Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Khamis, 31 Disember 2009

Perlembangaan PAS: Daripada serang Tuan Ibrahim lebih baik serang Dato' Mustafa atau Dato' Halim

Hampir dua hari saya menunggu Greenboc memberi komen kepada jawapan tulisan saya berkaitan dengan Jawatankuasa Disiplin PAS adalah Jawatankuasa Haram. Tiada ada sebarang ulasan, komen atau apa-apa reaksi. Kalau saya salah mesti dan berkewajipan membetulkan saya, itukan sikap & prinsip Greenboc. Jika saya benar apa salahnya mengaku sahaja anda tersilap, susah sangat nak mengeluarkan perkataan minta maaf?

Salah silap dalam Jamaah perkara biasa, jangan disimpan dalam hati. Jangan bersifat pendendam seperti penulis Malaysian Waves, kerana tidak mendapat Jawatan CEO terus menyerang dan bermain-main sentimen bagi merosak imej dan kerjaya orang yang tidak disenangi.

Selasa, 29 Disember 2009

Jawapan kepada tulisan Greenboc, Jawatankuasa Dispilin PAS Jawatankuasa Haram

Tulisan terbaru Greenboc atau nama sebenarnya ialah Zulkifli Harun bertajuk "Jawatankuasa Dispilin PAS Jawatankuasa Haram" sudah melampaui batas dan bersifat kurang ajar. Tulisan ini adalah urutan daripada 3 tulisan sebelum ini yang mempertingkaikan keputusan Keputusan Dewan Harian PAS Pusat dalam menyelesaikan beberapa masalah dan salah faham dalam parti.

Kebiadapannya makin jelas apabila dia cuba mengelirukan pembaca dengan membuat salah tafsir kepada pelembangaan PAS sendiri, sedang apa yang dirujuk (Perlembangaan PAS 2001) sudah ketinggalan sebagaimana dia ketinggalan dalam PAS (Golongan tercicir).

Isnin, 28 Disember 2009

Baju Merah di Konvesyen Blogger PAS menjadi sasaran

Bila saya menulis bahawa si Tulang Besi Penipu a.k.a menafiq telah berbohong mengatakan tidak ada duit untuk ke Konvensyen Blogger PAS sedang sebelum ini dia mendakwa bergaji 6 X gaji exco.

Si Munafiq Tulang Besi, telah saya dedahkan hadir pada Konvesyen tersebut dengan menaiki kereta hitam (?).. buat sespen sedikit telah keluar awal pada konvesyen tersebut. Ramai di kalangan pembaca internet telah membuat tekaan siapa sebenarnya si Tulang Besi.

Ahad, 27 Disember 2009

7 Perkara Ajaib Dalam Demostrasi Penyokong PAS Selangor

Hari ini Penyokong PAS Selangor yang dikatakan didalangi oleh Dr Hassan Ali telah berdemostrasi bagi mendesak PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat. Walaupun tak ramai sekurang-kurangnya demostrasi ini berjaya setelah diberikan publisiti oleh Pak Bakaq melalui lamannya Penarik Beca.

Ulasan yang sama juga pada laman Greenboc sekurang-kurang boleh membuat semua orang tahu dan turun untuk memberikan sokongan kepada kumpulan PAS UG di Selangor.

Sabtu, 26 Disember 2009

Semua tindakan Presiden PAS dan Timbalan Presiden tak betul!

Saya terbaca artikel ini di laman Greenboc yang baru dipost. Saya rasa dan patut pembaca bersama-sama dengan semua orang agar memahami apa hasrat greenboc yang mulia ini.

MAAL HIJRAH - Nampaknya Presiden dan Timbalannya telah pun mengorak langkah awal untuk "berhijrah" - setidak-tidaknya dari sudut pegangan dan prinsip, bahawa UMNO bukan lagi musuh PAS.
Tulisan ini boleh di baca di sini. Saya ambil daripada sumber yang sah.

Kenapa tidak ada artikel mengutuk MP PAS yang tak hadir di laman Tulang Besi?

Tulang Besi melaungkan bahawa dia adalah pembela PAS, jika dia berada di zaman khalifah Omar pasti Syaidina Omar tidak perlu lagi meronda malam kerana peranan ini telah diambil oleh blogger seperti dia. Sila baca petikan kata-kata Tulang Besi.

"Kalau Saidina Umar masih hidup, nescaya beliau akan berterima kasih sangat-sangat dengan bloggers kerana dengan bantuan Bloggers, Saidina Umar RA tidak perlu lagi meronda malam-malam mencari apa-apa kelemahan dalam pentadbiran beliau. Saidina Umar RA cuma perlu membaca blog sahaja dan dapat menyelesaikan banyak masaalah negara."

Gaji 6 X Exco masih minta sedekah

Abdul Rahman Abdul Talib dalam blognya Malaysia Waves meminta sedekah untuk hadir ke Konvesyen Blogger PAS 2009. Katannya dia tidak ada wang untuk datang ke Konvensyen berkenaan dan tambangnya adalah RM1000.

Dia menyertaan akaun bank untuk pelayar masukkan wang derma untuk dia beli tiket kapalterbang berharga RM1000. Dia sebut digagal untuk dapatkan bayaran murah untuk pulang dan dia juga gagal dapat sponser.

Konvensyen Blogger PAS satu tindakan ke belakang ke?

Saya terbaca satu artikel di laman MindaRakyat yang bertajuk "Konvensyen Bloggers PAS 2009: Satu tindakan terkebelakang!!" yang di tulis oleh A Mum of Three Mohd yang mempunyai blog sendiri di sini

Saya tunggu beberapa hari ingin melihat sejauh mana artikel ini menjadi perdebatan dan copy & paste di internet. Syukur saya terbaca artikel terbaru daripada tuan punya blog mengenai perkara ini.

Tulang Besi Mengaku Dia Berdendam Dengan Dato’ Hassan Ali

Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman Talib mula melarikan diri apabila kejahatannya di bongkar. Tipu muslihatnya terdedah. Dia tidak menjawab kerana memang dia bersalah dan menipu!!!!

Orang menipu tidak boleh berhujah! Orang yang berbohong tidak dapat membuktikan kata-katanya. Dia cuba mengalih isu penipuannya dengan menulis perkara-perkara lain. Perangainya saling tak tumpah macam UMNO yang melarikan diri untuk menutup sesuatu isu dengan isu yang lain.

Sumpah Tulang Besi dan Sumpah Saiful Bukhari Azlan

Saiful Bukhari Azlan telah bersumpah dengan Al Quran bagi membuktikan dia telah di liwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tulang Besi ada mengulas mengenai sumpah ini di dalam Blognya Malaysia Waves. Pembaca boleh membaca ulasan Tulang Besi mengenai sumpah Saiful ini.

Sekarang Tulang Besi bersumpah sebagaimana yang Saiful Bukhari Azlan bersumpah. Hanya berbeza Tulang Besi bersumpah tidak bersuara, sekadar menulis. Tidak memengang Al Quran tetapi memetik Keyboard.

Kenapa Laman Tranung Kite dijadikan sasaran Baru TulangBesi & Perisik Rakyat

Episode pendedahan saya telah menjadikan dua laman yang banyak menyiarkan artikel-artikel fitnah bagi memburuk-buruk pimpinan PAS telah hilang punca macam orang gila.

Saya akan menyambung hujah saya, jika tak setuju dengan saya sila berhujah. Jawab pertanyaan yang dikemukan, jangan jadi macam orang gila dan memburukkkan orang lain termasuk webmaster laman ini, Songkok Putih. Steady SP u cool.
test

Video Malaysiakini.com

test

Komentar Blog