Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Ahad, 2 Januari 2011

Pertemuan bukan di Terengganu - Tulang Besi @ Rahman Seluaq Dalam berbohong lagi

Setelah hits laman Malaysia Waves jatuh teruk, populariti Rahman @ Seluaq Dalam sudah tidak lagi menjadi perhatian. Komen-komen diblognya adalah rekaan dia sendiri bagi menunjukkan masih ada pengunjung. Rahman Seluar Dalam seperti mana yang diketahui masih tidak menjawab isu wang tabung guaman yang dilarikannya bernilai lebih daripada RM10 ribu, sehingga ada yang mengatakan pergi ke Mekah semata-mata nak kaburkan orang ramai sahaja.

Bagi saya soal dia ke Mekah biarlah Allah sahaja menentukan. Tapi dia kena bertanggungjawab dengan wang tabung guaman bernilai lebih RM10,000.00 itu. Ini soal amanah orang ramai. Masa nak minta janji macam-macam tapi selepas dapat duit, hilang, sepatah haram tak menjawab. (baca di sini dan baca juga daripada blog TB sendiri "di sini")

Dulu dia minta derma nak balik ke Malaysia tak ada wang. Masa berhujah bukan main eksyen gajinya 6 x lebih daripada gaji exco. Dia dapat duit RM1400. RM1000 buat tambang RM400 tu entah buat apa? Saya nak tanya, dah tahu siapa yang bagi duit RM400 tu? Kalau duit saya, saya kira halal, itu sedekah kepada fakir miskin yang 'terkempunan' nak jadi CEO!!! (Untuk pencerahan baca artikel ini "Gaji 6 X Exco masih minta sedekah")


Balik daripada Mekah, Tulang Besi mula buat kerja jahat lagi. Artikel dia "Perjumpaan Dalam Gelap Dgn UMNO Diteruskan oleh "Geng Perpaduang" dalam PAS" adalah dirujuk.

Terkejut saya membaca posting Facebook dari YB Abdul Fatah Haron seperti di atas. Saya tak sangka agenda "PERPADUANG" masih wujud. Kalau YB Fatah berani mengeluarkan kenyataan terbuka sebegini, ertinya maklumat ini sudah tentunya sahih dan benar.
Aktiviti perjumpaan dalam gelap sememangnya sedang diteruskan. Maklumat saya dapat dari "dalaman PAS", ianya diteruskan dan ianya berlaku baru-baru ini di Kuala Terengganu. Perjumpaan yang berlaku sebelum Presiden pergi ke London untuk melancarkan PAS Representative Council. Perjumpaan itu telah menjemput Tok Guru Nik Aziz untuk hadzir dan beliau tiba dalam keadaan Presiden dan Timbalan Presiden sedang menunggu bersama-sama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.
(Sebab apa berlaku di Kuala Terengganu, saya tak boleh terang, bahaya)
Syukur dalam perjumpaan tersebut, Tok Guru Nik Aziz telah "membasuh" semua yang hadzir dengan memberi hujjah yang mantap bahawa masalah umat Melayu di Malaysia adalah berpunca dari UMNO. ALLAHUAKBAR!!!!!!

Saya dah banyak kali cakap pasal perkara ini, biar kita dengar daripada mulut TGNA. Biar kita dengar kesahihan. Yang hangpa lebih sudu daripada kuah apa pasal. Setiap kali ada pilihan raya kecil TB akan membuat onar, berapa duit hang dapat? Lapaq sangat ke? Kalau hang betul-betul ahli PAS bayaq yuran tahun ni, ni tahun pemilihan RM3 tak kan kedekut!!! (Pencerahan baca di sini)

Nak bohong dapatlah fakta yang betul, hang percayai si Fatah tu. Bagi urus pilihan raya semuanya lingkup. Tak ada persiapan. iKUT APA YANG tERFIKIR (IT), baca artikel aku "Kekalahan PAS di Galas kerana terlalu guna IT?"

Itu aku belum lagi nak dedahkan Post Mortem GALAS, terkencing si Fatah nanti!!

Untuk makluman hangpa, TGNA ada dua orang anak yang tinggal di Terengganu. Seorang yang baru kahwin. Jadi pertemuan yang engkau kata pertemuan 6 orang itu sebenarnya adalah pertemuan antara TGNA dengan TGHH yang berbincang pasal persiapan pertemuan yang dihebohkan ini.

Oleh itu untuk maklumat engkau, TGNA dan TGHH telah bersepakat bersetuju untuk menghadiri pertemuan yang engkau orang kata pertemuan UG!!! TGNA dah jadi penyokong UG kot?

Saya ulang sekali lagi pertemua itu bukan di Terengganu. Faham!!! Berhujah biarlah ada fakta, kalau nak buat fitnah pun jangan bodoh sangat!!! Cerita-cerita sensasi yang TGNA tak tahu itu adalah cerita jahat oleh mereka yang ada dendam dan hasad dengki!

Aku baru dedah sedikit, aku masih tak mahu mendahului kepimpinan. Biarlah TGNA cakap sendiri biar semua orang puas hati. Dengar cerita daripada TB @ Seluaq dalam macam cerita tamil.

Tak hairan bagaimana Zulkifli Noordin, Zaid Ibrahim dll lagi dulu begitu baik dengan DS Anwar Ibrahim ahirnya menjadi musuh yang banyak mengecam DSAI. Sama juga dengan Kicdefella.

Tulang Besi @ Rahman Seluaq Dalam tak diberikan jawatan CEO oleh Dr Hassan Ali akhir menjadi duri dalam daging PAS, menyerang dan menabur fitnah. Sudah hilang pertimbangan, sudah tidak kenal dosa dan pahala.

Pasal itu nasihat cerdik pandai, kita diminta untuk meminta hidayat Allah s.w.t. agar kita selamat di dunia dan akhirat.

14 ulasan:

  1. "pertemuan bukan di terengganu". tempat bukan isu nya.

    "pertemuan" itu berlaku. benar2 berlaku. itu isunya, bukan tempat.

    konar sana, konar sini. itulah piawaian yang ditunjukkan.

    hussin

    BalasPadam
  2. Tanya TGNA husin, tak faham nak suruh aku ulang berapa kali. TGNA pergi dia tahu apa dia buat.

    Hang tu apa?
    Mursyidul Am ke?
    Sifir mudah begini pun bodoh!

    Kumpulan hangpa yang pusing cerita tu hang tak kisah. Hang memang jenis suka buat fitnah. Suka makan dading sahabat sendiri.

    Macam mana MalaysianInsider
    Sudah bye ke?

    BalasPadam
  3. memang tgna tahu apa dia buat. dia pun dah bagi tahu pendiriannya. malah pendiriannya itulah yang sangat2 dinantikan dari yang menunggu di istana tu...

    apa malaysianinsider pulak? aku rumahinside laa. tak sangka aku kau guna perkataan "bodoh" tu.. tak mencerminkan langsung apa yang kau cakap. sama je puak2 mu tu, cakap tak pernah serupa bikin. tindakan jauh dari mencerminkan apa yang dicakap...

    malaslah aku... cuma aku dapat kenali kehebatan kau berhujah, kah kah kah (pinjam tukartiub punye favorite, tk tt)

    hussin

    BalasPadam
  4. Bunga sana, bunga sini,

    Bila mau debat ni, bro?

    BalasPadam
  5. Setuju dengan pandangan Tanpa Nama 9.27(2.1.11)
    Tempat bukan jadi masaalah,pokoknya depa "sudah bertemu dalam gelap".Anda ghairah sangat menyebut orang "bodoh" seolah-olah anda tidak ada cacat-celanya.Bahasa menunjukkan bangsa dan Islam amat ambil berat pasal akhlak.Jika anda mahu orang "respect" pendapat dan pandangan anda,wajar anda "respect" juga pandangan dan pendapat orang lain.Kalau tak tahan diserang,jangan menyerang.

    BalasPadam
  6. sobeng cara ah set2 ni.. sekor harang bukang ahli

    BalasPadam
  7. Hahahah...

    Bhai, tak kan lu buru cacing bhai...

    Kalu wa, peribahasa jadi mcm neh;

    "Macam babi kepanasan...." huhuhuuu

    BalasPadam
  8. Jangan dayus la bro..

    Bila nak berdebat secara fakta ni?

    BalasPadam
  9. hehe...nak debat apa lagi aduka? ug dah lama ditanam. pas reform sibuk nak berdebat pasal ug buat apa?

    syabas batuapi sebab tak layan aduka taruna.

    BalasPadam
  10. apa Lu hussin? fakta tempat berlaku pon dah kelentong, isi karangan lagi la sampah..adusss..
    husing! Lu jd cikgu kan? gurumuzik ke? hahaha
    khairulNizam, sebelom debat Lu xmo kutip derma ke? atau juai t-shirts berlogo debatUg..untung kalu leh bli bidio eHDee..huhu

    BalasPadam
  11. isu UG dah lama tutup,sape yg nak bangkit lagi mcm membangkit fitnah dari tidurnya,laknatlah bagi org yg membangkitkan fitnah itu... Y.B Fatah ni nak kena,sebelum terkena ,cepat-cepatlah bertaubat,agenda kamu dan konco-konco kamu itu akan hancur sebagaimana hancurnya kebatilah...

    BalasPadam
  12. Bagus juga isu UG dibangkitkan semula. Manalah tau kot-kot ada yang lupa - maklumlah manusia, tambah pula Melayu - dikatakan mudah lupa, kalau Islam dia mungkin tak lupa. Sekurang-kurang jadi alat penggera keselamatan bagi yang saja-saja nak keluar dari landasan yang ditetapkan di dalam muktamar.

    BalasPadam
  13. Bodoh betoi la sapa yang bangkitkan persoalan UG ni lagi.

    Pemimpin PAS tu datang atas undangan sultan.

    Yg tak malu pipi tersorong2 tu adalah pemimpin UMno yg nak ngajak UG.

    Pemimpin PAs dah kata .....'No way laaaaaaa"

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog