Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Selasa, 28 September 2010

Baju PKR badan UMNO/BN

Dulu saya ada membaca tulisan Haji Azizi Abdullah bertajuk "Ahli PAS, baju PKR". Tulisan santai dan sinis banyak menegur sifat hipokrit sesetengah ahli-ahli PAS. Haji Azizi, pengarang novel "Seorang Tua di Kaki Gunung" pernah menjadi calon PAS menulis "sangat payah hendak membezakan yang mana PKR, yang mana orang PAS"

"Sesekali semacam hendak menyindir betapa akidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap 'reformasi'" antara yang disebut oleh Haji Azizi yang sepatutnya difahami oleh ahli yang ada walaq* (Baca di sini )


* sebut aje walaq, puak-puak usrah barbikan mesti marah punya.

Cerita pasal ahli PAS berbaju PKR sudah kian hilang. Sebahagian ahli PAS sudah mulai sedar, dalam muktamar juga dijelaskan dengan panjang lebar bertapa pentingnya berada dalam jamaah Islam. Hanya tinggal beberapa orang blogger celaka yang sudah tersepit dalam arus kefahaman wadah gerakan Islam.

Pemilihan PKR 2010 telah menyerlah sifat-sifat sebenar ahli-ahli PKR yang berada didalam gabungan Pakatan Rakyat. Sebelum ini kita telah dibimbangi dengan isu Adun yang melompat, tapi isu ini hanya melibatkan orang-orang atas yang sukar kita mengetahui ahli bawahannya.

Hari ini banyak perkara yang sukar untuk kita terima sudah timbul ibarat timbulnya najis didalam aliran sungai. Busuknya akan terpias jua!!

Kita dikhabarkan tentang rampasan kuasa terhadap Bangunan Pejabat PKR secara tidak beretika pada jam 6.30 pagi 26 september 2010 dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Semporna. Sebelum ini kita telah mendengar bertapa dasyat dan kecoh pemilihan PKR di sana sini misalnya di Kapar, Sg Petani, Merbuk, Kuala Selangor dan Klang.

Belum ada kuasa kerajaan, hanya ada sedikit habuan dalam projek kerajaan negeri mereka begaduh lebih teruk daripada UMNO/BN (Kita tak kisah UMNO pasal semua orang tahu, blogger pun menulis UMNO memang jahat dan kita tahu UMNO tu jahat)

Kalau PAS tak betul kita tegur PAS, kalau PKR tak betul kita tegur PKR, begitu juga dengan DAP. Itu sifat penulis yang sebenar. Tapi blogger celaka lebih suka menyerang kepimpinan ulama PAS bagi tujuan kebendaan. Pasal kalau ada "ulama" tak ada peluang nak kaut kekayaan dan dapat CEO!!


Saya tak terjumpa satu komenpun daripada laman Tulang Besi pasal perkara ini.

Benarlah kata Haji Azizi Abdullah;



Yang silap ialah kerana mereka terus membawa bungkusan, galasan, fail-fail malah perlembagaan Umno masuk ke pejabat PKR. Mereka membawa akta dan peraturan bisnes, penswastaan, lesen kontraktor dan slogan korporat Umno; esok mau makan siapa?



Mereka melaung ‘Reformasi’ dan ‘Keadilan’.


Tetapi pernahkah anda terfikir dan mendapat tahu, selepas mereka (terutama yang berjawatan) memasuki PKR, mereka telah bersedia duduk bersila, berhimpit sesak dalam saf mendengar tuan guru membaca kitab-kitab tentang hubbuddunya, hablumminannas. Pernahkah anda dengar setiap minggu ada usrah dari naqib-naqib?

Nasib baik pemilihan PKR tidak menunjukkan satu yang posotif, kalau tidak Wan Ji @ Al Bakistani dan gengnya ada modal untuk kempen dalam Muktamar PAS akan datang seorang ahli, satu undi untuk menjatuhkan beberapa kepimpinan yang tak disenangi. Mereka sudah sedia dengan usaha-usaha ini, untuk membentuk satu "jalur" gelombangan reformasi kononnya dalam PAS. Apa komen Wab Ji?? -- nanti Fuqaq telefon jangan layan si BatuApi..!!

Saya tunggu komen Wan Ji & TB, sebelum saya detailkan maklumat saya. Takkan ini pun sudah hilang teloq!!

4 ulasan:

  1. sblom 2008 xde sgt yg brminat ke jwtan dlm parti...xde sgt yg nk amik pusing prkembangan prjlnann dlm parti...napas, selera dn napsu mrk msh senada dgn umno, mic dan mca

    BalasPadam
  2. abgBro yang ini pun berlaku dalam PAS, lihat mana-mana negeri PAS memang, pimpinannya ada sestengahnya sudah hilang zuhud.

    Hanya taklah teruk macam PKR

    BalasPadam
  3. sebenarnya hak dalam pas tu kebanyakannya puak2 JIM,depa dtg ke pas bawa dgn JIM sekali jadi jemaah dlm jemaah,tanya wan ji.Yg peliknya masa di luar negeri depa tentang pas,tak mau pas.Tapi balik mesia berebut masuk pas dah tu pakat dok lobi nak jawatan.Pasai pa?Bawa idea pas baru konon!Masa pas tak menang dulu,org yg koman-koman je yg dok berjuang pertahan pas sampai sekarang.Bila pas dh banyak menang,pakat mai la golongan elit JIM nk ambik alih,bawa fikrah depa sekali utk reform pas konon.Itupun setelah anuar ibrahim dan saari sungip kena isa.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog