Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Khamis, 6 Januari 2011

Saya akan ada di Rusila 7 Jan 2011

Saya telah membaca artikel yang diposting oleh Aduka Taruna dalam blognya bertajuk "Update 3 : Projek Langgar Hadi 7 Januari 2011." dan komennya pada artikel terkemudian daripada itu seolah-olah ada kebimbangan daripada pihaknya saya mungkin tidak ada kerana saya tak memberi respon segera.

Saya telah memberikan komitmen Insyaallah (ini bukan Insyaallah Melayu) akan hadir ke Rusila pada 7 Jan 2011. Saya belum membuat kepastian bila saya akan bertolak tapi rasanya saya sempat bersolat Jumaat di Masjid Rusila dan sebaik-baiknya kita bertemu pada tingkat atas masjid (tingkat 1) agak mudah dan tidak bersesakan.

Mana-mana yang kenal Suhaimi Embong sila awasi beliau mungkin dia boleh berada di dua kawasan dalam satu masa. Saya masih menjemput Wan Ji, Zainulfaqar and the geng's untuk berkenalan dengan Suhaimi serentak dengan itu boleh "bertaubat Nasuha" di masjid Rusila.


Bila saya menulis "Saya menulis dengan fakta dan mengajak mereka berhujah dengan fakta. Tapi tak ada yang menjawab. Mereka sekadar berani melempar tuduhan kepada pimpinan yang sudah kita kenal pasti memang tak akan menjawab dan memang tak pernah pun menjawab di internet."

Aduka Taruna cuba mengeksplotasi kenyataan ini dengan mengajak saya berdebat. Dia cuba mengatur cara penghujahan di blog mengikut rentaknya. Perkara yang sama pernah dilakukan kepada webmaster Tranungkite, Songkok Putih (SP) dengan mengeksplotasi kenyataan SP sebagai SP merestui projek Langgar Hadi.

Minta maaf, saya bukan nak merendahkan SP, tapi SP begitu lembut dan masih ingin membayaran pembelanjaan Aduka Taruna ke Rusila. Sifat lembut, sabar dan tenang dia ini 'maybe' menyebabkan di masih kekal sebagai webmaster TKO paling lama rasanya.

Saya tidak begitu. Saya jenis agresif keras dan kasar.

Saya telah menghubungi SP untuk pengesahan dan saya tak sempat nak hubungi pihak Terengganukini untuk handycam yang disebut dalam artikel saya saya telah 'mark' pada komen di bawah. Anda boleh baca pada ruang komen. Ini titik lemah yang mungkin boleh memberikan alasan Aduka Taruna tidak akan hadir!

Untuk makluman pembaca ramai yang tak setuju saya mendedahkan diri dalam perjumpaan ini atas beberapa sebab. Saya faham, saya juga ada alasan sendiri untuk hal ini;

Saya mengambil pengajaran bagaimana Anatoly Karpov mengalahkan Alexei Shirov dalam kejohonan catur terbuka Biel pada tahun 1992 yang menggunakan keadah pertahanan Slav yang banyak nampak merugikan pada peringkat awal. Dalam kaedah catur ramai orang lebih pertahanan Ferancis varasi Tarrash atau pertahanan sisilia dalam mengatur strategi, tapi saya sebeliknya.

Akhir kata, kita hanya mampu merancang, tetapi sesungguhnya "Rancangan Allah" itu yang lebih Auliya. Insan tua yang lemah ini pasrah kepada yang Maha Berkuasa.......

11 ulasan:

  1. ini the realbatuapi bukan suhaimi embong dan akan sekaligus menutup mulut geng13, husin, haji tulangbesi dan manjungmari yg dikatakan berani menulis dan menunjukkan muka mereka. selepas ini apa pula yg akan diberikan kepada batuapi. semoga allah melindungi batuapi.

    BalasPadam
  2. semoga Allah lindungi orang yg perthnkan perjuangan Islam dan pemimpin yg ikhlas menyebarkan Islam...

    BalasPadam
  3. Jika benarlah saudara Batuapi@firestone bukannya saudara Suhaimi Embong... Maka banyaklah 'pahala kering' yang diperolehi oleh saudara Suhaimi Embong akibat tuduhan, makian, cacian dan umpatan dari pihak/geng usrah barbican dan seangkatan dengannya..!! Moga Allah memberi kekuatan kapada saudara Batuapi dalam mempertahankan kebenaran.

    BalasPadam
  4. wa setuju batu api jgn dedahkan iri yang sbenar,mungkin lepas ni macam2 serangan berbentuk peribadi akan di lemparkan.wa sebenarnya malas nk layan blogger2 celaka nie,tumpukkan tumbangkan umno be End first.

    BalasPadam
  5. wellcome to rusila..... kami tungggu....

    BalasPadam
  6. kpd semua yg berkenaan.... jumpa kami di beranda rumah TGHH....... nk langgar, nk apa ker..... masa akan menentukan....

    BalasPadam
  7. Saudara Batuapi, sekadar bertanya... Tentu saudara kenal rapat dgn Saudara Suhaimi Embong. Mengapa agaknya Suhaimi Embong mendiamkan diri apabila namanya sering dikaitkan dengan penulisan yang mempertahankan kepimpinan TGHH? Tanpa membela atau mempertahankan diri? sedangkan namanya begitu buruk pada pandangan golongan tertentu...!!T.kasih.

    BalasPadam
  8. Hahahaha...

    Wa cadang Batu Api tutup gigi bila berdebat dgn Adoka...bagi menghormati 'fesyen tutup gigi' sewaktu adoka kena than polis tahun lepas...

    BalasPadam
  9. manjongmari dah bekalkan ayat ayat tahan gigil tahan kencing sewaktu nk berhdpn dgn tok guru haji hadi, one g bagi ilmu pendinding api, tulangbesi dh siap pergi mekah cium kaabah berdoa agar kemenangan dipihak aluka. usen dh bekal ubat kencing manis jgn kerap sgt kencing waktu dalam masjid dirhusila, malaysiakini jimadie, malaysianinsider akan hadir esok, petang ni sampai le ke trg, hujan lebat ni menyambut kedatangan mursyidul am pasreform. sponsor pun dh ada dari syarikat yg tmpt aduka jadi pakguard terlampau.

    hasan bukan husin pengecut

    BalasPadam
  10. Aku berdoa semoga batu api berada dipihak yg benar dan berada dalam lindungan Allah.perjuangan tetap diteruskan sehingga dijemput ilahi.Takbir..Allahuakbar!

    BalasPadam
  11. mohon admin link kan blog wa .tq
    http://malaysiandotcom.blogspot.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog