Mereka berbangga pasal ranking blog mesra-kerajaan dilihat seolah-olah menguasai kedudukan di atas dalam 100 kedudukan portal atau blog politik di Malaysia.
Saya juga difahamkan ada satu gambaran yang membimbangkan seolah-olah blog yang dahulunya pro-pembangkang sekarang sudah beralih arah kepada mesra-kerajaan. Kebimbingan ini bukannya datang daripada orang biasa, tetapi juga datang daripada orang-orang besar PAS.
Saya berpendapat ulasan Aduka Taruna boleh diguna pakai dalam hal ini. "Kepala hotak" budak ini masih ok lagi rupanya. Anda boleh baca tulisannya pada enteri terbaru bertajuk "Blog UMNO-APCO mengatasi blog rakyat?" Saya kurang setuju dengan pendapat Greenboc dalam hal ini yang lebih menyalahkan kepimpinan dalam Pakatan Rakyat. Seperti yang pernah saya tulis dahulu, dia adalah orang yang berada dipinggiran jamaah sahaja tanpa menelahi ertikata Jamaah itu sendiri. Anda boleh baca di sini. tulisan beliau.
Seperti yang saya sebut sebelum ini, Zaini Hassan bukannya buat 'research' untuk menulis perkembangan politik blogger. Sekadar mengambil kesempatan atas apa yang sedang berlaku sekarang.
Lagi pun Zaini sendiri menulis, sebagai wartawan konvesional mereka bukan buat kerja yang baik dan dia sendiri mengakui tidak akan boleh mengalahkan persediaan yang dibuat oleh blogger. Maaf bukan saya kata!
Bahan-bahan dalam blog mereka cukup kuat. Siap dengan gambar, grafik dan fakta-fakta yang cukup mengkagumkan, yang media arus perdana – akhbar-akhbar, radio dan televisyen – gagal melakukannya (lagi). - Zaini Hassan
Saya juga menyebut Zaini Hassan menulis, sekadar memenuhi tuntutan periuk nasi sebagai pekerja Utusan Malaysia. Pasal itu fakta dan maklumatnya adalah tidak benar-benar tepat.
Saya ambil satu contoh daripada tulisan Zaini Hassan.
‘‘Saya sebagai penggerak laman web Mahazalim serta Mahafiraun ketika itu berjaya memporak-perandakan pemikiran rakyat terhadap Mahathir,” kata Anuar Md. Nor, blogger yang kini menggerakkan blog UMNO Reform atau pembaharuan UMNO yang mesra-kerajaan.
Petikan itu adalah satu kenyataan manipulasi yang mengambil kesempatan daripada kemasyuran laman Mahazalim dan Mahafiraun.
Saya tak tahu apa tujuan penulisan ini, sekadar nak tunjukkan sokongan kepada kerajaan oleh penulis-penulis blog? Atau sekadar nak mengambarkan bahawa blogger yang menentang kerajaan dan menyuara suarat rakyat dahulunya sudah tersilap sebelum ini, dan sekarang baru sedar untuk menyokong kerajaan?
Mari kita bermain dengan fakta.
Saya ada gambar Greenboc, tapi rasanya tak nak letak |
Anda boleh lawat laman pengasas Mahazalim ini di url http://greenboc.blogspot.com/
Untuk mengetahui kisah sebenar daripada mulut pengasas laman Mahazalim, anda boleh baca artikel kuahan ini (Klik) setelah beliau meninggalkan TKO atas beberapa sebab tertentu. (..saya juga ada gaduh hujah dengan dia ni...)
Sebelum pilihanraya ke-10 pada 29 November 1999, laman Mahazalim telah bertukar tangan dengan keluarnya Laman Mahazalim2 diatas sebab kesihatan pengasas laman Mahazalim. Saya lebih berpendapat ini juga merupakan kesilapan yang besar dibuat oleh Greenboc, tapi kita tidak bisa mengubah takdir!
Pengendali laman Mahazalim yang baru ini adalah orang Terengganu yang pernah menjadi wakil rakyat. Saya tidak berhasrat mendedahkan secara detail kerana dia juga tidak begitu mendedahkan diri. Dia juga penulis di internet dengan menggunakan nama 'Awang Siber'.
Apa yang boleh saya beritahu ialah dia ini cukup rapat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim sekarang. Jika anda kenal dan boleh bertegur sapa dengan Nurul Izzah, Naib Presiden PKR sekarang anda boleh tanya hal ini, rasanya dia boleh memberitahu anda siapa sebenar Mahazalim yang kedua ini.
Soalnya dimana kedudukan si Anuar Md. Nor yang dikatakan mengaku sebagai pengerak web Mahazalim yang memporak perandakan Tun Mahathir?
Maaf saya mengaku, saya tak ada maklumat yang jelas, bahawa si Awang Siber ini dibantu oleh Anuar Md. Nor semasa dia mengendalikan Mahazalim? Tapi saya lebih berpendapat tidak.
Oleh kerana Awang Siber telah menjadi YB. Laman Mahazalim telah diserahkan kepada orang lain untuk mengendalikannya. Saya juga tak pasti secara jelas siapa dia. Tapi saya berpendapat dia ialah Anuar Md Nor.
Selepas itu Mahazalim diserah pula kepada seseorang yang berada di Australia (mungkin yang keempat). Dia ini mencari nafkah di sana. Banyak mengutip derma dan juga membuat iklan pada laman Mahazalim. Anda boleh tahu secara detail dengan bertanyakan kepada Zunar. Dia arif dan tahu siapa yang saya maksudkan ini.
Apa yang menarik pada cerita ini?
Laman Mahazalim memang hebat dan banyak membantu kemenangan APU (Angkatan Perpaduan Umah) dalam pilihanraya ke-10 tetapi selepas dikendalikan oleh Anuar Md Nor laman Mahazalim telah mula merosot dan gagal!!!
Mahazalim tidak lagi memainkan peranan sebagaimana Mahazalim yang dikenali sebelum pilihanraya ke-10. Mahazalim sudah menjadi laman politiking. Kehendak dan selera rakyat marhain sudah ditinggalkan. Dia lebih kepada agenda 'seseorang'. Akhirnya rakyat khususnya pembaca internet menolak Mahazalim dan memilih laman Tranungkite, Minda Rakyat dan M@hain.
Ingat bagaimana suatu masa dulu bila kita buka laman Mahazalim ada gambal lucah kononnya di 'hack', tetapi yang peliknya e-mail mereka tak di 'hack'. Kalau anda biasa dengan tapak hosting Tripod ini tak mungkin berlaku. Kerja siapa?
Ingat bagaimana Black-14 menyebabkan pecah dua kumpulan laman-laman pada masa itu. Tranungkite, Minda Rakyat dan M@rhain serta beberapa lagi laman berada pada satu kelompok yang menolak boikot (tafakur sekejap - baca pada tajuk tafakur sekejap) untuk tidak mengemakini laman, manakala Mahazalim dan kelompoknya pula adalah kumpulan yang membuat boikot bergelap tidak mengemakini berita. Ini kerja siapa?
Tak ada hebatpun bagi saya nama Anuar Md Nor yang disebut sebagai pengerak laman Mahazalim dan Mahafiraun. Semuanya omong-omong kosong penulis 'bangkap' dengan fakta saudara Zaini Hassan bagi menyedapkan jalan cerita kepada golongan baru blogger yang hadir dalam perhimpunan blogger mesra-kerajaan di Pertaling Jaya.
UMNO-Refom yang dikendalikan oleh Anuar Md Nor pun tidak sedikit membantu UMNO mengubah sikap kepada 'kemenjadian' UMNO yang sebenar.
Saya mendedahkan perkara ini, bukan nak perkena sesiapa di antara penulis siber yang aktif. Saya lebih berpendapat pendedahan yang benar perlu dibuat agar orang baru menjinak didunia siber, baru nak menjadi blogger memahami salur galur kewujudan orang-orang lama dalam dunia internet. Sejarah perjuangan mereka akan dikaburi dengan pensejarahan baru oleh "penulis pelacur" seperti Zaini Hassan.
Kita tak mahu jadi seperti sejarah kemerdekaan negara kita. Orang-orang yang berjuang bersungguh-sungguh untuk memerdekakan negera kita, sehingga ada diantara mereka menjadi buruan dan merepak diluar negara sehingga sekarang tetapi yang mendapat nama ialah pemimpin UMNO yang dulunya adalah talib arut British.
Anda perlu perlukan fakta serta maklumat yang benar.
BatuApi @ FireStone,
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com
BESTNYA BARANG NAIK...
BalasPadamHAHAHAH KAYA KAYA KAYA
YANG SENTIASA TURUN... BIASALAH BUAH DADA MAKIN LAMA MAKIN TURUN...
BERSYUKUR SANGAT2 SEMUA BARANG NAIK...
BAGI NAIK LAGI...
GUA TAK KISAH...
GUA BANYAK DUIT...
GUA MAKIN KAYA BEB...
NEGARA MAJU KATAKAN..
MAMPUSLAH KORANG MISKIN...
SAPA SURUH JADI MISKIN..
HIDUP BN... PENYOKONG SETIA BN SELAMANYA... CAYALAH BN... 9897
Anuar Md Nor jenis manusia muka bertampal kulit babi..senang2 mengaku penggerak Laman Mahazalim...
BalasPadamLaman Reformasi (Mahazalim) selepas sahaja PRU ke-10 sudah tidak memainkan peranan yang betul, lebih banyak politiking. Akhirnya orang tak suka. Dia hilang lenyap!
BalasPadamSiapa yang memainkan peranan kejatuhan Mahazalim. Jika Anuar Md Nor declare dia adalah pengerak Mahazalim, sebenarnya dia adalah pemusnah kewibawaan Mahazalim itu sendiri.
mahazalim mahafiraun membawa fenomena baru dalam pergerakkan pembangkang dimalaysia, boleh dikatakan pejabat kerajaan yg mempunyai axcess internet laman ini akan dibaca dan ada yg akan print dan akan dibahagikan dikampung kampung, ribuan cetakan berita daripada laman ini propaganda yg baik kepada pembangkang, usaha usaha menyalin ke hardcopy begitu terselah pada tahun 1999, jika ada yg mengatakan bahawa laman ini mesra kerajaan ini, saya boleh bersetuju kerana pengasas awl laman ini pun dah beralih arah dan mula mengungkit apa yg pernah dibuatnya. dan penyambung warisan laman web ini sekadar mengambil peluang untuk mencari keuntungan. dan tak mustahil pengasasnya pun mungkin rebah dilanda arus dunia
BalasPadam