Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Ahad, 31 Januari 2010

Apabila kepala penulis blog telah masuk air

Saya merasai selepas Aduka Taruna mendapat "gelang besi" sementara untuk beberapa hari, blog akan menjadi tenang daripada emosi dan nafsu ego. Tapi semua ini tidak menjadi kenyataan. Rupanya anjing-anjing liar tanpa tuan terus mencari mangsa mencengkam dan membunuh tanpa sebarang alasan dan signal.

Seorang penulis blog Greenboc atau nama sebenarnya Zulkifli Harun telah menulis dan mengulas isu keputusan Lembaga Dispilin PAS dengan memberikan tajuk SAH, UG Memang Binatang! dengan meletakkan gambar Dato' Mustafa Ali dan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai penyeri artikel.

Antara lain tulisan greenboc ialah:-

Memang kumpulan UG ini binatang! Keras tajuk GB, benar tapi maksud GB dengan panggilan binatang bererti "tidak berakal".
Lagi pun undang-undang di Malaysia, sebut natang@binatang boleh lepas, tapi sebut mampos tak boleh.
Dari kalangan binatang ini, Mustapha Ali merupakan dalang utama. Dia lenyapkan surat-surat aduan disiplin. GB difahamkan beliau giat mengubah Perlembagaan Parti untuk menurunkan darjat Majlis Syura Ulamak yang diberikan kedudukan paling tinggi di dalam Perlembagaan PAS untuk digantikan dengan Jawatankuasa PAS Pusat.
Tulisan jahat dan celaka ini (betullah kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz) ini telah menjelaskan kepada kita bertapa sempitnya pemikiran penulis ini. Tuduhan ini dirasakan oleh penulis akan membawa dia bertemu Allah dan pasti dia akan mendapat ganjaran syurga?? Penulis banyak kali berleter diradio  kendaliaannya menyebut jari telunjuk yang menunjukkan kepada orang lain akan terpalit 4 jari pada diri sendiri. Rupanya memang sah penulis ini pandai bercakap tapi tak tahu menghayatinya sendiri. Memang mulut yang bercakap tidak mengambarkan amalannya, sebab itu agama mendifinasikan munafik. Kalau tidak takkan ada perkataan dan jenis manusia munafik ini.

Munafik biasa pandai menuduh tidak berani menjawab apabila hujah dia dibantah. Sebab memang dia hanya berhasrat fitnah dan tuduhannya tersebar dan orang yang tidak disukai akan ternoda dan dijatuhkan.

Tuduhan-tuduhan terbaru penulis celaka Greenboc ini (Seperti yang disebut oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz) ialah;

1. Mengatakan Dato' Mustapha Ali binatang dan menuduh Dato' Mustafa Ali merupakan dalang utama.

2. Menuduh Dato' Mustafa Ali lenyapkan surat-surat aduan disiplin

3. Menuduh Dato' Mustafa Ali giat mengubah Perlembagaan Parti untuk menurunkan darjat Majlis Syura Ulamak.

4. Menuduh Presiden PAS Pak Turut

5. Menuduh Muktamar PAS ditaja oleh UMNO tanpa mengetahui isu sebenar.

6. Menuduh Muktamar PAS terbaru adalah muktamar paling ternoda dan paling celaka.


Greenboc mengambil dalil dalam penulisannya dengan merujuk seorang lagi penulis celaka seperti yang disebut oleh Tok Guru nik Abdul Aziz (rujuk artikel saya http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/01/malaysian-waves-blog-celaka-mengikut.html) iaitu Tulang Besi yang bertajuk Inilah Dia Rahsia Parti Yang Didedahkan oleh Khalid Samad (sila baca di sini http://www.malaysiawaves.com/2010/01/inilah-dia-rahsia-parti-yang-didedahkan.html )

Greenboc cuba memutar belitkan kenyataan yang dibuat oleh Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Wan Mutalib yang saya anggap berniat jahat.

Sila dengar dengan sendiri apa yang disebut oleh Tuan Ibrahim Tuan Man dan apa yang dirujuk oleh Greenboc kepada tulisan Tulang Besi yang sengaja memutar belitkan fakta. Dihadapan Allah mereka berdua ini akan menjawab jika dia masih mengamalkan amalan Islam.

http://www.youtube.com/watch?v=IcsAxgUrLQk



Kenapa mereka berdua cuba mengelirukan pembaca dengan tuduhan liar. Apakah agenda disebaliknya hanya mereka sahaja mengetahui.

Biasanya manusia munafik sahaja yang boleh menyamar alim dan warak bercakap baik tetapi dalam hati hitam dan jahat. Saya dengan nama samaran batuapi@firestone mendedahkan bahawa Greenboc atau nama sebenarnya Zulkifli Harun juga manusia jahat dan munafik. Kenapa saya kata demikian:-

1. Greenboc semasa menjadi Pembantu Webmaster TranungKite Online (rujuk sebagai TKO) telah menggunakan statusnya sebagai pembantu webmaster telah meminjam wang daripada moderator TKO yang melibatkan puluhan ribu ringgit sampai sekarang tidak dibayarnya. Dia juga tidak berusaha untuk membayarnya.

2. Greenboc menggunakan status sebagai Pembantu Webmaster TKO dan Moderator TKO dengan nick zul_mz telah mengoda seorang forumer wanita hinggakan kes ini dibawa ke pihak atasan TKO. Pihak moderator TKO juga mengadu kepada pengurusan Laman TKO.

3. Akibat daripada sikap Greenboc (zul_mz) ini maka sebahagian besar moderator TKO telah berpindah ke laman UtaraOnline (http://www.utaraonline.net/).
4. Greenboc juga bersama dengan beberapa orang berpakat untuk menjatuh Songkok Putih bagi mengurangkan kuasa Songkok Putih sebagai webmaster TKO pada masa itu. Pakatan ini juga melibatkan beberapa orang Moderator utama termasuk Ketua Moderator sendiri.

Akibat daripada beberapa perkara yang saya sebut diatas ini, Greenboc atau Zulkifli Harun dipecat daripada TKO kerana sikap tidak amanahnya. Orang yang tidak amanah dimana duduknya memang akan mengamal amalan biasanya.

Greenboc suka mengatakan orang tetapi dia sendiripun bukan manusia yang baik dan hipokrit. Saya cabar Greenboc menafikannya dan Insya-Allah (saya sebut dengan nama Allah) saya akan buktikan tuduhan saya dengan lengkap nama-nama orang yang saya sebutkan di atas. Buat masa ini saya rahsiakan dulu.

1 ulasan:

  1. Saya masih menunggu jawapan daripada Greenboc untuk saya meneruskan pembuktian saya dengan tuduhan saya kemukakan.

    Kenapa greenboc membisu dan cepat melenting dengan artikel yang lain. Tapi tidak dengan yang ini?

    Peribahasa mengatakan berani kerana benar sudah tidak diamalkan ke??

    Kenapa Greenboc lancang menuduh pimpinan PAS tapi menjadi kecut bila diri sendiri dituduh?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog