Saya teringat pasal Usrah Barbican, tulisan TB lalu saya membuka laman Al Bakistani kerana laman ini senonim dengan Barbican. Terpapar artikel baru Wan Ji bertajuk Berforum dengan Dato' Nakhaie. Tidak berhasrat untuk mengulas mengenai Dato' Nakhaie yang pernah baling kertas kerja kepada geng Terengganu dalam mesyuarat Harian PAS Pusat tapi berminat dengan satu petikan pendapat Wan Jin iaitu;
Antara kupasanku tentang Islam di alam melayu, aku mengemukakan beberapa pembuktian, seperti penggunaan kalimah Melaka yang berasal dari kalimah arab, iaitu ‘Malqa’ yang bermakna ‘tempat pertemuan’ pedagang arab dan India dalam menyebarkan Islam di tanah melayu. - Wan Ji AlBakistaniSaya tak setuju kedatangan Islam di Melaka adalah tempat pertemuan pedangan Arab dan India dalam menyebar Islam di Tanah Melayu. Ini semua adalah mitos dan dogengan pejajah Inggeris yang masih berpaku di kepala otak sesetengah masyarakat kita tak kira apa latar belakang pengajian agamanya.
Penjajah Inggeris mengaburkan rakyat Malaysia tentang Islam yang sebenarnya datang lebih awal daripada Selatan Thailand. Walaupun terdapat 3 teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu, kita harus sedar dan insaf bahawa Penjajah memainkan peranan dalam mengaburkan maklumat sebenar tentang kedatangan Islam sebagaimana penjajah juga mengaburkan maklumat sebenar mengenai perjuang kemerdekaan.
Jangan kita bodoh dalam hal ini. Penjajah boleh "mencipta UMNO" bagi tujuan merosakkan Islam. Kita benci UMNO tetapi dalam masa yang sama kita sebenarnya mengiyakan apa yang penjajah ukirkan untuk pemikiran kita.
Saya juga hairan bagaimana seorang berketurunan Wan lupa tentang diri dan sejarah keturunannya?
Keturunan Nik, Wan Tuan, Che, Tengku (Kelantan) adalah berasal daripada Sayyid Hussein Jamadil Kubra, tokoh penting Nusantara yang telah dipadamkan sejarah oleh Penjajah sehingga orang buta tentang kebenaran.
Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo yang mana Islam sebenarnya datang daripada benua China, turun kepada ke Selatan Thailand dan terus ke Kelantan dan Terengganu. Bukan melalui laut seperti yang diagongkan-agongkan penjajah dalam semua buku sejarah.
Penemuan Batu bersurat di Kuala Berang yang lebih awal daripada Melaka telah membukti penipuan penjajah dalam memutar belitkan fakta sejarah bagi mengelirukan umat Islam di Malaysia.
Masalahnya data sejarah kita tak lengkap, hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut. Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan China. Sudah tentulah sejarah sebegini tidak disimpan oleh pihak kolonial penjajah, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan Richard Winsteadt.
Kita sepatutnya mengkaji Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar bagi mengetahui bagaimana Islam merebak di Tanah Melayu, bukan sekadar ambil daripada pemikiran penjajah yang dionak-anak dengan Mekah dan sesetengahnya tahyul. Keluarga Raja Jembal ini memerintah Kelantan dalam abad yang ke-17 dan 18 iaitu antara 1600-an hingga tahun 1733 M.
Saya ambil petikan untuk direnung bersama bagaimana Islam di Melaka mengikut cerita tahyul sejarah di baca di sekolah-sekolah dan Pusat Pengajian Tinggi.
…..Setelah berapa lamanya baginda diatas kerajaan, maka baginda bermimpi pada suatu malam, berpandangan dengan keelokan hadrat nabi Mustafa Rasulullah salla’llahu’alai wa salam. Maka sabda Rasulullah pada Raja Kecil Besar,”Ucap olehmu:” Asyhadu alla ilaha i’l Allah wa asyhadu anna Muhammad-ar-rasulullah.” Maka oleh Raja Kecil Besar seperti sabda Rasulullah salla’llahu ‘alaihi wa salam itu diturutinya. Maka Sabda Rasulullah kepada Raja Kecil Besar, “Ada pun nama mu Sultan Muhammad Syah (Sejarah gelaran nama SULTAN yang sebenar nya diberi oleh Rasulullah kepada Sultan Melaka). Esok hari apabila asar matahari, datanglah sebuah kapal dari Jeddah, turun orang nya sembahyang di pantai Melaka ini, hendaklah engkau ikut barang katanya.” Maka sembah Raja Kecil Besar,”Baiklah tuanku, yang mana sabda junjungan itu tiada hamba lalui.” Maka nabi salla ‘llahu’alaihi wa salam pun ghaiblah.
Setelah hari siang, maka Raja Kecil Besar pun terkejut dari beradu, maka dicium baginda tubuhnya bau narawastu, dan dilihat baginda kalamnya pun seperti sudah dikhatankan. Pada hati Raja Kecil Besar,”Bahawa mimpi aku ini. Asyhadu alla ilaha i’l Allah wa asyhadu anna Muhammad-ar-rasulullah.”Maka segala orang pun datanglah ke dalam istana baginda; sekeliannya pun hairan mendengar yang disebut raja itu.
Petikan di atas diambil daripada Sejarah Kedatangan Islam ke Melaka. Sila baca di sini http://selftechgroup.multiply.com/journal/item/24
Untuk lebih pencerahan bahawa wujud pembohongan penjajah, saya nukilkan Malaysia dan Negaraku telah wujud sebelum merdeka lagi.
Baca di sini untuk pendetailan http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2009/09/seawal-tahun-1937-nama-malaysia-telah.html
SEAWAL TAHUN 1937 NAMA 'MALAYSIA' TELAH DISEBUT DALAM SEBUAH BUKU BERTAJUK,"MALAYSIA: A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE" YANG DIKARANG OLEH RUPERT EMERSON, NEW YORK,MC MILLAN (20 tahun sebelum merdeka dan sebelum Jepun menyerang tanah melayu). TAJUK BUKU INI ADA KAMI JUMPAI SEMASA SURFING.
Kita andaikan begini,kalaulah mereka dahulu (TAR and the gang) nak bincang kemerdekaan dan nama negara, sudah pasti selepas Jepun tewas tahun 1945 dan 12 tahun kemudian Malaya yang merdeka dan nama Malaysia ini hanya wujud pada tahun 1963,kombinasi saudara kita di Sabah dan Sarawak. Bukan kah begitu kefahaman kita selame ini??? Anehnya buku ini terhasil jauh lebih awal dari tarikh-tarikh ini.JADI persoalannya, NAMA NEGARA KITA MALAYSIA INI AGENDA SIAPA SEBENARNYA? US terlibat juge ke?
Penemuan yang tak boleh dinafikan sama seperti penemuan Batu Bersurat di Terengganu
Umat Islam Melayu, suka lepak di kedai kopi. Terima bulat-bulat apa yang diajar oleh penjajah. Sekarang lepak di kedai Arab atau kopitiam sambil perkena Barbican. Sejarah diri sendiri pun sudah kabur akhirnya tertipu.... kerana asyik melihat kesilapan orang.
Wan Ji sambut Tulang Besi ketika dipanggil untuk kes laporan salah laku pimpinan PAS. Gambar cilok daripada laman Penebak Babi http://penembakbabi.blogspot.com/
hahaha,
BalasPadamasal boleh jer lu ni.semua jd bahan.mentang2 ostad tuh nobody dlm PAS.
kelakar betui la.
chill bro.Belajo sikit agree to disagree.
Pemimpin bukan tuhan untuk dipuja n disembah.Lagi tade sebab nak jd punca gado2.
kepulauan melayu polenisia = nusantara = malaysia. kena study classic anthropology ni. selepas di faraid dek mat saleh jadi tanah melayu, java, sumatra, borneo, filipina.
BalasPadamSalam..
BalasPadamsmall matter je isu ni..
ustaz tu bcakap kpd umum...
so, sejarah yg dipaham umum perlu diutarakan..
teori sejarah datang dari tanah besar china pon masih sekadar teori...
hehe.... giler punye banyak peluru ko sembur eh bro batuapi2... sikit2 dah la bro.. kang ade yg nangis xberlagu kang...dorang2 pun dh slow sket nampaknya sminggu dua nih...dh lembik agaknye digusti dek nko n bro Ali..hehe, kita yg 'abang'2 ni kasi can la sket kat 'adik'2 bernapas... jgn duk tomoi manjangg jah..keke, WE ARE BROTHERS IN PAS bro, tp klau 'adik'2 nakal, abang jentiq teloq lagi naa!!!!keke...
BalasPadamP/s: Xenan....xleh gak disagree to agree memanjang!!hehe...always salaamatussadr!!
Xenan,
BalasPadamWa bukan apa.
ostad ni, bukan main sakan balun orang
hangpa ingat orang diam mana orang setuju.
biaq dia rasa,
kalau di pulak dibalun!!
lu agree Xenan?
Wa rasa ok kan!!
iku peribahasa buat baik dibalas baik!!
(teori sejarah datang dari tanah besar china pon masih sekadar teori...) - zaminc
BalasPadamTak juga zaminc,
bagaimana kina nak nafikan tentang batu bersurat? Takkan batu itu orang Melaka hantar? Sultan Muzaffar belum lahir lagi.
maaf out of topic sedikit.
BalasPadamdiakui batu bersurat tu menunjukkan Islam datang terlebih awal dari pembentukan Melaka..
yg dipertikaikan ialah kedatangan Islam dari China...
tulisan Jawi di batu tersebut yg menyerupai tulisan Arab menyebabkan para sarjana cenderung menyatakan pedagang2 Arab yg menyebarkan Islam disitu...
WA.