Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Ahad, 14 November 2010

Lagi pasal Najib Tun Razak

Bila saya menulis pasal Dato' Seri Najib Tun Razak dengan tajuk "Kalau Najib Mati, Adakah Rosmah akan menjadi PM?" bukan main marahnya gerombongan UMNO/BN. Maki hamum nista dilemparkan. Blog saya menjadi sasaran komen-komen nakal.

Saya tambah api kemarahan mereka dengan artikel "Najib sakit perut atau pecah perut?"

Blogger UMNO/BN kalau menulis pun bukannya pakai otak. Tulis ikut sedang mulut sahaja berpandukan nafsu. Ini contoh satu daripada beberapa blog yang kondem tulisan saya.
Mc sebenarnya malas nak gaduh atau maki2 orang ni, tapi bila baca entry dari seorang blogger pencacai pakatan yang memang terkenal dengan buta hati (sebab ada kes belot kawan sendiri) Mc rasa terpanggil untuk buat satu post untuk kecam dan balas balik apa yang si tiga suku tu katakan. Satu topik kurang ajar ditujukan pada DS Najib yang sedang sakit, "Kalau Najib mati adakah Rosmah akan menjadi PM" tengok topik pun kita dah tahu betapa sengal dan bodohnya si penulis blog tersebut.

Ahad, 7 November 2010

Penyelewengan wang iklan Harakahdaily, jawapan kepada komen-komen yang diberikan

Berkenaan dengan pendedahan penyelewengan pengurusan pengiklanan di Harakahdaily, saya memang cukup berhati-hati dalam hal ini kerana yang buat busuk beberapa orang tertentu sahaja tetapi isu ini boleh mencemarkan keseluruhan organasasi harakah itu sendiri.

Malah jika pembaca tidak buat servey dengan maklumat yang diberikan, menyebabkan ada individu yang tak terbabit akan terpencik tempiasnya.

Sukar untuk kita nak menyelesaikannya sebab perkara ini sudah berulat, sudah sekian lama seolah-olah pihak yang bertanggungjawab sengaja membiarkannya sahaja atas alasannya yang mungkin tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

Sabtu, 6 November 2010

Penulis Blog, janganlah kebudakan!

Terbaca satu artikel daripada WFAUZDIN NS yang bertajuk PENULIS HARAKAH BERKEMPEN UNTUK DATO ZAID ? Semacam rasa nak buat ulasan.

Saya kagun dengan WFAUZDIN NS kerana kegigihan beliau dalam penulisan blog, malah dia juga ada sifat rasional ketika saya mengkritik keras dulu. Malangnya emosi dan sikap terlalu taksud menyebabkan dia kadang kala lari daripada fokus sebagai seorang penulis. Kalau dia boleh hilang sikap ini mungkin dia boleh menjadi penulis yang baik.

Ada pendapat mengatakan penulis tidak perlu menyerlahkan sikap berpihak secara khusus. Apa maksud secara khusus mungkin boleh dipanjangkan nanti.

Jumaat, 5 November 2010

Najib sakit perut atau pecah perut?

[Kemaskini Semula] Rupanya tulisan saya "Kalau Najib Mati, Adakah Rosmah akan menjadi PM?" sukar difahami oleh pembaca, sehingga ada juga mencerca nick saya BatuApi @ FireStone nick yang tak baik.

Saya menulis walaupun nampak merapu, tapi ada fakta yang jelas dan juga fakta yang tersembunyi. Yang arif akan mengetahuinya. Sebab itu geng blogger celaka jarang menyahut tulisan saya kerana dia tahu fakta, dia juga tahu olahan awal saya akan menjerat dikemudiannya yang pasti dia tak akan terlepas!!!

Kalau Najib Mati, Adakah Rosmah akan menjadi PM?

Sebelum baca artikel ini, anggapkan tulisan ini adalah 'sinikal humor'. Tidak menjadi suatu asas yang kukuh dalam Islam membenarkan untuk kita mendoakan keburukan kepada orang lain melainkan atas sebab-sebab khusus yang perlukan penjelasan terpirinci, STOP.

Hari ini BERNAMA melaporkan Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak di masukkan ke Hospital Kuala Lumpur setelah beliau mengadu tidak enak diperut. Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, Ketua Pengarah Kesihatan mengesahkan perkara ini. Dalam maklumat lanjut DS Najib di lakukan endoskopi dan ia menunjukkan ulser dan gastritis ringan.

Calon PAS Galas mesti berjiwa besar

Ada ramalan-ramalan awal PAS tertekan di Galas dalam pilihan raya kecil kali ini. Faktor kedudukan Gua Musang di pendalaman yang sebahagian besar di kalangan pengundi adalah golongan miskin dan kurang pendidikan adalah kelebihan kepada UMNO/BN kerana UMNO/BN mempunyai talian hayat yang baik di kawasan-kawasan pendalaman.

Tambah pula Ku Li menjadi pengerusi pilihan raya kecil UMNO/BN juga merupakan satu lagi penyebab, selain daripada isu tanah di situ satu lagi pemangkin kepada kekuatan UMNO/BN.

Pasal muslimat pukul Ketua Wanita UMNO Kuala Krai - Ulas lagi

Tergelak aku lagi, komen-komen  terutama di laman Tranungkite (TKO) kecoh kata aku baca tak habis berita tersebut. Aku bagi link penuh Utusan Meloya perut tu!! Dalam link utusan itu jelas. Apanya tak habis?

Cerita sebenar pasal muslimat pukul memang telah diketahui umum di Galas. Fokus aku lebih kepada pemberitaan yang Utusan buat. Cara penulisannya cukup meloyakan... Pasal tu aku suruh muslimat pukul sekali wartawan kalau ada.

Khamis, 4 November 2010

Tahniah kepada muslimat yang pukul Ketua Puteri UMNO Kuala Krai

Hari ini saya terbaca petikan berita daripada akhbar Utusan Malaysia Online "Ketua Puteri UMNO Kuala Krai diserang ketika rayu undi". Akbar Utusan Malaysia sudah pasti akan mencari berita sensasi untuk dimanipulasikan, apatah lagi suasana pilihan raya kecil yang mana mungkin beritanya boleh mengubah pendirian pengundi atas pagar.

Bukan percaya sangat, tapi sebagai pengguna online memang seharusnya membaca daripada semua sumber termasuk sumber musuh.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Aduka Taruna yang terbiar

[Kemaskini Semula] Aduka Taruna atau Khairulizam Abdul Ghani, 29 tahun, pemilik blog yang pernah mengempar masyarakat Malaysia dengan isu menghina institusi kesultanan Johor menerusi laman blognya telah dibicarakan pada 21 Oktober 2010.

Pembicaraannya yang berlansung dua hari dan bersambung pada 30 November, 1 dan 2 Disember ini.

Sepanjang pembicaraannya, tiada satu laman pun menyiarkan berita mengenai Aduka Taruna ini melainkan Kelab Greenboc yang mengambil petikan daripada Sinar Harian.

Rabu, 20 Oktober 2010

Banyak sangat ke Iklan Harakahdaily?

[Kemaskini Semula] Tulisan saya Pasal Red Rebana dan Iklan di Harakahdaily nampaknya mendapat feedback yang baik apatah lagi sifat keterbukaan pembantu webmaster Tranungkite KetamBatu yang meluluskan artikel ini walaupun tidak begitu enak dibaca, apatah lagi suasana PAS akan menghadapi pilihanraya kecil di Galas.

Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada TKO kerana masih bersifat terbuka tanpa merasai bersalah atau takut untuk mendedahkan perkara yang tidak baik.

Bila saya menyebut mendedahkan perkara tak baik atau senang sebut penyelewengan, maka ramai yang akan mengata. Adakah kata-kata atau tulisan si BatuApi itu benar berlaka? Mungkin BatuApi berniat serong untuk menjatuhkan seseorang?


Ahad, 17 Oktober 2010

PRK Galas: Adakah Ku Li Berbisa?

Usaha mendapatkan Kelantan daripada PAS adalah usaha yang berterusan. PAS mengalami sedikit kepincangan dalam pilihan raya kecil Manek Urai atas beberapa sebab dan satu sebab yang besar juga adalah krisis dalaman kepimpinan utama PAS. Akibat krisis Jentara Pilihan Raya PAS Kelantan tidak terfokus dan keliru terutama mengatur gerak kerja penceramah termasuk kepimpinan utama PAS.

Serangan peribadi ke atas Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga merupakan kesinambungan usaha-usaha UMNO dalam menjatuhkan PAS dengan "menumbuk umbi PAS" (Tok Guru Nik Abdul Aziz).

Pendededahan demi pendedahan kepincangan PAS Kelantan dengan bantuan seorang blogger yang agak mahir dalam perang saraf, iaitu kickdefella banyak membantu serangan ini dan secara tidak langsung ada maklumat yang disebarkan telah 'termakan'.

test

Video Malaysiakini.com

test

Komentar Blog