berotak kepala hotak, berfikiran seperti kepala keretapi, pertimbangan dibuat berdasarkan kepada kepala lutut.
    Jika sikap takabur dan angkuh ada pada parti Islam, maka nama baik Islam tersungkur. Jika sikap memandang rendah dan melemahkan kawan ada pada parti Islam, maka nama baik islam hanya akan jadi retorik kosong. Jika sikap prajudis dan sangka buruk kepada semua manusia wujud pada parti Islam, maka Islam akan dianggap agama zaman batu yang hanya layak tinggal digua.
    Bila kita bertahaluf dan berada dalam satu pakatan, kita mesti ingat, bahawa setiap daripada kita ada kelebihan dan kekurangan, kita mendapat untung dan kita mengalami kerugian, kita akan didahulukan dan kita juga akan dikemudiankan.
    Sudah sampai saat ketikanya, parti Islam berada dalam alam nyata dan menghadapi alam realiti, dunia ini dihuni manusia selain daripada kita. Kerja kita mengembalikan mereka kepada yang ESA.

    *Masih ada lagikah org yang berkopiah PAS, tapi berhati UMNO, atau berkahwin dengan PAS, tapi bermimpi untuk berasmara dengan UMNO.

    BalasPadam
  5. saya menyampah dengan dino.yp@gmail.com :
    kalau tak setuju dgn apa yang telah dipersetujui oleh parti, masuk gua dan bawa sekali guni berisi anak batu kemudian hitung kira berapa biji anak batu yg ada.

    BalasPadam
  6. Umpama kita berpakat nak pergi mancing, ikan belum tentu dapat, kecil atau besar tak tahu lagi, tapi sudah sibok nak masak ikan itu macamana. Tunggulah dapat ikan dulu.

    Rule of the thumb, 1. kumpulan mana yang paling banyak dapat kerusi dan di kalangan majoriti Melayu yang paling ramai.....2. perlu medapat perkenan Agong atau Sultan.

    Jadi kerja sungguh2 dulu bukan bincang sungguh2 siapa nak jadi PM.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog