Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 13 Mac 2010

Rupa-rupanya tak boleh jawatan CEO parti dikhianati

Petikkan berita daripada Malaysiakini.com adalah dirujuk. Berita berkenaan mengatakan;
Pejabat menteri besar Selangor mengesahkan bahawa bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim pernah mengemukakan permohonan untuk mengisi jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat menteri besar juga mengesahkan KPS telah menerima permohonan Salehudin dan beliau pernah ditemuduga oleh jawatankuasa pemilihan.

Bagaimanapun, menurutnya, jawatankuasa pemilihan memutuskan supaya calon lain yang lebih layak dan sesuai dipilih bagi menjawat jawatan itu.


Anda boleh baca dengan lebih jelas di http://www.malaysiakini.com/news/125738

Manusia jika hati perutnya busuk, semua tindakan adalah bermotifkan kepentingan diri sendiri. Jika apa yang tak dihajati tidak tercapai, bukan sahaja dia berdendam dan marah, orang atau organasasi yang pernah didokong akan dikhianati. Tidak hairan jika kita dipaparkan denganb kisah bomoh membomoh di alam melayu menggunakan sihir yang kadang kala tidak boleh difikir dengan akal yang waras.

Tapi bagi mereka durjana ini tiada ada apa, melainkan dendam kesumatnya tercapai.

Saya pernah menulis bagaimana seorang blogger yang bernama Kickdefella yang dulunya mencium tangan Tok Guru Nik Abdul Aziz boleh mengkhianati Tok Guru malah mencerca akibat dendam. Mencium ini bukan saya reka tetapi Kickdefella sendiri yang memberitahu diblognya.

Sama juga dengan seorang lagi blogger yang bernama Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman Talib yang dulunya dengan Dr Hassan Ali hanya tak cium sahaja seperti kickdefella, setakat peluk2 ala ulama dengan Dr Hassan Ali (pinjam istilah Aduka Taruna) itu dah menjadi kebiasaan dan kemestian.

( Bacalah di sini untuk maklumat lanjut http://batuapi-firestone.blogspot.com/2009/12/antara-kickdefella-dengan-tulang-besi.html )

Dalam penghujahan artikel di atas, Tulang Besi dengan jelas mengaku bahawa dia meminta Jawatan CEO apabila PAS bersama Pakatan Rakyat menerajui Selangor. Dia juga dengan jelas mengaku dengan kesal dan kecewa bahawa Dr Hassan Ali tidak memberi jawatan itu kepada dia.

Saya tak reka cerita ini. Sama seperti Kickdefella Tulang Besi sendiri menyatakan perkara ini. Anda boleh baca artikel saya berkenaan bertajuk Tulang Besi Mengaku Minta Jawatan CEO, TB Mengaku Dato’ Hassan Ali Tak Bagi. (Alamat artikel adalah http://batuapi-firestone.blogspot.com/2009/12/tulang-besi-mengaku-minta-jawatan-ceo.html )

Kita semua tahu Tulang Besi memang beriya-iya nakkan jawatan itu. Dia dah mengaku dan dah menulis dalam Blognya. Kita hanya tak tahu kenapa dia tidak diberikan jawatan berkenaan kerana tidak wujud satu kenyataan pun daripada Dr Hassan Ali berkenaan seperti yang dibuat oleh PKR terhadap Datuk Salehuddin.

Dr. Hassan Ali mungkin menjaga adab berkawan. Saya berpendapat bahawa Dr. Hassan Ali adalah orang amanah, tidak tamak dan mengambil kesempatan untuk diberikan kepada pekerja-pekerjanya sebagai habuan.

Mulai saat selepas kemenangan; memerintah Selangorlah, agenda menyerang Dr Hassan Ali dengan pelbagai tuduhan, mencari kesalahan dan memperbesarkan perkara kecil telah berlaku. Perkara ini didokong pula oleh mereka yang tidak puas hati kenapa Dr. Hassan Ali kerana Dr Hassan Ali adalah orang baru dalam PAS yang mendapat kepercayaan kepimpinan PAS Pusat menerajui Selangor bagi pihak PAS.

Dr. Hassan Ali bukannya menusia sempurna, dia juga melakukan kesilapan dalam tindak tanduk dan perkiraan. Apakah wajar sebagai ahli jamaah yang kita kata Allah dan Rasul adalah ikutan kita, kita dedah kesalahannya diinternet bagi menjatuhkan maruah dan martabat dia?

Maklumat-maklumat sulit dalam Majlis Syura PAS, Dewan Harian PAS dan  Perhubungan PAS Selangor begitu mudah diperolehi di internet. Yang mendedahkannya ialah Tulang Besi, yang berada di Indonasia. Nak balik ke Malaysia untuk dapatkan maklumat ini pun mana ada duit, harap mengemis dan  minta sedekah, itupun jika ada yang memberi. Walaupun  dia pernah menulis semasa menafikan kekecewaannya tak dapat jawatan CEO, gajinya adalah 6 X Gaji Exco Husam Musa. (Baca di sini untuk lebih lanjut http://batuapi-firestone.blogspot.com/2009/12/gaji-6-x-exco-masih-minta-sedekah.html )

Bolehkah kita berfikir orang yang ada di Indonasia boleh mendedahkan maklumat sulit yang ditokok tambah bagi sesuatu tujuan tertentu. Anda boleh tidak bersetuju dengan saya, sebab kita diberikan akal untuk berfikir. Anda boleh berhujah dengan saya dan anda boleh menafikan apa yang saya tulis dengan fakta dan hujah. Tapi bukan datang menyamar dan meleparkan dengan pelbagai tuduhan kepada saya bagi mencemar setiap tulisan saya. Jawablah sebagai blogger terhormat!!

Tulang Besi suka bersumpah bagi menguatkan hujahnya. Bersumpah mengikut apa yang saya pelajari bukan mainan mulut tapi ramai blogger menjadikan jalan terakhir. Cikgu Husseyn, Greenboc, Tulang Besi dan ada berapa lagi saya dah lupa pernah bersumpah di laman masing-masing. Terpulang kalau itu caranyanya kita ikut rentak cara dia orang.

Tulang Besi bersumpah, kita terimalah pendekatan dan cara dia. Tapi malangnya sumpah Tulang Besi adalah sumpah putar alam seperti cerita P. Ramlee. Main-main sumpah macam kita kecil-kecil dulu. Aduka Taruna ada menulis pasal ini, saya malas nak cari artikel itu. Aduka Taruna pun satu hal juga marah kepada Tulang Besi pasal sumpah, dia sendiri cabar Songkok Putih, webmaster TKO bersumpah. Ini sepesis sama dengan Tulang Besi hanya mungkin "ada yang panjang dan ada yang kontot".

Saya adalah menulis pasal sumpah Tulang Besi, sila baca di sini http://batuapi-firestone.blogspot.com/2009/12/sumpah-tulang-besi-dan-sumpah-saiful.html

Rupa-rupanya dendam tak boleh jawatan CEO boleh mengkhianati parti. Sama sahaja dalam UMNO. PKR dan PAS. Manusia sudah rosak jiwa semua perkara tidak lagi diasaskan pada agama.

1 ulasan:

  1. Aku dah agak dah Tulang Besi tu mcmtu, rupanya benar begitu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog