Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Jumaat, 18 Jun 2010

Fitnah kepada almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor

Pada 23 Jun 2010, genaplah 8 tahun pemergian seorang tokoh pejuang Islam yang tidak asing lagi di tanah air, Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Beliau telah kembali menemui kekasihnya pada tanggal 23 Jun 2002. Semoga rohnya ditempatkan bersama para anbiya dan syuhada. Al-Fatihah...

Saya terbaca satu artikel berkenaan beliau oleh Tulang Besi @ Sluaq Dalam yang bertajuk Zaman Ustaz Fadzil, Jarang Kita Dengar Wala’ Diungkapkan. Artikel ini penuh dengan fakta yang salah dan cuba menunjukkan perbezaan antara almarhum Tuan Haji Yusof Rawa dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang kesemuanya adalah Presiden PAS penyambung perjuangan Islam dan gerakan Islam.

Saya da banyak menyimpan kertas-kertas kerja beliau, tapi untuk permulaan ini saya akan fokuskan kepada ucapan Dasar yang dibuatkan oleh beliau.

Sebelum beliau, pada tahun 1988, Tuan Haji Yusof bin Abdullah Rawa yang juga Mursyidul Am dan Presiden PAS pada masa itu telah membentangkan satu ucapan Dasar yang bertemakan "Bertekad Membulatkan Jama'ah". Dalam buku ucapan berkenaan pada muka surat 7 telah memperingkan akan ahli jamaah jangan menjadi kemucut di pertengahan jalan.

Membulatkan Jamaah sendiri telah menjurus kepada wala' melainkan ada yang bodoh dengan perkataan ini. Wala' walaupun tak disebut haruslah difahami melainkan jika dia ahli PAS tetapi tidak membayar yuran dan tidak pernah menghadiri mana-mana usrah atau program tarbiyyah PAS.

AlMarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor pada 3o Mei 1997 telah membentangkan satu ucapan dasar pada Muktamar PAS kali ke-43, bersiap menghadapi cabaran telah membicara beberapa sudut dalam konsep memperkukuhkan jamaah dalam menghadapi cabaran antara lain menyebut tentang wala' kepada kepimpinan.

Tiga tahun sebelumnya alMarhum juga ada menekankan dalam ucapan dasar beliau perkara yang sama dalam Tema Muktamar kali ke-40 "Ulama Teras Kepimpinan Ummah".

Tulang Besi @ Sluaq Dalam telah membuat fitnah dan melaga-lagakan kepimpinan PAS. Dia telah menepati apa yang disebut oleh Tuan Guru Nik ABdul Aziz Nik Mat, blogger celaka.

Tidak hairanlah jika muktamar kali ini Presiden PAS ada menyebut dengan jelas dan tepat seperti mana-mana Presiden-Presiden yang lalu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mahu semua anggotanya memberikan ketaatan dan wala' (kesetiaan) kepada parti dan pemimpinnya yang "menjalankan tugas sepanjang masa, bukannya bermusim".


Katanya, kesemua pemimpin tersebut - yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk ulama dan profesional - dipilih sendiri oleh ahli-ahli dalam muktamarnya tahun lalu.

"Adunan ini jugalah yang memperkasakan PAS untuk memimpin negara, dengan menolak jahiliyah sekularisma yang meminggirkan Islam dan memisahkan urusan dunia daripada Islam," katanya.

Dan tepatlah sekali peringatan Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam muktamar kali ini dengan blogger celaka ini;


Berucap dalam muktamar ke-56 parti itu di Pengkalan Chepa hari ini, Abdul Hadi juga mengingatkan anggota dan pemimpinnya tidak terpedaya dan "hanyut bersama luncai di luar parti yang berkeliaran dengan labu-labunya".

* Disertakan video Ulama tersohor dalam perjuangan Islam negara ini.

3 ulasan:

  1. cucu mamak kutty18 Jun 2010 8:53 PTG

    kahkahkah dah datang le balik idea2 kau ye si batuapi.....kocek dah penuh ke.....ug beri ke ...umno beri ke....hari tu lama tak buat fitnah2 dlm blog kau...kenapa?.....tak masok ke.....ni tiba2 banyak idea....dah lebat ke RM tu....kahkahkah...bloger upahan mcm tu le ye....ada masok ...ada cerita...tadak masok...idea simpan...kahkahkah....tu le dia bloger pecacai ug le katakan.....dah lepas muktamar pun masih ada cita2 nak UG UG lagi ke....sudah le tu....baik kau pi ambik upah petik buah kelapa pun lagi untung....daripada kau jadi bloger upahan pecacai ug tu ....ug tu nak bawak pas berkawan dgn parti setan umno jembalang tanah tu....kau pulak tak sudah2 nak bela geng2 ug....sudah le tu....buat le keje2 lain yg dapat duit halal....duit upahan ug umno tu....harammmmmmm.....kahkahkah.....daripada kau bagi makan anak bini kau mentakedarah benda haram tu.....kau mentahkedarah aje le sampai buncit perut kau supaya nanti ulat dalam kubor tu kenyang baham kau bila kau dah mampos nanti....kahkahkah....

    BalasPadam
  2. Terima kasih semoga Allah memberkati saudara sekira saudara ada imam dalam hati

    BalasPadam
  3. cucu mana tahu ucapan dasar.
    engkau tu duduk dalam parti kafir!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog