Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Selasa, 20 April 2010

Tok Guru Nik Abdul Aziz perlu turun ke Hulu Selangor

Daripada maklumat dan tinjauan yang dibuat, sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat boleh dibanggakan. Angin perubahan untuk kembali kepada Barisan Nasional masih belum wujud, apatah parti MCA masih beum pulih sepenuhnya setelah karam begitu lama.

Walaubagaimana pun, masyarakat Cina adalah satu masyarakat yang sukar untuk ditentukan kecenderungan politiknya kerana masyarakat Cina boleh buat kejutan dalam sokongan.

Tinjauan awal daripada Bilik Gerakan PKR juga menunjukkan angka yang melegakan. Hanya ada sekit masalah untuk kaum India, kerana wakil BN juga daripada kaum tersebut. Saya hanya boleh sebut kaum India adalah 50-50 bergantung bagaimana perayu dan strategi pada hari-hari akhir kempen nanti.

Hulu Selangor yang merupakan kubu kuat BN dan satu kejutan telah dilakukan pada pilihan raya umum Mac 2008, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (meninggal akibat barah otak) merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G. Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi. (Allahyarham memperoleh 23,177 undi manakala Palanivel mendapat 22,979 undi)

Satu perkara yang menarik juga perlu diambil perhatian ialah Pakatan menguasai kerusi Parlimen Hulu Selangor tetapi dalam masa yang sama tiga DUN didalam parlimen berkenaan iaitu Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu dikuasai oleh BN dengan majoriti yang agak besar. (sila lihat petunjuk keputusan pilihan raya ke-12 di bawah)

Oleh itu saya lebih suka meletak target untuk undi kaum India adalah 50-50.

Agak bermasalah sedikit dengan kaum Melayu diamana peratus undi kaum Melayu berdasarkan pilihan raya 2008 adalah 53.94%. Undi Melayu adalah penentu dan UMNO/Barisan Nasional telah menggunakan sebahagian besar tenaganya untuk menyerang kaum Melayu khusus dalam isu-isu keperibadian calon Pakatan Rakyat.

Sebab itu kita tidak hairan hampir semua media kerajaan telah menyerang Datuk Zaid Ibrahim dengan isu arak, saman hudud dan berjudi.

Satu lagi serangan yang agak mengejutkan ialah menarik keluar orang-orang kuat PKR untuk masuk UMNO pada saat-saat kempen pilihan raya ini.

Semasa di program ceramah PKR di Dewan Sg Selisek, boleh berada atas pentas bersama dengan DS Anwar. Tapi bila tidak dicalonkan??

Pengistiharan bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat yang juga merupakan antara nama yang disebut-sebut sebagai calon Pakatan Rakyat untuk Hulu Selangor adalah antara aturan pemainan politik yang cukup licik.

Jika PKR memilih dia sebagai calon, sudah tentu PKR akan dimalu besar dan senjata dan racun ini akan memakan PKR untuk selama-lamanya. Mungkin Allah mahu selamatkan Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS, PKR dan DAP bagi memastikan suara rakyat terus mendapat tempat di hati rakyat.


Perkembangan muktahir ini, dua calon bebas telah di"beli" oleh pihak UMNO/Barisan Nasional bagi mengelakkan undi kaum India dan Melayu berpecah di sebelah MIC dan UMNO.


Satu lagi faktor yang boleh membantu menaikkan undi Melayu ialah kekuatan sokongan dan jentera parti PAS. Jentera parti PAS diketuai oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Selangor di bawah Pesuruhjaya PASnya ialah Dr Hassan Ali.

Dua individu ini telah diserang dengan begitu hebat dan dikaitan hubungan UMNO. Walaupun usaha memulihkan tuduhan liar ini telah dilakukan, namun mereka yang dengki masih menggunakan blog dan media elektonik lain untuk menyerang jentera parti PAS.

Sebab itu tidak hairan Tulang Besi dan laman Perisik-Rakyat saban hari memainkan isu-isu fitnah untuk melumpuhkan kepercayaan kepada jentera parti PAS.

Selain daripada itu, laman Malaysia Insider melalui tulisan Adip Zulkapli membuat telahan yang tidak betul. Begitu juga dengan akhbar The Star melalui ruangan Joceline Tan turut membantu mengadu-domba dengan melaporkan kononnya PAS Selangor bawah Dato Dr Hasan Ali tidak akan beri kerjasama kepada PKR lantaran pemilihan Dato Zaid sebagai calon.

Lagu ini pula dimainkan oleh blog-blog seperti Tulang Besi dan Perisik-Rakyat supaya kebencian kepada dua tokoh PAS ini tidak padam.

Malah ada blog yang tidak sedang silu membuat fitnah dengan tuduhan yang tidak betul hampir sama gerakerjanya seperti blog-blog UMNO dengan mengatakan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharudin tidak hadir dalam program-program penting bersama Pakatan Rakyat khususnya PKR.

Walapun dalam hujan, masih gah memberi taklimat kepada jentera parti PAS untuk memastikan Pakatan Rakyat Menang di Hulu Selangor.

Kita sudah maklum Tok Guru Haji Abdul Hadi berkampung di Hulu Selangor bagi memastikan Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya kecil ini. Malah hubungan baik antara pemimpin PAS yang bertelagah juga dirasai dalam PRK ini. Khalid Samad bersama membantu dan menghantar tenaga kerja dikalangan anak muda Shah ALam.


Walaupun TGHH berkampung tapi usaha jahat dengan laungan "Geng Perpaduang" oleh blogger celaka amat memilukan dan ini memerlukan TGNA untuk turun sama berkempen bagi membantu jentera PAS yang diketuai oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Mengikut sumber maklumat daripada Wan Nik Wan Yusuf Setiausaha Politik MB, TGNA dijangka akan ke Hulu Selangor pada 23 April ini bagi membantu jentera pilihan raya PAS dan Pakatan Rakyat selepas pulang daripada Mekah. TGNA diminta datang terutamanya di kawasan hitam; kawasan felda.

Semoga kedatangan TGNA nanti akan membantu jentera PAS bagi memenangkan Datuk Zaid Ibrahim, yang mewakili Pakatan Rakyat. Gandingan TGNA dan TGHH dalam kempen-kempen terakhir nanti akan melenyapkan racun jahat Abdul Rahman @ Tulang Besi melalui blognya dan Perisik-Rakyat telah sedikit sebanyak merosakkan kempen jentera parti PAS secara tidak langsung.


###

Keputusan PRU12:

P94 HULU SELANGOR

Jumlah Pengundi: 63,593
Peratusan Kaum: M:53.94% C: 26.67% I: 18.98% L:0.41%
1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad
(PKR) (23,177)
2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979)
Majoriti: 198
Jumlah undi: 47,622
Peratus mengundi: 74.89%
Undi rosak: 1,46

N5 - Hulu Bernam

Jumlah Pengundi: 17,549
Peratusan Kaum: M:67.7% C...: 17.2% I: 14.8% L: 0.3%
1. Datuk Mohamed Idris Abu Bakar
(BN) (7,985)
2. Sukor Ali (Pas) (4,436)
Majoriti: 3,549
Jumlah undi: 12,739
Peratus mengundi: 72.59%
Undi rosak: 318

N7 - Batang Kali

Jumlah Pengundi: 27,832
Peratusan Kaum: M: 59.4% C: 20.3% I: 19.9% L: 0.3%
1. Mohd. Isa Abu Kasim (BN) (11,724)
2. Mohd. Nashruddin Abd. Aziz (PKR) (9,545)
Majoriti: 2,179
Jumlah undi: 21,673
Peratus mengundi: 77.87%
Undi rosak: 404

N6 - Kuala Kubu Bharu

Jumlah Pengundi: 18,212
Peratusan Kaum: M: 32.3% C: 45.5% I: 21.5% L: 0.7%
1. Wong Koon Mun (BN) (6,555)
2. K. A. Ramu (DAP) (6,107)
Majoriti: 448
Jumlah undi: 13,211
Peratus mengundi: 72.54%
Undi rosak: 549

4 ulasan:

  1. khalid samad plak elok berkempen ke kawasan india dan cina
    imej dia di kalangan org melayu tak baik sangat

    BalasPadam
  2. aku cucu mamak kutty yg ori punya24 April 2010 6:25 PTG

    dah 4 hari kau tak buat new entri....kau pi hulu selangor...kau pi tolong zaid ke atau kau pi tolong si kamal....atau kau pi makan angin ni batuapi kahkahkah....kau pi mandi kat air terjun ulu yam ye....nanti padam pulak batuapi kau....kahkahkah

    BalasPadam
  3. dengar cerita tuan presiden pas tengah dok mancing kat kepulauan... betul ke? cuba jkau ulas sikit cerita ini... npatut tak nampak muka kat hulu selangor

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog