Hujah-hujah yang menyerang kepimpinan PAS Terengganu dengan pelbagai tuduhan dan mengaitkan kekalahan PAS Terengganu adalah disebabkan beberapa individu tertentu selain daripada beberapa faktor yang disebut seperti pengagihan yang tak sama rata, kesombongan YB dan masalah JSR akan dibincangkan secara detail.
Saya tak menolak perkara ini dan memang sukar untuk membuat satu rumusan faktor-faktor kekalahan PAS Terengganu yang amat menarik dalam istilah Terengganu
"Terbalik Kot"
Banyak kajian tentang kekalahan ini telah dibuat malah tesis untuk Sarjana juga ada dibincangkan, saya tertarik dengan satu tesis Sarjana Sains Kemasyarakatan yang dibuat oleh
Awang bin Jabar Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pada tahun 2006 tentang kajian faktor dalaman dan luaran UMNO Terengganu yang memberikan kemenangan kepada UMNO bagi tahun pilihan raya 2004.