Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 3 April 2010

Serangan untuk pecah belahkan PAS

Saya ditanya kepada tak mengulas isu Ustaz Nasharuddin Mat Isa tidak hadir dalam perbahasan di Parlimen yang ditulis oleh Zainulfaqar. Tergelak dan mengeling kepala. Saya berkata, tulisan saya tak ada yang nak menjawab. Mereka sekadar melempar "telur busuk" sahaja.

Sebab mereka adalah "agen" yang ditugas untuk membunuh kerier pimpinan yang menganggu urusan pencaturan politik demi kepentingan bersama.

Kawan saya merenungi saya dan saya menganggap bahawa dia tertarik dengan maklumat ini. Terlintas suaranya "ada bukti dan maklumat ke?".

Ya, jawapan pendek saya. Panjang ceritanya dan perlukan daripada permulaannya barulah tahu apa sebenarnya yang berlaku kemudian. Kata-kata saya menarik perhatian dia seolah-olah ingin mengetahuinya.

Saya bagi contoh mudah kepada kawan saya, misalnya Tulang Besi dan Dr Hassan Ali menjadi musuh yang semacam tak dimaafkan. Macam perbalahan adik beradik sanggup putus waris kerana perkara kecil sahaja. Logik akal tak boleh memutuskan kerana ini adalah soal-soal nafsu.

Syaitan sanggup menderhakai Allah s.w.t. sedang dia "bercakap" dengan Allah, kenal Allah tapi atas nafsu semuanya boleh terjadi. Begitu juga Abdullah Ubai yang bersama dengan Rasulullah s.a.w.

Pasal apa? kawan saya tanya. Pasal tak beri jawatan CEO. Itu sahaja yang kecoh sehingga melibatkan semua pimpinan PAS yang condong kepada Dr Hassan Ali.

Maklumat terbaru, Pemuda minta Dr Hassan Ali bantu untuk programnya yang besar, tapi Dr Hassan Ali tak sanggup. Kalau maklumat ini bocor Dr Hassan Ali bakal diserang. Kenapa Dr Hassan Ali tak sanggup tidak di"selami". (Saya tak nak detailkan maklumat ini)

Itu pasal TB. Saya bertanya, tahu tak kenapa Roslan SMS diserang begitu teruk sekali sedangkan dulu Roslan adalah orang yang mengatur untuk jadikan Tok Guru Haji Abdul Hadi Mursyidur Am PAS dan menyerang kepimpinan PAS di internet?

Tidak lain tidak bukan untuk jawatan Setiausaha Akhbar Presiden. Mursyidur Am dulunya telah dikeliling oleh "pengatur" politik dalam PAS. Presiden tidak boleh dikuasai walaupun pada asalnya ada kejayaan mereka menguasainya melalui Setiausaha Politik.

Saya setuju dengan artikel Songkok Putih, Webmaster TKO yang mendedahkan bahawa Presiden PAS dikuasai hingga sanggup tidak mahu menjadi Menteri Besar Terengganu lagi jika PAS mengusai semula Terengganu dengan putar belit fakta kajian yang dibuat. Tulang Besi antara dalang dalam perkara ini. (Pasal dia amat benci kepada geng Terenganu. Tunggu pendedahan saya bagaimana jawatan CEO TOP IT dapat kepada Suhaimi Emboing bukan kepada Tulang Besi. Inilah perang TB dengan Suhaimi bermula!!!)

Pendedahan Songkok Putih adalah dirujuk; (Baca sepenuhnya untuk mengkaji maklumat yang telah dibocorkan oleh SP secara halus di sini dan kenapa SP tidak lagi menulis sedangkan pada bacaan kita artikel itu sepatutnya ada banyak lagi siri. Adakah dia juga ditekan oleh "orang-orang tertentu"? Anda ada akal anda boleh berfikir. http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=1457&mode=&order=0&thold=0 )

1. Betul ke? Awak bersubahat dalam membuat pertukaran keputusan research yang dibuat oleh Merdeka Center mengenai pencapain Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Terengganu seolah-olah wujud kelemahan pemerintahan Tuan Guru dan perlu diganti orang lain menjadi MB. Keputusan pindaan itu menunjukkan bahawa Dr Syed Azman lebih disukai dan PAS Terengganu telah bersetuju untuk menjadikan Dr Syed Azman sebagai MB jika PAS menang di Terengganu.



Ekoran daripada peristiwa ini Dr Syed Azman pada masa itu adalah Setiausaha Politik Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah diganti dengan orang lain.



Sampai hari ini Tulang Besi tidak pernah menjawab tulisan pertanyaan Songkok Putih ini, malah tidak ada wartawan macam Zainulfaqar ingin bertanya Dr Syed Azman untuk mengesahkan maklumat Songkok Putih. Apakah Songkok Putih, webmaster TKO berbohong?

Saya sambung lagi mengenail Roslan SMS diserang bertubi-tubi dan akhirnya dia ter"lucut" daripada jawatan Setiausaha Akhbar Presiden PAS. Sampai hari ini jawatan ini masih kosong. Ada orang kata dulunya nak letak Zainulfaqar di situ. Tapi politik sekarang dah berubah, setelah Zainulfaqar ditengking oleh Tok Guru Abdul Hadi dalam telefon kes Kalimah Allah. Apa taknya budak belajar sejarah nak ajar Presiden pasal kalimah Allah. (Mesti Zainulfaqar hairan bagaimana saya ada maklumat ini. Dr Shamsuri ke aku ini??? Anak usrah dr Kayu ke? Paling-paling busuk mesti Ustaz Kholil)

Oleh kerana jawatan dah terlepas, peribahasa Melayu ada menyebut, alang-alang menyerluk perkasam.. Itu jadi biul tak tentu pasal, serang Presiden, Serang Setiausaha Politik Presiden dan Serang Timbalannya sekali!

Saya berhujah lagi, kenapa saya kata mereka sengaja menyerang Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan beberapa orang kepimpinan PAS yang akan dijatuhkan dalam pemilihan Muktamar Agung akan datang. Saya berhujah juga bahawa pimpinan ini diintip setiap gerak geri mereka untuk mencari kesalahan bagi dijadikan isu untuk "blogger celaka" menambah tokok kebencian.

Ok. Masih ingat Pengundian Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember lalu? Wartawan dan Blogger Celaka Zainulfaqar ada tak menyoal atau bertanya MP PAS yang tak hadir tanpa sebab dalam pengundian tersebut? Kenapa ada diskrimimasi dalam hal ini? Tidak lain kerana memang mereka adalah agen pengatur kepimpinan PAS untuk Muktamar Agung akan datang supaya mudah harta, jawatan, pangkat dan kedudukan di dalam negeri-negeri yang perintah akan berada di tangan mereka.

Saya masih belum bersedia mendedahkan bagaimana dalam pemilihan lalu wang diberikan kepada perwakilan. Tidak hairan suatu masa nanti PAS akan jadi macam UMNO. Kononnya tentang UG tapi hati perut macam UMNO!!

UG adalah senjata menyerang kepimpinan. Saya cabar mana-mana ahli PAS (jangan takut saya dikatakan oleh TB boleh akses database PAS) untuk menyatakan di dalam mesyuarat mana (sebut cawangan sudah cukup) bahawa ada disebut UG dan di bincangkan!!

Sekali lagi saya cabar Tulang Besi (selaur dalam), Zainulfaqar dan Greenboc (Kalau tak jawab juga tulisan ini lebih baik engkau tak payah menulislah buat dosa aje. Kerja dan cari rezeki untuk anak dan isteri lebih mulia!!) untuk membuktikan di mana-mana cawangan atau kawasan yang ada bincang pasal UG. Satu cukuplah!! Sahut cabaran buktikan dengan fakta!!

Sakit kepala dengar cerita pasal UG macam cerita hantu. TV pun main cerita hantu, rating TV naik. Tapi tanya daripada pengarah sampai tukang cuci sampai selepas shooting pun tak pernah lihat hantu sebenar!! Blogger celaka pun macam tu juga, tulis pasal UG, label orang itu orang ini UG, habok tarak!! rating juga kira!!

11 ulasan:

  1. salam..diorang ni adalah pengkhianat yg menyelinap masuk dlm PAS utk menghancurkan PAS..tak hairanlah lipatan sejarah menyaksikan gerakan islam,kerajaan islam banyak tersungkur asbab dr wujudnya 'malaun2' camni..sy jg adlah penntang golongn mcmni walau sy skng dok jauh dr m'sia.bgs bnr ada geng utk defend pimpinn dgn fakta@'tsunami' yg menarik.izinkn sy bersm kalian.slm perjuangan!

    BalasPadam
  2. Bukanlah mudah nak menjadi bloggers celaka kecuali ada kepentingan perut. Sanggup jadi bloggers celaka & barua, mesti ada yg menyokong dan mengarahkannya yg juga ada kepentingan perut, pangkat & kuasa. Kalau dari umNO ke PKR ke, itu adalah jelas. Tapi yg paling aku bimbang & seramnya kalaulah tok dalangnya dari orang besar dalam jemaah sendiri!??!

    BalasPadam
  3. Salam,

    blogger celaka ni perlu dibongkarkan kepada umum akan modus operandinya agar kita semua tidak terpedaya dgn niat jahat mereka utk menjatuhkan pemimpin sendiri.

    Yang paling aku takut, dibimbangi ada segelintir pemimpin PAS terlibat sama dalam operasi blogger celaka ni. Nauzubillahi min zaalik..

    BalasPadam
  4. Wasalam,
    Saudaraku camarputih Allah telah menjanjikan bahawa Dia akan menjaga AgamaNya dan Gerakan AgamaNya. Allah pasti membinasakan mana-mana pihak yang berkepentingan dalam gerakan Islam ini selagi PAS masih utuh dengan prinsip Islam. Jika tidak tunggu kebinasaannya.

    BalasPadam
  5. Saudaraku giler-giler yang bunuh Khalifah Omar Abdul Aziz adalah dari kalangan keluarganya sendiri. Yang bunuh Islam adalah orang Islam sendiri.

    Doa untuk mukmin yang dengki juga harus diambil perhatian

    BalasPadam
  6. yg bunuh PAS ialah UG.
    yg porak perandakan jemaah ialah UG

    dan blogger celaka ialah spt batuapi dan alizaidan serta penembak babi -penyokong tegar gagasan UG.

    BalasPadam
  7. badeng UG tu apa
    kalau engkau tak tahu jangan cakap
    nanti orang kata hang bodoh!!

    Aku dah cabar tunjukkan aku dimana ada dibincangkan. Payahke nak berfikir pakai otak?

    BalasPadam
  8. UG - UMNO GROUP
    diperkenalkan semasa H1N1 menular

    H1N1= Nadi & Nasya

    BalasPadam
  9. Tahniah! satu cara nak hancurkan kelompok blogger celaka ni ialah dedahkan siapa mereka sebenarnya...penglibatan mereka dengan PAS tempat mereka....siap gambar sekali..macam tulang besi dah sawan sejak gambarnya terdedah.
    Aduka juga sawan bila muka orang kenal..

    Tolong buat satu artikel lengkap tentang blogger geng ts13 ni.... dedahkan kerja jahat mereka.... anta lebih tahu maklumat...kewajipan anta dedahkan...

    BalasPadam
  10. Terima Kasih Demi Melayu
    Ilmu dan petunjuk itu adalah hakNya semata-mata
    Kita manusia pasrah...

    Jika diberikan kepada saya pasti saya akan menulis.

    Tidak terlintas untuk bermusuh dan mengaibkan tetapi mengikut retak dan tari mereka yang menjadi duri dalam daging kepada perjuangan islam ini

    BalasPadam
  11. anda sememangnya kepala segala kepala batu api...lg teruk dari blogger celaka yg anda maksudkan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog