Fitnah kepada TGNA, makin menjadi-jadi. Kadangkala sukar untuk dibuktikan kepalsuannya sebagaimana Nabi Allah Yusof a.s. difitnah sehingga Allah memberikan pertolongan, sebagaimana isteri Rasulullah s.a.w juga terfitnah sehingga Rasulullah s.a.w berduka cita.
Permainan fitnah oleh blogger yang disebut oleh TGNA sebagai "blogger celaka" semakin menjadi-jadi sehingga hilang rasa keislaman pada diri membuatkan orang yang terfirnah teraniyai. Begitu juga dengan TGHH, Dr Harun Din , Ustaz Nasa, Dr Hassan Ali dll mereka juga dilibatkan dengan pelbagai tuduhan yang yang dihubung jaling agak kebenarannya nampak terjelas dan kepalsuan ditengelamkan.
Terbuktilah Firman Allah s.w.t
“Janganlah kamu terpengaruh dengan golongan pengkhianat tersebut yang selalu bersumpah dan hina sikap dan amalannya, lagi yang selalu mencela dan menyebarkan fitnah untuk perpecahan (umat) menolak segala kebajikan (dan kemajuan orang), mereka yang melampau dan menentang (ajaran agama) dan melakukan dosa.” Surah al-Qalam
Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.a.w bersabda: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu-daya. Ketika itu golongan benar dikatakankan pembohong dan golongan pembohong dikatakan benar. Orang yang khianat dipercayai dan orang-orang yang benar dikhianati dan para ruwaibidhah akan menjadi jurucakapnya”. Sahabat bertanya: Siapa itu ruwaibidhah? Sabda Baginda: “Orang yang bodoh dalam urusan orang-ramai”Sebagai seorang pemimpin, apabila fitnah sudah tidak dapat dihindari lagi, tiada jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara ini ialah mengadu kepada Allah s.w.t. Kerana Dialah yang membukan fitnah dan aib seseorang jika sekiranya Dia mahu sebagai suatu pengajaran bagi memantapkan keimanan seseorang atau sebaliknya untuk menghukum apabila hambaNya melakukan kesilapan. Allahlah segala-galanya.
TGNA telah ke Mekah mengerjakan Umrah bagi mengadap Allah s.w.t. kerana Dialah tempat mengadu. Saya terbaca link ini.
Gambar TGNA di Mekah ini saya cilok daripada blogger Manzlie atau CL.
Bagi mereka yang mempunyai keupayaan bolehlah ke Mekah untuk mengadap Allah s.w.t. tapi bagi mereka yang daif seperti saya, kesedihan melihat bagaimana jamaah Islam telah dikotak katik oleh ahli-ahli yang berkepentingan. Mereka menjadi jamaah ini sebagai kuda tungangan untuk mencapai sesuatu hajat.
Pimpinan difitnah, dicerca dan dimaki. Batas nilai agama sudah tidak ada lagi. Mereka menyerang pimpinan ini dengan pelbagai tuduhan dan putar belit fakta sehingga kebenaran sudah sudah tidak diindahkan lagi. Kebaikan, kemurniaan pimpinan bertahun-tahun mengabadikan diri dalam mentarbiyyahkan ahli jamaah diinjak-injak.
Diri ini sudah tidak bermaya menghalang kecelakaan yang membuat onar, keupayaan mengadap Mu di Baitullah juga terbatas, hanya sekadar menitis air mata di sejadah dan di papan keyboard melawan nafsu-nafsu syiatan menjiwa manusia membelah keimanan dan meruntuhkan persaudaraan.
Hanya Mu lah yang bisa memusnahkan kecelakaaan ini...
woi batu api kau dah baca ke komen tulang besi pada kickdefeella tu...kau taknak hentam tulang besi ke krn lambat nak bela tok guru nik aziz....atau kau nak jadi batu api supaya kickdifela boleh gaduh dgn tulang besi....mcm cerita doreme p ramle dgn tompel...batu api tu kata ..ni kepala bapak kau...dan ni kepala bapak kau....apa lagi pijak le....kah kah kah ...kan ke tu keje sorang batu api....nama kau sebagai batu api tu pun aku rasa memang sinonim dgn perangai kau ....kah kah kah....lebih baik jadi batu jalan...dapat beri menafaat pada manusia...dari jadi batu api...kah kah kah...hari tu kau kutuk golongan pas reform...hari kjau taknak sokong ke si tulang besi tu...
BalasPadamkor tunggu tulisan aku kenapa TB menulis pasal Kickdefella baru otak engkau boleh cerah sikit.
BalasPadamSabaq nanti hangpa baca
baru hangpa tahu tembereng TB