Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Isnin, 1 Februari 2010

Mengulas tulisan PAS Dicabar, Tanganilah Pandangan Blogger-Blogger..

Saya terbaca artikel yang ditulis oleh Ibnu Hasyim dalam blognya bertajuk PAS Dicabar, Tanganilah Pandangan Blogger-Blogger.. Ibnu Hasyim dalam hujah pendapatnya telah mengemukan beberapa pandangan daripada blogger iaitu edyesdotcom yang telah berhenti daripada berblog kerana tidak puas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin PAS yang diterajui oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ibnu Hasyim juga mengemukan pandangan Ustadz Zorkharnain Abidin, Exco Dewan Ulama PAS Pusat antara lain mengatakan;

Tidak wala’ bermaksud tidak patuh, tidak taat, tidak dengar, tidak akur dengan keputusan dan tindakan pimpinan.

Kalau wala’ itu maknanya dengar, akur, patuh dan taat secara melulu, itu sama sahaja dengan akur dan taat sekumpulan anak itik kepada ibunya. Ibunya terjun sungai, mereka ikut terjun sungai. Ibunya melintas jalan, dia turut melintas jalan.

Saya tak pasti adakah ini ajaran Dewan Ulama PAS yang harus saya ambil teladani dalam bab amal jamaie Harakah Ismiyyah. Jika benar pengangan ini, saya akan menjawab di hadapan Allah apa yang ditulis kerana berpandukan pendapat ini.

Padangan daripada misaimerah;

Kadang-kadang benda yang kita lawan, kita benci jadi kawan dan jadi sahabat. Ini kerja Tuhan sapa tak boleh teka. Tuhan saja yang tahu. Kedua-dua pemimpin Pas Selangor dilarang keluar kenyataan setelah dijatuh hukum. Itu kata JK Disiplin Pas Pusat. Sekarang ni kita dah pandai nak kunci-kunci mulut orang, dah pandai nak guna akta rahsia rasmi, akta yang kita lawan sampai punggung berasap, bila boleh jejaskan periuk nasi kita.


Pandangan Greenboc yang mencabar juga dimasukkan oleh Ibnu Hasyim dalam blognya antara lain;

PAS hari ini dicabar mengambil tindakan ke atas majoriti ahli-ahli PAS termasuk blogger-blogger yang membantah keputusan Jawatankuasa Disiplin parti Khalid Samad semalam.


Akhirnya Ibnu Hasyim telah memberikan komennya sendiri yang berbunyi;

Sila lihat lagi blog-blog lain, seperti Penarik Beca, Perisik Rakyat, Malaysia Waves, Topeng Perak, Al-banjari dan lain-lain. PAS perlu berpandangan terbuka, lihat kritik-kritik Islah, dan perlu ingat antara faktor-faktor kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU 12, ialah kerana peranan blogger-bloger seperti ini.



Mereka tidak dibayar gaji oleh PAS. Jangan mulai mengunci mulut ahli, pemimpin atau blogger yang menyokongnya. Jangan bersikap angkuh dan sombong sehingga tidak boleh dikritik. Sekian, wallahu 'aklam.

Ada lagi sebenarnya beberapa orang blogger yang tak puas hati dengan keputusan ini mungkin tidak larat untuk disalin oleh Ibnu Hasyim untuk dijadikan hujah antara yang paling glomour ialah Abdullah Abdul Karim Exco Pemuda Pusat dan Ustaz Wan Ji.

Memang sepintas lalu, terasa betul benar perlu diambil kira pendapat mereka ini, tapi jika termenung dan merenunginya dengan akal yang waras, bertawaduk kepada Ilahi maka saya terfikir pula berapa orangkah blogger yang benar-benar PAS selain nama-mana tokoh yang saya sertakan ini?

Banyakkan nisbah mereka ini jika di nisbahkan dengan ahli-ahli PAS lain? Apakah mereka ini lebih arif daripada Jawatankuasa Lembaga Dispilin Parti? Jika begitu, baik benar Ibnu Hasyim mencadangkan mereka ini disertakan sekali dalam lembaga disiplin parti nescaya keputusannya akan mendekati keputusan para-para nabi dan auliya.

Memang kita bercakap soal rasional, tetapi dalam masa yang sama kita menafikan mereka yang bersama jamaah yang membuat keputusan jamaah. Saya taklah kata blogger semuanya tidak ikut parti dan program parti tapi mereka ini sebahagian besar adalah kambing yang berada diluar kumpulan.

Saya sendiri pernah bermesyuarat dengan parti, jika dihitung banyak kali saya hadir mesyuarat PAS dan setiap mesyuarat itu membuat keputusan saya rasa saya hadir lebih daripada 800 kali mesyuarat kecil dan besar. Rasanya lebih 500 mesyuarat tidak saya persetujui keputusannya. Apakah kerana saya adalah blogger saya akan menulis, membantah pada umum saya tak setuju kerana parti membuat keputusan tidak mengikut pendapat saya?

Ibnu Hasyim telah membuat hukuman bahawa pendapat blogger adalah betul dan pendapat ahli Lembaga disiplin parti adalah tidak benar sama sekali. Atas nas apakah Ibnu Hasyim menghukum ini? Inikah yang dikehendaki oleh Ibnu Hasyim dalam mentarbiyyah tata tertib berjamaah?

Ibnu Hasyim menulis JANGAN MENGUNCI MULUT AHLI dan jangan BERSIKAP SOMBONG DAN ANGKUH SEHINGGA TIDAK BOLEH DIKRITIK.

Dua kenyataan ini yang dirumuskan oleh Ibnu Hasyim diambil daripada sebab mana. Tolong tunjukkan kepada saya dimana dua kenyataan ini disandarkan.

Apa pula komen Ibnu Hasyim dengan proses rayuan yang boleh dibuat dalam tempoh 30 hari. Saya yang kurang arif ini memahami proses rayuan adalah proses bersuara ahli dan proses mempertingkaikan jika rasa tidak bersalah atau merayu atas dasar insaf dan bersalah.

Ibnu Hasyim banyak memainkan sentimen untuk memburuk keadaan daripada membetulkan perjalanan jamaah. Tulisan-tulisan saudara tentang Sejarah PAS yang bersiri-siri dilaman saudara tidak sedikit pun menjadikan pengajaran untuk dimanfaatkan bersama sekadar menjadi cerita penglipulara sahaja.

---------------------o0o----------------------

Saya sertakan senarai ahli Dewan Ulama PAS Pusat. Kenapa? Nanti orang kata Ustaz Zorkharnain Abidin al Hafiz membantah keputusan lembaga Disiplin PAS. Diakan Exco Ulama Oooi. Habis yang lain tak membantah. Nak ikut siapa? Nak ikut anak itik yang dah jatuh longkang ke? Nak masuk longkong sama ke?

Ramai blogger berlumba-lumba menyiarkan kenyataan BERANI Abdullah Abdul Karim Exco Pemuda PAS Pusat. Saya malas nak copy senarai AJK EXCO PAS Pusat. Nanti kesian nampak sangat Abdullah itu tersisih seperti kambing diluar kandang aje!!!

Blogger? Nak saya senaraikan juga ke? Akal yang waras berada dalam Jamaah dan walaq. WALAQ, saya ulangi WalaQ!!

Perempuan Cina ini juga banyak membantu PAS, dia juga tak minta upah satu sen pun. Jika dia membantah keputusan Lembaga Disiplin, kita harus ikut pendapat dia!! Betulkan?

AHLI JAWATANKUASA KERJA
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
SESI 2009-2011

Pengerusi Tetap
Ustaz Hamdan bin Mohamad

Timbalan Pengerusi Tetap
Ustaz Abdul Manaf bin Othman

Ketua
YB. Dato' Ustaz Haji Harun bin Taib

Timbalan Ketua
YB. Dato' Ustaz Haji Ahmad bin Yakob

Naib Ketua
Dato' Dr. Ustaz Haji Mahfodz bin Mohamad

Setiausaha
Ustaz Haji Muhammad Zain bin Abdul Rahman

Penolong Setiausaha 1
Dr. Ustaz Haji Badruzzaman bin Yusof

Penolong Setiausaha 2
Dr. Ustaz Haji Azahari bin Aripin

Penolong Setiausaha 3
Dr. Ustaz Haji Shahbudin bin Ngah

Bendahari
Ustaz Haji Khairuddin bin Razali

Ketua Penerangan
Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi bin Hj. Salleh

Ketua Pengarah Pilihanraya
Dato' Ustaz Haji Husain bin Awang

Ahli Jawatankuasa Kerja:
Dato' Ustaz Haji Mohamed bin Daud Al-lraqi
Dato' Ustaz Haji Hassan bin Mohamad
YB. Ustaz Haji Mohamad bin Mustaffa
Ustaz Haji Salleh Sani bin Harun Al-Hafiz
Ustaz Haji Abdullah bin Abdul Razak
Ustaz Haji Abu Bakar bin Abdullah
Ustaz Haji Abdul Ghani bin Shamsuddin
Ustaz Haji Ismail bin Noh
Ustaz Abdullah bin Husain
Ustaz Haji Jaliluddin bin Abdul Wahid
Ustaz Haji Soid bin Md. Amin
Ustaz Haji Wan Abdul Halim bin Wan Chik
Ustaz Haji Khirul Muntanazar bin Ismail
Ustaz Haji Mokhtar bin Senik
Ustaz Haji Mustafa bin Shaari
Ustaz Haji Zolkharnain bin Abidin Al-Hafiz
Ustaz Nor Najhan bin Mohd Salleh
Ustaz Mohd. Khairi bin Zainuddin

Pemeriksa Kira-kira 1
Ustaz Ibrahim bin Omar

Pemeriksa Kira-kira 2
Ustaz Mohd Noor bin Din

1 ulasan:

  1. until tu cukup terkenal...mana ada PRK disitu lah dia berkempen untuk PR...memang wa selute la until ni...dari pagi sampai pintu pagar pusat mengundi tutup selagi tu lah dia tak rehat bro...patut bg anugerah ni...kehkehkeh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog