Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Isnin, 3 Januari 2011

Penarik Beca dah minta maaf, Cukup ke?

Penarik Beca atau Bakaq seorang blogger yang begitu komited telah banyak membuat pendedahan. Pendedahan terbaru wujudnya pertemuan antara kepimpinan PAS dan UMNO yang juga melibatkan Mursyidul Am PAS dengan versi yang amat menyedihkan seolah-olah TGNA terlalu mudah diperbodohkan. Anda boleh baca di sini.

Empat hari kemudian, Penarik Beca telah menarik balik penglibatan Ustaz Nasharudin Mat Isa. Dalam artikelnya "Mohon maaf, Ustaz Nasharudin"

Semasa Bakaq membuat pendedahan, maka blog-blog yang tak setuju dengan kepimpinan ulama PAS seperti kilat mengambil posting ini untuk menambahkan api kebencian. Zainulfaqar, Tulang Besi, Wan Ji, Aduka Taruna, W. Fauzdin NS dan beberapa lagi membuat ulasan mengikut persepsi masing-masing.


Bila Bakaq membuat penafian tentang penglibatan Ustaz Nasha, semua blog ini sampai hari ini tak pun mengulas. Diam membisu, itulah mentaliti kebenaran yang dilaungkan oleh mereka. Itulah nilai-nilai keagamaan yang ada.

Blogger suara rakyat bawahan dan blog adalah medium suara kebenaran sudah dicarik robek dek kerana ada agenda busuk dilkalangan blogger yang tidak beretika (dulu TGNA sebut sebagai 'blogger celaka')

Saya ucapkan syabas kepada Pak Bakaq kerana sanggup minta maaf dalam komen saya di blog Penarik Beca.

Adakah cukup setakat minta maaf?

Saya minta Pak Bakaq juga minta maaf tentang postingnya pada 21 Jun 2007 yang juga membuat fitnah yang sama kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa dengan tajuk artikel "Pergi London kerana nak peluk Umno?"

Sampai hari ini Pak Bakaq membisu, tidak mengiya atau menafikannya. Anda boleh baca tulisan saya "Cuit Pak Bakaq, Penarik Beca Pasal Perpaduan Islam"

Saya ingin membuat pertanyaan. Bila hang nak minta maaf secara terbuka kepada ustaz Nasha, pasal pi London tu Pak Bakaq?

Usrah Barbican
Geng-geng blogger celaka menyerang dan menghentam ustaz Nasha tanpa belas ihsan. Pak Bakar lebih suka 'makan daging sabahatnya' (kalau dia anggap Ustaz Nasha tu sahabat dia.. tapi dia tetap anggap Mat Sabu sahabat dia walaupun Mat Sabu pi London dengan geng tu!)

Saya tahu selepas ini Wan Ji akan menghantar "anjing upahannya" menyerang dan membuat onar di blog agar saya akan lari dalam fokus berhujah. Takkan 5 lawan 1 masih bacul untuk berhujah? Mana kehebatan kita yang selalu kita laungkan dalam usrah barbican?

Jangan sampai 'usrah barbican' sekadar mengenyang perut dan nafsu sahaja!

15 ulasan:

  1. hahaha...
    makin lama makin lejas..
    Pak bakaq kena rajin pi kuliah tafsir ust wan ji..
    ust wan ji kena lebih kerap buat usrah, ajak aduka supaya akn datang lebih berhati-hati...
    mungkin terbuka hidayah maka kuranglah carutan yang melibatkan mak punya alak sulit... moga-moga gitulah..

    BalasPadam
  2. Kelompok anak haram ni memang anak haram tahap tinggi. Dulu isu PMBK pun depa nih juga yang dok bantai Hj Arif dengan TGNA.

    BalasPadam
  3. batuapi

    aku boleh buat keputusan sekarang sejak membaca artikel kau sejak 3 hari yg lepas.

    kau memang hampeh! banyak mengelat bila tak tau nak jawab.kalau org sini cakap tipikal terenganu.

    BalasPadam
  4. apa maksud tipikal terenganu, bukan tipikal pantai barat ke, hanya menumpang kuat orang, dihantam boleh dijadikan hamba abdi boleh, tipikal geng13, maklumat salah pun mengaku betul, kalau tipikal kelantan lagi hebat, sampai boleh cerita baju warna apa tapi tak hadir, sua tok guru nik aziz tak berani nak beri komen tapi yg tak hadir boleh cerita baju tu mungkin hijau pucuk pisang kot

    BalasPadam
  5. penarik beca memohon maaf kepada nasha kerana pemberi maklumat tidak dapat confirm bahawa nasha turut hadir. itu tidak bermakna bahawa nasha tidak hadir. cume pemberi maklumat tak dapat verify kehadiran nasha.

    bagaimana pula kalau nasha sendiri yang meperjelaskan kedudukan? oleh kerana batuapi adalah di antara yang mempertahankan nasha, tidak keterlaluan jika batuapi mendapatkan maklumat tepat dari nasha. jangan biarkan kesamaran ini berlarutan.

    lagipun bukankah batuapi juga anti ug?

    BalasPadam
  6. jangan biarkan kesamaran berlarutan, siapa yang memulakan mesti menghabiskannya. jangan hanya berani membeli lembu tapi tak berani nak menyembelilahnya. YB fatah yang sepatutnya mencerahkan apa yang dia telah hitamkan. walaupun batuapi dan jadi anti UG ini tidak bermakna batuapi kena menjelaskan apa yang menjadi kesamaran. kenapa blog lain yang mencenduk idea penarik beca juga tak berani memohon maaf, tak akan ulamak kepala lutut tak ajar pohon maaf kalau terlanjur. yb fatah boleh verify siapa yang hadir dengan warna seluar dalam yang dipakai semasa perjumpaan itu. kita tunggu ajelah yb fatah kubangkan kesamaran ini. jangan sampai orang lain menuduh yb fatah pula pelawok pulak.

    anti hussin ahli pas yang belawak

    BalasPadam
  7. hussin,
    saya sebut banyak kali saya ada maklumat. Tapi saya tak nak keluar daripada blog ini. Biar mulut TGNA sendiri yang menyatakan kebanaran itu.

    Walaupun saudara serang saya, saya nampak saudara sudah nak mencari kebenaran. Saya minta maaf atasa perkataan saya sebelum ini kepada saudara.

    Saya bukan anti UG, saya hanya tak setuju dengan idea UG buat masa ini. Keadaan tidak sesuai.

    Saya juga tak setuju geng mana saya pun tak tahu melabelkan UG sebarangan sehingga maklumat UG menjadi tak benar.

    Sebagai seorang yang beragama yang takut kepada Allah kita kena adil dalam menyatakan sesuatu. Kita selidik maklumat, kita mendalami ilmu dan memahami politik.

    Saya kenal penarik beca, pernah bersama. saya kenal wan jo dan pernah bersama. Saya arif tentang mereka.

    Saya faham tentang politik pas semenjak 1976 lagi. Pernah luka tangan kerana main politik ini!

    Saya sekarang hanya orang tua, yang tak ada jawatan apa pun. Cawangan pun tak ada, baru direhatkan dua tahun yang lalu.

    Sekadar dipanggil untuk team thank IT di Kawasan saya. Itupun untuk persiapan pilihan raya ke-13. Saya belum lagi mulakan mesyuarat dan belum ada lagi sesiapa dalam kepala untuk team saya.

    hussin saya kekadar membantu menyekat fitnah sebab Allah memberikan kelebihan kepada saya yang mungkin tak ada pada sesetengah orang. Walahualam

    BalasPadam
  8. terima kasih batuapi.

    "saya kekadar membantu menyekat fitnah sebab Allah memberikan kelebihan kepada saya yang mungkin tak ada pada sesetengah orang."

    @ fitnah yang mana, kerana "fitnah yang benar" pun ada?

    @ “Baguslah kalau dia kritik ulama PAS sekarang, ulama kita pun ada yang ‘belawok’ (menipu)."
    - Ustaz Yahya Osman

    "Saya bukan anti UG,"

    @ terima kasih kerana menyatakan pendirian sdra.

    "saya hanya tak setuju dengan idea UG buat masa ini. Keadaan tidak sesuai."

    @ kesediaan sdra bertungkus lumus mendebati pihak2 yang menentang ug tidak sekali2 menggambarkan bahawa sdra "tak setuju dengan idea ug".

    @ sdra perkemaskannya dengan "buat masa ini."

    sebabnya, "Keadaan tidak sesuai."

    @ jawapan sdra ini memperjelaskan kepada umum bahawa 'idea kerajaan perpaduan' tidak pernah mati, walaupun pintunya ditutup, ditutup, ditutup.

    @ "Keadaan tidak sesuai" memperkukuhkan lagi bahawa 'idea kerajaan perpaduan' sentiasa hidup dan hanya menunggu "keadaan yang sesuai".

    @ saya percaya dan yakin, oleh kerana sdra rapat dengan kalangan pendokong ug, maka pandangan sdra ini adalah sepemikiran dengan mereka!

    @ syabas dan terima kasih di atas penjelasan ini. hilang sudah segala kesamaran!

    @ saya berharap benar semua ahli pas didedahkan dengan penjelasan dari sdra ini. di harap semua blogger pas memainkan peranan masing2.

    @ jika perlu diseminarkan, saya tawar diri saya sebagai salah seorang panelis. saya sayangkan pas.

    @ 'ulama kita yang belawok' sudah menjadikan pas milik mereka sehingga sanggup merubah dasar pas! 'belawok' dengan sendirinya telah menggugurkan kelayakan mereka dari saf kepimpinan! ia bukan kecil. ini hanyalah "fitnah yang benar"!

    wallahu'alam.

    BalasPadam
  9. hussin,
    hang cukup arif dan sebati dengan zainulfaqar

    nak bagi info mentah
    wan jo orang disebalik abdul fatah dan FBnya
    dan orang yang bagi maklumat kepada penarik beca.

    hang fikirlah
    kita baru bermain pada layer 2
    ada 2 dan 3 layar lagi belum aku dedahkan

    BalasPadam
  10. ko nak tunggu layer seterusnya bila? selepas tg presiden dan timbalan jumpa tgna?

    BalasPadam
  11. tanpa nama 17:21,

    "anti hussin ahli pas yang belawak"

    1. "anti hussin"

    2. "ahli pas yang belawak"

    tk

    BalasPadam
  12. kalo da x suke kepimpinan ulama' dlm pas korang kuar r dari pas g pakat2 msuk PKr or DAP. dolu pas x menang byk kerusi n skali je menang kat ganu xde r kalut cam skunk ni...

    BalasPadam
  13. Asssalamualaikum..
    Husin...nak tanya pasal UG?
    1-Adakah maknanya pergabungan dengan UMNO atau melibatkan Semua parti?
    2- Adakah UG ini haram secara mutlak atau berubah mengikut masa?
    3-Contoh :Sekiranya UG diterima oleh 2 tiga kerat pemimpin adakah ianya diputuskan dlm muktamar atau 2@3 Org pemimpin je?

    itu je la...
    Moga-moga ada pencerahan...

    BalasPadam
  14. klatejhoro,

    ada mata baca dan lihat. ada telinga dengar.

    (1) bermula dengan "pertemuan dalam gelap".
    (2) di antara pas dan umno.
    (3) timbul selepas umno dikejutkan dengan kekalahan di 5 negeri dan hilang 2per3 majoriti parlimen.
    (4) muktamar ke 55 memutuskan "perkasakan pakatan rakyat" dan "meneruskan perbincangan dengan semua pihak termasuk umno".
    (5) muktamar ke 56 sekali lagi memutuskan apa yang telah diputuskan pada muktamar ke 55, kenapa?
    (6) ucapan serta tindakan kepimpinan dua tiga kerat tidak mencerminkan keputusan "memperkasakan pakatan rakyat" tetapi lebih tertumpu kepada "meneruskan perbincangan dengan umno".
    (7) "dengan semua pihak termasuk umno", kenapa perlu disebut "umno". sudah memadai "dengan semua pihak".
    (8) "umno" disebut untuk memanamkan dalam kepala ahli bahawa tidak menjadi kesalahan berbincang dengan umno.
    (9) yang dua tiga kerat inilah barangkali yang dimaksudkan oleh ustaz yahya sebagai 'ulama belawok'
    (9) begitulah keadaan persiapan pas untuk menghadapi pru 13 - pakatan rakyat dan perpaduang!

    wallahu'alam

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog