Syukur, jarang tulisan aku mendapat respon tapi kali ini meriah betul, bila tulisan ini diulas oleh penulis atau blogger tersohor, pro Pakatan Rakyat pula tu! bukan senang beb, nak jadi blogger pro Pakatan Rakyat, maklumat nak kena tepat. Betulkan Pojie?
Aku pun tak tahu nak jawab mana satu, banyak sangat aku dihentamnya. (baca di sini Kenapa Pilih Jadi Bangang..? ) Macam kendurilah, senangnya hati pojiee atau lain bahasa macam menang "Judi Bola" aje. Masa ini nak kerjakan si BatuApi @ FireStone. Engkau orang buat open table "barbican" di mana?
Lowyar buruk aku pun Pojie aku menulis pakai akal bukan tulis sebarangan ikut nafsu. Aku tahu apa aku tulis. Nanti aku pencerahkan kepada hang!
Pertama @ Satu
Pasal kamera. Pasal apa aku tulis pasal kamera? Aku bukan nak belajaq kamera dengan hang. Kalau aku nak belajaq pun, aku mesti jumpa Minah Jinggo. Aku tak kata hangpa tak reti, kalau tidak takkan aku tulis pula.
Pasal kamera wa respek sama lu. Lu pakar dalam hal ini, walaupun amatur. Mana ada orang terus jadi profesional kan! Mestilah mula daripada bawah. Macam lu cakap juga kena buat "homework" betul-betul.
Pengajaran daripada tulisan ini, kalau nak cakap sesuatu mestilah bercakap dengan orang yang mengetahuinya. Jangan tanya kamera dengan penjual Char Kuey Teow di teping jalan.
Begitu juga pasal PAS, wa cakap sama lu, lu bukan ahli PAS, lu kurang darjat sikit daripada Tulang Besi, ahli PAS tapi tak bayar yuran. Kalau bukan ahli mestilah dapatkan maklumat yang betul bukan begitu Pojiee. Hangpa jugak tulis. Aku ambil petikan hangpa aje.
Ini bukan bermakna bukan ahli PAS tak boleh mengkritik, menegur dan membuat ulasan, tapi kalau asyik sebut perkara yang sama, asyik nak terjah tak tentu pasal itu bukannya membantu membina.
Jawab ni bukan sebab nak bermusuh dengan hang, tapi nak mintak supaya lepas baca jawapan ini, Topeng Perak @ Unmasked setidak-tidaknya jadikla sorang yang "sedikit cerdik' dari "sebelum" ni. Dan akan membantu jamaah Islam menegur dengan hikmah.
Hang dah dengaq TGHH menceritakan bagaimana Allah tunjukkan kepada Rasulullah s.a.w dalam mimpi bagaimana seseoarng dicucuk pipinya sehingga ke belakang, dicucuk lubang hidungnya sehingga ke belakang, dicucuk matanya sehingga ke belakang dengan penyangkut daging kerana kerja membuat berita fitnah.
Berita benar juga boleh disiksa, apatah lagi kalau berita palsu. Hangpa ke tahu strategi, hangpa ke tahu perbincangan sebenar, bukan sekadar dengaq daripada musuh dalam selimut yang berada dalam PAS.
Hangpa kena tanya orang yang lebih mengetahui dalam PAS. Semacam aku kena tanya hang pasal kamera bukan buat sedap cakap. Betulkan Pojie?
Aku rasa hang dah mula sedar apabila, hang dah buang Tulang Besi @ Sluaq Dalam daripada laman Topeng Perak. Tulang Besi tak lagi jadikan laman hang dan hang sebagai batu loncatan. Sekali tahniah atas tindakan yang bijak hang. Hang dah bukti hang bukan bercakap sahaja tapi hang benar-benar buang kayu buruk dalam laman Topeng Perak.
Nanti akan ada sambung pula kedua, ketiga...
Bagus jugak jawapan ngko ni, langsung lari dari tajuk yang ngko mula-mula cerita... perbincangan asal ialah tentang "Pas Media", ni dah masuk bab lain pulak...
BalasPadamBab 1 pun dah lari dari tajuk asal perbincangan... bab 2, 3 dan seterusnya ngko layan je la sorang2...
Aku tak minat nak layan, lawan UMNO/BN lagi bagus dari lawan Mat Kunyit macam ngko ni...
Wassalam...
salam,
BalasPadamhehe, ko masuk jugok tengok apa yanga BA tulis tentang ko kat sini ye... bagus lah, mugo2 pasni ko berubah la TP... ado doh hidayah tu maghi baco apa hak BA tulis utk sedarkan ko dan puak2 ko.. hehe
aku rasalah topeng perak ni utusan dari umno, dia nak buat kacau dalam jemaah pas, cakap tunggang tungging, pusing-pusing, pastu buat tak mengaku bila dah berak merata-rata, orang mcmni patutnya Allah beri "petunjuk" supaya dia sedar bahawa tindakan dia tu memecahbelahkan jemaah... orang dah kenal la hang sapa topeng perak..... perangai hang dan member2 barbican hang tu....
BalasPadamBlog ni pun nama batu api...memang dasar batu api suka gaduhkan org lain...nama menggambarkan individu itu sendiri. tukar la nama blog ni bapak yahudi@ariel sharon baru betul2 batu api tu..hahahaha
BalasPadam