Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Selasa, 13 April 2010

Pembohong serba tahu..

Saya terbaca lagi satu artikel daripada penulis yang serba tahu bertajuk Zaid Ibrahim Calon PKR Hulu Selangor. Kenapa saya kata serba tahu, kerana penulis ini akan memberitahu bahawa semua maklumatnya adalah betul dan benar, tidak ada yang palsu melainkan benar belaka.

Petikan terbaru artikel Tulang Besi @ Seluaq Dalam ialah;

Ini bermaksud maklumat yang Tulang Besi dapat seminggu yang lepas adalah benar. Semoga pemilihan ini diberikan kemenangan oleh Allah SWT. Walaupun saya antara yang paling tidak suka Zaid sewaktu beliau dalam UMNO dulu kerana memfail saman terhadap undang-undang hudud di Kelantan yang beliau telah tarik.


Apa yang boleh dirumuskan daripada tulisan ini ialah nak menunjukkan bahawa dia (Tulang Besi) bukannya pembohong dan bukannya seorang yang beriman dengan khabar angin. (Baca di sini)

Takkan ini pun engkau nak menjadikan isu batu api?

Memang tak nak jadikan isu, tapi apa yang saya sebut ini ada "sesuatu" yang boleh difikirkan bersama, supaya pembaca matang menilai pembohong dan sifat pembohong. Selain daripada pembohong TB juga nak menunjukkan dia seorang yang mengetahui semua perkara.

Hujah anda wahai batu api?

Ok, saya ambil 20 hari tulisan TB, 20 hari sahaja apa yang ditulis oleh TB @ Pembohong ini menulis daripada bertahun-tahun penulisannya. Ini bermakna jika hari ini 13 April saya akan ambil artikel TB sehingga 22 Mac 2010 sahaja.

Cukup ke untuk anda batu api membukti TB serba tahu dan Pembohong?

Rasanya cukup, jika ada apa-apa isu TB akan copy paste aje maklumat yang orang lain tulis kemudian akan sebarkan bahawa itu adalah datang daripada dia supaya nampak dia hebat, tahu!!

1. Tahu Calon PKR ialah Zaid - 13 April 2010
http://www.malaysiawaves.com/2010/04/zaid-ibrahim-calon-pkr-hulu-selangor.html

Misalnya calon PKR Zaid, dia kata dia sebut seminggu yang lalu? di mana? Dalam mimpi ke TB? MP Hulu Selagor meninggal dunia 25 Mac 2010, takkan artikel itu ada sebelum 22 Mac 2010.

2. Tahu Yahudi Masuk bukit Aman - 7 April 2010
http://www.malaysiawaves.com/2010/04/yahudi-dapat-masuk-bukit-aman-pula.html


Maklumat yang saya dapat, DSAI memang mendapat laporan terus dari mereka-mereka yang menjadi keluarga PDRM yang tidak sanggup melihat perkara ini berterusan. Segala dokumen serta maklumat bertulis ada dalam tangan DSAI tapi tidak boleh didedah keluar kerana OSA. - TB

3. APCO terlibat dengan kerajaan Isreal - 31 Mac 2010
http://www.malaysiawaves.com/2010/03/apco-tidak-terlibat-dengan-kerajaan.html

Ramai telah hubungi Tulang Besi untuk bertanya dimana Tulang Besi dapat dokumen-dokumen bertaraf rahsia ini. Tak kurang mahu tahu siapa dalam Jabatan Perdana Menteri yang menjadi “informer” Tulang Besi. Ada juga yang mahu tahu bagaimana Tulang Besi dapat dokumen yang menghubungkan Kerajaan Malaysia dengan APCO -TB

4. Dokumen Perjanjian APCO-UMNO - 31 Mac 2010
http://www.malaysiawaves.com/2010/03/pendedahan-dokumen-perjanjian-apco-umno.html

Ada 3 perjanjian yang Tulang Besi terima. Setakat ini Tulang Besi hanya akan mendedahkan satu perjanjian sahaja antara Kerajaan Malaysia (baca UMNO) dengan APCO, sebuah syarikat pelobi pro Zionis. Perjanjian ini ada 9 muka surat. Diharap dapat membaca setiap muka surat dengan teliti. Nanti Tulang Besi akan dedahkan hubungan APCO dengan Ehud Barak pula yang telah membuahkan idea "1Israel". Klik perjanjian ini untuk melihat dengan lebih jelas. - TB

5. Tok Guru Nik Aziz tidak disambung Jawatan Mursyidul Am - 26 Mac 2010
http://www.malaysiawaves.com/2010/03/ahmad-awang-dipecat-dari-syura.html


Di samping “khabar angin” bertiup kencang mengatakan Tok Guru Nik Aziz tidak akan disambung perlantikan beliau sebagai Mursyidul Am, turut tersebar adalah khabar bahawa Ustaz Ahmad Awang juga akan ditamatkan khidmat beliau sebagai Ahli Majlis Syura. - TB

6. Penangkapan Mazlan Aliman sudah dijangka oleh TB - 22 Mac 2010
http://www.malaysiawaves.com/2010/03/mazlan-aliman-menggangu-sarang-tebuan.html

Penangkapan Mazlan Aliman telah saya jangkakan. Malahan, Mazlan Aliman bukan yang pertama digunakan kekerasan terhadapnya. Semenjak 1988 lagi, sewaktu itu Haji Suhaimi Said telah mencuba untuk mengadakan Seminar Felda peringkat Antarabangsa. Tidak sampai 2 minggu sebelum program tersebut bermula, Haji Suhaimi Said ditangkap di bawah ISA di bawah Operasi Lalang. -TB

Oleh kerana saya janji 20 hari sahaja, ok sampai di sini. Maklumat Raja Petra dedah dia kata dia dapat. Maklumat DSAI yang diketahui sebelum ini pun dia juga dapat daripada DSAI. Semuanya dia tahu.

Bila ada sesuatu isu dia akan menulis bahawa maklumat itu dia dah tahu. Hebat, hebat memang hebat Pembohong yang serba tahu..

Anda bagaimana?

Pembohong tidak boleh bohong setiap masa, dalam setiap keadaan. Hanya mereka yang teliti, berfikir dan menyelidiki akan mengetahui akan kelicikan pembohong!!

4 ulasan:

  1. TB terlondeh lagi

    Again, TB you are caught with your pants down! Shame on you! The police will come after you for three offences you committed. TB, have you read the latest posting in http://tulangbesi.wordpress.com? You better do before it's too late.

    BalasPadam
  2. aku cucu mamak kutty13 April 2010 10:50 PTG

    kah kah kah ...tak payah nak maki2 lagi....lobang dah pecah....sape dia si batuapi ni.....kah kah kah ....kuntut dah bau bacin....ketiak dah bau bucuk....batuapi batu neraka ......kah kah kah

    BalasPadam
  3. aku cucu mamak kutty13 April 2010 10:53 PTG

    kah kah kah ...tak payah nak maki2 lagi....lobang dah pecah....sape dia si batuapi ni.....kah kah kah ....kuntut dah bau bacin....ketiak dah bau bucuk....batuapi batu neraka ......kah kah kah

    BalasPadam
  4. aduh...malunye ketiak bau bacin mcm 'aku cucu mamak kutty' kata dh kene londeh dgn org. kalu aku jd TB, aku ikut je saranan Ali Zaidan, tutup muka dengan seluar dalam. baru la bole cover

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog