Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Isnin, 3 Mei 2010

Husam sasaran sebenar Kickdefella?

Saya bertengkar dengan beberapa orang kawan pasal tulisan-tulisan Kickdefella. Mereka marah kepada kick atas alasan kick begitu biadap dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Minta maaf dalam hal ini pendapat saya cukup berbeza dengan sesetengah pembaca. Saya daripada dulu, kini dan selama-lamanya masih menganggap orang menjadi sasaran dalam semua penulisan kick adalah YB Husam Musa bukan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Alasan saya?

Saya pernah menulis mengenai kick ini dalam beberapa tulisan saya yang saya ungkapkan semula untuk bacaan pembaca;

Rasa hati kecil saya mula terbayang apabila Kickdefella menulis satu artikel
Tersungkur Di Pintu Syurga dan dia nampak macam tak begitu minat untuk menulis dua bulan kebelakangan ini.


Untuk makluman pembaca jika anda seorang yang prihatin anda akan dapati tajuk artikel Kickdefella ini telah ditukar daripada tajuk asal iaitu Nik Aziz dan Tersungkur di pintu syurga kepada Tersungkur di Pintu syurga sahaja. Kenapa hanya kick sahaja tahu jawapannya.

Saya kata demikian kerana lihat pada link artikel kick berkenaan yang memberikan gambar tajuk artikel asal. http://kickdefella.wordpress.com/2009/10/16/nik-aziz-dan-tersungkur-di-pintu-syurga/

Artikel Tersembam Di Lebuhraya juga mengambarkan bagaimana salah laku rasuah dan pecah amanah difinasinya mengikut undang-undang Malaysia.

Artikel kickdefella seterusnya ialah Bokbong!. Maksudnya cukup dalam.

Artikel seterusnya ialah Selamatkan Tok Guru. Ini mula pecah secara terang krisis yang berlaku.

Selepas itu Kickdefella menggunakan sahabat baiknya Rocky Bru dan Bakaq Penarik Beca untuk membuat serangan. Sila baca di sini dan di sini.

Saya berhenti di sini, sambung episod lain pula. Kalau saudara pembaca pernah menonton filem Vantage Point yang diterbitkan tahun 2008 mengisahkan bagaimana cubaan menculik Presiden US. Pengarah filem berkenaan Peter Travis mengulang beberapa episod dan menunjukkan watak berlainan pada masa yang sama. Saya pun menulis mengikut cara Peter Travis.

Permainan watak kickdefella dalam PAS selain daripada Global Media Channel (GMC) ialah pengatur kepimpinan masa hadapan PAS. Yang ini boleh anda dapat pencerahan sendiri daripada Tulang Besi dan Perisik-Rakyat.

Kalau pembaca nak pencerahan juga, saya rasa YB Salahuddin Ayub boleh memberikan penjelas tentang perkara ini.

Cuba pembaca baca petikan artikel Kickldefella yang berbunyi demikian saya ambil daripada artikel tulisan dia;

YB. Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS pula mengesahkan dakwaan saya bahawa wujudnya pertemuan di Hotel Perdana bagaimanapun berkata, “Seingatan saya perkara itu bukan topik untuk mengguling tapi membincangkan masa depan parti, pimpinan masa depan parti.”


Petikan ini saya ambil daripada artikel kickdefella bertajuk Sayang Laksamana Mati Dibunuh… yang ditulis pada 17 November 2009.

Ada 2 strategi yang dibuat oleh Kickdefella and the gengs (Task Force 13) ialah menaikkan kepimpinan yang diharapkan di Pusat serta menguatkan kepimpinan ini di Kelantan.

Tapi malangnya situasi politik Kelantan menjadi sebalik apabila usaha pertama gagal menjatuhkan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dalam pemilihan kepimpinan PAS pada Muktamar yang bersidang. Walaupun tukang cula Wan Jo telah mencula dan menunjukkan bahawa YB Husam akan memang dalam pemilihan ini, tetapi semuanya adalah kehendak Allah s.w.t. pertandingan menjadi tiga penjuru. (Saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan kenyataan ini - memang semua artikel ini saya bertanggungjawab, tapi nak menguatkan lagi maklumat yang saya berikan, macam wan jo??)

Ada sedikit krisis antara TGNA dengan YB Husam menyebakan parangcangan Kickdefella untuk menyerang Ariffahmi tidak dapat dibantu oleh YB Husam. Anda boleh baca di sini sebagai pencerahan. http://cahketing.wordpress.com/

Bahasa kelete, payah nak faham, nak buat manapun anda mesti dapatkan seorang kelete untuk buat berikan anda kefahamannya. Sayapun buat macam itu juga (cerita modal sebenar..)

Mohd Saiba: Khalili ni jenis hak jaga kifalahlah, orang Husam jugaklah bekali,
Husam sendiri tak ‘gi. Jadi ‘depan Tok Guru tu PKN royatlah, ni bukti, kita
bayar belaka, bukti, cumanya masalah tertunggak ni kita duduk anggarkan
mula-mula 3 juta sebulan ‘bayar, dia ‘jadi 5 6 juta, lebih daripada (hak
anggar), jadi hak tu jadi tertunggak, tersekat, bayar bayar, PMBK tidak sekat.
Hor, ‘situ Tok Guru nampak Husam tak betul.

Akmal Ilham: Nak peruduh
Ariffahmilah?

Mohd Saiba: Hor, jadi Tok Guru marah kor Husam. Dengar
cerita Husam nak berjumpa Tok Guru, Tok Guru tak sir berjumpa.


Betul atau salah kena tanya Setiausaha Akhbar TGNA, Mohd Saiba Yaakob.

Kickdefella taklah nak serang TGNA secara terus setelah PAS Pusat berjumpa dengan TGNA dan beberapa keputusan telah dibuat. Anda boleh baca di sini. Dia menulis dengan lunak di sini.

Akhirnya di antara kita semua, banyak lebam, banyak calar dan banyak kesan
gurisan.

Saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sementara bagi
merawat lebam dan calar pada saya. Dan sudah tentu, mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga saya.

Patah Sayap Terbang Jua


Tapi malangnya keputusan ini tak lama, ada politik dalaman di Kelantan mengubah corak politik semasa di sana. Anda boleh baca artikel Adib Zapkapli (Malaysian Insider) yang bertajuk HUSAM CLAIMS CONSPIRACY AGAINST HIM.

(Adip ini adalah adik kepada Haris Zapkapli berasal daripada Johor. Anda masih ingat analisis pilihan raya kecil Hulu Selangor yang menyebut PAS Selangor tak bersedia dan lemah. Ini yang digunakan oleh Tulang Besi @ Seluar Dalam menyerang Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasaruddin mat Isa baru-baru ini. Adip biasanya mendapat sumber dalaman PAS melalui abangnya atau Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakahdaily)

Apa lagi kickdefella keturuanan dari keluarga al-Bukhari, yang antara lain masih memegang peranan sebagai imam di Masjid Jami' Delhi sejak turun-temurun sehingga ke hari ini. Habib Razak, nenda saudara pula masih dikenang oleh masyarakat yang berumur di Kota Bharu sebagai seorang HA yang bukan sahaja cekap dalam merawat orang ramai di Hospital Besar, bahkan seorang yang teguh amalan ibadatnya. Bonda yang sangat saudara kasihi yang berketurunan Raja Jembal, tidaklah orang lain kepada TGNA. Hingga kini saya masih tertanya-tanya kenapa dia kemudiannya memilih untuk memondok di Kemumin, sedangkan dia mempunyai pilihan-pilihan lain yang lebih selesa, kecuali untuk menumpang suasana dan persekitaran beribadat yang ada. (Petikan blog Muqabalah) teruskan marah dengan marahnya....



Sambung dengan siri kedua tajuk sama..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog