Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Khamis, 30 September 2010

Pas boleh ditegur, dikritik tapi bukan menjadi perosak dari dalam!

Ulasan saya berkaitan dengan tulisan Prof. Dr Aziz Bari yang bertajuk "Pas dan Perlembagaan" mendapat rekasi yang agak positif dan tidak kurang juga komen-komen liar tanpa hujah yang kukuh untuk percambahan pemikiran.

Saya setuju dengan hussin seorang kometar pada blog saya yang berkata bahawa Aziz Bari memang sengaja memperli Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Tapi tulisan saya pada kebetulan pula nak pilihanraya kecil, saya taklah detail sangat.

Memang bila kita menulis membuat teguran kepada Prof. Dr. kita akan dilekehkan aje!! Siapa engkau BaruApi? Tapi kalau nama saya Prof. Dr BatuApi @ Firestone (ada orang putih pula tu!!) semua terkedu dan longlai. Ini dinamakan "Thick in the head".


Rabu, 29 September 2010

Aziz Bari buat cubaan kedua?

Saya baca tulisan Profesor Dr Abdul Aziz Bari pengajar undang-undang lebih daripada 21 tahun dalam laman Detikdaily. Saya tak pasti di mana tulisan asal ini. Tapi tulisan ini jika teliti perengan demi perenggan, penuh makna yang tersirat.

Kita dulu pernah dikejutkan oleh beliau dengan kenyataan bahawa Presiden PAS "lembab". Bila diasak Aziz Bari sekadar menjawab dalam video Malaysiakini "Saya bukan orang politik", "Saya sekadar mendapat maklumat daripada rakan-rakan yang memberitahu".

 Presiden PAS begitu tenang dalam hal ini, dia begitu 'cool' mencatat teguran dalam seminar. Sepatutnya Abu Bakar Chik tak bercakap tapi malangnya dia telah mengacau strategi PAS mengahadapi orang seperti Aziz Bari. Ya akibat nilai setitik program itu tak nampak sebaik yang dijangka, pasal memang diketahui Aziz Bari tidak ada poin untuk berhujah pasal dia sekadar penyambung lidah dan suara-suara dalam PAS. Untuk itu Aziz Bari sekadar 'pelontar batu'.


Selasa, 28 September 2010

PRK Manek Urai, PRK Galas, Aduka Taruna & Anjing Gali Tulang

Bila nak berhibur, selalunya kita menonton, pasal tu ramai orang datang dengar ceramah pasal nak menonton, ramai yang datang ke pilihan raya kecil pasal nak menonton & buat menyibuk tak ramai yang datang untuk membantu.

Dulu orang menonton 'laga ayam' juga pasal nak berhibur. Filem-filem yang banyak dihasilkan juga untuk manusia (kita semua) menonton. Filem ni kalau nak menonton kena ada mood. Kalau mood tertekan kita tak boleh menonton cerita seperti The Bourne Identity, makin pening! Cerita macam Muhammad Ali, The Marine sesuai kerana bentuknya santai.

Begitu juga dengan blog, kalau saya streass selalunya saya akan buka blog Aduka Taruna. Budak Melayu separa masak ini kalau berhujah ada kadang  kala mengalah jakun.

Baju PKR badan UMNO/BN

Dulu saya ada membaca tulisan Haji Azizi Abdullah bertajuk "Ahli PAS, baju PKR". Tulisan santai dan sinis banyak menegur sifat hipokrit sesetengah ahli-ahli PAS. Haji Azizi, pengarang novel "Seorang Tua di Kaki Gunung" pernah menjadi calon PAS menulis "sangat payah hendak membezakan yang mana PKR, yang mana orang PAS"

"Sesekali semacam hendak menyindir betapa akidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap 'reformasi'" antara yang disebut oleh Haji Azizi yang sepatutnya difahami oleh ahli yang ada walaq* (Baca di sini )

Sabtu, 28 Ogos 2010

Projek Ziarah Rumah Ayah Chik..

Projek Ziarah Rumah Ayah Chik... ah sudah tukar nama ke? Tak main langgar-langgar lagi sekarang? Berbulan aku tunggu surat rasmi kepada Dr Kayu yang nak diberikan. Dengar cerita draf surat dah dibuat, tapi tak dihantar mungkin tak cukup duit nak beli stem agaknya.

Apa pun bulan puasa ni kita kena bersangka baik. Sebaik dan semulia hati geng PAS-Reform. Memang kentoi projek baju pun boleh lingkup.

Isnin, 23 Ogos 2010

Kalau Zahid Hamidi Tak Takut Dosa Sebar Fitnah, Anda Pula Bagamana?

Lama tak melawat blog-blog yang disebut sebagai "blog C" oleh beberapa kepimpinan PAS. Sempena bulan puasa ini, bulan yang berkat dan di bulan ini Allah memberikan rahmat dan hidayah, saya menjenguk sekadar ingin melihat adakah mereka ini sudah "ada hidayah" dalam membuat dan menyebar maklumat yang belum sah dan tidak ada kepastian lagi.

Memang sebagai seorang Islam kita mengharapkan orang Islam lain berbuat baik dan mendapat hidayah. Kalau dia UMNO sekali pun kita juga berusaha berdakwah dengan mereka, merapatkan jurang kerana sistem pilihan raya di negara kita tidak membezakan undi antara seorang pelacur dengan seorang imam di sesebuah masjid.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Salam Ramadan...

Sebulan lebih saya meninggalkan blog ini. Ada beberapa e-mel yang saya perolehi bertanyakan khabar tentang diri saya. Saya faham tentang maksud e-mel berkenaan dan saya juga faham kerisauan tiada orang yang akan menjawab fitnah dikalangan mukmin (yang selalu kita diajar ditarbiyyah terutama di pondok-pondok).

Ali Zaidan, Penembak Babi, Lanskar Pelangi, Kumpulan Orang Gila semuanya sudah semacam berhenti menulis.

Selasa, 29 Jun 2010

Baju T PAS Reform

Saya tak nak menulis serius dalam isu baju T PAS reform, sekadar mengulas mana-mana yang agak patut. Rasanya dua kali si Aduka Taruna telah minta maaf pasal baju ini kepada pembeli. Dah banyak bulan pasal baju ini  juga tak dapat diselesaikan.

Sudah banyak keringat dan usaha dilakukan untuk buat promosi baju T ini. Wan G adalah manusia paling prihatin pasal baju T, dia cukup bersungguh-sungguh mengalahkan Xenan & Evelyn.

Xenan & Evelyn pun mula malas nak layan si Aduka, hangpa masih lagi jadi tenuk C++??

Urus baju T 'small project' pun budak-budak reform ini tak boleh buat. Bukan sahaja tak boleh buat, kena tipu pula tu! Ada semacam spesis pandai cakap tapi tahi bergelumang di punggung.

Jumaat, 25 Jun 2010

Jawapan untuk Topeng Perak 2 kali Bangang

Menulis ada seni sebagamaina mengambil gambar juga ada seni setakat guna kamera Sony Alfa200 jika tak meniarap atau menunggeng ummp!! gambar tak akan menjadi (tak ada ummp!! macam iklan teh Lipton). Betulkan Pojie??

Pojie ni pandai bercakap aje tapi pasal nak laksana yang dia cakap nampak macam tak boleh. Jangan begitu, kita kalau menulis atau bercakap biarlah pa yang kita cakap atau tulis itu benar-benar kita hayati.

Khamis, 24 Jun 2010

Masih menegak benang basah untuk memburukkan Ustaz Fadzil Noor

Bila saya menerangkan kepada pembaca dengan hujah bahawa persoalan wala` selalu dibicarakan dalam mana-mana perjumpaan dengan almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, budak-budak baru yang yang masih mentah dengan PAS akan mengatakan tidak dengan tulisan-tulisan yang hambar tanpa sebarang hujah.

Mereka tidak pernah hadir dalam mana-mana muktamar, malah kalau hadir pun sekadar menjadi pelobi yang nak menaikan seseorang dan menjatuh seseorang demi nafsu fikiran yang sempit dalam politik kelompok.

Saya telah mengemukan beberapa siri ucapan dasar Presiden PAS semenjak daripada almarhum Tuan Haji Yusof Rawa sehingga sekarang. Saya sebenarnya mengajak mereka ini berfikir, berhujah dengan fakta membaca dan membuat komen dengan ilmu bukan dengan nafsu. Tapi nampak mereka lebih suka mengulang-ulangi kesilapan untuk menunjukkan kebebalannya.

Ahad, 20 Jun 2010

Topeng Perak singkirkan Tulang Besi daripada Perisik Rakyat

Abdul Rahman Talib, Tulang besi @ Sluaq Dalam antara yang disebut sebagai blogger celaka atau blogger luncai dalam muktamar PAS ke-56 berlangsung di Putik baru-baru ini telah menerima satu pukulan lagi apabila Topeng Perak @ Unmasked telah menyingkirkannya daripada menjadi salah seorang editor laman Perisik-Rakyat.

Sebelum ini Abdul Raman Sluaq Dalam selalu mengemaskini laman Perisik-Rakyat malah kadang kala laman ini lebih didahulukan daripada lamannya sendiri iaitu Malaysian Waves.
test

Video Malaysiakini.com

test

Komentar Blog