Saya berhasrat Wan Ji menyambung artikelnya itu, saya diam dan berhenti sejenak mengusangkan blog ini sambil menunggu. Seperti juga saya sebut sebelum ini, saya bukan berhasrat dia menjawab tulisan saya. Memang dia tak akan menjawab (Warcana ilmiyyah secara terbukakan Wan Ji?) seperti sebelum ini. Hanya sekadar tunggu apa lanjutan tulisannya berkaitan Fikrah JIM vs Fikrah PAS.
Saya setuju dengan pendapat seorang pengunjung laman Tranungkite abuadil_alkaff dalam komennya pada artikel saya.
tak boleh ke kita tak masukkan polimik sebegini dalam TKO?ambe dah baca apa yang ditulis oleh Wan Ji dan lain2 blogger2 berkaitan polimik berkaitan, bagi ambe banyak fakta yang kurang tepat tapi masih boleh ditolak ansur. misalnya said hawwa bukan menantu albanna dan husan harun bukanlah murid said hawwa, sebagaimana diakui oleh us harun. alangkah baik kalau kita bincang manhaj taghyir secara ilmiah? bukankah kajian ilmiah didahului dengan kiterature reading, critical reading dsb? banyakkan membaca....
sebagai berlaku adil jangan sekali2 menghadkan hanya tulisan ulama pas saja. kaji semua buku samada turath atau semasa, dari arrisalah syafei, ibn taimiyyah, syatibi, dsb hingga albanna, maududi, arrosyid, qorodhowi, abdul karim zaidan, al-ahdal dll.
tanpa kajian secara ilmiyyah, dibimbangi kita tidak berlaku adil kepada diri kita, ulama, dan kepada ummah.
seminar pas ganti umno dan ujtimak tarbawi menunjukkan kita masih tercari2 manhaj....
Dalam perbincangan sebelum ini bukan kita nak mendakwa gerakan siapa yang lebih Ikhwan. Perlu diingatkan bahawa PAS bukannya Ikhwan!
Kita bukannya mencari perbezaan tapi mencari persamaan yang boleh dilakukan bagi kita mengembelingkan tenaga menghadapi musuh kita yang sebenar iaitu menjatuhkan kerajaan UMNO/BN yang menzalimi rakyat khususnya rakyat Islam. Mendirikan Islam atas keruntuhan atau tumbangnya kerajaan UMNO/BN.
Lengkap ke persiapan kita untuk ini?
Usaha-usaha menjernihkan perbezaan ini, saya sudah sebut dalam tulisan yang lalu beberapa kepimpinan IRC (JIM) telah diserap dalam Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat. Tapi hasilnya mengaibkan. Bukan itu sahaja selepas tertubuhnya JIM. Satu tamrin peringkat kepimpinan antara PAS dan JIM dibuat di Markah Tarbiyyah Taman Melewar begi mempertemukan golongan yang nak Islam di negara ini disatukan dalam satu gerakan (bukannya satu Jamaah)
Beberapa hari kepimpinan ini boleh bersama, bermesra, berbincang tapi malangnya tak sampai pun seminggu selepas tamrin itu, bibik-bibik perpecahan dimainkan semula. Ini tidak mendatang manafaat yang sepatutnya. Saya tak akan detailkan sebab-sebabnya.
Petikan tulisan Wan Ji
Aku masih tidak mendapat jawapan yang jitu tentang pertembungan antara dua gerakan islam ini. namun, selepas era 8 mac 2008, aku meletakkan tanggapan bahawa Islam yang diperjuangkan oleh PAS, bukan sekadar mahu diterima oleh orang islam, tetapi mahu diterima juga oleh Non Muslim.
Jika dengan Non Muslim, kita mengharapkan sokongan dan dokongan dari mereka, inikan pula dengan sesama gerakan islam yang bernama JIM. tetapi, keadaannya adalah sebaliknya; dengan maksud, curiga mencurigai antara PAS dengan gerakan islam lain ini masih tetap berlaku. Perkara ini yang sedang aku fikirkan, tetapi sehingga kini belum ada lagi dapat memberikan kepadaku jawapan yang jitu dan diterima akal secara rasional.
Begitu juga dengan komen Akh_Iman_Kuantan dalan blog Wan Ji yang banyak mencerita peristiwa menyedihkan akibat daripada pertembungan fikrah ini.
Saya lebih suka merujuk kepada jawapan Saidina Ali dalam peritiwa perang saudara yang berlaku di zaman beliau yang lebih dasyat lagi.
Bila ditanya "adakah yang menyerang Khalifah (Ali) adalah golongan yang terkeluar (kafir). Jawab Saidina Ali "tidak".
Adakah yang menyerang itu adalah golongan Munafik? Jawab Saidina Ali "tidak". Golongan munafik jarang menginggati Allah, tambah Saidina Ali.
Saidina Ali lebih berpendapat mereka ini adalah golongan "mukmin yang zalim kepada sahabat semukmin".
Kalau kita baca buku "Khalifah dan Kerajaan" karangan Abu Ala Al Maududi ada menghuraikan bagaimana berlaku perkara yang mengaibkan umat Islam selepas sahaja perang antara Hajar Yusof dengan Abdullah Ibn Zubair di Kota Mekah. Kita akan merasai terhiba kerana ini berlaku di zaman awal Islam yang melibatkan sesama mukmin.
Sepatutnya soal fikrah JIM tidak timbul lagi, biarkan dia dengan pertubuhannya menjalan aktiviti bagi membangunkan umat Islam. Saya lama sudah membuat anggapan fikrah JIM tidak kemana selepas pengasas JIM sendiri, Saari Sungip (Abu Urwah) telah masuk PAS, hampir keseluruhan kepimpinan awalnya sudah berada dalam PAS. Ini bukti nyata fikrah ini telah gagal!!
Kalau ada yang cuba untuk mengembangkannya dalam PAS itu adalah pengkhianatan dalam perjuangan Gerakan Islam yang bernama PAS.
Saya juga setuju dengan pendapat Rahabiah dalam komennya yang mengatakan JIM sendiri banyak menceduk bahan tarbiyyah PAS dalam menyediakan maklumat bercetak berbanding PAS yang tidak mementingkan atau mengambi peduli soal-soal dokumentasi.
Mengenai isu Muzakarah buku 'Menuju PAS Baru' karangan Dr Mujahid oleh ulama pelapis pada 5 Disember lalu, yang dihadiri kira-kira 32 orang pakar Syariah seluruh Malaysia. Mjuktamar ini telah meresolusikannya buku ini sebagai tersasar daripada fikrah perjuangan PAS sebenar. Saya rasa perlu juga diambil kira apa yang disebut ini sebagai ada hubung kait apa yang kita bincangkan dalam tulisan ini.
Kenapa Wan Ji nak marah sangat sampai kata diHARAMkan?
Syed Qutb yang terkenal pun pada awal penulisannya banyak terpangaruh dengan kefahaman sosialis sehingga penulisann awalnya banyak berbaur dengan kefahaman tersebut. Perbezaan amat ketara dengan kitab terkemudianya seperti "Ma'alim fil Tariq" yang disebut oleh Ustaz Yahya Osman sebagai kitab yang menajubkan. (Ustaz Yahya antara yang dirujuk oleh pentajmah kitab ini, ada boleh baca dalam muqadimahnya.
Ustaz Yahya ada menyatakan bahawa dia telah tamat sebanyak 14 kali membacanya tapi masih ada terasa seperti idea-idea baru yang belum difahami.
Beliau juga menyebut, jika kitab ini diberikan kepada seseorang yang berjuang dalam perjuangan, dia tidak memahami ada sesuatu yang tak kena dengan perjuangan orang itu. Itu kata-kata Ustaz Yahya Osman bukan pendapat saya. Hanya saya pernah berikan kepada bos tempat kerja saya dan dia pulangkan semula dengan berkata "susah nak faham".
Bagi saya Dr Mujahid memang bagus dan hebat, hanya dia tersasar sedikit. Itu yang perlu diwarcanakan agar kita murnikan fikrah bersama tapi jangan terpesong ke fikrah yang lain akhirnya PAS akan terumbang ambing akibat daripada banyak sangat yang nak menjadi nahkoda!
Wan Ji jadilah, betulkanlah landasan.
Kita sepatutnya sekarang ini bersama mengembelingkan tenaga dalam menghadapi cabaran baru untuk kita bersiap menghadapi pilihanraya ke-13 bukannya membuat persiapan menetukan siapa kepimpinan PAS dalam Muktamar akan datang. Mengatur stategi, menentukan gerakan membuat persepsi kepada pimpinan yang tak disetujui atau dikategorikan penghalang cita-cita dalam usaha bagi menjadikan PAS hak milik kita, mengikut fikrah kita.
Ini semua adalah kerja-kerja bodoh dalam PAS!!
Orang macam sdra dan Wan Ji memang hebat. Penguasaan ilmu mantap. Cuma unsur2 riya', ujub dan takbur agak ketara.
BalasPadamCuba ubah gaya kepada yang lebih tawaduk.
Boleh kita kata riya dan takabur.
BalasPadamTapi tidak boleh sama sekali menuduh orang lain ujud. Sebab ujud datang pada diri tempuan empunya sama sekali tidak boleh diketahui oleh orang lain.
Macam mana agaknya tulisan tawaduk itu? Nanti kalau kita rasa kita tawaduk timbul pula ujud pada diri.
nak disambung lagi,
BalasPadammasih belum mahu diberhentikan?.
Mungkin aku juga tak mahu berhenti,
mungkin juga nostalgia,
namun ingat :
*"98% peratus penyokong dan ahli PAS tidak memahami apa yg diperbincangan ini".
Kita berada antara cerdik dgn bangang, bila kita bercerita dgn 2% yg faham dari 98% tak faham. Bangga juga jadi kan kita kelompok terpilih dari 100%.
*JIM melintas jalan berduri, 'alami tersilap, IRC baru belajar.
Realitinya mereka akan gagal menyebarkan agama ini, jika hanya kelompok kecil mereka sasaran dakwah. Sedangkan masyarakat Islam umum menadah tangan mencari jalan keluar daripada kegelapan. Namun mereka lupa bahawa masyarakat umum bukan semuanya ustaz timur tengah, doktor dari England, jurutera dari Amerika.
Akhirnya usrah yg sir (rahsia) menjadi ikatan persaudaraan, mengenal rumah sahabat, kitab dibaca utk syok sendiri dan tajreh situ tajreh sana. Tamrin jagi perhimpunan alumni yg lama terpisah, infaq pula jadi kedai koperasi dan MLM.
*Buang ke laut budaya perasan, lempar ke langit perasaan 'ujub, tanam ke dalam tanah semua orang membuat silap kecuali kita. Maka hubungan JIM dgn PAS, dianggap hubungan orang Islam, bukan seperti hubungan PAS dgn DAP.
Namun ada yg istimewa,
catatan BatuApi ada pendapat,
"si bernama abuadil_alkaff dipersetujui ....
namun lihatlah, masih dalam kepompong @ katak dibawah tempurung,
politik mengurus manusia, permainan berasaskan ijtihad, maslahah dan mafsadah asas ijtihad, akan sempurna bila taghayara ijtihad bitaghayuri maslahah, azman, 'awaeid, amakin.
Hanya ahli politik semasa boleh menjamah iklim dan mencium budaya politik semasa.
dah aku ulas dalam komen lepas, ini adalah satu pengukuhan "Ikhwan ijtihad dibudaya mereka, kita berijtihad dibudaya kita, mereka hanya rujukan kita dan kita sendiri yg akan menentukan keputusan paling tepat".
Ikhwan al-Muslimin hak umat, suatu landasan contoh, mengaku hak milik mereka adalah budaya perasan kebodohan.
Namun ada yg istimewa,
catatan BatuApi ada nama,
dr. Mujahid AL Yusof ar-Rawi, menganggotai 'alami di Mesir, berfikrah dan pemimpin generasi
baru PAS.
Bukunya "Menuju PAS baru" adalah karangannya, pendapatnya, hak kepunyaannya, kenapa pula 32 pakar syariah sibuk-sibuk keluarkan kenyataan "sebagai tersasar daripada fikrah perjuangan PAS sebenar" (si bangang pula kata diHARAMkan).
"Mana-mana buku yg dikarang oleh mana-mana ahli PAS bukan merupakan padangan rasmi PAS, kenyataan dan pandangan rasmi PAS hanya dikeluarkan oleh Pejabat PAS".
Mengqiyaskan perubahan beransur-ansur pemikiran dr.Mujahid dgn pemikiran Sayid al-Qutb merupakan Qiyas maal Fariq atau qiyasan jatuh parit.
Qiyasan ini hanya dibuat oleh ahli perasan dan manusia yang tidak berpijak di bumi, tapi bukan dari jenis makhluk jin.
Buku Menuju PAS Baru adalah tesis PhD Dr Mujahid. Penulisannya terikat dengan tesis. Beberapa teori lekuk dalam teori itu juga perlu ada perbahasan.
BalasPadamlekuk 1 dan lekuk 2 ok, tapi pasal lekuk 3 tu rasanya kena buat warcana sedikit barulah kita adil -- tapi tak kisah pasal itu pun teori sahajakan.
Macam juga orang bahas teori kebangkitan Melayu pada pilihanraya 1999 tapi tak kemana pilihanraya 2008 sebelum ini tidak menunjukkan apa yang dibaca pada tahun 1999.
Kita lihat apa lengang lenguknya nanti...
salam
BalasPadambetul ke pas ini bukannya ikhwan??
saya rasa pas ini adalah ikhwan ..
Keduanya - failed!!! Rot from the core. Simple as that..
BalasPadamBismillahirrahmanirrahim...
BalasPadamSelama ni selalu baca je laman2 blogger politik tnp meninggalkan komen... hari ni terasa nak komen jugak skit..
Saya datangkan surah Al-Asr;
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam keRUGIan. Kecuali orang2 yang berIMAN dan berAMAL SOLEH. Berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Berpesan-pesan dengan KESABARAN.
Moga blogger2 politik ini menghargai masa yang ada dalam hidup dengan menulis blog dengan niat yang betul kerana Allah.
(RUGILAH mereka yang membazir masa dengan menulis blog mengutuk2 Ulama', mengelirukan fikrah, tidak memahami rukun baiah dengan sedalam2nya, memfitnah2, menulis blog berdasarkan fakta tak jelas, mengampu & menaik2kn golongan sekepala, merasa diri lebih profesional drp golongan ulama' dan sewaktu dengannya...!!!!)
Maka tidak menjadi rugi seseorang itu menulis untuk berpesan-pesan demi KEBENARAN. Dan BERSABARLAH menyampai teguran dan pesanan apabila ditolak...hadirkanlah lapang dada dlm perjuangan...
Jika yakin dengan ALLAH, maka ALLAH akan membantu pihak yang benar.. Moga ALLAH menapis, membersih hati, membersih fikrah bagi golongan2 pen'cacat' dalam PAS.
Mohon Allah melindungi golongan ULAMA' dan pencinta ULAMA' pewaris nabi ini... AMEEN~
"Hargai perbezaan pendapat... Awasi perbezaan fikrah..."
Ya Allah jadilah kami taat/wala' kepadaMU, kepada RasulMU, kepada PIMPINAN kami dari kalangan ULAMA' ini...
Mahasiswi_SayangULAMA'
sekadar bertanya:
BalasPadam“Baguslah kalau dia kritik ulama PAS sekarang, ulama kita pun ada yang ‘belawok’ (menipu). - Ustaz Yahya Osman
apakah berlaku perbezaan pendapat atau perbezaan fikrah dalam pas? 'belawok' ni bukan perkara kecil, lebih2 lagi yang melakukannya adalah 'ulama kita'!
apa beza polmik jim-pas dengan "mujahid buat onar dalam pas kerana 'menuju pas baru'nya" jika sedar perkara penting yang perlu dibuat sekarang ialah persedian menghadapi pilhanraya?
pas sudah ketinggalan 2 tahun lebih untuk "memperkasakan" dirinya bagi "menggantikan" umno dan sekali gus "dominan" dalam pakatan rakyat. kenapa dan kerja buat siapa?
pada tahun 2006, pas terengganu telah 'melaksanakan agenda perkasakan pas bagi mendepani pru 12'. apa yang berlaku sudah menjadi sejarah.
Baca di sini:
http://notamerah.wordpress.com/2010/12/18/jom-ramai-ramai-kita-bunuh-dr-mujahid-bakar-buku-menuju-pas-baru/