Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Khamis, 2 Disember 2010

Benarkah blogger pro-pembangkang kian lesu?

Saya membaca tulisan Zaini Hassan mengenai pandangan beliau berkenaan kedudukan portal dan blog politik di Malaysia yang bertajuk "Jika bloggers mesra–kerajaan beralih kiblat?". Beliau menulis pandangan ini setelah beliau membuat persiapan sebagai ahli panel satu forum dalam pertemuan blogger mesra kerajaan di Pertaling Jaya baru-baru ini.

Zaini Hassan mengatakan  revolusi para blogger pasca reformasi 1997/98 ini berupaya memporak-perandakan subjek yang dibawa. Ini tidak pernah berlaku dan tidak ada keupayaan untuk berlaku bagi kewartawanan konvensional. Zaini Hassan memuji persiapan bahan, foto, grafik, olahan yang dilakukan oleh blogger pada masa itu amat baik sukar dilakukan oleh wartawan konvesional walapun mereka tidak dibayar upah.

Saya tidak minat mengulas lebih lanjut kerana saya berpendapat Zaini Hassan masih 'bias' dalam memberi pandangan yang selebihnya dan dia masih menjaga tuan punya periuk nasi, Utusan Malaysia. Kalau tak macam mana dia nak menjadi kolumnis?

Dalam 100 ranking portal dan  blog politik Malaysia bersasaskan Alexa yang ditunjukkan oleh Zaini Hassan sebenarnya masih tidak menunjukka sifat sebenar ranking berkenaan. Anda juga boleh membaca tulisan saya sebelum ini pasal ranking supaya anda boleh faham tentang ranking blog. (Baca di sini)

Kenapa saya kata ranking ini tidak menunjukkan sifat yang sebenar?

Alexa membuat semakan ranking pada blog hampir setiap hari dan kedudukannya boleh berubah setiap masa. Saya melihat ranking blog-blog yang dikatakan mesra-kerajaan berada pada kedudukan yang agak tinggi pada masa ini lebih bersifat semasa dan Zaini Hassan bijak menulis artikel pada ketika kedudukan blog mesra-kerajaan yang agak baik.

Satu faktor yang membantu ranking blog mesra-kerajaan berada di atas dengan lain kata dilayari oleh masyarakat yang dahagakan berita yang benar ialah isu pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010.

Blogger pro-pembangkang seolah-olah cuba 'melari diri' daripada pemberitaan yang benar atau sebenar. Jika blogger ini daripada PKR mungkin menjaga parti atau kalau dia daripada PAS mungkin menjaga hubungan PR.

Isu-isu pertengkaran, perbalahan, kecoh dan isu Zaid Ibrahim telah menjadi isu utama pada ketika itu dan sekarang. Tapi malangnya masyarakat tidak diberikan gambaran yang sebenar apa yang berlaku. Hanya sekadar penafian-penafian yang tidak jelas. Tulisan yang menyokong bersifat mengapu tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh blogger pro-UMNO sebelum ini.

Masyarkat sekarang bukan masyarakat yang bodoh, mereka akan mencari sumber yang benar daripada blog-blog yang mengambar apa yang berlaku. Walaupun blog itu blog UMNO/BN sebab mereka boleh berfikir menolak dakyah dan mengambil intipati yang benar sahaja.

Saya melihat blog-blog yang dikatakan mesra-kerajaan menyediakan video yang lengkap apa yang berlaku di mesyuarat PKR setiap negeri. Sebagai orang yang 'sedar', kita akan menonton apa yang berlaku, kita mungkin tak menerima dakyat keterlaluan pada blog-blog ini yang sesetengahnya macam "orang gila".

Tapi kita sebagai manusia yang berilmu boleh manafsirkan sendiri bahan-bahan yang disediakan sebagaimana kita boleh menafsirkan berita-berita daripada TV dan akhbar.

Saya melihat ini suatu ancaman baru jika blogger pro-pembangkang masih bersifat tidak terbuka dalam hal ini. Kita boleh membetulkan parti jika ada bukti yang sah dan benar. Sebab Islam mengajar kita tentang amar ma'ruf dan nahi mungkar!

Tapi jangan sekali menjadi penyebar fitnah dan pencipta 'persepsi' buruk bagi menjatuhkan mana-mana kepimpinan yang tidak disenangi. Bukan kerja kita menjatuhkan sesiapa itu adalah hak Allah s.w.t. Kita sekadar boleh menegur jika berlaku kesilapan atas dasar itu adalah kewajipan.

Jika blogger pro-pembangkang masih diulit mimpi, saya percaya mereka juga akan ketinggalan dalam hal ini. "Ranking Sebenar" ialah ranking yang memberikan kedudukan sejauh mana blog atau portal itu dominan dalam sebarang isu.

Tak banyak portal dan blog politik yang dominan kedudukannya dalam sebarag isu. Jika anda blogger anda perlu memikirkannya.

5 ulasan:

  1. Salam..

    Bukan lesu Bro.. cuma slow down sikit..

    Masaalah kita maksud aku didalam PKR, ialah bila kita menegur pemimpin kita di label sebagai Trojan Horse. kononnya nak melingkup parti.. padahal kalau tak ditegur lagi lingkup parti..

    Pasal pemilihan tu blog aku, ada orang kata UMNO dah bayar pasal banyak sangat menghentam PKR.. bayar kepala bapak depa!

    BalasPadam
  2. Setuju dengan saudara.
    Dalam PAS pun sama juga. Sukar untuk tegur TGNA. Dulu saya lihat hanya tulisan Pak Zizi aje yang boleh tegur walaupun keras orang tak marah.

    Yang lain cari nahas. Kalau BA sorry aku akan dikatakan Batu Neraka!!!

    Mereka tak pernah lihat bagaimana sahabat menegur Rasulullah s.a.w dalam banyak hal. Cth bagaimana kaedah pemilihan tempat perang dsbnya.

    Tahniah, blog saudara yang agak sentiasa dikemaskini. Beritanya pula tak sehala sahaja.

    BalasPadam
  3. Gua sokong, kalau nak bias/wala pada parti/pemimpin baik jadi umno jer... sebab tak tahu menilai baik buruk.

    Sebelah PR pula, kalau tegur pemimpin akan di cop macam anak sungai derhaka katakan atau sebagai blogger lalang...

    Yang tu jenis manusia bangang wa cakap luuuu...

    BalasPadam
  4. Terima kasih semua
    Wa pun suka sama lu olang semua
    Lu olang banyak korbankan masa untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.

    Kadang kala kita ada perbezaan pendapat. Just itu semua lumrahlah..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog